Rahmat atau Musibah?

Rahmat atau Musibah?

“Jumpa esok.” salah seorang rakan sekelas menegur Saiful. Ketika itu kuliah pengajaran subjek matematik baru sahaja tamat.

“InsyaAllah.” Saiful senyum kepada rakannya. Kemudian dia berlalu pergi. Kolej tempat kediamannya menjadi destinasi. Dia ingin berehat sementara menunggu kuliah seterusnya pada pukul 2 petang. Bilik di kolej menjadi tempat rehatnya pada waktu tengahari memandangkan kolej dan fakultinya hanya berjarak sepuluh minit.

Ketika dia berjalan menuju ke kolejnya, tiba-tiba dia teringatkan sesuatu perkara.

“Astafirullahalazim, aku belum bayar yuran kolej dan Fakulti. Alang-alang dah teringat ni baik pergi bank dan keluarkan duit dulu.” monolog saiful. Dia kemudiannya berhenti di mesin ATM yang berdekatan dengan laluannya ke kolej.

“Emm, nak keluar berapa ya?” Saiful berfikir sejenak.

“Ah, keluar lima ratus teruslah. Buat belanja bulan ini juga.” Saiful lantas menekan button RM500 dan kemudian mesin ATM itu pun mengeluarkan sejumlah wang keping RM50 yang banyak.

Lantas dia mengambil kepingan wang tersebut. Dia ingin cepat memasukkan kepingan wang tersebut ke dalam poket. Bimbang akan menarik perhatian orang sekiranya memegang sejumlah wang yang banyak.

Belum sempat lagi dia memasukkan wang tersebut ke dalam poketnya, tiba-tiba muncul satu tangan menerpa ke arah wang yang dipegang olehnya. Tangan tersebut meragut wang itu. Saiful berasa sangat terkejut. Rupa-rupanya tanpa disedari seorang pemuda berdiri di belakangnya ketika dia mengeluarkan wang tersebut. Menunggu kesempatan untuk meragut wang tersebut.

Pemuda tersebut berlari laju ke arah temannya yang menunggang motosikal. Saiful mengejar tetapi tidak sempat. Pemuda dan temannya sudah laju pergi dengan menunggang motosikal. Wajah mereka juga tidak dapat dilihat. Sangat pantas!

Saiful tergamam.

“Ya Allah. Apakah yang sudah berlaku?” Saiful seakan tidak percaya. Jantungnya berdegup kencang.

***

“Ya Allah. Kenapa aku yang kena? Kenapa bukan orang lain. Engkau kan tahu yang aku tidak mempunyai wang.” hati saiful sebak. fikirannya sangat buntu. Kehilangan wang yang banyak sangat tidak dijangka olehnya.

“Kenapa aku teringat mahu keluar duit ketika itu?”

“Sekiranya aku tidak teringat, pasti kejadian tadi tidak berlaku.”

“Kenapa ya Allah? Kenapa?”

Peristiwa tadi sangat membuatkan fikiran saiful terganggu. Wang lima ratus miliknya baru sahaja di ragut orang. Wang yang ingin dia gunakan untuk membayar yuran. Kini dia tidak mempunyai wang untuk  membayar yuran. Wang simpanannya hanya tinggal cukup-cukup makan sahaja unutk menampungnya berbelanja dalam tempoh dia belajar. Untuk meminta pada keluarga juga tidak mungkin kerana dia berasal dari keluarga yang miskin.

Ketika ini dia teringat kepada kakaknya. Ingin dia ceritakan peristiwa tadi kepada kakaknya. Lantas laman yahoo messenger dibuka. Kebetulan kakaknya online.

Buzz!

Saiful : Salam. Kak long ada kat situ x?

Saiful menegur kakaknya. Beberapa ketika kemudian barulah kakaknya membalas.

Nur Hasyimah is Typing…

Nur Hasyimah : Wslm.

Nur Hasyimah : Ada2. Knp?

Saiful : Emm, xde pe…

Saiful : Cume…

Nur Hasyimah : Cume?

Saiful : Emm, tadi Saiful kena ragut.

Saiful : RM500 hilang.

Nur Hasyimah : Ya Allah, macam mana boleh kena ragut pula?

Terkejut kakaknya apabila mendengar kenyataan saiful. RM500 bukanlah nilai yang sedikit. Lebih-lebih lagi keluarga mereka memang miskin dan tidak mungkin dapat menggantikannya.

Saiful : Xtau la, tiba2 dah kena ragut…

Kemudian Saiful menceritakan kejadian yang berlaku.

….
….
….

Nur Hasyimah : Emm, macam ni lah saiful. Banyak2 kan lah berdoa pada Allah. Moga Allah
permudahkan segala urusan. Doa orang yang teraniaya ini makbul, InsyaAllah. Akak
yakin ada hikmahnya atas apa yang berlaku.

Kakaknya memberikan kata-kata hikmah. Memang seringkali apabila saiful di timpa masalah, kakaknyalah tempat dia meluahkan perasaan dan tempat dia merujuk sesuatu.

Saiful : Emm…

Saiful : Tapi kak long…

Saiful : Saiful x nmpk hikmahnya pun…mana mungkin RM500 itu boleh dapat balik. Peragut tu dah
lari jauh dah.

Nur Hasyimah : Mungkin kita tak nampak hikmahnya sekarang. Tapi yakinlah pada Allah.

Nur Hasyimah : Sesungguhnya Dia tidak akan membebani hambanya sesuai dengan kesanggupannya.

Kemudian kakaknya menaip satu ayat al-quran.

Nur Hasyimah :“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Surah al-baqarah, ayat 286)

Saiful : Emm…

Saiful : Tetapi sekarang ni saiful x sanggup terima ujian ni!

Saiful seakan marah. Memang, sekarang ni dia lah yang sedang menerima ujian tersebut. Orang lain tidak akan dapat merasai apa yang dia rasa sekarang.

Nur Hasyimah : Saiful…

Kakaknya menyebut namanya lembut. Saiful memahami walaupun iainya hanya tulisan. Kemudian kakaknya membalas lagi.

Nur Hasyimah : Kita tidak tahu ia rahmat atau musibah, tetapi bersangka baiklah pada Allah.

Hati Saiful tiba-tiba menjadi sebak. Ya, selepas sahaja kejadian ragut tersebut, yang hanya dia fikir hanyalah bersangka buruk pada Allah.

Kelopak mata Saiful mula bertakungkan air.

Nur Hasyimah : Sekiranya iainya musibah, maka redhalah dengan ketentuanNya…

Nur Hasyimah : Sekiranya iainya Rahmat, maka bersyukurlah wahai adikku…

Akhirnya air mata saiful mengalir juga apabila membaca message dari kakaknya.

***

Matahari Terbit

Keesokan harinya Saiful bersiap seperti biasa untuk pergi ke kuliah. Dengan izin Allah, hatinya seakan berasa sangat tenang setelah dia menunaikan solat sunat taubat malam semalam.

“Ya Allah, sekiranya ini adalah musibah, kau ampunilah dosaku ya Allah…kau berilah aku kekuatan untuk hadapai ujian-Mu ini. Sekiranya ujian yang kau berikan kepadaku ini adalah rahmat, maka kau tunjukkan lah aku hikmahnya. Kau berilah aku kekuatan untuk terus bersangka baik kepada-Mu.” Saiful berdoa di dalam hati ketika berjalan menuju ke fakultinya.

Tit-tit….tit-tit…

“Message?” Saiful lantas mengambil handphone nokia miliknya dan membuka inbox.

“Dari ibu? Kenapa tiba-tiba je?” Saiful berasa hairan. Jarang sekali ibunya menghantar sms kepadanya.

Saiful lantas membuka message tersebut lalu membacanya.

“Assalamualaikum. Saiful apa khabar? Semoga sentiasa dalam lindunganNya. Ni Ibu nak bagitau yang surat permohonan dermasiswa dari yayasan perak dah diluluskan. Alhamdulillah, diorg bagi RM1000 utk pelajar degree. Minggu depan saiful boleh datang ambil.”

“Subhanallah…” lafaz itu terus diucap olehnya setelah habis membaca message dari ibunya. Terasa segala bebanan yang dipikul olehnya hilang terus. Kelopak matanya mula bertakungkan air. Mahu sahaja dia menangis tetapi kerana berada di luar, niat itu di padamkan.

“Alhamdulillah… Baiknya engkau ya Allah.”

“Alhamdulillah…”

“Alhamdulillah…” lafaz itu diungkap olehnya sepanjang perjalanan.

Tidak disangka bahawa Allah akan memberinya dua kali ganda dari nilai wang yang di ragut semalam dalam tempoh tidak sampai 24 jam pun.

Saiful lantas berjalan menuju ke fakulti. Tidak sabar dia untuk pulang ke bilik dan memberitahu kakaknya tentang berita gembira ini.

***

p/s : kisah benar dari seseorang yang telah diubah sedikit jalan cerita. Sesungguhnya apabila kita diuji dengan sesuatu perkara, Kita tidak tahu iainya rahmat atau musibah, tetapi bersangka baiklah pada-Nya.

 

Sumber rujukan : http://dakwah.info/bekal-dakwah/rahmat-atau-musibah/

4 thoughts on “Rahmat atau Musibah?

Sila komen di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s