Ping-Pong Team

Ping-pong Team

Episode 1 : Sahabat Ping-Pong

“Ambil ni!!!” Syamil menggertak. Menakutkan pihak lawan di hadapannya. Sangat deras bola yang dipukul. Kelajuan bola itu seperti kilat yang menyambar. Bayang pun tidak terlihat. Sangat pantas dan tepat memasuki meja lawan.

21-0.

Kemenangan berpihak kepada Syamil. Lawannya tidak mempunyai peluang walau satu mata pun. Tiada belas kasihan. Syamil puas. Baru sahaja perlawanan ping-pong bermula lima minit. Antara rekod kemenangan yang terpantas.

“Apa lah kau ini. Main biasa-biasa cukuplah. Bosan betul main macam ini.” Uzair merajuk. Jiran kepada Syamil. Dia baru di tingkatan tiga. Tetapi badannya lebih tinggi berbanding Syamil walaupun Syamil sudah di tingkatan lima.Tetapi di dalam permainan ping-pong ini, ketinggian bukanlah suatu kelebihan. Di tambah pula Syamil memang merupakan wakil sekolah dan mempunyai banyak pengalaman dalam permainan ini membuatkan kebarangkalian untuk Uzair menang adalah tipis.

Uzair adalah mangsa yang pertama pada malam ini. Dia beransur keluar dari gelanggang meja ping-pong. Bad ping-pong diletakkan di atas meja untuk digunakan oleh lawan seterusnya.

“Haha. Rileks la. Aku saja nak test power ni.” Syamil mengangkat tangan sambil tersenyum. Uzair acuh tak acuh. Geram.

Meja ping-pong ini terletak di bawah bumbung garaj rumah Syamil. Dibeli oleh ibunya dua tahun yang lepas atas permintaan Syamil dan adiknya. Memandangkan ibu mereka tidak mahu anak kesayangannya yang berdua ini melakukan aktiviti sia-sia ,maka permintaan mereka ditunaikan. Ditambah pula Syamil dan adiknya sebelum ini suka melepak sehingga lewat malam dengan jiran-jirannya. Jadi dengan membeli meja ping-pong, sekurang-kurangnya pada waktu malam mereka boleh bersukan dan mengeluarkan peluh jika dibandingkan dengan melepak.

Dan kebetulan hari ini adalah hujung minggu. Mereka bermain dan berlatih bersama selepas menunaikan solat Isyak.

“Orait, Lawan yang seterusnya sila tampil ke hadapan.” Syamil memandang kearah lawan-lawannya yang setia menunggu di kerusi panjang. Tangannya diangkat ke hadapan sambil jari telunjuknya digerak-gerak. Gaya mencabar.

Zaid, Hazman dan adiknya Zikri memandang antara satu sama lain. Tidak gentar dengan cabaran Syamil. Mereka juga merupakan wakil sekolah. Satu team yang sama. Diketuai oleh Zaid. Cuma Uzair sahaja yang berlainan.

“Ceh, jangan nak berlagak lah.” Hazman bangkit. Nampaknya dia akan menyahut cabaran Syamil dahulu. Badan Hazman sangat tinggi. Lebih tinggi dari Uzair. Hazman belajar di tingkatan empat. Merupakan jiran Syamil dan Zikri sejak dari kecil.

“Wau, Encik Hazman nampaknya lawan saya. Senang je ni” Syamil seakan memerli tetapi bukanlah niatnya, Cuma sekadar bergurau dengan kawan sepermainannya sejak kecil. Hazman hanya tersenyum mendengar. Memahami.

“Man! Kalahkan abang Syamil ni! Kau pasti boleh.” Zikri memberi kata-kata semangat. Man merupakan nama singkatan untuk Hazman.

“Tebus balik kekalahan aku.” Uzair juga bersuara.

“Lihat dan belajar ya kawan-kawan ku sekalian.” Hazman yakin. Dia sudah pun berada di meja ping-pong. Bersiap sedia untuk memulakan perlawanan. Bad ping-pong di atas meja di capai olehnya. Dia menggunakan bad yang sedia ada walaupun memiliki bad sendiri. Tiada bezanya.

“Cis, apa punya adik ni. Sokonglah abang.” Syamil mencebik muka menunjukkan reaksi merajuk. Dan mereka pun ketawa.  Dah besar-besar pun buat muka merajuk. Kelakar. Ukhwah antara mereka sudah terbina sekian lamanya.

***

Zaid dan Zikri hanya memandang dari tempat duduk mereka. Tidak terkecuali juga Uzair yang sebentar tadi bermain dengan Syamil. Uzair sebenarnya baru sahaja belajar bermain ping-pong. Sebab itulah dia kalah teruk ketika bermain dengan Syamil sebelum ini. Tetapi dia rasa senang bersama dengan mereka. Oleh itu tidak berasa bosan untuk bermain dengan mereka lebih-lebih lagi permainan ping-pong baginya sangat menyeronokkan.

18-18.

Sengit. Perlawanan antara Syamil dan Hazman sudah berlalu sepuluh minit. Masing-masing menunjukkan skill yang ada.

Service Hazman. Di dalam permainan ping-pong, service perlu dilakukan dengan memukul  bola di meja sendiri dahulu sebelum masuk ke meja pihak lawan. Dan apabila bola menyentuh meja pihak lawan, barulah pihak lawan boleh membalasnya dengan memukul bola tersebut terus ke meja lawannya. Dan sehinggalah salah seorang tidak dapat memukul bola masuk ke meja lawannya barulah mata pengiraan akan dibuat.

Hazman memukul bola ping-pong ke mejanya. Bola menuju dengan perlahan ke meja pihak lawan. Tetapi Hazman memang berniat sebegitu. Apabila bola tersebut melandas ke meja Syamil, kelajuan bola itu bertambah laju dan memantul ke atas. Terus menuju kearah muka Syamil. Technique ini dinamakan oleh Hazman sebagai ‘Spin Serve’. Bagi yang tidak biasa, sudah pasti akan menggelabah tetapi tidak bagi Syamil yang sudah biasa menerima bola seperti itu. Syamil berundur ke belakang beberapa tapak. Menunggu bola yang melantun ke atas itu jatuh ke bawah. Bersiap sedia untuk membalas. Dan apabila bola tersebut jatuh dan mencapai aras bawah dari net, Syamil memukulnya. Bola terus menuju lurus ke meja Hazman. Tidak pantas . Hazman bersiap sedia untuk mengambil.

“Tang!” bola mengenai net. Menjadikan lantunan bola itu berubah. Menjadi lebih perlahan dan akan melantun betul-betul di depan net. Memang apa yang dimahukan oleh Syamil. Hazman terkejut. Tetapi dia mempunyai reaksi yang pantas. Tidak hanya melihat. Tangannya yang panjang di hulurkan ke hadapan sebelum bola itu sekali lagi melantun untuk kali yang kedua. Bola dapat disambut tetapi menuju ke atas. Antara bola yang mudah untuk dibalas oleh pihak lawan kerana bola tersebut akan melantun ke atas semula selepas mengenai meja.

Syamil bersiap sedia. Bola yang di sambut oleh Hazman agak mudah di balas. Dia akan melakukan smash. Hazman pula berada di posisi bersiap sedia untuk mengambil smash yang akan dilakukan oleh Syamil nanti. Hazman tersenyum. Seperti merancang sesuatu. Syamil perasan reaksi wajah Hazman tetapi dia akan tetap melakukan smash. Itu adalah peluang baginya untuk mendapat mata memandangkan kelajuan bola yang di smash berlipat kali ganda.

“Hiargh!” Syamil melompat sedikit dan memukul bola dengan kuat. Bola menuju dengan laju dan terus mengenai meja lawannya. Syamil yakin akan memperolehi mata.

Pang! bola menuju semula kearah meja Syamil. Kali ini lebih pantas. Hazman baru sahaja membalas smash dengan smash! Tangannya yang panjang digunakan sebaiknya. Syamil tidak dapat membalasnya kerana kakinya masih belum menyentuh tanah kerana melompat tadi. Hanya dapat melihat. Tergamam.

19-18. Hazman mendahului satu mata.

“SubhanAllah! Skill apa tu Man?” Zaid bertanya. Terpegun melihat aksi tadi. Zikri dan Uzair juga begitu. Ini adalah kali pertama mereka melihat bola yang di smash dapat di balas dengan smash.

“Aku namakan skill tu ‘Dunk Smash’. Sebab kelajuannya seperti peluru yang ditembak.” Hazman memberi nama skill yang baru dibuat olehnya tadi.

[Hazman] Dunk Smash

[Hazman] Dunk Smash

“Mengarut. Nasib baik je tadi tu”. Syamil menyumpah. Tidak dapat menerima kenyataan yang dia baru sahaja memberi satu mata kepada Hazman.

“Ala kau cuma tak mahu terima kenyataan yang aku lebih hebat.” Hazman bangga. Syamil mencebik muka. Seakan kata-kata yang dilontarnya sebelum perlawanan tadi di kembalikan kepadanya.

“Oit. Jangan bangga. Syirik kecil.” Zaid memberi peringatan. Dia memang seorang yang sentiasa memberi peringatan kepada kawan-kawannya. Di katakan antara yang paling alim di kalangan mereka semua. Ditambah pula dengan didikan agama dari keluarganya sejak kecil. Sekarang dia di tingkatan enam. Paling tua antara mereka semua.  Kini dia rapat dengan dengan Syamil, Hazman, Zikri dan Uzair. Berhasrat untuk mengajak mereka lebih dekat dengan Allah. Melalui permainan ping-pong.

Rasulullah bersabda : “Suatu yang paling aku khuatirkan kamu ialah syirik kecil, lalu ditanya oleh sahabat, apakah syirik kecil itu ya rasulullah? Kemudian baginda bersabda, itulah riak.” 

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran. (surah al-‘Asr, ayat 1-3)

“Astafirullahalazim. Minta maaf ustaz Zaid.” Hazman tersedar.  Hazman  memandang Zaid .Kedua-dua telapak tangannya dicantumkan menunjukkan tanda mohon maaf. Dan kemudian dia menoleh kearah Syamil pula dan melakukan perkara yang sama.

“Hehe. Aku pun sama minta maaf juga pasal tadi.” Syamil juga tersedar.  Kepala digarunya walaupun tidak gatal. Sedikit rasa malu atas teguran Zaid tadi.

“Cepat lah sambung. Orang lain nak main jugak.” Zikri mencelah. Tangannya memeluk tubuh sambil kakinya digoyang-goyangkan. Mungkin mahu panaskan badan. Sudah lama dia menunggu. Perlawanan antara Hazman dan Syamil sudah melebihi sepuluh minit.

“Alamak , prodigi kita dah marahlah.” Hazman menyakat. Seronok bergurau dengan kawan-kawannya ini. Zikri digelar prodigi kerana usianya baru 15 tahun dan sudah mewakili sekolah. Dia antara yang paling genius dalam bab permainan ping-pong. Taktik dan strategi digunakan dengan baik. Kelemahan musuh juga dapat diketahui dengan cepat hanya dalam beberapa minit. Abangnya juga tidak dapat mengalahkannya.

***

Permainan dimulakan semula. Masih di service Hazman. Sekali lagi dia melakukan servicenya yang dipanggil ‘spin serve’. Mudah bagi Syamil. Syamil membalasnya dengan memukul bola tersebut dengan bad secara melintang. Bola tersebut berputar ke arah yang berlawanan. Bola tersebut dinamakan bola slice. Apabila jatuh ke meja pihak lawan, bola itu akan melantun sedikit sahaja.

Hazman sudah mengetahui akan skill tersebut. Sangat mudah dia membalas. Bola dipukul olehnya. Hanya bola biasa. Syamil membalas bola tersebut. Saling balas membalas. Masing-masing tidak mahu mengaku kalah.

“Angin?” Syamil berbicara di dalam hati. Di lihat pokok-pokok di rumah jirannya sedikit bergoyang menandakan selepas ini angin akan datang ke tempat mereka pula.

“Baiklah aku akan gunakan angin pada bola seterusnya.” Syamil merancang di dalam hati. Angin memang selalu ada ketika di malam hari tetapi sekejap ada sekejap tidak ada.

Seperti yang dirancang. Angin pun tiba di kawasan mereka. Lantas Syamil memukul bola dengan deras sekali. Tangannya sedikit melengkok. Bola menuju ke kiri meja Hazman. Hazman bersiap sedia untuk mengambil. Tangannya sudah di alihkan ke kiri untuk mengambil. Ingin dia melakukan backhand kerana dia merupakan pemain tangan kanan.

Zoom…  Bola berubah arah! Membentuk curve yang sangat dalam. Terus mendarat ke meja sebelah kanan Hazman. Hazman terkejut. Walaupun reaksinya sangat pantas tetapi bola tersebut sangat jauh untuk dicapai. Teknik ini di namakan sebagai ‘Snake Shoot’, sempena nama dalam anime jepun ‘Prince Of Tennis’. Hanya berjaya dengan bantuan angin. Bola akan  mengubah arah mengikut arah angin bertiup. Syamil menggunakannya pada masa yang tepat sekali.

[Syamil] Snake Shoot

[Syamil] Snake Shoot

“Menggunakan Angin ciptaan Allah dengan baik sekali.” Zaid kagum. Dia perlu menilai potensi-potensi yang ada pada mereka memandangkan dia adalah ketua pasukan di sekolah.

19-19.

“Huh… huh…” Nafas Syamil turun naik. Penat. Dia memang mempunyai stamina yang sedikit. Tetapi dia gembira kerana berjaya menamatkan rally tadi dengan teknik kegemarannya.

“Hai sudah penat ke sahabat aku seorang ini?” Hazman memulakan perang psikologi. Langsung tidak terkesan walaupun pusingan tadi dia kalah. Sekiranya pemain tidak dapat mengawal emosi. Sudah pasti akan melakukan kesilapan di saat-saat akhir.

“Cis. Kau baru kena skill aku yang hebat tadi. Lepas ni aku pasti menang.” Emosi Syamil sedikit terganggu. Juga terlupa akan teguran Zaid sebentar tadi.

Giliran Syamil pula untuk melakukan service kerana dia mendapat mata tadi. Peraturan mereka ialah pemain yang dapat mata akan melakukan service. Sedikit berbeza dengan peraturan sebenar dalam permainan ping-pong iaitu setiap pemain akan diberi service sebanyak lima kali sebelum bertukar service. Tanpa berfikir, terus Syamil melakukan service.

Pang! Bola di balas dengan laju. Menuju betul-betul di tengah badan Syamil. Syamil tidak mempunyai ruang. Hanya dapat menahan dan bola meluru ke atas. Dan Hazman melakukan smash. Pantas.

20-19.

“Yes! Mata akhir.” Hazman tersenyum lebar. Nampaknya Syamil sudah masuk perangkap psikologinya.

“Cepatlah serve Man.” Emosi Syamil masih terganggu.

“Baik bos.” Hazman masih melakukan psikologinya. Tangannya diangkat ke dahi menunjukkan tabik. Syamil geram.

Service dibuat. Syamil membalasnya dengan tenaga yang masih ada. Hazman ingin menamatkan perlawanan ini segera lantas dia memukul bola ke atas. Berharap Syamil akan masuk perangkap.

“Jangan smash!” Zikri memberi amaran. Tahu yang Hazman pasti akan melakukan tekniknya sekali lagi.

Syamil tidak peduli akan amaran adiknya. Tanpa berfikir panjang. Syamil melakukan smash.

Pang! Sekali lagi. Smash dibalas oleh smash. Bola mendarat laju ke sebelah kiri Syamil. Syamil tidak sempat untuk mengambilnya.

21-19.

Perlawanan tamat. Dimenangi oleh Hazman. Dua mata di pungut dalam masa kurang satu minit.

“Aku kalah?” Syamil berbicara dalam hati. Seperti tidak percaya.

** Bersambung…

One thought on “Ping-Pong Team

  1. Pingback: Ping-Pong Team (Episode 3) « Syabab Musafir

Sila komen di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s