Ping-Pong Team (Episode 3)

Muqarrabin vs Uwais

Episode 3 : Jatuh

“Cis.” Nazrin mengetap bibir. Tidak disangka pula Zaid membalas dengan bola spin sekaligus memberi satu mata kepadanya.

Servis dibuat. Sekali lagi Zaid akan memulakan servisnya. Bola meluru seperti pukulan biasa dan apabila menyentuh papan meja terus melantun ke arah yang berlawanan. Servis yang sama.

“Ceh, aku tidak akan tertipu pada skill yang sama.” Kali ini Nazrin dapat membalasnya dengan baik. Dia tidak mungkin masuk pada lubang yang sama dua kali. Bola dibalas dengan baik menuju ke sebelah kanan Zaid.

“Nampaknya kau hebat juga.” Zaid seakan menyindir. Menyerang psikologi pihak lawan. Bola kemudian dibalas. Kali ini bola yang dibalas biasa-biasa sahaja. Zaid tidak mahu terburu-buru. Dia masih belum mengetahui kekuatan pihak lawan yang sebenar. Mata yang diperolehi sebentar tadi aadalah kerana kelalaian pihak lawan. Pada servis yang kedua menunjukkan yang Nazrin seorang yang hebat kerana dapat membalas semula servis tersebut dengan mudah.

“Bola mudah?” Nazrin berbicara dalam hati. Dia lalu membengkokkan tangannya sedikit dan memukul terus bola tersebut dengan laju. Bola menuju ke meja kiri Zaid. Zaid bersedia.

Zoom… bola mengubah arah! Menghasilkan curve yang tajam dan mendarat ke sebelah kanan Zaid pula. Skill ini sama seperti skill syamil yang dinamakan “snake shoot”. Semua yang hadir tergamam. Tidak terkecuali juga Zaid. Nazrin tersengih.

1 – 1.

“Skill aku?” syamil terkedu. Matanya membesar. Seakan tidak percaya. Teknik “snake shoot” yang berjaya di buat hanya dengan bantuan angin dapat dilakukan oleh Nazrin tanpa bantuan angin.

“Syamil. Itu bukan skill kau ke? Macam mana dia boleh buat. Kau ajar dia ke?” Hazman menepuk bahu Syamil.

“Buat lawak. Tidak mungkin aku ajar dia. Aku sendiri pun tidak percaya. Nampaknya dia ini bukan calang-calang orang.”

“Hahaha. Macam mana? Itu baru sedikit.” Nazrin gelak bangga.

“Berlagak betul lah dia ini. Zaid kalahkan dia cepat. Geram aku.” Zikri menyampah melihat sikap Nazrin. Zaid hanya berdiam.

Giliran Nazrin pula untuk melakukan servis. Dia memenangi mata sebentar tadi. Maka dia akan memulakan servis.

“Aku perlu berhati-hati. Walaupun teknik  “snake shoot” yang dibuat sebentar tadi hebat tapi masih tidak sebagus teknik Syamil kerana curve yang dihasilkan hanyalah sedikit.”

“Apa-apa pun aku tidak boleh lalai lagi selepas ini.” Zaid bermonolog di dalam hati.

Servis dilakukan oleh nazrin. Meluru terus ke arah tengah meja Zaid. Zaid bersedia untuk membalas. Kali ini dia tidak boleh membalas dengan sambil lewa. Kekuatan pihak lawan masih belum terjangka.

Pang! Bola tersebut melantun ke arah kiri. Berlawanan dari sepatutnya. Sama seperti servis Zaid sebentar tadi.

Kaku.

Sekali lagi Nazrin membuat kejutan.

2 – 1.

“Itu skill aku.” Zaid seakan tidak percaya.

“Heh.” Nazrin tersenyum puas.

Semua yang hadir tergamam. Suasana sepi sebentar. Kemudian kedengaran bisikan-bisikan dari orang ramai.

“Copycat.” Tiba-tiba Hazman bersuara.

“Copycat?” Serentak Syamil dan Uzair bertanya. Tidak faham maksud perkataan tersebut.

“’Copycat’ bermaksud ‘meniru’. Nampaknya si Nazrin ini boleh meniru skill pihak lawannya.” Zikri memberi penjelasan maksud perkataan yang diungkapkan oleh Hazman.

“Owh. Hebat juga dia ini. dapat tiru skill Zaid hanya dengan sekali lihat sahaja.” Uzair kagum.

“Yup. Nampaknya gelaran lagenda untuknya bukan hanya sekadar nama.” Hazman menambah. Kekuatan Nazrin sudah jauh lebih hebat dari kali terakhir dia melihat Nazrin bermain.

“Di tambah pula, apabila pihak lawan dapat meniru skill kita dengan mudah, secara tidak langsung akan menyerang psikologi kita.” Zikri menambah. Mereka semua memandang kapten mereka.

Zaid masih terdiam. Sedikit terkilan dengan skill yang baru dilakukan oleh Nazrin. Tanpa sedar psikologinya diserang.

“Baru sebentar tadi dia meniru skill Syamil, sekarang skill aku pula. Agaknya selepas ini skill siapa pula dia akan lakukan. Skill smash Hazman? ” Timbul keresahan di dalam hati Zaid.

“Ai diam je ke abang presiden kita ini. Hahaha. Atau pun sudah takut. Hahaha. ” Nazrin ketawa angkuh.

“Hahahaha…” tawanya semakin kuat.

“Matilah kau hari ini.” Tiba-tiba riak wajahnya berubah menjadi serius. Menunjukkan wajah yang menakutkan. Wajah kebencian.

Semua yang ada terdiam. Terkejut dengan perubahan wajah Nazrin.

***

Malam yang tenang. Sesekali angin sejuk bertiup. Dahan-dahan pokok turut bergoyang mengikut haluan angin. Bulan juga memainkan peranan memancarkan cahayanya. Di ikuti dengan bintang yang berkelipan. Menyinari langit yang luas. Indah. Alam ciptaan Allah di waktu malam.  Bagi mereka yang beriman akan berfikir mengenai alam ciptaan Allah ini untuk menambahkan lagi keimanan mereka.

Langit malam

“..Perhatikan dan fikirkanlah tentang apa yang ada di langit dan bumi (daripada segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya).” (Surah Yunus : ayat 101)

Zaid memandang langit sambil duduk di kerusi luar rumahnya. Dia ingin mencari ketenangan. Kelihatan bulan bercahaya megah menyinari alam. Sesekali awan bergerak menutupi sinaran cahaya bulan. Gelap. Kemudian kembali cerah semula apabila awan tersebut bergerak dan tidak lagi menutupi cahaya bulan.

“Emm…” Zaid ligat  berfikir. Dia masih terkenangkan peristiwa tadi. Perlawanan antara dia dan Nazrin dihentikan apabila ada seorang murid melaporkan kepada ustaz. Ustaz tersebut lalu menghentikan perlawanan tersebut dan Zaid dipanggil ke biliknya.

“Zaid. Kamu tahu kesalahan kamu.” Ustaz Marhalim bersuara lembut.

“Bukan salah saya. Dia yang mulakan dahulu.” Zaid bertegas.

“Dia mulakan apa?”

“Dia yang cabar saya dahulu “

“Jadi kamu terima cabaran dia?”

“Sebab dia kata dia mahu jadi presiden baru. Jadi saya pun terimalah cabaran dia. Nanti dia kata saya pengecut.”

Ustaz Marhalim menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Orang macam kamu sepatutnya mengajak orang lain ke arah kebaikan dan menjauhi keburukan. Bukannya dengan mudahnya termakan dengan cabaran dan hasutan orang lain seperti tadi. Dari situ pun kamu sudah kalah dari segi kesabaran.”

Allah berfirman maksudnya: “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat daripada jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk.” (Surah An-Nahl: Ayat 125)

Zaid seakan terpukul dengan apa yang diperkatakan ustaz. Ya, tadi dia tanpa berfikir panjang  terus menyahut cabaran dari Nazrin tanpa memikirkan kesan buruk dan baik. Sepatutnya dia hanya membiarkan sahaja. Perlawanan seperti tadi hanya akan menimbulkan permusuhan yang berpanjangan. Dikejutkan pula dengan sikap Nazrin yang tiba-tiba dingin.

“Saya minta maaf ustaz. Saya tidak sepatutnya menerima ajakan dia.” Zaid mengaku kesalahannya. Barulah dia tersedar. Di sebabkan dia menerima ajakan tersebut, timbulnya huru-hara di sekolah.

“Baguslah kalau kamu sudah sedar. Bukan tidak boleh berlawan tetapi berlawanlah dengan cara yang baik.” Ustaz Marhalim memberikan nasihat.

“Baik ustaz. InsyaAllah. Terima kasih.”

*

“Astafirullahalazim.” Zaid beristifar panjang apabila terkenangkan dialognya dengan ustaz Marhalim.

“Esok aku kena minta maaf dengannya. “ Zaid nekad.

***

Seperti biasa. Selepas isyak mereka akan bermain ping-pong di rumah Syamil. Menggantikan aktiviti lepak dan berbual kosong seperti yang mereka sering lakukan dahulu. Uzair dan Hazman sudah pun tiba selepas selesai menunaikan solat isyak. Mereka kemudian duduk di kerusi panjang. Langsung tidak menyentuh bad ping-pong dan bermain ping-pong. Masing-masing membisu tanpa bicara.

“Nampaknya Zaid tidak datang hari ini.” Syamil memencahkan kesunyian. Semua memandangnya.

“Mungkin dia masih terasa dengan kejadian petang tadi.” Uzair pula membuka suara.

Kemudian semua berdiam tanpa bicara. Masing-masing berasa bersalah akan kejadian petang tadi.

“Semua salah aku. Aku yang suruh dia sahut cabaran si Nazrin itu.” Zikri pula bersuara. Kesal akan perbuatannya.

“Bukan kau seorang. Aku pun sama juga.” Syamil juga turut menyesali perbuatannya.

“Tiada gunanya menyalahkan diri sendiri. Hakikatnya semua salah sebab sepatutnya kita menghalang dia bukannya memberi galakan.” Hazman pula berbicara.

Suasana sepi semula. Malam ini mereka tidak bermain ping-pong seperti kebiasaan. Ketiadaan Zaid dan peristiwa petang tadi membuatkan mereka tiada mood untuk bermain. Di tambah pula sahabat mereka Zaid terpaksa memikul beban kerana pastinya  nama baiknya akan tercemar di sekolah selepas ini. Ramai orang akan membuka suara dan menceritakan akan hal yang berlaku antara perlawanan dia dan Nazrin.

“Aku rasa kita perlu berjumpa dan hiburkan dia. Disaat macam ini dia pasti perlukan kita. Kita mesti berkongsi beban yang dia terima.” Uzair memberi cadangan.

“Aku pun rasa begitu. Kitakan sahabat dia.” Zikri menyetujui cadangan Uzair.

“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit, maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak dapat tidur.” (hadis riwayat muslim)

“Baiklah kalau begitu esok kita jumpa dia.” Hazman menyambung.

“Banyaklah kau punya esok. Sekaranglah kita jumpa. Rumah dia selang beberapa rumah sahaja.” Syamil menduku kepala Hazman perlahan. Hazman mengaduh sakit. Mereka kemudiannya ketawa.

“Jom.” Uzair mengajak.

“Jom!” Semua menyahut. Mereka kemudiannya keluar dari rumah Syamil dan menuju ke rumah Zaid. Sahabat yang mereka sayangi.

***

*Di satu tempat yang lain pula…

“Hahaha… padan muka dengan dia.” Nazrin ketawa puas. Nampaknya rancangannya berjalan dengan lancar.

“Baru kau tahu siapa aku.” Sekali lagi dia ketawa.

“Wah. Happy Nampak abang Nazrin kita.” Kedengaran satu suara menyapa. Segera Nazrin memalingkan muka ke arah suara tersebut. Kelihatan dua orang lelaki menghampirinya. Di lihat dari bentuk tubuh nampaknya seperti seorang pelajar yang lebih kurang sama umur dengannya.

“Siapa kamu berdua?” Nazrin bersuara dingin.

“Jangan risau. Kami kawan bukannya musuh.” Lelaki berbadan sedikit tegap dan berwajah gelap bersuara.

“Betul itu. kami datang bukan untuk bermusuhan tetapi untuk bekerjasama.” Lelaki yang satu lagi pula bersuara. Sedikit kurus dan tinggi.

“Bekerjasama?” Nazrin tidak faham. Dia tidak senang dengan mereka berdua.

“Kami dengar petang tadi kau kucar-kacirkan team ping-pong di sekolah.”

“Jadi kami berharap kau dapat bekerjasama untuk menghancurkan team ping-pong yang diketuai oleh Zaid itu.” lelaki itu menyambung.

“Maksud kau?” Nazrin inginkan kepastian.

“Bulan depan akan di adakan perlawanan peringkat daerah Kinta Perak antara sekolah-sekolah. Kami tidak mahu team mereka mengambil bahagian. Jadi kami memerlukan pertolongan kau untuk menghancurkan mereka.” Lelaki berbadan tegap itu menyatakan hasratnya yang sebenar.

“Tahun lepas kami mendapat tempat kedua kerana kalah kepada team mereka. Tetapi tahun ini kami akan pastikan kami mendapat johan.” Lelaki berbadan tinggi pula menyambung.

“Heh, kau cuma membuang masa sahaja. Aku tidak mungkin bekerjasama dengan kau.” Nazrin menolak pelawaan mereka.

“Aku akan bagi apa-apa pun yang kau mahu.” Mereka cuba merasuah Nazrin.

“Kau bagi satu juta pun aku tidak mahu!” Nazrin naik berang.

“Nampaknya kau ingin bermain untuk daerah.”

“Bukan sahaja daerah. Tetapi kebangsaan. Hahaha.”

“Kau akan menyesal.” Lelaki berbadan tegap itu mengugut. Tangannya menggengam bahagian depan kolar baju Nazrin. Cuba untuk menakutkannya.

“Hahaha…” Nazrin menyambung  tawanya tanpa menghiraukan kesakitan gengaman lelaki tersebut.

“Budak ini.” Lelaki tersebut geram lantas  menolak Nazrin ke depan. Mereka berdua kemudian berlalu meninggalkan tempat itu.

“Peringkat daerah ya?” Nazrin berminat.

**bersambung…

 

Sila komen di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s