Infak (Membelanjakan harta di jalan Allah)

Infak

tit-tit…tit-tit.

New message receive.

“Assalamualaikum. Marilah sama-sama kita hadir ke program Konsert Amal Gaza yang akan di langsungkan pada Isnin ini. Kumpulan nasyid  UNIC dan kumpulan XPDC juga akan turut hadir. Selain itu, Persatuan Mahasiswa Hadhari akan melakukan kutipan infak untuk membantu penduduk di Gaza. InsyaAllah, Sebarkan.”

Mus’ab yang ketika itu berada di dalam bas tersenyum membaca mesej tersebut. Sahabatnya yang menghantar mesej ini memang seorang yang aktif berdakwah. Langsung tidak mengenal erti penat. Timbul rasa malu pada dirinya apabila melihat sahabatnya sedang berjuang di jalan Allah sedangkan dia hanya duduk tidak melakukan apa-apa.

“Aku juga ingin berdakwah.” Monolog Mus’ab.  Dia memang tidak boleh hadiri ke program tersebut memandangkan pada hari itu dia sibuk.

Kedengaran loceng bas berbunyi. Bas yang dinaikinya lalu berhenti di salah satu tempat perhentian. Mus’ab melihat beberapa orang penumpang turun dari tangga di bahagian tengah bas.Bas bergerak semula. Mus’ab  mengalihkan pandangannya kepada telefon bimbitnya semula. Mesej tersebut di bacanya lagi.Tiba-tiba dia terperasan salah satu perkataan di mesej tersebut.

“Infak?” Mus’ab berkata di dalam hati. Infak bermaksud membelanjakan harta di jalan Allah. Mus’ab sudah lupa bilakah kali terakhir dia menginfakkan hartanya. Memang, membelanjakan harta di jalan Allah adalah perkara yang sukar tetapi bukanlah mustahil.

Mus’ab teringat akan nasihat seorang sahabatnya Saiful.

“Kita ini duit sentiasa banyak sahaja. Terutama sekali awal-awal semester ini. Dapat duit biasiswa, ptptn dan lain-lain. Tetapi kalau hendak infakkan sedikit memang susah. Sedangkan sekiranya kita infakkan harta kita, insyaAllah akan lebih di murahkan rezeki.” Kata Saiful.

“Kadang-kadang, bila kita kedekut sangat untuk berinfak, Allah tarik balik rezeki kita dengan motor rosak la, laptop rosak la dan macam-macam lagi yang tidak terlintas di fikiran kita. Tapi janganlah kita fikir bila tengok motor orang lain rosak bermaksud diorang itu tidak infakkan harta. Haha.“ Sambungnya lagi dengan nada berjenaka. Mus’ab terasa terkena dengan nasihat tersebut walaupun dia tahu nasihat itu bukan dituju kepadanya, hanyalah untuk mengingatkan diri sendiri.

“Mungkin aku boleh infakkan sedikit sekadar yang mampu.”  Mus’ab lantas membalas semula mesej tersebut dengan menyatakan yang dia akan memberi sedikit infak tetapi tidak dapat menghadiri program tersebut. Kemudian dia memasukkan semula telefon bimbitnya ke dalam poket seluarnya. Dia lalu memandang ke arah luar cermin tingkap bas. Ketika ini dia ingin pulang ke rumah setelah kelas tamat sebentar tadi.

Tiba-tiba dia terfikirkan satu idea.

“Mungkin aku boleh minta pada kawan-kawan kelas dan rumah supaya turut menginfakkan harta. Ini juga merupakan salah satu jalan dakwah.” Entah dari mana idea itu datang. Tetapi yang pasti Allah telah memakbulkan doanya sebentar tadi dengan memberi salah satu cara untuk berdakwah.

Bas lalu berhenti di perhentian yang Mus’ab mahukan. Mus’ab lantas meneruskan perjalanan ke rumahnya dengan berjalan kaki. Hanya berjarak sepuluh minit sahaja. Ketika di dalam perjalanan tersebut, dia asyik memikirkan bagaimana mahu memberitahu kawan-kawannya untuk menginfakkan sedikit harta mereka.

***

picture 2

“Iman, Afik,  sahabat aku dari Persatuan Mahasiswa Hadhari ada buat kutipan infak untuk  membantu penduduk di Gaza. Nak tak kalau kau infak sedikit.” Mus’ab memulakan dialog ketika Iman dan Afik baru sahaja pulang dari makan malam. Iman dan Afik adalah rakan sebilik Mus’ab.

“Oh? Berapa? Kau ahli persatuan itu ke?” Tanya Iman. Tertarik. Persatuan Mahasiswa Hadhari atau lebih di kenali sebagai PMH adalah salah satu persatuan yang mengajak manusia ke arah mencapai redha Allah.

“Err..berapa-berapa pun boleh. Eh tak la. Aku Cuma tolong sahaja.” Mus’ab menggarukan kepalanya yang tidak gatal.

“Nah.” Iman menghulurkan sekeping wang bernilai RM10 tanpa berfikir panjang.

“Banyaknya.”

“Tak  apa, bukan senang hendak infak ini. kalau tunggu nanti-nanti memang sampai bila-bila lah tak buat.”

Mus’ab mengangguk-angguk. Benar, dalam berbuat kebaikan, tidak boleh ditangguh.

“Aku pun hendak infak juga.” Afik mengeluarkan sekeping wang bernilai RM50.

“Wah, lagi banyak ni?” Mus’ab terkejut.

“Haa, kau tak tahu. Afik baru sahaja dapat duit biasiswa JPA tadi. Sekarang dah jadi orang kaya baru.” Kata Iman sambil memandang Afik. Afik hanya tersenyum menampakkan barisan gigi. Mus’ab juga turut tersenyum.

“Alhamdulillah, terima kasih. Semoga Allah terima infak kamu berdua ini.” Mus’ab mengambil wang tersebut. Dalam hatinya dia berasa terhibur. Tidak di sangka pula yang berdakwah ini seronok.

“Amin.” Iman dan Afik menjawab serentak.

***

Kini Mus’ab berada di dalam kelas. Mus’ab mahu  meminta pada kawannya di dalam kelas pula. Tetapi dia tidak berani untuk meminta secara terbuka. Hanya beberapa orang kawan sahaja yang dia pilih.

Mus’ab cuba bertanya pada teman kelasnya yang paling rapat. Tetapi temannya tersebut hanya tersenyum. Dan menyatakan ketidak mahuan.

Mus’ab lalu meminta pada kawannya yang lagi satu. Juga respon yang sama. Katanya, bulan ini tidak cukup duit.

Kemudian Mus’ab bertanya pada kawannya yang lain pula. Juga respon yang sama. Katanya tidak ada duit kecil. Hanya duit besar sahaja.

“Huh.” Mus’ab mengeluh.

“Susahnya. Semalam senang sahaja aku minta.” Mus’ab baru perasan bahawa berdakwah juga tidak semestinya berjaya. Ada kalanya kegagalan di perlukan supaya dia tetap kuat dalam berdakwah. Allah sengaja menguji keikhlasannya dalam berdakwah.

“Mus’ab, kau cakap apa dengan diorang tadi?” Adi, kawan sekelasnya menegur. Dari tadi dia melihat Mus’ab bercakap-cakap dengan rakan sekelas yang lain.

“Ohh, tak ada apa lah.”

“Kalau aku beritahu dia, dia nak ke infak?” bisik hati Mus’ab.

“Sebenarnya aku nak kutip infak untuk bantuan di Gaza.” Mus’ab memberitahu hal yang sebenar. Wajah Adi di lihatnya.

“Wah, aku nak infak juga. Berapa?” Reaksi Adi menunjukkan wajah gembira. Mus’ab terkejut. Tidak sangka orang di hadapannya ini seronok dalam membelanjakan harta di jalan Allah.

“Berapa-berapa pun boleh.”

“Nah.” Adi menghulurkan sekeping wang RM10. Mus’ab terkejut sekali lagi. Tidak di sangka Adi seorang yang murah hati. Baru sebentar tadi dia bersangka buruk padanya. Mus’ab beristifar.

“Terima kasih Adi, semoga Allah menambahkan rezekimu.”

“Kalau ada nak kutip derma lagi beritahulah aku.” Adi mengukir senyuman.

“InsyaAllah.” Mus’ab juga mengukir senyuman.

***

picture 3

Akhirnya Mus’ab berjaya mengutip RM80 ringgit dari teman-temannya dan juga dari dirinya. Wang yang di infakkan di berikan pada sahabatnya pada waktu yang telah di janjikan. Mereka berdua berjumpa dan bersembang mesra. Kemudian Mus’ab mengeluarkan sampul surat yang berisikan wang yang di kutip olehnya yang telah di infakkan lalu di berikan kepada sahabatnya. Sebelum ini Mus’ab telah pun memberitahu Yazid bahawa dia akan mengutip sedikit infak dari teman-teman.

“Wah, banyak juga duit infak ini.” Yazid melihat nilai wang yang berisi di dalam sampul surat tersebut. Dia perlu melihatnya supaya mengetahui jumlah wang yang ada supaya tidak berlaku kekurangan sekiranya terlupa.

“Alhamdulillah, tidak sangka kawan-kawan aku semuanya pemurah.”

“Alhamdulillah. “ Balas Yazid.

“Emm, aku nak tanya sikitlah.”

“Apa dia?”  Yazid mengangkat keningnya.

“Apa kelebihan kita infak ini ya?” Tanya Mus’ab. Walaupun dia menolong mengutip wang infak secara sukarela, tetapi dia tidak mengetahui kelebihan orang yang menginfakkan harta di jalan Allah ini.

Yazid tersenyum mendengar soalan Mus’ab. Dia lalu membacakan ayat 261-262 dari surah al-Baqarah.

“Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah maha luas, Maha mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)

“Orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah, kemudian tidak mengiringi apa yang dia infakkan itu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.” (Surah al-Baqarah, ayat 262)

Mus’ab mendengarnya dengan setia.

“Subhanallah. Besarnya ganjaran yang Allah bagi.” Pujinya di dalam hati.

2 thoughts on “Infak (Membelanjakan harta di jalan Allah)

Sila komen di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s