Kuantiti VS Kualiti

Kualiti VS Kuantiti

Tit,tit…Tit,tit…

Message received…

Assalamualaikum. InsyaAllah, malam esok halaqah(Usrah) kita seperti biasa. Harap antum dapat hadirkan diri untuk mempertingkatkan iman (^^,). Moga dipermudahkan urusan beribadah kepadaNya.

Sender : Hafiz

“Adoi. Usrah lagi. Bukan ramai orang datang pun. “ Fadil yang baru sahaja membaca mesej yang diterima merungut seorang diri. Dia lantas menekan button delete untuk membuang mesej tersebut dari inbox handphonenya.

“Nak tak nak kena datang juga esok.” Fadil mengeluh.

Usrah ialah satu kumpulan manusia yang membincangkan sesuatu perkara yang bermanfaat untuk agama dan bangsa. Biasanya ahli usrah akan duduk bersebelahan antara satu sama lain membentuk bulatan.

Tujuan Usrah ialah menghubungkan diri dengan Allah, memberi bimbingan dalam ibadah bagi generasi muda dan sekaligus, merapatkan ukhwah  antara satu sama lain.

Biasanya usrah akan diketuai oleh ‘Naqib’ iaitu seseorang yang berperanan membimbing ahli-ahli usrah yang lain supaya menjadi insan yang berkualiti dalam segala aspek kehidupan.

***

*Keesokkan harinya…

“Assalamualaikum.” Fadil memberi salam apabila memasuki rumah ‘naqib’ nya.

“Waalaikumussalam. ” Hafiz dan Farhan menyahut salam . Mereka lalu bersalaman. Pipi bertemu pipi.

“Anta dari mana?” Hafiz bertanya. Dia mengukirkan senyuman selepas bersalaman.  Fadil memandang wajahnya. Wajah yang putih berseri. Begitu juga Farhan. Wajah mereka seperti tiada masalah.

“Dari rumah. Dua orang je ke yang datang?” tanya Fadil. Dia hanya melihat Hafiz dan Farhan sahaja yang hadir. Ahli usrah mereka yang sebenar ialah seramai 10 orang.

“Mungkin mereka lambat sikit. Kita tunggu sekejap.” Ungkap Hafiz.

“Okeh.”  Fadil membalas malas.

Kemudian mereka duduk di atas karpet merah di ruang tamu. Sambil menunggu sambil mereka bersembang-sembang. Fadil selesa bersembang dengan Hafiz dan Farhan. Sebab itulah dia tidak kesah menghadiri program usrah ini. Tetapi dia geram kerana sikitnya orang yang hadir.

Biasanya mereka akan memulakan program usrah pada jam 9.00 malam  dan memakan masa hanya satu jam sahaja. Kemudian setelah habis usrah, ibu Hafiz akan menjamu mereka dengan jamuan ringan seperti bihun, mee atau cucur udang.

“Kita mulakan dahulu sementara menunggu mereka.” Ungkap Hafiz. Mereka telah menunggu selama lima belas minit.

“Malas datanglah tu.” Fadil bercakap perlahan. Farhan yang duduk bersebelahan mendengar.

“Tidak baik cakap macam itu. Selemah-lemah unkwah ialah bersangka baik. Mungkin mereka ada masalah lain.” Farhan menegur.  Tangannya menepuk-nepuk bahu Fadil. Tegurannya penuh dengan kasih sayang. Fadil hanya menundukkan kepala. Hafiz tersenyum memandang.

“Baiklah. Kita buka majlis kita hari ini dengan ummul kitab al-Fatihah.” Hafiz membuka majlis. Masing-masing membaca surah al-Fatihah.

Mereka pun memulakan majllis mereka. Hafiz sebagai ‘naqib’ akan memberikan tazkirah. Farhan akan membaca al-Quran dan terjemahan dan Fadil akan menyampaikan sirah Rasulullah.

Setiap ahli usrah akan diberikan tugas masing-masing bagi menguatkan keyakinan untuk bercakap dan berdakwah kepada orang lain. Juga untuk menpertingkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai Islam yang sebenar.

“Kenapa perlu teruskan Usrah ni kalau 3 orang sahaja yang datang?” Fadil bermonolog di dalam hati.

***

Usrah

“Hari ini ana akan bagi tazkirah ringkas yang bertajuk ’Kuantiti VS Kualiti’.” Farhan dan Fadil tertarik dengan tajuk yang disuarakan oleh Hafiz. Mereka bersedia untuk mendengar. Buku dan pen sudah pun berada di tangan untuk dicatit perkara yang akan disampaikan sebentar lagi.

“Sebelum itu ana mahu bercerita mengenai satu kisah ini.”  Hafiz pun memulakan ceritanya.

***

Pada satu hari, ada seorang Ustaz ini diberi tugas menyampaikan ceramah di satu masjid. Jemaah yang hadir untuk mendengar ceramahnya hanyalah 5 orang pak cik tua sahaja. Lalu ustaz itu pun berkata di dalam hati.

“Adoi, kenapalah bila bab-bab ceramah agama ini sikit sangat orang yang datang .” keluh ustaz itu.

Nak tak nak ustaz itu pun meneruskan ceramahnya walaupun sedikit sahaja yang hadir.

Tiba-tiba salah seorang pak cik dari 5 orang yang mendengar bangkit berdiri. Ustaz itu pun bertanya.

“Eh, nak pegi mana tu?”

“Saya nak pergi buat air sekejap. Untuk minum-minum selepas ini.” Balas pak cik itu. Dia lalu meneruskan perjalanan keluar dari pintu secara tergesa-gesa.

“Kalau iya pun dengarlah sampai habis dahulu. Sudahlah yang datang ini sedikit sahaja. Kamu keluar bertambah sedikitlah.” Bisik hati Ustaz itu. Dia pun lantas meneruskan ceramahnya.

Setelah habis ustaz itu memberi ceramah. Dia dan 4 orang yang lain duduk sebentar bersembang-sembang sementara menunggu pak cik yang buat air tadi datang.

“Mana perginya pak cik tadi?” tanya Ustaz itu. Dalam hatinya dia sudah memikirkan bahawa pak cik tadi pastinya sudah balik ke rumah kerana mahu lari dari mendengar ceramah agama.

“Entahlah, saya pun tidak tahu lah ustaz.”

“Tidak mengapa. Kita tunggu sebentar.” Salah seorang pak cik lain pula berkata.

Seketika kemudian datanglah pak cik yang membuat air tadi membawa satu balang air teh. Semua yang hadir terkejut.

“Kenapa buat air banyak sangat ini? Sudahlah yang hadir sedikit sahaja. Bukankah itu namanya membazir. Buat satu jag pun sudah cukup untuk kita berlima ini.” Kata ustaz itu sedikit meninggi suaranya.

Pak cik yang membuat air pun berkata. “Eh, apa yang sikitnya, tadi saya nampak penuh masjid ini yang datang mendengar ceramah ustaz. Ada yang berjubah putih, ada yang berkopiah dan ada yang berserban.”

“Mana perginya mereka semua.” Tanya pak cik buat air itu pula.

Semua orang yang mendengar pun terpinga-pinga termasuklah ustaz itu.

“Dari mula ceramah sampai habis yang hadir cuma 5 orang sahajalah.” Kata ustaz itu.

“Habis apa yang saya nampak ramai-ramai tadi.” Pak cik itu terkejut.

Ustaz itu pun berfikir berkenaan peristiwa pelik itu. Akhirnya ustaz itu pun tersedar. Rupa-rupanya yang hadir tadi adalah makhluk Allah yang lain selain manusia.

Allah berkuasa untuk membuka hijab kepada pak cik yang buat air tadi untuk melihat makhluk lain sebentar tadi supaya dapat memberi pengajaran kepada semua orang terutamanya ustaz tadi.

Maka ustaz tersebut pun menyimpulkan bahawa sebenarnya Allah mahu betulkan persepsinya pada mula-mula tadi di mana ustaz  tadi mengatakan yang hanya sedikit orang sahaja yang mahu belajar ilmu agama ini.

Rupa-rupanya hakikat sebenarnya adalah sedikit atau ramai itu bukanlah tugas kita untuk menentukannya. Itu semua adalah kehendak Allah. Tugas kita hanyalah berusaha menyampaikan agamaNya. Yang selebihnya biarlah kita serahkan pada Allah swt.

Dan ustaz itu pun tersedar bahawa sebentar tadi dia sudah pun bersangka buruk terhadap pak cik yang membuat air. Lalu dia meminta maaf kepada pak cik itu.

***

“Itulah serba sedikit yang ana mahu ceritakan. Berdasarkan pengajaran yang dapat kita lihat di dalam cerita tadi ialah, janganlah kita berputus asa apabila kita melakukan program agama ini walaupun yang hadir hanya sedikit sahaja. Itu bukanlah kuasa kita untuk menentukan. Tugas kita hanyalah berusaha dan terus berusaha untuk menyebarkan agama Allah ini. InsyaAllah.”  Jelas Hafiz.

“Hakikatnya Allah menilai melalui kualiti suatu program itu bukanlah kuantiti. Cuba kita lihat, program-program seperti konsert sangat ramai yang datang. Tetapi adakah Allah menilainya?”  Hafiz menamatkan tazkirahnya dengan persoalan itu.

“Astafirullahalazim.” Fadil tersentap. Dia menundukkan kepala. Barulah dia sedar bahawa kenapa Hafiz tetap meneruskan program usrah ini walaupun hanya 3 orang.

Rupa-rupanya KUANTITI bukanlah apa yang dinilai oleh Allah swt tetapi KUALITI program itu sendiri yang dinilai oleh Allah swt.

by Muhammad Syamil

Take From : http://www.facebook.com/notes/nurul-fadhillah-khairi/cerita-ustaz-zulkifli-bq/132264463511744

Sila komen di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s