Berdakwah dengan Kucing

Kucing Surau Ad-Raudah Seksyen 4

Hari ini nak cerita sikit tentang pengalaman dengan kucing. Tajuk ‘berdakwah dengan kucing’ sebenarnya adalah berkenaan dengan bgaimana saya mendekati seekor kucing ni. Sebenarnya saya peminat kucing cuma kucing je x minat saya. Heheh.

***

Baiklah, ceritanya begini. Di surau bersebelahan dengan rumah sewa saya terdapat dua ekor kucing hitam yang tinggal dan menjaga surau tersebut. Kalau pergi surau kat situ memang akan nampak la kelibat dua ekor ni. Satu jantan dan satu betina. Dua-dua hitam tetapi si betina ni ada warna putih kat bawah dia.

Si betina ini memang jinak. Kalau saya datang je surau tu dan buat bunyi cicak je confirm datang. Kadang-kadang berlari dengan laju ke arah saya. lapar kot. Tapi saya tak bagi la dia makan, Cuma belai je. Kadang2 tu tumbuk n pulas kepala dia berkali-kali. Best.

Si jantan ni sangat-sangatlah tak jinak. Bila saya datang dekat je confirm dia lari atau pun menjarakkan diri beberapa meter. Paling kurang pun jarak dia dengan saya mestilah dua meter. Takut dengan manusia kot. Ke takut dengan saya?

Jadi saya pun fikir. Kalau kucing betina ni boleh jinak dengan saya (semua orang dia jinak sebenarnya), si kucing jantan ini juga pasti boleh untuk saya jinakkan.

Jadi saya pun berazam lah. Untuk mengorat si kucing jantan ni.

***

Usha dari jauh

Pada mulanya saya cuma menjinakkan kucing jantan itu dengan buat bunyi cicak. Setiap kali nampak dia saya akan cuba untuk menghampirinya. Tetapi kucing ni tetap akan lari. Lama jugak la. Dekat dua bulan kot saya cuba untuk menghampiri kucing jantan ni.

Setiap kali saya datang dekat, dia akan lari.

Setiap kali saya senyum sambil jalan kat dia, dia akan lari.

Setiap kali saya cuba menghampirinya dengan buat bunyi cicak, dia akan lari jugak.

Sampai satu tahap itu saya rasa bosan, dan putus asa. Saya fikir kucing hitam jantan ni memang tak kan jinak dengan saya dan tak mungkin akan dapat dekat dengan dia.

“kenapalah kucing ni, orang nak buat baik pun still takut.”

“geram betul lah!!”

Antara luahan-luahan saya di dalam hati bila x berjaya dekat dengan dia.

Kemudian saya pun terfikirkan sesuatu idea.

“Kenapa aku tak belikan makanan dan bagi dia makan je?”

Entah dari mana saya dapat idea tu, tapi yang pasti Allah telah bagi saya ilham untuk mengorat si kucing jantan ni.

Jadi saya pun beli la makanan kucing yang biskut macam whiskes tu. Mahal. Dekat 5 ringgit. (T_T). Tapi kucing punya pasal tak kesah la.

Hampir setiap hari saya akan bawak makanan tu n bagi sikit je. Saya akan bagi kucing betina tu memandangkan kucing betina ni manja sangat, dan saya akan letak sikit makanan kat bahagian lain untuk kucing jantan tu supaya dia makan. Lepas itu saya akan tinggalkan.

Alhamdulillah, setiap kali saya bagi kucing betina makan, kucing jantan ni akan usha jauh-jauh. Lepas tu bila saya pergi je dia akan datang dekat tempat saya letak makanan tu dan makan biskut whiskes tu.

***

Kucing jantan (kiri) dan betina (kanan)

Hari berlalu hari, kucing jantan tu dah berani makan bila saya ada tapi jarak saya dengan dia mesti lebih dua meter la. Bila saya datang dekat je dia akan lari. Sabar je la.

Hampir sebulan seingat saya la saya bagi whiskes tu. Tapi whiskes yang sama saya beli dari awal la. Saya bagi sikit je kat kucing tu dan bukannya hari-hari. Hehe.

Seperti biasa, hari ini saya bagi whiskes dan seperti biasa si kucing betina ni laju je datang kat saya nak makan. Dan kucing jantan ni pun datang makan apabila saya dah jarakkan diri.

Dan bila kucing jantan ni makan je, saya datang dekat dan..

“Eh? Kucing jantan ni tak lari?”

Saya pun cuba untuk sentuh kucing jantan ni ketika dia sedang makan. Dapat sentuh sedikit lepas tu barulah dia lari. Cis!

Nampaknya masih takut dengan saya lagi. Tapi baguslah ada peningkatan di mana bila saya datang dekat dia, dia x lari dah. Cuma boleh tengok dia dari dekat je la dulu. Tapi di dalam hati saya sangat gembira. Alhamdulillah, selangkah ke depan!

***

Akhirnya datang dekat juga!

Keesokan harinya saya bawa ayam goreng. Pastu bagi la kucing tu makan. Kucing betina ni xnak makan pula tapi kucing jantan ni lahap je makan. Dan bila dia makan saya pun cuba la nak sentuh dia.

Bila saya sentuh dan belai dia, dia x lari.

“WAHHHH!!!” saya pun jerit. Tapi dalam hati la.

Akhirnya saya berjaya juga untuk dekat dengan kucing jantan ni. Dan kucing jantan itu pun sudah jinak dengan saya dan dia pulak lebih-lebih. Gesel-gesel badan. Maybe dah lama x rasa di belai manusia kot.

Alhamdulillah.

Mission Accomplish!!

***

Kemudian saya terfikir sesuatu.

Sekiranya kucing yang pada mulanya tidak jinak langsung pun boleh menjadi jinak bila didekati berkali-kali, masakan manusia tidak boleh dijinakkan apabila kita berdakwah kepada mereka dengan cara yang lembut dan tidak berputus asa?

Mereka yang tidak memahami Islam juga perlu didekati dengan cara berhikmah dan lembut. Jangan main terjah sahaja. Jangan menghukum sahaja. Mereka akan lari dan merasa benci sekiranya begitu.

Tetapi datanglah kepada mereka dengan cara yang lembut lagi berhikmah. Kenali mereka dahulu. Bermesra dengan mereka. Jangan menghukum tetapi mendidiklah.

Teringat saya dalam satu ucapan dari kak Fatimah Syarha.

“Ramai orang di luar sana yang ingin merasai nikmat iman dan Islam tetapi masih tidak berkesempatan. Ajaklah mereka supaya mereka juga merasai apa yang kita rasa.”

Semoga saya dapat merasai nikmat iman dan islam yang sebenar. Amin ya Rabb.

11 thoughts on “Berdakwah dengan Kucing

  1. Satu analogi nyata yang menarik! Syukran atas perkongsian.

    Kadang-kadang terlalu cepat berputus asa dengan diri sendiri dan manusia lain dalam mengajak atau berbuat kebaikan. Sedangkan jika sabar sedikit sahaja lagi, inshaAllah pasti Allah tunjukkan kejayaan.

    Mohon share🙂

  2. Satu perkongsian yang baik.
    memang benar setiap manusia punyai fitrah mahu kearah kebaikkan.
    cuma kadang2 mungkin tersalah cara dan teknik.

    tetapi tidak juga boleh kita menunding jari kepada si pendakwah yang tidak menggunakan cara yang betul, kerana mungkin saja itu adalah antara percubaan2 awalnya untuk berjinak2 dalam dakwah.

    sama-samalah kita mencuba sebaiknya. kerana penilaian yang seberanya datang daripada ALLAH.

    teruskan menulis untuk islam.🙂

  3. azekz : dasyat bangat..
    kak ngah : tu la, ajak skali dua je..pastu stop..
    waiz aufa : kucing je peneman yg ade.
    motivasiinsan : betul, hidayah itu milik Allah, kte hnye prlu brusaha…insyaAllah, jzkk..:)

  4. tak dpt nak tinggal komen kat entri the latest sebab bila klik, terus tak leh nak buka..entah napa..

    bersemangat betul main kat atas..macam review game bola sepak kat tv tu.. ^_^ manfaatkan masa sebaiknya.. insyaAllah..

Sila komen di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s