Ping-Pong Team (Episode 5)

picture 1

Episode 5 : Kumpulan Baru

“Huh, huh” Syamil mengeluh kepenatan.

“Hebat, perlawanan sudah pun berlangsung selama setengah jam.” Salah seorang penonton kagum melihat perlawanan di kumpulan B dan C. Perlawanan antara Syamil dan Shah dan juga perlawanan antara Hazman dan Azim.

“Tidak sangka pelajar baru ini sehebat ini. patutlah senior lain boleh kalah.” Syamil bermonolog di dalam hati. Badannya sudah pun di basahi peluh. Tidak pernah dia bermain selama ini.

19-15.

Perlawanan kumpulan B di dahului oleh Syamil. Walaupun begitu Syamil yang kurang stamina sudah sampai pada kemuncaknya. Tenaganya sudah habis digunakan sepenuhnya.

“Abang senior ini hebat juga.” Shah, lawan kepada Syamil memulakan dialog. Cuba menyerang psikolgi Syamil. Walaupun dia ketinggalan, tetapi dia langsung tidak menunjukkan reaksi penat. Nampaknya staminanya sangat tinggi.

“Heh, kau pun apa kurangnya.” Syamil tidak masuk perangkap. Pengalamannya ketika berlawan dengan Hazman tempoh hari tidak di sia-siakan. Pengalaman yang menyebabkan dia kalah kerana perang psikologi yang di buat oleh Hazman.

“Staminanya sudah semakin kurang.” Shah berbicara di dalam hati. Dari data yang diperolehi olehnya, Syamil sangat lemah dari segi stamina. Oleh itu dia sengaja memanjangkan perlawanan.

“Baiklah, aku akan mula lancarkan serangan.” Shah merancang.

Bola di balas ke meja Syamil. Syamil menyambutnya biasa. Bola menuju ke meja Shah. Shah membalas semula. Kali ini bola menuju dengan laju.

“Senior tahu tak?” Sambil Shah membalas sambil dia bercakap.

Syamil hanya mendiam diri. Dalam hatinya dia bertanya “Tahu apa?”. Kemudian dia membalas bola.

“Semua data-data senior sudah saya kaji.” Shah membuka bicara lagi.

“Hah kaji?” Syamil bertanya di dalam hati. Tidak memahami.

Kemudian Shah membalas bola tersebut. Kali ini bola menuju ke kanan Syamil. Syamil mengangkat bad nya untuk membalas.

“Kaji konon, aku akan balas bola ke sebelah kiri kau.” Syamil merancang.

“Kiri!” Shah tiba-tiba meninggikan suara. Menyebut ke arah bola dituju yang akan di balas oleh Syamil. Syamil tekejut, tetapi dia memang tidak boleh mengubah haluan bola.

Seperti yang di sebut, bola menuju ke kiri Shah. Tangan Shah sudah pun berada di kiri untuk membalas.

Pang! Bola di balas laju. Shah memperolehi mata.

19-16.

“Dia tahu aku akan balas ke mana sebelum aku memukul bola?” Syamil seakan tidak percaya.

“Atau pun tadi cuma bernasib baik sahaja?” Syamil berkata di dalam hati. Kemudian dia memandang ke arah Shah.

“Tidak,  bukan bernasib baik. Saya tahu bola senior akan ke mana  berdasarkan data yang saya perolehi sepanjang perlawanan kita tadi.” Shah bersuara. Dia dapat membaca fikiran Syamil. Syamil mengetap bibir.

“Cis, budak ni.” Syamil terus melakukan servis. Kini servisnya pula.

“Kiri!” Shah bersuara menunjukkan arah bola di balas Syamil.

“Kanan!”

“Kiri!” Sekali lagi bola di balas menuju ke arah kiri Shah. Semua yang di sebut oleh Shah tepat. Shah kemudiannya membalas bola tersebut dengan laju.

Syamil bersiap sedia membalas.

“Berdasarkan spin yang telah saya hasilkan dan arah tempat bola mendarat, senior akan dapat membalasnya. Tetapi…”

Syamil memukul bola. Tetapi di sebabkan tenaga Syamil yang semakin berkurang, Bola yang di balas sedikit terpesong dan…

“Keberangkalian untuk bola di balas mengenai net dan masuk semula ke meja senior adalah 90%…” Shah menyambung kata-katanya. Bola yang di pukul Syamil mengenai net dan memantul semula ke meja Syamil.

19-17. Mata diperolehi Shah.

“Data tidak akan menipu.” Shah tersenyum sinis.

***

Manakala perlawanan antara Hazman dan Azim pula.

Pang! bola di pukul Azim meluru deras ke arah meja Hazman. Hazman menahan.

Pang! Sekali lagi bola meluru laju ke arah meja Hazman. Sekali lagi Hazman terpaksa menahan bola tersebut.

“Budak ini tak henti-henti menyerang aku.” Hazman bermonolog sendiri, bola yang di pukul oleh Azim sangat deras dan laju. Hanya dapat menahan.

Bertubi-tubi serangan dari Azim di tahan oleh Hazman. Walaupun begitu, Azim langsung tidak menunjukkan reaksi penat dan langsung tidak memberi peluang kepada Hazman untuk menyerang balas.

“Aku akan terus menyerang. Sehinggalah…” Azim memukul bola. Kali ini lebih laju dan deras dari sebelumnya.

Tang! Bola di tahan Hazman. Tetapi bola tersebut tidak mengenai meja Azim. Jauh terkeluar. Seperti yang di mahukan oleh Azim.

19-19.

“Tenaganya dan pukulannya sangat kuat. Langsung tidak menyerupai pelajar tingkatan satu. Dan nampaknya stategi dia ialah terus dan terus menyerang membuatkan aku terus bertahan sehinggalah aku melakukan kesilapan.” Hazman bermonolog di dalam hati.

Dari awal permainan lagi Hazman telah di serang sebegitu rupa, tetapi dia dapat seimbangkan permainan dengan menyerang balas ketika mendapat peluang.

“Walaubagaimana pun, tenaga aku dah semakin berkurang. Sekiranya perlawanan berlanjutan…”

“Aku akan kalah.” Hazman berkata di dalam hati.

“Senior.” Azim membuka bicara.

“Kau akan kalah.” Azim bersuara yakin.

“Ceh, walau apa pun kamu cuma budak tingkatan satu sahaja.” Hazman lantas melakukan servis.

Pang! bola servis Hazman di balas terus dengan laju oleh Azim. Menuju lurus ke bahagian tengah.

“Nampaknya dia sangat yakin dengan taktik terus menerus menyerang.” Hazman berkata di dalam hati sambil menahan.

Sekali lagi bola di pukul deras oleh Azim, kali ini bola menuju ke sebelah kiri pula. Hazman menahan semula. Bola di tahan dan menuju ke meja kanan Azim. Azim membalas dengan lebih laju dan menuju semula ke meja kanan Hazman.

“Rupanya begitu…” Hazman terperasan sesuatu.

“Bola yang di balas langsung tiada spin. Hanya bola lurus.”

“Baiklah, aku akan gunakan taktik itu.” Hazman merancang.

Sekali lagi Azim memukul dengan laju. kali ini Hazman bersiap sedia menahan.

“Hah!” Bola yang di tahan Hazman melambung ke atas, tetapi masih di dalam kawasan meja.

“Hiargh!!” Azim lantas mengsmash bola tersebut dengan laju.

***

“Data tidak akan menipu?” Syamil tidak memahami.

“Ya. Semua data-data yang saya perolehi bukan sahaja berdasarkan perlawanan ini. tetapi saya telah kaji tentang senior ketika di dalam latihan juga.” Shah menjelaskan.

“Bukan sahaja data senior seorang, tetapi semua yang ada di sini saya telah kaji.” Shah menambah.

“Jadi apa yang kau dapat dari data-data yang diperolehi?”

“Saya dapat tahu segala kelemahan senior. Menyerah kalah sahajalah senior.” Shah lalu melakukan servis.

“Menyerah kalah?” Syamil berkata di dalam hati. Syamil lantas membalas semula bola tersebut.

“Kanan!” Shah memulakan sekali lagi teknik data nya.

“Menyerah kalah?” Syamil mengulangi semula ayat Shah di dalam hati.

“Kiri!”

“Inilah penamatnya!” Shah lalu memukul bola tersebut ke tempat kelemahan Syamil.

“Aku tidak akan menyerah kalah!” Syamil lantas memukul bola tersebut dengan laju. Bola tersebut menuju ke arah kiri Shah.

“Sia-sia, aku dapat membacanya.” Shah mengalihkan tangannya ke arah kiri. Bersedia untuk membalas.

Zoom. Bola menghasilkan curve. Menuju ke kanan Shah pula. Skill ini di namakan ‘Snake Shoot’. Skill kegemaran Syamil. Syamil dapat melakukannya walaupun tiada bantuan angin. Shah tidak dapat menyambutnya. Skill tersebut tiada di dalam datanya.

Shah terdiam. Hanya dapat melihat.

“Aku lebih mengetahui kelemahan aku berbanding kau. Dan Allah lebih mengetahui kelemahan aku berbanding aku.” Syamil berkata sambil memandang ke arah Shah.

Perlawanan tamat. Di menangi oleh Syamil.

***

Bola yang di smash Azim meluru laju ke arah meja Hazman. Kelajuannya berlipat kali ganda jika di bandingkan dengan serangan sebelum ini. Azim yakin memperolehi mata.

“Heh.” Hazman senyum sinis.

“Dunk Smash!” Dia lantas menghayunkan tangannya dan sekaligus membalas semula bola yang di smash tersebut dengan smash. Bola memasuki meja pihak lawan.

20-19.

“Smash di balas dengan smash?” Azim seperti tidak percaya.

“Mungkin cuma bernasib baik sahaja.” Azim lantas melakukan servis.

Bola di balas oleh Hazman. Kemudian Azim membalasnya laju. teknik serang bertubi-tubi terus dilancarkan olehnya. Hazman hanya menahan dan terus menahan. Dan apabila mendapat peluang dia memukul bola tersebut ke atas.

“Bola lambung seperti tadi?”

“Mahu smash atau tidak?” Azim berbicara di dalam hati.

“Lebih baik jangan smash.” Hazman bersuara. Dia dapat membaca fikiran Azim.

“Cis.” Azim geram di beri nasihat seperti itu. Dia lantas terus melakukan smash apabila bola tersebut menyentuh mejanya.

Pang! Bola tersebut kembali semula ke meja Azim. Pantas.

“Dunk Smash.” Hazman menyebut nama skillnya perlahan.

Perlawanan tamat. Di menangi oleh Hazman.

***

Manakala perlawan Zikri pula.

“Yeah, aku dapat mata lagi.” Lawan kepada Zikri gembira apabila berjaya memperolehi mata.

Giliran Zikri melakukan servis. Servis biasa. Pihak lawan dapat membalasnya dengan mudah. Bola menuju ke arah meja kiri Zikri. Zikri terpaksa membalasnya secara back hand. Bola menuju perlahan dan pihak lawan terus memukulnya dengan laju. Sekali lagi pihak lawan memperolehi mata.

“Yeah, senang sahaja ini. Kalau teruskan macam ini aku pasti menang.” Lawan Zikri yakin.

Bola di balas oleh pihak lawan. Laju. lawan Zikri adalah pelajar tingkatan empat. Tua setahun dari Zikri.

“Heh, aku pasti menang.” Lawan kepada Zikri bersuara yakin. Dia lantas membalas semula bola yang di pukul Zikri.

“Emm, nampaknya dia begitu semangat sekali.” Zikri berkata di dalam hati. Bola di balasnya biasa.

“Baiklah. Aku akan hancurkan semangat dia.” Zikri bersiap sedia untuk membalas bola seterusnya.

Pihak lawan memukul bola tersebut menuju ke arah meja kanan Zikri. Zikri bersedia menyambut. Dia sudah pun berada di posisi yang terbaik. Bola lantas di pukulnya. Menuju ke arah meja pihak lawan.

“Ceh, bola mudah.” Pihak lawan bersedia membalas.

Shuiss… Bola tersebut mengenai meja pihak lawan dan meluru lurus. Pihak lawan tidak dapat membalasnya.

“Bola…Bola tersebut tidak melantun?” Pihak lawan tergamam.

“First Counter. ‘Tsubame Gaishi’.” Zikri menyebut nama skill yang baru dilakukan tersebut.

‘Tsubame Gaishi’ adalah salah satu daripada tiga counter skill yang di miliki Zikri. Di sebabkan tiga skill inilah dia di gelar prodigy oleh semua orang. Zikri telah menghasilkan spin yang  sama kepada arah bola itu berpusing, menyebabkan bola tersebut bertambah spin berlipat kali ganda dan apabila bola itu mengenai meja lawan, bola tersebut hanya akan melantun sedikit sahaja. Seakan – akan tidak melantun.

Tsubame Gaishi

“Macam mana aku mahu balas bola yang tidak melantun?” Lawan Zikri ketakutan. Semangatnya mula jatuh.

Perlawanan di teruskan. Dan akhirnya Zikri mendapat mata akhir.

Perlawanan tamat. Di menangi Zikri.

***

Manakala perlawanan terakhir adalah antara Uzair dan pelajar tingkatan lima di kumpulan D.

“Aku baru kalah dengan Zaid sebentar tadi.”

“Kalau aku kalah selepas ini, aku pasti tidak layak menjadi wakil.” Uzair bermonolog di dalam hati. Lawan di hadapannya adalah pelajar tingkatan lima.

18-10. Uzair jauh ketinggalan.

“Ya Allah, bantulah aku.” Uzair berdoa. Tiada sesiapa lagi yang dapat dia berharap.

Bola di pukul oleh pihak lawan menuju ke arah meja Uzair. Laju. Uzair tidak sempat membalas. Cuma dapat menahan sahaja. Sekali lagi pihak lawan memukul dengan laju dan akhirnya memperolehi mata.

19-10.

“Hehe, budak ini masih mentah.” Pihak lawan tersenyum puas. Dia lantas melakukan servis.

Uzair membalas servis pihak lawan. Bola meluru laju. tetapi dapat di balas semula oleh pihak lawan. Bola menuju ke arah kanan Uzair. Sedikit sukar untuk di balas kerana Uzair merupakan pemain kidal.

“Skill itu adalah…” Zikri seakan tidak percaya.

“Kenapa dengan skill aku buat tadi?” Uzair tidak memahami kenapa harus Zikri terkejut sedemikian rupanya.

“Kau dapat gunakan tangan kanan dan tangan kiri ketika bermain?”

“Oh, senang saja ni. Aku dah biasa guna tangan kanan ketika buat kerja lain.”

“Bukan itu maksud aku.”

“Habis itu?”

“Sekiranya kau dapat gunakan kedua-dua belah tangan dengan baik. kau boleh control seluruh game dengan mudah. Tambahan bola yang di balas akan lebih mengelirukan pihak lawan.”

“Control seluruh game?”

Uzair terimbas semula perbualannya dengan Zikri ketika mereka berlatih.

“Aku…Aku tidak akan kalah!” Uzair lalu mengubah pegangan bad nya kepada tangan kanan dengan laju. Lantas membalas bola tersebut. Bola menuju ke arah yang tidak disangka!

19-11.

“Hand Exchange?” Pihak lawan menyebut skill yang baru dilakukan Uzair.

“Mustahil. Mungkin cuma bernasib baik sahaja.” Pihak lawan lalu melakukan servis. Bola menuju ke arah meja kiri Uzair.

Uzair membalasnya dengan tangan kiri. Dan apabila bola yang di balas pihak lawan menuju ke kanan, Uzair lantas mengubah pegangan badnya dan membalas menggunakan tangan kanan pula. Bola yang di balas sangat mengelirukan sehingga menyukarkan pihak lawan membaca arah tuju bola.

Skill ‘Hand Exchange’ sangat sukar dilakukan oleh semua orang. Tetapi tidak bagi Uzair seorang pemain kidal dan sudah biasa melakukan pekerjaan lain menggunakan tangan kanan. Baginya menggunakan kedua-dua belah tangan ketika bermain sangat mudah.

Perlawanan di teruskan. Satu demi satu Uzair mengejar dan memperolehi mata.

“Kau masih muda, bagilah senior-senior jadi wakil pula!” Pihak lawannya bersuara lantang. Bola di pukul olehnya menuju ke meja Uzair.

“Masih muda? Aku sudah berumur 15 tahun.” Uzair berkata di dalam hati.

“Usamah bin Zaid sudah mampu menjadi jeneral perang pada umur 18 tahun!” Uzair bersuara sambil membalas bola tersebut.

Pihak lawan terkejut. Bola meluru laju tetapi berjaya di tahan olehnya dan lalu menuju ke arah kanan Uzair.

“Muhammad Al-Fateh berjaya menawan konstatinopel pada umur 22/23 tahun!” Sekali lagi Uzair bersuara dan membalas bola ke arah meja lawan menggunakan tangan kanan. Bola masuk. Pihak lawan tidak dapat membalas.

“Oleh itu aku akan menjadi wakil sekolah dan menawan seluruh negeri bersama-sama dengan rakan aku.” Uzair berdiri tegak dan memandang wajah pihak lawan di hadapannya. Zaid, Syamil, Hazman dan Zikri hanya tersenyum mendengar.

Perlawanan tamat. Di menangi oleh Uzair.

***

Akhirnya perlawanan di setiap kumpulan tamat. Dua orang yang terbaik di setiap kumpulan akan di pilih untuk mewakili sekolah. Setiap pemain kemudian berkumpul bersama-sama.

“Sebelum itu saya mahu kamu semua berjabat tangan memohon maaf antara satu sama lain. Ingatlah ketika kita berlawan sebentar tadi kita adalah musuh, tetapi hakikatnya kita adalah bersaudara.”

“Saya tidak mahu ada yang berdendam dan bermusuhan selepas ini.” Zaid menambah.

Semua ahli bersalaman antara satu sama lain. Terjalin ukhwah antara mereka. Ketika berlawan tadi, mereka adalah musuh, tetapi selepas berlawan mereka adalah saudara. Itulah hakikat saudara seislam.

“Bahawa sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara kerana itu damaikanlah antara dua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.” (Surah al-Hujurat, ayat 10)

“Baiklah, saya akan umumkan nama-nama peserta yang akan mewakili sekolah pada tahun ini. Nama yang di sebut sila tampil ke hadapan.” Zaid sebagai kapten sekolah berdiri di hadapan ahli-ahli lain. Dia kemudian mengambil kertas dan membaca nama-nama peserta.

“Kumpulan A, Zikri dan Nazrin.” Kedua-duanya berdiri dan berjalan ke hadapan.

“Nampaknya budak bermasalah itu jadi wakil tahun ini.” Salah seorang pemain berkata perlahan kepada rakannya.

“Shissh..tak baik mengumpat. Dia memang terer. Lagipun aku tak nampak dia buat masalah pun hari ini.” Rakan sebelahnya menegur.

“Baiklah, untuk kumpulan B pula, Syamil dan Shah.”

“Untuk kumpulan C, Hazman dan Azim.”

“Dan akhir sekali, kumpulan D, saya dan Uzair.” Mereka semua lalu tampil ke hadapan.

“Ada apa-apa soalan atau bantahan?”

Semua berdiam.

“Sekiranya tiada…”

“Maka dengan ini saya umumkan bahawa mereka di hadapan ini adalah ‘Team Ping-Pong’ sekolah pada tahun ini!”

“Woohh!” Semua yang ada di dalam dewan bersorak. Gemuruh.

Dan berakhirlah pemilihan wakil sekolah yang baru.

***

Di suatu tempat yang lain.

“Nampaknya Zaid telah pun buat team ping-pong yang baru.” Lelaki berbadan tinggi dan kurus membuka bicara.

“Ceh, budak Nazrin tu memang tak guna.” Lelaki berbadan sedikit tegap pula bersuara.

“Jangan risau, kami ada.” Kelihatan enam orang lagi di belakang mereka berdua datang menghampiri.

“Hahaha, betul. Asalkan kamu berenam ada, tiada yang perlu dirisaukan.”

“Asalkan kami ‘The Six Brothers’ ada, mereka tidak boleh berbuat apa-apa.” Salah seorang dari enam orang bersuara.

“Mereka akan menyesal.”

“Hahahaha!!!” Mereka semua ketawa.

**bersambung…

p/s : maaf xtau nama skill yg sebenar. nama-nama skill semuanya ambil dari cerita anime ‘prince of tennis’.

4 thoughts on “Ping-Pong Team (Episode 5)

Sila komen di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s