Jagalah Pandanganmu Walaupun di Alam Maya

Menjaga Pandangan

Menjadi lumrah bagi lelaki untuk tertarik kepada perempuan dan perempuan akan tertarik kepada lelaki. Fitrah perasaan yang Allah campakkan kepada hambanya yang bernama manusia.

Tetapi adakah fitrah perasaan suka atau tertarik yang Allah campakkan ke dalam hati kita baik lelaki mahupun perempuan ini di salurkandengan cara yang diredhai olehNYA?

Maaf, saya tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk berbicara mengenai bagaimana untuk menyalurkan perasaan suka kita kepada lawan sejenis dengan cara yang diredhai oleh Allah swt. Tetapi di sini saya ingin menyentuh satu perkara penting yang berlaku pada semua orang iaitu berkenaan dengan menjaga pandangan mata.

Pandangan mata lelaki terhadap wanita bukan mahram dan pandangan mata wanita terhadap lelaki bukan mahram.

***

Sekiranya bercakap mengenai menjaga pandangan mata, memang semua orang tahu terutamanya orang yang sudah ditarbiyah ini, lelaki apabila melihat wanita mestilah berpada-pada dan mempunyai urusan begitu juga sebaliknya. Dengan kata lain, MEMINIMUMKAN pandangan.

Ya. Menjaga pandangan ini perkara asas bagi semua orang. Semua orang sudah tahu berkenaan menjaga pandangan dan saya yakin semua orang sudah dapat menjaga padangan mereka dengan baik. InsyaAllah.

Tetapi bagaimana dengan pandangan di alam maya?

Apakah itu alam maya?

Saya tidak tahu definisi yang betul tetapi pada pendapat saya, alam maya yang dikategorikan pada zaman ini adalah alam yang berbentuk seperti televisyen, internet, movie-movie cerita dan sebagainya.

Baiklah, kita bincangkan satu per satu berkenaan contoh-contoh yang diberi di bawah.

***

Televisyen

1) Televisyen

Banyak menyiarkan cerita yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon yang seksi. kononnya untuk menarik perhatian penonton. Terutamanya cerita Indonesia, Cerita Inggeris. Pelakon-pelakon wanitanya saya boleh gambarkan sangat teruk dari segi penjagaan aurat.Jadi di sini saya lebih menekankan kepada lelaki yang bagi saya di uji dengan penjagaan pandangan mata mereka. Kasihan.

2) Internet (Facebook, Youtube dan lain-lain)

Facebook

a) Facebook

Facebook ni dah famous. Banyak juga orang berhujah. Ada yang kata baik dan ada yang kata tidak baik. Sebenarnya dua-dua ada. Bergantung pada si pengguna. Sekiranya menggunakan facebook untuk menambah, berkongsi ilmu dan merapatkan silaturahim itu adalah baik. Dan sekiranya nak mengorat, nak stalker lain jantina tanpa urusan, hendak mengumpat itu dikira tidak baik.

Jadi penjagaan pandangan mata di sini salah satunya ialah apabila kita melihat gambar-gambar yang berlainan jantina. Sekiranya melihat sekadar untuk mengenal itu tidak apa tetapi sekiranya melihat berkali-kali dan boleh menaikkan nafsu maknanya something wrong dengan kita.

Jadi saya nasihatkan sesiapa yang suka upload gambar di facebook ni terutamanya wanita, awasilah gambar yang hendak anda letakkan, sekadar untuk orang mengenal anda dan elakkan upload gambar yang mempamerkan diri sendiri apatah lagi jika mempamerkan aksi-aksi yang mengedik.

Banyak skill sebenarnya stalker ini untuk melihat gambar anda dan di bantu pula dengan facebook yang semakin hari memudahkan urusan stalker.

Youtube

b) Youtube,

Kadang-kadang bosan-bosan tengok klip-klip lagu video barat, video lagu korea yang kita suka. Saya tahu yang kebanyakkan video klipnya sangat teruk dan kebanyakan artis-artisnya seksi sehingga ada adegan-adegan tidak senonoh. Jadi bagi sesiapa yang suka tengok video-video klip seperti ini saya nasihatkan janganlah tengok lagi. Nak jaga pandangan pun dah tak boleh dah sebab video-video klipnya memang sangat teruk. Sudah pasti bukan semua video klip tetapi majoritinya semua. Kalau nak tengok juga tengok video klip lagu maher zain ke, lagu irfan makki ke, video-video klipnya sangat best dan memberi pengajaran.

Movie

c) Movie

Ini yang  paling kita tidak perasan. Movie-movie  yang kita sering download dan tengok ketika makan, ketika ingin berehat atau ketika boring.

Emm, Pada pendapat sayalah, Lelaki ini suka tengok cerita-cerita barat yang ada aksi-aksi ganas dan hebat. Tetapi dalam jalan cerita itu pastinya ada adegan-adegan yang tidak soleh. Dan paling kurang pun. Pelakon perempuan itu berpakaian seksi dan kita melihatnya sepanjang jalan cerita tanpa rasa apa-apa pun!

Perempuan pula pada pendapat saya suka tengok cerita korea. Ada adegan love-love. Romatik gitu. Tetapi tidak terkecuali juga lelaki yang suka melihat heroin korea yang comel-comel. So ketahuilah melihat hero yang hensem-hensem dan heroin yang cute-cute pun anda sudah kalah dari segi penjagaan pandangan mata anda.

Dan bagi peminat anime pula, Nampak seperti tiada apa-apa sebab hanya kartun semata-mata. Tetapi sebenarnya kebanyakkan watak-watak anime perempuan semuanya seksi-seksi. Anda sendiri boleh menilainya.

***

Astaghfirullahalazim..

Kemanakah perginya sensitiviti iman kita terhadap melihat perkara maksiat?

Sekiranya selama ini anda melihat semua itu tanpa rasa apa-apa. Maka periksalah semula iman anda.

Ada orang akan cakap.

“Ala saya tengok semua itu, nafsu tidak naik pun.”

Heh. Bagi saya itu semua dusta. Sememangnya anda mempunyai masalah iman sekiranya tidak merasa apa-apa apabila melihat pelakon-pelakon seksi, adegan-adegan yang menghairahkan atau pelakon yang hensem dan comel-comel.

Bagaimana mungkin kita tidak redha melihatnya di alam realiti tetapi di alam maya kita tidak merasa bersalah?

Orang mukmin akan menjaga pandangannya di mana sekali pun!

Saya bukan mahu menghukum. Ini semuanya untuk memperingatkan diri saya dan diri anda supaya menjaga pandangan.

Di dalam ayat al-Quran, Allah memerintahkan kita, baik lelaki mahu pun wanita untuk menundukkan pandangan.

“katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kemaluan mereka…

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluan mereka”

(surah an-Nur, ayat 30-31).

Maka ingatlah bahawa menjaga pandangan itu wajib.

Wajib di jaga di alam realiti juga di alam maya.

Satu persoalan untuk kita semua. Agaknya bagaimana mungkin kita hajatkan pasangan yang menjaga pandangan jika kita sendiri tidak menjaga pandangan kita?

Sama-sama kita fikirkan.

Wallahualam.

2 thoughts on “Jagalah Pandanganmu Walaupun di Alam Maya

  1. amat benar syeikh.. kalau nak ikutkan semua movie tak boleh tengok kan..? (kecuali cerita digimon la, hahaha)
    ia bergantung kepada penggugna itu sendiri. ana pun x terlepas dari dosa mata itu, kerana ia begitu mudah utk di’klik’. peluang utk melihat maksiat terlalu mudah. sehingga iman tak sempat mahu menapisnya… huhu ana ada tulis mengenai cara nak tengok movie…
    http://mr-iq.blogspot.com/2010/10/movie-dan-aku.html

  2. huhu..itu yang takut tu..peluang melihat maksiat sgt mudah tetapi insyaAllah tidak mustahil utk menjaga pandangan, mungkin bila tgok movie boleh pandang yg sama jantina instead of yg lain jantina. thanks link tu, dah baca dah. Terbaik!

Sila komen di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s