Ping-Pong Team (Episode 6)

Ping-Pong 1

Episode 6 : Berhibur

Pemain-pemain terpilih yang baru memasuki ke kelas. Tidak terkecuali Nazrin dan dua ahli baru iaitu Shah dan Azim. Ketika ini sekolah sudah tamat. Sepatutnya mereka perlu menjalani latihan untuk peringkat daerah selepas menunaikan solat zohor, akan tetapi tiba-tiba Zaid memanggil mereka ke bilik. Katanya ada urusan.

“Kenapa tiba-tiba dia panggil kita ye?” Hazman bertanya kepada Zikri. Zikri menjungkit bahu. Menunjukkan dia juga tidak tahu.

“Kau tahu tak Uzair?” Syamil pula menanya.

“Yela Uzair, kau kan rapat dengan Zaid.” Hazman menukar pandangannya ke arah Uzair yang berada selang satu kerusi dengannya. Bersebelahan dengan Syamil.

“Entahlah.” Uzair menjawab malas. Dalam hatinya dia berkata “Sejak bila aku rapat dengan Zaid, korang lagi rapat adalah.” Uzair menggeleng kepala. Ada-ada sahaja Hazman ini.

“Ish. Cepatlah, aku tak sabar nak main ping-pong ni.” Syamil bersuara.

“Sabarlah, nanti datanglah Zaid tu.” Ungkap Zikri. Dia juga hairan kerana di panggil secara tiba-tiba. Peringkat daerah akan berlangsung tidak lama lagi. Mereka tidak boleh membazirkan masa.

Mereka berempat hangat bersembang. Tetapi bukan mereka sahaja yang berada di kelas itu, Shah, Azim dan Nazrin juga turut ada. Akan tetapi Shah dan Azim duduk berjauhan dengan mereka. Nazrin juga duduk di satu meja secara bersendirian. Masih tidak rapat tetapi bukanlah tidak bersembang langsung.

“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.” Satu suara menyapa memasuki kelas.

“Waalaikumsalam.” Mereka menjawab salam serentak sambil memandang ke arah pemberi salam. Kelihatan dua manusia menghampiri mereka. Salah satunya adalah Zaid. Seorang lagi juga mereka kenali. Ustaz Marhalim.

“Kenapa Ustaz ada kat sini?” Uzair melontarkan soalan. Dia memang kenal sangat dengan Ustaz Marhalim. Mengajar bahasa arab di kelasnya.

Ustaz Marhalim hanya tersenyum. Tidak menjawab. Kemudian dia memandang sekeliling. Dia memandang ke arah Shah dan Azim berada. Kemudian dia memandang ke arah Nazrin pula. Dia lalu menggelengkan kepala.

“Baiklah, yang jauh-jauh tu, silalah datang ke depan.” Ustaz Marhalim bersuara. Shah, Azim lantas menuju ke depan. Duduk di belakang meja Syamil dan Uzair. Nazrin juga tampil duduk di belakang Zikri. Zaid sudah pun duduk di belakang Syamil. Kini dia bersebelahan dengan Shah dan Nazrin.

Semua yang ada diam.

“Sebenarnya Ustaz mahu beritahu sesuatu.”

“Beritahu apa Ustaz?” Syamil menyampuk.

“Sabarlah, Ustaz belum habis cakap lagi.” Ustaz menggeleng. Syamil tersengih sambil menggaru kepala.

“Atas permintaan Zaid, mulai sekarang Ustaz akan jadi jurulatih dan penasihat kamu semua.” Jelas Ustaz. Semua yang ada terdiam. Mereka kemudian memandang Zaid. Zaid hanya tersenyum.

“Sebelum itu, boleh Ustaz tahu nama kamu semua?” Mereka kemudian memalingkan semula ke arah Ustaz. Ustaz juga tersenyum.

Continue reading

Tak Kenal maka Tak Cinta

Take from najihahyazid.blogspot.com

Tak Kenal maka Tak Cinta

Apa yang anda fikir berkenaan dengan perkataan di atas?

Antara ayat yang seringkali di dengari bukan?

Apabila kita suka kepada seseorang, kita teringin untuk mengenalinya.

Apabila kita merasa cinta kepada seseorang, kita ingin berkenalan dengannya.

Dan apabila kita sudah mengenal orang tersebut, kita akan tahu ciri-ciri perwatakannya. Baik, lemah lembut, sopan, pemurah, suka senyum dan berbagai-bagai lagi. InsyaAlllah, mengenal seseorang dengan cara yang halal. Yang diredai olehNya.

Dan dari situ kita akan mendapat rasa cinta.

Ya. kalau saya mendengar atau terbaca sahaja ayat ‘Tak kenal maka Tak Cinta’. Secara automatiknya terlintas di fikiran bahawa ayat itu ditujukan untuk mengenali manusia supaya merasa cinta. Itu saya, tetapi pembaca mungkin berlainan. (^_^)

Tetapi di sini saya ingin mengubah sedikit persepsi saya terhadap ayat tersebut.

Tak Kenal Allah maka Tak Cinta Allah.

Ya. sekiranya ingin mencintai Allah, kita perlu mengenal siapakah Allah dahulu.

Take from islamicwallpaperreligion.blogspot.com

Siapakah Allah?

Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh Alam.” (Surah al-Fatihah, ayat 2)

Ya. Allah, tuhan seluruh alam. Tuhan kepada alam ini. Yang seringkali kita baca di dalam solat kita ketika kita membaca surah al-Fatihah.

Macam mana mahu mengenal Allah dan merasa cinta kepadaNya?

Saya tidak berapa pandai dalam hal ini. Tetapi Allah izin saya terjumpa buku yang baru di beli oleh ibu saya iaitu buku yang di karang oleh Sulaiman Alkumayi yang bertajuk ‘Kecerdasan berasaskan Asmaul Husna’.

Asmaul Husna adalah nama-nama indah yang lain bagi Allah.

Dialah Allah yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang memiliki nama-nama yang indah. Apa yang di langit dan di bumi bertasbih kepada-Nya. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al Hasyr, ayat 24)

(Dialah) Allah. Tidak ada tuhan selain Dia, yang mempunyai nama-nama terbaik.” (Surah Taha, ayat 8)

Untuk lebih mengenal Allah kita mestilah kena tahu nama-nama indah Allah yang lain. Betul tak? Itulah dia Asmaul Husna. Ada 99 nama indah kesemuanya.

Saya yakin, salah satu cara untuk mengenal Allah dengan lebih dekat dan merasa cinta padaNya ialah dengan mengetahui dan memahami nama-nama indah Allah.

Dan kita juga perlu tahu sifat-sifat Allah. Ada 20 sifat Allah kesemuanya.

Dan apa yang Dia sukai, mestilah kita turuti, barulah mudah untuk mendapat cintaNya.

InsyaAllah, saya juga ingin mengenali Allah dengan lebih dekat dan meraih cintaNya.

Buku yang dibeli oleh ibu saya ini sangat bagus, siap ada huraian lagi mengenai nama-nama Allah. Mudah untuk di fahami. Pembaca bolehlah cuba cari di pasaran. (Masih belum baca habis lagi buku ini. Kene istiqamah!)

Bukan setakat buku sahaja yang ada, banyak lagi laman-laman web yang menceritakan nama-nama indah Allah. InsyaAllah boleh di jumpai dengan mudah.

Mari mengenal Allah dengan lebih dekat dan meraih cintaNya!

Tak kenal maka Tak Cinta!

Wallahualam.

p/s : Boleh klik ‘continue reading’ untuk melihat senarai nama-nama indah Allah dan sifat-sifat Allah.

Continue reading

Shinka di Quarantine!

Shinka

Tidak sabar untuk ku pulang ke rumah. Berbulan-bulan lamanya tidak menjejaki ke sana. Ketika ini ibuku memandu kereta waja nya. Aku hanya duduk di bahagian hadapan. Bersebelahan dengannya. Ibuku sememangnya tidak membenarkan aku membawa kereta sekiranya dia turut menaiki kerana takut. Mungkin sebab aku masih amatur dari segi membawa kereta.

Setibanya di rumah ku. Aku terus mencari kelibat seekor makhluk yang sangat aku cintai. Seekor makhluk yang sangat aku rindui. Lama sudah tidak berjumpa dengannya. Bukan kerana aku tidak merindui keluarga tetapi makluk itu juga salah satu dari keluargaku.

Ya. Makluk itu adalah seekor kucing yang berwarna kelabu dan berbelang-belang serta berbulu lebat. Di tambah pula ekornya yang panjang dan berbulu seperti tupai. Sekiranya dapat di peluk, seakan memeluk bayi. Menghangatkan.

Shinka. Nama kucing itu di beri.

“Mana Shinka?” Pertanyaan pertamaku ketika menjejaki rumah. Soalan dilontarkan kepada adikku. Beg yang berisi baju yang ku galas di letakkan di ruang tamu. Ketika ini aku baru pulang dari shah alam. Cuti semester dua bulan.

“Entahlah. Selalu malam-malam macam ni memang menghilang.” Adik ku menjawab malas. Tangan di salami.

“Meow…” Kedengaran satu suara memasuki rumahku.

“Shinka!” aku lantas memeluknya. Seperti tahu sahaja aku mahu pulang. Aku memeluknya erat. Sehingga kucing itu mengiau berkali-kali dek kerana sakit dipeluk.

Tiba-tiba aku terasa sesuatu yang berair dan lendir di tangan ku.

“Eh? Kenapa dengan Shinka punya kaki ni?” aku lihat terdapat luka di kakinya. Masih baru. Terdapat tiga luka. berbentuk bulat. Seperti tompokan.

“Entahlah, dah lama dah kena.” Adikku menjawab.

“Ish2. Ni mesti gaduh ni. Dah la ketua mafia dia ni!” Aku menduku kepala Shinka. Shinka hanya mengiau. Memang, kucingku sangat suka bergaduh. Badannya yang besar membuatkan dia seakan-akan ketua mafia di kampung ku.

Luka di kakinya tidak menjadi perhatianku. Bagi aku luka itu biasa. Esok-esok pasti akan sembuh. Itu tafsiranku.

Continue reading

Ping-Pong Team (Episode 5)

picture 1

Episode 5 : Kumpulan Baru

“Huh, huh” Syamil mengeluh kepenatan.

“Hebat, perlawanan sudah pun berlangsung selama setengah jam.” Salah seorang penonton kagum melihat perlawanan di kumpulan B dan C. Perlawanan antara Syamil dan Shah dan juga perlawanan antara Hazman dan Azim.

“Tidak sangka pelajar baru ini sehebat ini. patutlah senior lain boleh kalah.” Syamil bermonolog di dalam hati. Badannya sudah pun di basahi peluh. Tidak pernah dia bermain selama ini.

19-15.

Perlawanan kumpulan B di dahului oleh Syamil. Walaupun begitu Syamil yang kurang stamina sudah sampai pada kemuncaknya. Tenaganya sudah habis digunakan sepenuhnya.

“Abang senior ini hebat juga.” Shah, lawan kepada Syamil memulakan dialog. Cuba menyerang psikolgi Syamil. Walaupun dia ketinggalan, tetapi dia langsung tidak menunjukkan reaksi penat. Nampaknya staminanya sangat tinggi.

“Heh, kau pun apa kurangnya.” Syamil tidak masuk perangkap. Pengalamannya ketika berlawan dengan Hazman tempoh hari tidak di sia-siakan. Pengalaman yang menyebabkan dia kalah kerana perang psikologi yang di buat oleh Hazman.

“Staminanya sudah semakin kurang.” Shah berbicara di dalam hati. Dari data yang diperolehi olehnya, Syamil sangat lemah dari segi stamina. Oleh itu dia sengaja memanjangkan perlawanan.

“Baiklah, aku akan mula lancarkan serangan.” Shah merancang.

Bola di balas ke meja Syamil. Syamil menyambutnya biasa. Bola menuju ke meja Shah. Shah membalas semula. Kali ini bola menuju dengan laju.

“Senior tahu tak?” Sambil Shah membalas sambil dia bercakap.

Syamil hanya mendiam diri. Dalam hatinya dia bertanya “Tahu apa?”. Kemudian dia membalas bola.

“Semua data-data senior sudah saya kaji.” Shah membuka bicara lagi.

“Hah kaji?” Syamil bertanya di dalam hati. Tidak memahami.

Kemudian Shah membalas bola tersebut. Kali ini bola menuju ke kanan Syamil. Syamil mengangkat bad nya untuk membalas.

“Kaji konon, aku akan balas bola ke sebelah kiri kau.” Syamil merancang.

“Kiri!” Shah tiba-tiba meninggikan suara. Menyebut ke arah bola dituju yang akan di balas oleh Syamil. Syamil tekejut, tetapi dia memang tidak boleh mengubah haluan bola.

Seperti yang di sebut, bola menuju ke kiri Shah. Tangan Shah sudah pun berada di kiri untuk membalas.

Pang! Bola di balas laju. Shah memperolehi mata.

19-16.

“Dia tahu aku akan balas ke mana sebelum aku memukul bola?” Syamil seakan tidak percaya.

“Atau pun tadi cuma bernasib baik sahaja?” Syamil berkata di dalam hati. Kemudian dia memandang ke arah Shah.

“Tidak,  bukan bernasib baik. Saya tahu bola senior akan ke mana  berdasarkan data yang saya perolehi sepanjang perlawanan kita tadi.” Shah bersuara. Dia dapat membaca fikiran Syamil. Syamil mengetap bibir.

“Cis, budak ni.” Syamil terus melakukan servis. Kini servisnya pula.

“Kiri!” Shah bersuara menunjukkan arah bola di balas Syamil.

“Kanan!”

“Kiri!” Sekali lagi bola di balas menuju ke arah kiri Shah. Semua yang di sebut oleh Shah tepat. Shah kemudiannya membalas bola tersebut dengan laju.

Syamil bersiap sedia membalas.

“Berdasarkan spin yang telah saya hasilkan dan arah tempat bola mendarat, senior akan dapat membalasnya. Tetapi…”

Syamil memukul bola. Tetapi di sebabkan tenaga Syamil yang semakin berkurang, Bola yang di balas sedikit terpesong dan…

“Keberangkalian untuk bola di balas mengenai net dan masuk semula ke meja senior adalah 90%…” Shah menyambung kata-katanya. Bola yang di pukul Syamil mengenai net dan memantul semula ke meja Syamil.

19-17. Mata diperolehi Shah.

“Data tidak akan menipu.” Shah tersenyum sinis.

Continue reading