Tak Kenal maka Tak Cinta

Take from najihahyazid.blogspot.com

Tak Kenal maka Tak Cinta

Apa yang anda fikir berkenaan dengan perkataan di atas?

Antara ayat yang seringkali di dengari bukan?

Apabila kita suka kepada seseorang, kita teringin untuk mengenalinya.

Apabila kita merasa cinta kepada seseorang, kita ingin berkenalan dengannya.

Dan apabila kita sudah mengenal orang tersebut, kita akan tahu ciri-ciri perwatakannya. Baik, lemah lembut, sopan, pemurah, suka senyum dan berbagai-bagai lagi. InsyaAlllah, mengenal seseorang dengan cara yang halal. Yang diredai olehNya.

Dan dari situ kita akan mendapat rasa cinta.

Ya. kalau saya mendengar atau terbaca sahaja ayat ‘Tak kenal maka Tak Cinta’. Secara automatiknya terlintas di fikiran bahawa ayat itu ditujukan untuk mengenali manusia supaya merasa cinta. Itu saya, tetapi pembaca mungkin berlainan. (^_^)

Tetapi di sini saya ingin mengubah sedikit persepsi saya terhadap ayat tersebut.

Tak Kenal Allah maka Tak Cinta Allah.

Ya. sekiranya ingin mencintai Allah, kita perlu mengenal siapakah Allah dahulu.

Take from islamicwallpaperreligion.blogspot.com

Siapakah Allah?

Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh Alam.” (Surah al-Fatihah, ayat 2)

Ya. Allah, tuhan seluruh alam. Tuhan kepada alam ini. Yang seringkali kita baca di dalam solat kita ketika kita membaca surah al-Fatihah.

Macam mana mahu mengenal Allah dan merasa cinta kepadaNya?

Saya tidak berapa pandai dalam hal ini. Tetapi Allah izin saya terjumpa buku yang baru di beli oleh ibu saya iaitu buku yang di karang oleh Sulaiman Alkumayi yang bertajuk ‘Kecerdasan berasaskan Asmaul Husna’.

Asmaul Husna adalah nama-nama indah yang lain bagi Allah.

Dialah Allah yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang memiliki nama-nama yang indah. Apa yang di langit dan di bumi bertasbih kepada-Nya. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al Hasyr, ayat 24)

(Dialah) Allah. Tidak ada tuhan selain Dia, yang mempunyai nama-nama terbaik.” (Surah Taha, ayat 8)

Untuk lebih mengenal Allah kita mestilah kena tahu nama-nama indah Allah yang lain. Betul tak? Itulah dia Asmaul Husna. Ada 99 nama indah kesemuanya.

Saya yakin, salah satu cara untuk mengenal Allah dengan lebih dekat dan merasa cinta padaNya ialah dengan mengetahui dan memahami nama-nama indah Allah.

Dan kita juga perlu tahu sifat-sifat Allah. Ada 20 sifat Allah kesemuanya.

Dan apa yang Dia sukai, mestilah kita turuti, barulah mudah untuk mendapat cintaNya.

InsyaAllah, saya juga ingin mengenali Allah dengan lebih dekat dan meraih cintaNya.

Buku yang dibeli oleh ibu saya ini sangat bagus, siap ada huraian lagi mengenai nama-nama Allah. Mudah untuk di fahami. Pembaca bolehlah cuba cari di pasaran. (Masih belum baca habis lagi buku ini. Kene istiqamah!)

Bukan setakat buku sahaja yang ada, banyak lagi laman-laman web yang menceritakan nama-nama indah Allah. InsyaAllah boleh di jumpai dengan mudah.

Mari mengenal Allah dengan lebih dekat dan meraih cintaNya!

Tak kenal maka Tak Cinta!

Wallahualam.

p/s : Boleh klik ‘continue reading’ untuk melihat senarai nama-nama indah Allah dan sifat-sifat Allah.

Asmaul Husna (Nama-nama Allah)

sumber : “Kecerdasan Berasaskan Asmaul Husna” karya Sulaiman Alkumayi

Boleh sambil baca sambil dengar lagu Asmaul Husna dari raihan, klik link di bawah.

Asmaul Husna : Raihan

Asmaul Husna

  1. Allah
  2. Al-Rahman : Yang Maha Pengasih atau Pemurah
  3. Al-Rahim : Yang Maha Penyayang
  4. Al-Malik : Maharaja atau Yang Maha Berkuasa
  5. Al-Quddus : Yang Maha Suci
  6. Al-Salam : Yang Maha Sejahtera
  7. Al-Mukmin : Yang Maha Pengaman atau Sumber Keamanan
  8. Al-Muhaimin : Yang Maha Pemelihara atau Maha Pelindung
  9. Al-Aziz : Yang Maha Perkasa
  10. Al-Jabbar : Yang Kehendak-Nya Tidak Dapat Diingkari atau Yang Maha Pemaksa
  11. Al-Mutakabbir : Yang Memilliki Kebesaran
  12. Al-Khaliq : Yang Maha Pencipta
  13. Al-Bari : Yang Maha Mengadakan daripada Tiada
  14. Al-Musawwir : Yang Maha Pembentuk
  15. Al-Ghaffar : Yang Maha Pengampun
  16. Al-Qahhar : Yang Maha Perkasa
  17. Al-Wahhab : Yang Maha Pemberi
  18. Al-Razzaq : Yang Maha Pemberi Rezeki
  19. Al-Fattah : Yang Maha Pembuka
  20. Al-Alim : Yang Maha Mengetahui ataupun Sumber Ilmu
  21. Al-Qabidh : Yang Maha Menyempitkan
  22. Al-Basith : Yang Maha Melapangkan atau Sumber Kelapangan
  23. Al-Khafidh : Yang Maha Merendahkan
  24. Al-Rafi’ : Yang Meninggikan
  25. Al-Muiz : Yang Maha Memuliakan
  26. Al-Mudzil : Yang Menghinakan
  27. Al-Sami’ : Yang Maha Memuliakan
  28. Al-Basir : Yang Maha Melihat
  29. Al-Hakam : Yang Memutuskan Hukum
  30. Al-Adl : Yang Maha Adil
  31. Al-Latif : Yang Maha Lembut
  32. Al-Khabir : Yang Maha Mengetahui atau Yang Maha Waspada
  33. Al-Halim : Yang Maha Penyantun
  34. Al-Azim : Yang Maha Agung
  35. Al-Ghaffar : Yang Maha Pengampun
  36. Al-Syakur : Yang Maha Menerima Syukur
  37. Al-Aliy : Yang Maha Tinggi
  38. Al-Kabir : Yang Maha Besar
  39. Al-Hafidz : Yang Maha Pemelihara
  40. Al-Muqit : Yang Memberi Kekuatan
  41. Al-Hasib : Yang Maha Mencukupi atau Yang Maha Pembuat Perhitungan
  42. Al-Jalil : Yang Maha Agung
  43. Al-Karim : Yang Maha Mulia
  44. Al-Raqib : Yang Maha Mengawasi
  45. Al-Mujib : Yang Maha Memperkenankan
  46. Al-Wasi’ : Yang Maha Luas
  47. Al-Hakim : Yang Maha Bijaksana
  48. Al-Wadud : Yang Maha Mengasihi
  49. Al-Majid : Yang Maha Mulia
  50. Al-Ba’its : Yang Membangkitkan
  51. Al-Syahid : Yang Maha Menyaksikan
  52. Al-Haq : Yang Maha Benar
  53. Al-Wakil : Yang Maha Pemelihara
  54. Al-Qawi : Yang Maha Kuat
  55. Al-Matin : Yang Maha Kukuh
  56. Al-Wali : Yang Maha Melindungi
  57. Al-Hamid : Yang Maha Terpuji
  58. Al-Muhshi : Yang Maha Menghitung
  59. Al-Mubdi-u : Yang Maha Memulai
  60. Al-Mu’id : Yang Maha Mengembalikan
  61. Al-Muhyi : Yang Maha Menghidupkan
  62. Al-Mumit : Yang Maha Mematikan
  63. Al-Hayy : Yang Maha Hidup
  64. Al-Qayyum : Yang Maha Berdiri Sendiri
  65. Al-Wajid : Yang Maha Menemukan
  66. Al-Majid : Yang Maha Mulia
  67. Al-Wahid : Yang Maha Esa
  68. Al-Ahad : Yang Maha Esa
  69. Al-Shamad : Yang Maha Diperlukan
  70. Al-Qadir : Yang Maha Kuasa
  71. Al-Muqtadir : Yang Maha Menentukan
  72. Al-Muqaddim : Yang Maha Mendahulukan
  73. Al-Mu’akhir : Yang Maha Mengakhirkan
  74. Al-Awwal : Yang Maha Awal
  75. Al-Akhir : Yang Maha Akhir
  76. Al-Zhahir : Yang Maha Nyata
  77. Al-Bathin : Yang Maha Tersembunyi
  78. Al-Wali : Yang Maha Pemerintah
  79. Al-Muta’ali : Yang Maha Tinggi
  80. Al-Barr : Yang Maha Dermawan
  81. Al-Tawwab : Yang Maha Penerima Taubat
  82. Al-Muntaqim : Yang Maha Pembalas
  83. Al-‘Afuww : Yang Maha Pemaaf
  84. Al-Ra’uf : Yang Maha Pelimpah Kasih
  85. Malik al-Mulk : Pemilik Kerajaan
  86. Dzu al-Kalal wa al-Ikram : Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
  87. Al-Muqsith : Yang Maha Adil
  88. Al-Jami’ : Yang Maha Penghimpun
  89. Al-Ghaniyy : Yang Maha Kaya
  90. Al-Mughni : Yang Maha Pemberi
  91. Al-Mani’ : Yang Maha Mencegah
  92. Al-Dharr : Yang Maha Pemberi Bahaya
  93. Al-Nafi’ : Yang Maha Pemberi Manfaat
  94. Al-Nur : Yang Maha Pemberi & Pemilik Cahaya
  95. Al-Hadi : Yang Maha Pemberi Petunjuk
  96. Al-Badi’ : Yang Maha Pencipta
  97. Al-Baqi : Yang Maha Kekal
  98. Al-Warits : Yang Maha Mewarisi
  99. Al-Rasyid : Yang Maha Tepat Bertindak
  100. Al-Shabur : Yang Maha Penyabar

9 thoughts on “Tak Kenal maka Tak Cinta

  1. Terima kasih atas teguran matan hadith tersebut, ada typo sedikit, barakallahufik..jemput ke blog untuk menimba ilmu, jemput ke forum di blog untuk diskusi ilmiah🙂

Sila komen di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s