Usaha Tangga Kejayaan

 

“Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras ( untuk urusan yang lain. (Surah Asy-Syarh – ayat 7)

Ikramah, Ridwan dan Farhan memandang antara satu sama lain. Mereka tersenyum seolah-olah sudah tahu apa yang terlintas di dalam fikiran antara satu sama.

“InsyaAllah, aku pasti dapat lakukannya.” Ikramah,Ridwan dan Farhan berbicara di dalam hati sambil mengenggam tangan mereka membentuk penumbuk. Semangat baru datang semula!

***

Sebelum itu**

Hah? esok ada pop kuiz? Satu kelas terkejut mendengar apa yang baru sahaja diperkatakan oleh pensyarah yang mengajar subjek Statistik ketika itu, Prof. Dr. Aisyah bt Sulaiman.  ‘Pop Kuiz’ amat terkenal di UiTM sebagai salah satu sumber mudah untuk membantu para pelajar mendapat markah yang tinggi dalam kursus-kursus yang di ambil.

“Hish! tak patut betul la Prof. buat kita macam ni. Aku tak study apa-apa pun lagi.” rungut Farhan kepada temannya.

“Betul-betul, dah la Prof ajar tak faham. Pakai slide lepas tu baca je, aku pun boleh mengajar macam tu.” tambah Ridwan.

Ikramah mendengar perbualan mereka. Bagi dia mengumpat pensyarah adalah perkara yang tidak patut kerana ilmu yang diterima akan menjadi tidak berkat. Akan tetapi mereka yang mengumpat seperti tidak mengetahuinya. Mana tidaknya, di musim final exam pun ramai yang menyalahkan pensyarah dan merungut tak faham apa yang mereka belajar selama ini sedangkan itu bukanlah salah pensyarah tetapi salah pelajar yang tidak menuntut ilmu dengan betul dan hanya tahu main-main sahaja.

“Sudah la tu, tak baik mengumpat, nanti ilmu tak berkat.” tegur Ikramah sambil menepuk-nepuk bahu mereka berdua.

“Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela” (surah al-HUmazah – ayat 1)

Perkara mungkar berlaku di depan matanya, semestinya dia perlu menegur.  Ikramah tahu dia perlu mengamalkan  amar makruf nahi mungkar iaitu mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Oleh kerana Farhan dan Ridwan adalah sahabat baiknya, dia tidak berasa keberatan untuk menegur.  Mereka dalam bidang yang sama iaitu mengambil jurusan Ijazah Sains Komputer.

Sabda rasulullah s.a.w:

“Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika ia tidak mampu jua, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju; tidak meredhai). Dan itu adalah selemah-lemah Iman”. (Di riwayatkan oleh Imam Muslim)

“Emm… bukan niat kami nak mengumpat. Tapi…” Ridwan seakan tersentap dengan teguran Ikramah.

“Prof Aisyah bagi kuiz sebab nak bagi kita faham dan sentiasa dalam keadaan bersedia supaya kita tidak lalai dan melakukan perkara yang tidak berfaedah. Lagipun ia bagus untuk kita supaya tidak lupa basic-basic penting untuk final nanti” ujar Ikramah panjang sambil mengemas buku serta alat tulisnya di atas meja untuk pergi ke kuliah seterusnya.

“Ala… kau boleh la, dah pandai. Selalu dapat full mark. Kami ni cukup-cukup makan je.” Farhan mengejek. Dia juga harus bergegas pergi ke kuliah lain selepas ini.

“Macam mana la agaknya rasa menjadi top student? Fuh.. kalau aku mesti bangga dan lepas tu mesti diminati ramai perempuan. Hehehe. senyum Ridwan sambil mengangkat keningnya. Dia memang suka berangan. Sikapnya yang kuat berangan memang terkenal di kalangan teman-teman lain. Mana tidaknya, berangan untuk berkahwin dengan artis terkenal Indonesia, ‘Rossa’ selalu disebut-sebut olehnya sedangkan artis itu sudah pun berkahwin.

“Alhamdulillah, semua ilmu yang ada pada aku adalah milik Allah. Bila-bila masa je Allah boleh tarik balik. Apa yang penting kita perlulah berusaha untuk mendapatkan ilmu bagi dimanfaatkan.“ balas Ikramah, baginya percakapan mereka hanyalah gurau. Dia cuba untuk bersangka baik.

“Apa kata malam ini kita buat study group sama-sama. Kita boleh share macam-macam. Kuiz nanti mesti senang nak jawab.” Ajak Ikramah sebelum keluar dari kelas.

Ridwan dan Farhan memandang antara satu sama lain sambil memikirkan tentang ajakan Ikramah. Ini bukan kali pertama Ikramah mengajak mereka study sama-sama. Entah ke berapa kali ajakan ditujukan kepada mereka tetapi seringkali mereka menolaknya kerana malas dan merasakan study group hanya membazir masa kerana semua orang yang study group hanya tahu bersembang kosong dan penuh dengan gelak ketawa.

Study group merupakan salah satu method pembelajaran yang berkesan kerana banyak idea yang boleh dikongsikan antara satu sama lain. Ianya sama seperti konsep usrah dimana ahli-ahli usrah saling nasihat serta ingat-mengingati antara satu sama lain. Akan tetapi tidak dinafikan yang kebanyakan study group yang dilihat kini penuh dengan gelak ketawa serta pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sejurus itu merosakkan imej study group yang sebenar.

“Malasnya…” jawapan yang sama berulang lagi. Tetapi hanya dari Farhan.

“Ini kuiz je. Bukan penting pun. Lain la kalau test, 20% dari final.” Farhan merasakan yang kuiz tidak penting baginya kerana kuiz hanya menyumbang 5% sahaja dari final.

Kebanyakan pelajar memandang remeh tentang kuiz. Seakan-akan 5% itu tidak bernilai pada mata mereka.

“Haa… kau silap Farhan. Kau tau tak yang 5% itu effect satu gred. Contohnya kalau final nanti gred kita B+, penambahan 5% boleh menjadikan kita dapat A- tau.” Kini Ridwan pula memberi nasihat. Dia tau yang manusia ini perlu untuk saling ingat-mengingati kerana manusia sendiri bermaksud pelupa. Teringat pula dia pada surah al-Asr yang menyuruh manusia saling nasihat-menasihati.

Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman yang mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.

Setiap gred mempunyai nilai-nilai tertentu. Contohnya, gred A mempunyai nilai sebanyak 4.0, manakala A- (3.67) dan diikuti dengan B+ (3.33), B (3.0) dan yang lain-lain. Perbezaan setiap gred dibezakan dengan 5 markah. Oleh itu kenaikan atau kejatuhan satu gred akan memberi impak yang besar pada CGPA pelajar khususnya pada subjek 4 jam kredit.

“Betul jugak, pandai la kau. Tak pernah terfikir pulak aku.”  Farhan menganguk. Fikirannya mula tertumpu pada kuiz esok.

“Haa.. apa lagi. Aku yakin, kita study sama-sama malam ni, insyaAllah dipermudahkan untuk menjawab soalan kuiz esok.” Ikramah merasakan ini peluang untuk merapatkan lagi ukhwah antara mereka.

“Emm… boleh juga, aku pun tak berapa nak faham subjek ni. Malam ni aku datang bilik kau.” Farhan menganguk.

“Aku pun okey je.” Sambung Ridwan.

“Baiklah, malam ni kita jumpa. Assalamualaikum.” Balas Ikramah sambil berlari keanak-anakan. Dia sudah terlambat untuk ke kuliah seterusnya. Baginya menepati masa serta datang awal sebelum pensyarah masuk harus di titik beratkan.

“Waalaikumusalam.” Balas Ridwan dan Farhan. Masing-masing juga bergegas ke kuliah yang berlainan.

***

“Assalamualaikum. asif, ana mutakhir.” ‘huh,huh,huh, Nafas Ridwan turun naik turun naik. mukanya berpeluh. Bagaikan baru berlari mengelilingi padang bola.

“Waalaikumusalam. lambatnya kau datang. Kitorang dah masuk chapter 2 dah ni.”  Farhan bersuara. Seperti yang dijanjikan, study group bermula jam 8 malam. Tapi kini sudah pukul 8.30 malam dan Ridwan barulah menampakkan batang hidungnya.

“Ala… kau boleh la, bilik sama-sama dekat. Aku duduk kolej Teratai. Jauh la kalau berjalan.” Ridwan memberi alasan sambil menanggalkan kasutnya bersedia untuk masuk ke bilik. Ikramah dan Farhan menetap di Kolej Perindu yang yang dibekalkan oleh pihak UiTM. Satu-satunya kolej yang menempatkan hanya pelajar lelaki di dalam kampus dan menjadi rebutan pelajar-pelajar lelaki lain. Kebetulan bilik mereka hanyalah bersebelahan.

“Tak apalah. Kami pun baru start je ni. Kita mula balik dari chapter 1. Tak rugi pun kalau ulang semula dari awal.” Kini Ikramah bersuara. Teknik pembelajaran yang berkesan dengan membaca berulang-ulang kali adalah teknik kegemarannya.

“Adoi.. malasnya nak baca semula. Banyaklah. “ Farhan memuncungkan mulutnya.

“Apa salahnya kalau kita ulang semula. Untuk menghafal al-Quran juga memerlukan pembacaan yang berulang-ulang kali.” Balas Ikramah.

“Yalah. Kesianlah kat aku yang baru sampai ni. “ Ridwan membuat muka sedihnya. Terasa ada aura kemesraan antara mereka bertiga.

“Baiklah. Kita start dari awal balik.” Farhan menjawab acuh tak acuh. Dia tahu tidak rugi pun dengan mengulang semula pembelajaran. Dia berdiri sambil membongkokkan badan sambil tangannya lemah longlai seperti orang tidak makan seharian dan berjalan ke arah begnya untuk mengambil nota chapter 1 yang baru disimpannya tadi. Dia sendiri juga mengamalkan teknik pengulangan.

Ikramah dan Ridwan hanya tersenyum melihat gelagat Farhan. Mereka mula belajar bersama-sama.

Seketika kemudian**

Allahuakbar…Allahuakbar…

“Eh.. dah azan Isyak lah. Jom solat dulu di surau.” Ikramah menyeru teman-temannya.

Kedengaran azan berkumandang menandakan telah masuk waktu Isyak. Bilik Ikramah memang bersebelahan dengan surau. Biliknya memang antara bilik yang paling strategik di kolej Perindu kerana dekat dengan dewan makan, surau, bilik air dan kedai.

Seruan Ikramah seperti tidak dilayan. Masing-masing masih membaca notes yang ada ditangan.

“ Marilah kita solat berjemaah. Pahalanya banyak tau.” Seruan kali kedua dari Ikramah.

“Aku solat nanti lah. Waktu Isyak kan panjang. Aku takut tak sempat nak habiskan semua chapter ni.” Ridwan menolak.

“Kau tahu tak yang pahala solat berjemaah 27 kali ganda dari solat bersendiri. Tambahan sekiranya ada ahli jemaah solat dengan khusyuk, kita dapat pahala khusyuk sekali tau. Lagipun ganjarannya seperti solat 1/2 malam dan kalau solat subuh berjemaah lagi tinggi ganjarannya.” Farhan berbicara. Solat berjemaah memang di ambil berat olehnya. Biliknya juga dekat dengan surau menjadikan solat berjemaah lebih mudah dilaksanakan. Dia kemudiannya membacakan beberapa hadis nabi.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda:

Sesungguhnya solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian. (Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim).

Rasulullah saw besabda. Maksudnya:
Barangsiapa solat Isyak berjemaah, maka seolah-olah dia telah bangun beribadat setengah malam. Dan barangsiapa yang solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bangun sepanjang malam beribadat”.

Ikramah dan Ridwan seakan tidak percaya. Farhan ni nampak biasa tapi solatnya dijaga dengan baik.

Mereka kemudiannya menyusul keluar dari bilik dan menunaikan solat Isyak di surau.

“Haaah… terasa tenang je solat di awal waktu ni.” Ridwan melepaskan nafasnya. Hatinya terasa tenang. Dia sering solat lewat. Tetapi kali ini dia terasa aura solat di awal waktu memang sangat menyenangkan.

“Prof. Aisyah ada beritahu aku. Sekiranya kamu berasa masa berlalu dengan cepat di sekeliling kamu, laksanakan 3 perkara ini : solat di awal waktu, membaca al-Quran dan jangan menangguhkan sesuatu urusan. InsyaAllah 24 jam cukup untuk kita.” Ikramah teringat kata-kata pensyarahnya. Ketika itu dia dalam dilema dengan final exam yang semakin hampir. Dia terasa masa berlalu dengan laju sehingga dia rasa tidak boleh belajar dengan tenang lantas dia mengadu pada Prof. tersebut.

“Emm.. Prof. tu hebat la. Muda-muda dah dapat gelaran Prof. dah. Aku teringin la nak jadi anak murid dia.” Ridwan mengeluarkan notes Statistik untuk memulakan ulangkajinya.

“Hish! Kau sekarang ni bukan anak murid dia ke?” Farhan juga mengeluarkan notes nya.

“Aku main-main je la.” Balas Ridwan.

HahaHaha… mereka semua ketawa.

Study group mereka berjalan dengan jayanya. Masing-masing cuba untuk membantu antara satu sama lain. Tanggungjawab mereka menunaikan solat telah selesai menjadikan proses pembelajaran dalam keadaan yang diberkati Allah swt.

***

Hari yang dinantikan sudah tiba. Prof Dr Aisyah menyerahkan kertas soalan kepada anak muridnya. Kelihatan ramai rakan sekelas dalam keadaan tidak bersedia.

“Wah! Apa punya soalan ni? Dah macam final dah.” Kedengaran satu keluhan.

“Apa lah Prof ni, bagi la yang mudah-mudah. Bukan nak tolong anak-anak melayu sekarang.” Salah seorang pelajar membisik-bisik.

Itulah trend pembelajaran di UiTM kini. Mereka hanya tahu diberi makan suap oleh pensyarah-pensyarah mereka tanpa berusaha. Soalan bocor adalah pertanyaan yang pertama ditujukan kepada pensyarah mereka sekiranya terdapat kuiz atau test.

“Aku meniru je la.” Salah satu suara kedengaran. Meniru menjadi perbuatan yang harus bagi mereka yang tidak berusaha.

Tetapi tidak bagi Farhan, Ridwan dan Ikramah. Teringat pula pada pesanan Ikramah pada malam study group.

“Alhamdulillah. Kita dah berusaha ni, Aku harap esok jangan ada sesiapa pun antara kita yang  meniru walaupun ini cuma kuiz. Mulakan menjawab dengan bacaan doa dan banyakkan bergantung pada Allah. “

“Baik bos!” balas Ridwan dan Farhan serentak.

Kuiz pun bermula. Ikramah, Ridwan dan Farhan menjawab dengan tekun. Soalan pertama hingga soalan empat agak mudah bagi mereka.

Alamak! Aku macam pernah baca jawapan untuk soalan ini, tapi dah lupalah.” Fikir Ikramah.

Soalan terakhir untuk kuiz agak susah. Formula yang banyak perlu dihafal.

SubhanaAllah, macam mana boleh terlupa ni. Baik aku selawat. Moga Allah memberi aku jalan keluar untuk menjawab soalan ini.” Perkara yang sama juga berlaku pada Ridwan dan Farhan. Mereka juga terlupa formula. Masing-masing selawat ke atas junjungan Nabi saw.

Dengan izin Allah, mereka teringat akan apa yang dibincangkan pada malam study group. Soalan terakhir dapat dijawab dengan mudah. Masing-masing tersenyum.

“Tak menyesal aku buat study group malam tadi” bisik Farhan seorang diri.

Masa menjawab kuiz telah tamat. Semakan kuiz dibuat pada masa itu juga. Ikramah, Ridwan dan Farhan masing-masing mendapat markah penuh.

“Fuh! First time aku dapat markah penuh.” Ridwan seakan tidak percaya.

“Aku pun. Dah la subjek ni aku lemah. Tak sangka pula boleh full mark.” Farhan juga terkejut. Mimik mukanya menunjukkan reaksi kegembiraan.

“Alhamdulillah. Kita sudah berusaha sepenuhnya. Allahlah yang membantu kita memudahkan menjawab soalan”. Dia kemudiannya membaca satu ayat kepada teman-temannya.


“Sesungguhnya Tuhan (Allah) tidak mengubah keadaan sesuatu kaum (hambanya) sehingga mereka mengubah keadaan (sebab-sebab kemunduran) yang ada pada diri mereka sendiri.

(Surah Ar-Rad, Ayat 11)

“Betul tu. Terima kasih sebab menolong kami.” Jawab Ridwan dan Farhan.

Masa menjawab kuiz hanyalah 30 minit. Setelah semakan markah dibuat, sesi pembelajaran berjalan semula seperti biasa. Sebelum tamat kelas, Prof. Dr Aisyah sempat membuat satu pengumuman.

“Baiklah, minggu depan akan diadakan test 1 dan kuiz 2. Diharapkan anda semua bersedia.”

“Hua,hua,hua…….”

Suasana riuh rendah seketika. Kedengaran juga keluhan dari ramai pihak tetapi tidak bagi mereka bertiga.

Ikramah, Ridwan dan Farhan memandang antara satu sama lain. Mereka tersenyum seolah-olah sudah tahu apa yang terlintas di dalam fikiran antara satu sama lain.

“InsyaAllah, aku pasti dapat lakukannya.” Ikramah,Ridwan dan Farhan berbicara di dalam hati sambil menggenggam tangan mereka membentuk penumbuk. Semangat baru datang semula!

p/s : Ini adalah karya pertama saya. Atas cadangan seorang kakak ni, saya cuba menulis berpandukan beberapa rujukan seperti karya Hilal Asyraf, Fatimah Syarha dan lain-lain. Alhamdulillah. terasa seronok juga menulis ni..heheh..diharapkan penulisan saya ini dapat memberi impak yang baik kepada para pembaca terutamanya pada yang masih belajar. (^_^)

Sila komen di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s