Ping-Pong Team

Ping-pong Team

Episode 1 : Sahabat Ping-Pong

“Ambil ni!!!” Syamil menggertak. Menakutkan pihak lawan di hadapannya. Sangat deras bola yang dipukul. Kelajuan bola itu seperti kilat yang menyambar. Bayang pun tidak terlihat. Sangat pantas dan tepat memasuki meja lawan.

21-0.

Kemenangan berpihak kepada Syamil. Lawannya tidak mempunyai peluang walau satu mata pun. Tiada belas kasihan. Syamil puas. Baru sahaja perlawanan ping-pong bermula lima minit. Antara rekod kemenangan yang terpantas.

“Apa lah kau ini. Main biasa-biasa cukuplah. Bosan betul main macam ini.” Uzair merajuk. Jiran kepada Syamil. Dia baru di tingkatan tiga. Tetapi badannya lebih tinggi berbanding Syamil walaupun Syamil sudah di tingkatan lima.Tetapi di dalam permainan ping-pong ini, ketinggian bukanlah suatu kelebihan. Di tambah pula Syamil memang merupakan wakil sekolah dan mempunyai banyak pengalaman dalam permainan ini membuatkan kebarangkalian untuk Uzair menang adalah tipis.

Uzair adalah mangsa yang pertama pada malam ini. Dia beransur keluar dari gelanggang meja ping-pong. Bad ping-pong diletakkan di atas meja untuk digunakan oleh lawan seterusnya.

“Haha. Rileks la. Aku saja nak test power ni.” Syamil mengangkat tangan sambil tersenyum. Uzair acuh tak acuh. Geram.

Meja ping-pong ini terletak di bawah bumbung garaj rumah Syamil. Dibeli oleh ibunya dua tahun yang lepas atas permintaan Syamil dan adiknya. Memandangkan ibu mereka tidak mahu anak kesayangannya yang berdua ini melakukan aktiviti sia-sia ,maka permintaan mereka ditunaikan. Ditambah pula Syamil dan adiknya sebelum ini suka melepak sehingga lewat malam dengan jiran-jirannya. Jadi dengan membeli meja ping-pong, sekurang-kurangnya pada waktu malam mereka boleh bersukan dan mengeluarkan peluh jika dibandingkan dengan melepak.

Dan kebetulan hari ini adalah hujung minggu. Mereka bermain dan berlatih bersama selepas menunaikan solat Isyak.

“Orait, Lawan yang seterusnya sila tampil ke hadapan.” Syamil memandang kearah lawan-lawannya yang setia menunggu di kerusi panjang. Tangannya diangkat ke hadapan sambil jari telunjuknya digerak-gerak. Gaya mencabar.

Zaid, Hazman dan adiknya Zikri memandang antara satu sama lain. Tidak gentar dengan cabaran Syamil. Mereka juga merupakan wakil sekolah. Satu team yang sama. Diketuai oleh Zaid. Cuma Uzair sahaja yang berlainan.

“Ceh, jangan nak berlagak lah.” Hazman bangkit. Nampaknya dia akan menyahut cabaran Syamil dahulu. Badan Hazman sangat tinggi. Lebih tinggi dari Uzair. Hazman belajar di tingkatan empat. Merupakan jiran Syamil dan Zikri sejak dari kecil.

“Wau, Encik Hazman nampaknya lawan saya. Senang je ni” Syamil seakan memerli tetapi bukanlah niatnya, Cuma sekadar bergurau dengan kawan sepermainannya sejak kecil. Hazman hanya tersenyum mendengar. Memahami.

“Man! Kalahkan abang Syamil ni! Kau pasti boleh.” Zikri memberi kata-kata semangat. Man merupakan nama singkatan untuk Hazman.

“Tebus balik kekalahan aku.” Uzair juga bersuara.

“Lihat dan belajar ya kawan-kawan ku sekalian.” Hazman yakin. Dia sudah pun berada di meja ping-pong. Bersiap sedia untuk memulakan perlawanan. Bad ping-pong di atas meja di capai olehnya. Dia menggunakan bad yang sedia ada walaupun memiliki bad sendiri. Tiada bezanya.

“Cis, apa punya adik ni. Sokonglah abang.” Syamil mencebik muka menunjukkan reaksi merajuk. Dan mereka pun ketawa.  Dah besar-besar pun buat muka merajuk. Kelakar. Ukhwah antara mereka sudah terbina sekian lamanya.

***

Continue reading

Bermulanya Kehidupan menjadi HambaNYA

***

“Adoi, tak dapat tidur pula malam ni. Mata rasa segar je ni.” Rasyid mengeluh. Dia sudah berbaring selama satu jam. Terus dia bangkit dari katilnya dan menuju ke meja tempat laptopnya berada. Button ‘on’ ditekannya untuk menghidupkan laptop tersebut. Dia ingin melihat facebooknya yang kini merupakan laman web sosial yang popular.

“Ini sebab minum kopi la petang tadi. Padan muka aku dah tak dapat tidur.” Rasyid bermonolog seorang diri. Tiada sesiapa untuk dia melafazkan percakapannya. Hanya dirinya sahaja yang masih tidak tidur. Semua ahli rumahnya sudah nyenyak tidur. Ibunya memang sering tidur awal. Ayahnya pula akan terus tidur apabila pulang dari bekerja lewat malam. Dan adik-adiknya akan tidur awal memandangkan esok adalah hari persekolahan.

Rasyid merupakan anak sulung dari tiga beradik. Pelajar IPTA yang mengambil Ijazah Perakaunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan akan menamatkannya pada tahun hadapan iaitu ketika dia berumur 22 tahun. Sekarang ini musim cuti semester, jadi dia hanya menetap di rumah sementara menunggu cuti semester tamat.

Akhirnya skrin laptopnya terpapar. Dia lantas menekan icon Mozilla Firefox di desktop untuk melayari internet. Kemudian lantas dia menaip perkataan ‘facebook’ dan memasukkan username serta password di kotak yang disediakan.Terpaparlah home page Facebook. Jari-jemarinya menekan-nekan button mouse sambil menggerak-gerakkan cursor untuk melihat status-status facebook terkini.

Jam di dinding menunjukkan pukul 2.30 pagi. Rasyid memang sering tidur lewat tetapi selalunya masa sebegini dia sudah terlelap. Tetapi hari ini dia rasa segar sahaja. Matanya tidak menunjukkan reaksi untuk terlelap.

Di home facebooknya, dia hanya melihat status yang menarik sahaja. Tidak berminat untuk melihat status orang-orang yang meluahkan perasaan pelik. Rasa macam nak muntah je apabila membacanya. Benda kecil pun hendak diadukan pada semua orang.

Satu demi satu status homepage dilihatnya, dan tiba-tiba matanya tertarik dengan post link yang dibuat oleh seorang sahabatnya. Link itu di klik olehnya dan terpaparlah artikel yang bertajuk “sudah 21 tahun atau baru 21 tahun” karya HIlal Asyraf. Dibacanya artikel itu.

Bagaimanakah kita memandang umur kita?

Rata-rata remaja, terutama belasan tahun, dan awal 20-an(pemuda) memandang usia mereka ‘muda’. Apabila dibicarakan akan tanggungjawab, kematangan, keseriusan dalam hidup, melakukan sesuatu yang besar, maka jawapan-jawapan seperti berikut akan melintas:

 “Aku baru 18 tahun,”

“La, aku ni baru 20 tahun,”

Terasa muda kan? Baru. Seakan ada banyak masa lagi untuk dilengahkan, ada banyak waktu lagi untuk dibazirkan.

Tetapi siapakah remaja yang apabila umurnya mencapai 18 tahun, berkata:

“Aku sudah 18 tahun, Usamah bin Zaid RA sudah mampu menjadi Jeneral Perang ketika ini.

 “Aku sudah 20 tahun, Muhammad Al-Fateh tawan Konstantinopel pada umur 22/23.

Terasa tua. Terasa sedikitnya masa. Terasa kematangan itu sepatutnya lebih dari apa yang telah diusahakan. Terasa sepatutnya dirinya lebih serius menggunakan umur yang ada. Terasa sepatutnya dia berusaha lebih keras dan tegas bukan bermain-main dengan dirinya.

Di manakah kita? Baru atau sudah?

– Antara isi kandungan artikel karya Hilal Aysraf. –

Rasyid seakan terpukul. Ya, benar juga apa yang dibacanya. Dia juga sudah berumur 21 tahun tetapi masih bermain-main. Permainan video komputer memang sebati dengannya. Layanan movie-movie yang kini mudah untuk di download menjadi santapan harian. lagu-lagu hits menjadi kegemarannya.

“Huuhhh…” Rasyid mengeluh. Hatinya terasa sesuatu. Tetapi dia malas untuk berfikir.

Rasyid pun menutup laptopnya. Dia ingin ke katil untuk melelapkan mata walaupun masih tiada tanda dia dapat tidur. Tetapi jam sudah menunjukkan pukul 3.00 pagi. Lantas dia berbaring di katilnya.

Seminit, lima minit, sepuluh minit… masih Rasyid tidak dapat tidur…

“Allah…” lafaz itu diungkap olehnya.

Continue reading

Sudah 21 atau Baru 21?

By Hilal Asyraf : penulis di http://langitilahi.com/

Artikel ini mungkin khusus buat remaja. Tetapi saya kira, efeknya kena pada semua.
Berbicara mengenai umur. Umur kita.

Bagaimanakah kita memandang umur kita?

Rata-rata remaja, terutama belasan tahun, dan awal 20-an(pemuda) memandang usia mereka ‘muda’. Apabila dibicarakan akan tanggungjawab, kematangan, keseriusan dalam hidup, melakukan sesuatu yang besar, maka jawapan-jawapan seperti berikut akan melintas:

“Aku baru 18 tahun,”
“La, aku ni baru 20 tahun,”

Terasa muda kan? Baru. Seakan ada banyak masa lagi untuk dilengahkan, ada banyak waktu lagi untuk dibazirkan. Tetapi siapakah remaja yang apabila umurnya mencapai 18 tahun, berkata:

“Aku sudah 18 tahun, Usamah bin Zaid RA sudah mampu menjadi Jeneral Perang ketika ini. Aku?”
Apabila umurnya sampai kepada 21 tahun:

“Aku sudah 20 tahun, Muhammad Al-Fateh tawan Konstantinopel pada umur 22/23, aku ada setahun sahaja lagi untuk menyaingi dia.”

Terasa tua. Terasa sedikitnya masa. Terasa kematangan itu sepatutnya lebih dari apa yang telah diusahakan. Terasa sepatutnya dirinya lebih serius menggunakan umur yang ada. Terasa sepatutnya dia berusaha lebih keras dan tegas bukan bermain-main dengan dirinya.

Di manakah kita? Baru atau sudah?
Sama-sama muhasabah.

Virus yang melekat pada remaja&pemuda

Virus kefahaman, yang menyatakan bahawa masa muda adalah waktu libur bagi insan, memang telah menyerap masuk ke dalam jiwa manusia hari ini.

Maka dilihat bahawa umur mudanya, yang saya pun tak pasti setakat mana muda itu hendak dihitung, adalah untuk dihabiskan dalam keseronokan.

Akhirnya terhasillah pemberontakan apabila diajak serius untuk menghadapi kehidupan, muncullah rasa benci apabila diajak untuk matang dalam memikirkan permasalahan ummat, dan melarikan diri apabila diajak untuk mengikuti proses mengislah diri dan masyarakat.

“Aku baru 17 tahun lah.”
“Aku baru 21 tahun.”

Kita rasa muda. Masih banyak masa. Bukan waktunya bersusah payah. Bukan masanya berpenat lelah. Bukan tikanya membanting tulang. Bukan saatnya memerah otak berfikir untuk ummat. Belum sampai waktu untuk serius. Belum tiba waktu untuk matang.

Kita masih ingin bermain-main. Melalui hidup sebagai ‘remaja’.

Sedangkan, yang ditunjukkan kepada kita adalah sebaliknya

Continue reading