Shinka di Quarantine!

Shinka

Tidak sabar untuk ku pulang ke rumah. Berbulan-bulan lamanya tidak menjejaki ke sana. Ketika ini ibuku memandu kereta waja nya. Aku hanya duduk di bahagian hadapan. Bersebelahan dengannya. Ibuku sememangnya tidak membenarkan aku membawa kereta sekiranya dia turut menaiki kerana takut. Mungkin sebab aku masih amatur dari segi membawa kereta.

Setibanya di rumah ku. Aku terus mencari kelibat seekor makhluk yang sangat aku cintai. Seekor makhluk yang sangat aku rindui. Lama sudah tidak berjumpa dengannya. Bukan kerana aku tidak merindui keluarga tetapi makluk itu juga salah satu dari keluargaku.

Ya. Makluk itu adalah seekor kucing yang berwarna kelabu dan berbelang-belang serta berbulu lebat. Di tambah pula ekornya yang panjang dan berbulu seperti tupai. Sekiranya dapat di peluk, seakan memeluk bayi. Menghangatkan.

Shinka. Nama kucing itu di beri.

“Mana Shinka?” Pertanyaan pertamaku ketika menjejaki rumah. Soalan dilontarkan kepada adikku. Beg yang berisi baju yang ku galas di letakkan di ruang tamu. Ketika ini aku baru pulang dari shah alam. Cuti semester dua bulan.

“Entahlah. Selalu malam-malam macam ni memang menghilang.” Adik ku menjawab malas. Tangan di salami.

“Meow…” Kedengaran satu suara memasuki rumahku.

“Shinka!” aku lantas memeluknya. Seperti tahu sahaja aku mahu pulang. Aku memeluknya erat. Sehingga kucing itu mengiau berkali-kali dek kerana sakit dipeluk.

Tiba-tiba aku terasa sesuatu yang berair dan lendir di tangan ku.

“Eh? Kenapa dengan Shinka punya kaki ni?” aku lihat terdapat luka di kakinya. Masih baru. Terdapat tiga luka. berbentuk bulat. Seperti tompokan.

“Entahlah, dah lama dah kena.” Adikku menjawab.

“Ish2. Ni mesti gaduh ni. Dah la ketua mafia dia ni!” Aku menduku kepala Shinka. Shinka hanya mengiau. Memang, kucingku sangat suka bergaduh. Badannya yang besar membuatkan dia seakan-akan ketua mafia di kampung ku.

Luka di kakinya tidak menjadi perhatianku. Bagi aku luka itu biasa. Esok-esok pasti akan sembuh. Itu tafsiranku.

***

Sebulan berlalu. Cuti semester ku di habiskan dengan hanya duduk di rumah. Tidak berbuat apa-apa. Hanya menunggu masa berlalu dan semester baru bermula. Juga menunggu result yang bakal tiba.

Sebulan itu juga lah, luka di kaki Shinka bertambah besar. Pada mulanya hanya biasa-biasa sahaja. tetapi hari ini luka itu seakan membesar. Seperti terkena tembakan.

“Luka dia tak sembuh-sembuh lah. Ni sakit apa ni?” Aku bertanya adikku.

“Entah.” Jawapan yang sama.

Hati ku mula merasakan sesuatu. Terasa tidak tenteram. Kenapakah dengan Shinka ini. luka yang pelik. Malam itu di akhiri dengan doa ku supaya lukanya cepat sembuh. Risau menyelubungi hati.

***

“Meow! Meow!..” kedengaran Shinka meraung-raung.

“Abang, tengok Shinka ni.” Adik ku memanggil. Ketika itu Shinka berada di bilik. Hari ini dia hanya duduk di rumah sahaja. tidak keluar seperti kebiasaan.

“Kenapa?” aku bertanya.

“Tengok luka dia ni. Ada lubang.”

“Ya Allah.” Ku lihat terdapat lubang yang besar. Terdapat bendalir-bendalir di luka tersebut.

Aku melihat luka tersebut dari dekat.

“Eh?” aku terperasan sesuatu. Terdapat udara menghembus keluar dari lubang tersebut.

“Ada ulat kot dalam lubang tu.” Adikku meneka.

“Mungkin, kena bawa jumpa doctor ni!” Aku menggesa.

Lantas Shinka di bawa segera ke klinik haiwan. Tempatnya di Silibin, berdekatan dengan rumah ku. Hanya itulah satu-satunya klinik haiwan yang aku ketahui. Dulu pernah suatu ketika aku menjejaki tempat itu, juga kerana kucingku yang lain sakit.

Shinka di bawa masuk ke kereta.

Setibanya di klinik haiwan, Shinka di bawa berjumpa dengan doktor. Seorang perempuan india yang di usia pertengahan tahun. Doktor tersebut mengingati aku. Aku hanya tersenyum.

“Doktor, dia sakit apa?” Adikku menanya doktor yang sedang memeriksa kucing tersebut.

“Emm, saya akan tengok luka dia dulu. Mungkin ada ulat dalam luka ini.” doktor tersebut menjawab. Aku dan adikku hanya diam mengangguk. Ya Allah, selamatkan lah Shinka.

Doktor tersebut, mengambil gunting. Dia lalu mengunting bulu-bulu di kaki Shinka. Kemudian dia mengambil pengepit. Lalu dia menggunakan pengepit tersebut terhadap luka di kaki Shinka.

“Ya Allah!” Terkejut aku dan adikku. Doktor tersebut baru sahaja mengeluarkan seekor ulat dari lubang di luka tersebut!

“Miow! Miow!..” Shinka meraung kesakitan. Meronta-ronta.

Ulat tersebut adalah ulat sampah. Sangat besar.

“Nampaknya ada banyak lagi ulat di dalam luka ni.” Doktor itu menjelaskan.

“Saya akan beri ubat bius kepada kucing ini.” Doktor itu menambah.

Kemudian dia menyuntik ubat bius. Lama-kelamaan Shinka tidak bergerak. Badannya sudah dipenuhi ubat bius. Ubat bius digunakan supaya Shinka tidak berasa sakit ketika doktor tersebut mengeluarkan ulat tersebut. Juga untuk memberhentikan pengaliran darah supaya tidak keluar.

Shinka di bedah

Pembedahan dijalankan. Satu persatu ulat di keluarkan dari luka tersebut. Kami hanya melihat di tepi. Kasihan melihat Shinka.

Selesai sudah pembedahan di jalankan. Doktor tersebut lalu mengatakan yang Shinka perlu tinggal di situ beberapa hari. Aku mengiakan. Tidak sanggup aku melihatnya kesakitan. Sekiranya dia di bawa pulang pastinya dia akan keluar dari rumah dan lukanya pasti akan bertambah buruk.

Kami pun berlalu pulang. Aku melihat Shinka di dalam sangkar. Matanya sayu. Hatiku merasa sangat sedih. Hanya dapat melihat.

***

Dua hari berlalu. Shinka di bawa pulang. Sepatutnya Shinka perlu menetap di klinik selama empat hari, tetapi kerana mahalnya kos cas yang dikenakan, maka aku memilih menetap dua hari. dua hari sahaja sudah dikenakan cas beratus ringgit. Tidak mampu untuk keluargaku membayarnya.

“Doktor, dia dah sembuh ke?” Aku menanya doktor tersebut. Ketika ini doktor itu sedang mengambil ubat Shinka untuk di bawa pulang.

“Sudah sembuh sikit. Tetapi jangan bawa dia keluar dan mesti jaga lukanya selalu.” Doktor tersebut menjelaskan.

Aku melihat Shinka di dalam sangkar. Shinka sedang menikmati makanan biskut whiskes. Lahap.

“Cis, kucing ni. Tuan dia datang pun buat tak endah je.” Aku bermonolog di dalam hati. Geram. Tetapi melihatnya kembali pulih membuatkan hati ku gembira.

“Ini ubatnya.” Doktor itu bersuara. Membuatkan ku berpaling dari Shinka. Aku mengambil ubat itu.

“luka ini biasa sahaja ke doktor?” Aku menanya sambil mengambil ubat tersebut.

“Masih belum tahu, kalau cancer, luka tersebut akan merebak ke seluruh badannya.”

“Cancer?” Aku menanya lagi. Takut mendengar perkataan tersebut.

“mungkin cancer kulit atau hanya luka biasa. Sekiranya tidak merebak, jadi ia hanya luka biasa.”

Aku memandang Shinka.

“Berapa lama nak tahu?”

“Lagi dua bulan datang sini semula ya dik.” Doktor tersebut menjawab.

Aku mengangguk.

“Buat masa ini, jangan bagi dia keluar dari rumah. Quarantine kan dia. Takut-takut terkena pasir.”

Aku mendengar. Kemudian aku memandang Shinka. Kasihan dia.

“Baik doktor. Terima kasih.”

“Sama-sama.”

Aku lalu membawa Shinka pulang ke rumah. Selama dua bulan ini, Shinka perlu di jaga seperti bayi. Luka perlu di basuh sentiasa. Tidak boleh keluar rumah. Di Quarantine.

Ya Allah, kau selamatkan lah Shinka. Moga umurnya panjang.

Shinka

p/s : semoga Shinka cepat sembuh. Dia ni ngada-ngada, sikit-sikit nak keluar. susah betul.

5 thoughts on “Shinka di Quarantine!

Sila komen di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s