Ping-Pong Team (Episode 6)

Ping-Pong 1

Episode 6 : Berhibur

Pemain-pemain terpilih yang baru memasuki ke kelas. Tidak terkecuali Nazrin dan dua ahli baru iaitu Shah dan Azim. Ketika ini sekolah sudah tamat. Sepatutnya mereka perlu menjalani latihan untuk peringkat daerah selepas menunaikan solat zohor, akan tetapi tiba-tiba Zaid memanggil mereka ke bilik. Katanya ada urusan.

“Kenapa tiba-tiba dia panggil kita ye?” Hazman bertanya kepada Zikri. Zikri menjungkit bahu. Menunjukkan dia juga tidak tahu.

“Kau tahu tak Uzair?” Syamil pula menanya.

“Yela Uzair, kau kan rapat dengan Zaid.” Hazman menukar pandangannya ke arah Uzair yang berada selang satu kerusi dengannya. Bersebelahan dengan Syamil.

“Entahlah.” Uzair menjawab malas. Dalam hatinya dia berkata “Sejak bila aku rapat dengan Zaid, korang lagi rapat adalah.” Uzair menggeleng kepala. Ada-ada sahaja Hazman ini.

“Ish. Cepatlah, aku tak sabar nak main ping-pong ni.” Syamil bersuara.

“Sabarlah, nanti datanglah Zaid tu.” Ungkap Zikri. Dia juga hairan kerana di panggil secara tiba-tiba. Peringkat daerah akan berlangsung tidak lama lagi. Mereka tidak boleh membazirkan masa.

Mereka berempat hangat bersembang. Tetapi bukan mereka sahaja yang berada di kelas itu, Shah, Azim dan Nazrin juga turut ada. Akan tetapi Shah dan Azim duduk berjauhan dengan mereka. Nazrin juga duduk di satu meja secara bersendirian. Masih tidak rapat tetapi bukanlah tidak bersembang langsung.

“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.” Satu suara menyapa memasuki kelas.

“Waalaikumsalam.” Mereka menjawab salam serentak sambil memandang ke arah pemberi salam. Kelihatan dua manusia menghampiri mereka. Salah satunya adalah Zaid. Seorang lagi juga mereka kenali. Ustaz Marhalim.

“Kenapa Ustaz ada kat sini?” Uzair melontarkan soalan. Dia memang kenal sangat dengan Ustaz Marhalim. Mengajar bahasa arab di kelasnya.

Ustaz Marhalim hanya tersenyum. Tidak menjawab. Kemudian dia memandang sekeliling. Dia memandang ke arah Shah dan Azim berada. Kemudian dia memandang ke arah Nazrin pula. Dia lalu menggelengkan kepala.

“Baiklah, yang jauh-jauh tu, silalah datang ke depan.” Ustaz Marhalim bersuara. Shah, Azim lantas menuju ke depan. Duduk di belakang meja Syamil dan Uzair. Nazrin juga tampil duduk di belakang Zikri. Zaid sudah pun duduk di belakang Syamil. Kini dia bersebelahan dengan Shah dan Nazrin.

Semua yang ada diam.

“Sebenarnya Ustaz mahu beritahu sesuatu.”

“Beritahu apa Ustaz?” Syamil menyampuk.

“Sabarlah, Ustaz belum habis cakap lagi.” Ustaz menggeleng. Syamil tersengih sambil menggaru kepala.

“Atas permintaan Zaid, mulai sekarang Ustaz akan jadi jurulatih dan penasihat kamu semua.” Jelas Ustaz. Semua yang ada terdiam. Mereka kemudian memandang Zaid. Zaid hanya tersenyum.

“Sebelum itu, boleh Ustaz tahu nama kamu semua?” Mereka kemudian memalingkan semula ke arah Ustaz. Ustaz juga tersenyum.

***

Ketika ini suasana pasaraya Ipoh Parade sesak. Walaupun bukan hari minggu tetap juga di penuhi manusia. Ada yang membeli barang-barang dapur, ada yang hanya berjalan-jalan tanpa arah tuju, ada juga yang menjadikan tempat untuk melakukan perkara maksiat.

“Ustaz, kenapa kita datang tempat ini? Inikan tempat di benci Allah.” Syamil membuka bicara. Rimas dengan suasana pasaraya. Dahinya berkerut. Ustaz yang berada di belakangnya di pandang.

‘”Tempat yang paling baik di sisi Allah adalah masjid dan tempat paling dimurkaiNya adalah pasar-pasar.”

Setelah habis berbual, Ustaz mengajak mereka semua datang ke pasaraya Ipoh Parade. Menaiki van khas sekolah. Di pandu oleh Ustaz sendiri.

Ustaz Marhalim tersenyum. Kemudian dia menyentuh belakang Syamil.

“Hari ini Ustaz mahu belanja kamu semua sempena hari perkenalan kita. Jangan risau, kita tidak buat maksiat di sini.” Bicara Ustaz tersebut sambil mengosok-gosok belakang Syamil perlahan. Syamil terasa aura kasih sayang dari Ustaz tersebut. Segera sahaja kerut di dahinya hilang.

“Ustaz nak belanja apa Ustaz?” Shah melajukan langkahnya menghampiri Ustaz. Ketika ini mereka  semua berjalan seiringan.

“Belanja keropok lekor.” Ustaz Marhalim berseloroh.

“Apalah Ustaz ini. Mana ada keropok lekor kat sini. Kat pasar malam adalah.” Shah membuat muka. Mereka semua ketawa mendengar.

Tiba-tiba Ustaz menghentikan langkahnya di satu kedai. Semua yang lain turut berhenti. Mereka memandang Ustaz. Seperti tidak percaya.

“Ustaz, ni kedai butik Ustaz. Nak buat apa kat sini?” Uzair bersuara. Terkejut.

“Eh, mana ada buat apa-apa. Ustaz sahaja je berhenti. Kaki sakit. heheh.” kemudian dia meneruskan langkahnya. Seronok mempermainkan mereka.

“Ish, Ustaz ni ada-ada je la.” Mereka semua geli hati.  Kelakar juga Ustaz ini.

Akhirnya mereka tiba di satu kedai. Semua yang ada terdiam. Mata mereka bersinar.

Kedai alat-alat sukan. Itulah tempat mereka berhenti.

“Haa… kamu pilihlah barang-barang yang kamu mahu. Ustaz belanja.” Ustaz Marhalim bersuara sambil memandang kelapan-lapan ahli ping-pong.

“Tapi alatan ping-pong sahaja okay.” Sambung Ustaz.

“Wah, terima kasih Ustaz. kalau macam ini hari-hari keluar dengan Ustaz pun tak apa.” Hazman berjenaka. Kedua telapak tangannya di gosok-gosok.

“Boleh ambil apa-apa je ke Ustaz?” Azim menanya meminta kepastian. Ustaz Marhalim mengangguk sambil tersenyum. Kelihatan yang lain sudah pun menyerbu kedai tersebut. Yang tinggal hanyalah Shah, Azim, Nazrin dan Zaid.

“Boleh.” Ustaz memegang belakang kepala Azim sambil mengusap-usap. Terasa seperti anak dan ayah pula.

“Terima Kasih Ustaz.” Azim dan Shah lalu masuk dan turut serta.

“Yeah! Bad ping-pong baru!” kedengaran satu suara dari dalam kedai tersebut.

Tujuan Ustaz Marhalim membelanja mereka adalah untuk merapatkan silaturrahim antara mereka. Dia tahu pelajar dan guru sangat susah untuk bergaul. Kekok. Tapi Ustaz tidak ingin itu terjadi. Baginya semua lapisan masyarakat perlu bergaul mesra. Tidak kira tua atau muda. Dan salah satu cara untuk bermesra dengan mereka adalah dengan memberi hadiah. Dan hadiah tersebut akan memberikan kenangan yang bermakna untuk dia dan mereka.

“Hendaklah kamu saling memberi hadiah, kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta & menghilangkan kekotoran hati.” (Riwayat Imam al-Tabrani)

“Kau tak mahu beli ke?” Zaid memandang Nazrin yang hanya berdiam sepanjang perjalanan.

“Tidak perlu. Aku ada banyak dah kat rumah.”

“Ala apa salahnya, beli satu je. Lagipun free, Ustaz belanja.” Zaid lantas menarik tangan Nazrin lalu memasuki kedai tersebut.

***

Boling

“Boling?” Zaid berkata di dalam hati. Kini mereka semua berada di tempat permainan boling.

Setelah membeli peralatan sukan. Ustaz membawa mereka untuk bermain boling pula. Dua kumpulan di bahagikan. Kumpulan pertama ialah Azim, Syamil, Uzair dan Nazrin manakala kumpulan kedua ialah Shah, Hazman, Zikri dan Zaid. Kedua-dua kumpulan ini akan berlawan.

“Ustaz, tidak apakah kalau kita asyik berhibur sahaja.” Zaid menanya Ustaz yang duduk bersebelahan dengannya.

“Tidak apa. Asalkan kita berhibur ini kerana Allah.” Ungkap Ustaz.

“Berhibur kerana Allah?” Zaid tidak memahami.

“Ya, Ustaz lihat kamu semua masih belum rapat lagi. Shah dan Azim yang di tingkatan satu masih terpinggir. Nazrin juga begitu.”

“Jadi?” Zaid masih tidak memahami maksud sebenar Ustaz.

“Cuba kamu lihat itu. Ukhwah antara mereka mula terjalin.” Ustaz memuncungkan mulutnya ke arah yang lain. Kelihatan giliran Shah dan Azim membaling bola.

“Shah! You can do it!” Hazman bersorak.

“Azim! Jangan bagi dia peluang!” Uzair turut menyokong ahli kumpulannya.

No problem.” Shah memberi jaminan. Bola boling di angkatnya.

“Berdasarkan berat bola ini, dan jarak lane serta kedudukan buah pin, aku hanya perlu membaling ke tengah.” Shah memulakan teknik datanya. Dia lalu membaling ke arah tengah lane.

“Yeah! Serang!” Azim juga turut membaling. Semangatnya membara.

Ktang! Bola mengenai pin. Kedengaran pin-pin jatuh.

Strike!” Semua bersorak. Shah dan Azim masing-masing mendapat Strike. Strike terjadi apabila kesemua pin dijatuhkan pada balingan pertama.

Shah dan Azim kembali kepada kumpulan masing-masing. Tangan mereka bertamparan antara satu sama lain dengan ahli kumpulan mereka.

“Hebatlah Shah.” Zikri memuji.

“Bagus Azim.”

Kedengaran suara-suara memuji oleh ahli kumpulan masing-masing. Zaid melihat. Barulah dia faham apa yang Ustaz cuba lakukan.

“Giliran aku pula. Aku tidak akan kalah.” Syamil mengangkat bola boling. Lalu membaling.

Bola meluru lurus. Kemudian tiba-tiba bola tersebut melencong ke arah kiri lalu mengenai satu pin.

“Snake shoot.” Syamil menyebut nama tekniknya.

“Apalah kena satu pin sahaja.” Hazman di sebelah ketawa.

“Lihat aku baling pula!” Hazman lalu mengangkat bola tersebut dan membalingnya dan menghempas dengan kuat.

Dum! Kedengaran bunyi dentuman yang sangat kuat. Semua yang ada di situ terdiam.

“Dunk Smash.” Hazman senyum sinis.

“Weh! Rosaklah papan lane kalau kau baling bola macam tu!” Syamil terkejut. Nasib baik tidak ada sakit jantung. Semua yang ada ketawa. Hazman menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Kini giliran Zikri dan Uzair pula membaling. Genius prodigy dan Fast learner.

“Baiklah aku boleh guna kedua-dua belah tangan. Jadi aku akan baling dua bola serentak.” Uzair merancang. Tangan kiri dan kanannya memegang bola boling lantas dia membaling.

“Mana boleh! Batal!” Shah bersuara bagi pihak kumpulan lawan. Apalah, peraturan boling pun tidak tahu.

Zikri pula membaling bola dengan laju. Bola meluru lurus mengenai pin.

“First counter. Tsubame Gaishi.” Zikri menyebut tekniknya pula. Senang melihat skillnya menjadi.

“Banyaklah kau punya first counter. Memanglah bola itu tidak melantun. Baling macam mana pun bola boling tidak akan melantun.” Hazman menduku kepala Zikri perlahan. Zikri mengaduh. Mereka semua ketawa.

“Ada-ada sahajalah diorang ini.” Zaid berkata kepada Nazrin.

“Macam budak-budak.” Nazrin bersuara perlahan.

Kini giliran mereka berdua pula membaling. Semua melihat mereka.

“Kita lihat bagaimana lagenda kita bermain pula.” Hazman menyakat.

“Baiklah, aku akan buat skill ‘Twist Spin’ aku juga.” bicara Zaid.

“Copycat.” Nazrin melihat. Bersedia meniru skill balingan Zaid.

Nazrin dan Zaid membaling serentak. Bola di baling dengan laju. Tetapi apabila bola mengenai papan lane, ia terus menuju ke arah kiri lalu jatuh ke longkang. Zaid dan Nazrin terkejut tidak berkata apa-apa.

“Kedua-dua bola masuk longkang?” Shah bersuara seperti tidak percaya.

Suasana diam sebentar.

“Hahaha.”  Tawa mula kedengaran dari yang lain-lain. Kelakar pula di lihat. Lagenda dalam ping-pong tapi tidak pandai bermain boling. Nazrin dan Zaid tertunduk malu.

Ustaz Marhalim tersenyum. Nampaknya plannya untuk merapatkan ukhwah antara mereka menjadi walaupun dengan cara berhibur. Teringat dia pada lirik lagu nasyid raihan.

Berhibur tiada salahnya…

Kerana hiburan itu indah…

Lagu nasyid itu bergema  di ingatannya. Antara lagu yang di gemari. Tetapi lagu tersebut ada sambungannya.

Tapi pabila salah memilihnya…

Membuat kita jadi bersalah…

Dia memandang semula kepada mereka.

“Hanya hari ini sahaja kita berhibur.” Bicara Ustaz itu di dalam hati.

Pertandingan peringkat daerah akan menjelma tidak lama lagi. Tiada masa lagi untuk  berhibur seperti ini.

***

“Hahaha. Mereka main boling?” Ketua kepada ‘The Six Brothers’ ketawa besar.

“Betul ketua. Saya lihat dengan anak mata saya sendiri.” Arif, salah seorang dari mereka membuat laporan.

“Nampaknya kumpulan baru yang kau takuti itu tidak berguna.” Ketua tersebut memandang ke arah lelaki berbadan sedikit tegap.

“Jangan kau pandang rendah mereka. Mungkin itu salah satu dari strategi mereka.” Mustaqim bersuara. Tahun lepas dia pernah di kalahkan oleh kumpulan Zaid di pusingan akhir.

“Betul, persahabatan antara mereka begitu hebat.” Khairul berbadan sedikit kurus yang sentiasa berada di samping Mustaqim menyokong. Dia juga pernah di kalahkan pada tahun lepas.

“Persahabatan?” Ketua tersebut menyebut perkataan yang di ungkapkan Khairul. Tidak memahami.

“Baiklah esok kita akan ke sana dan berkenalan dengan mereka.” Sambung ketua tersebut.

“Baik ketua!” semua yang ada menyahut.

Mustaqim dan Khairul berpandangan. Berkenalan?

***

Keesokkan harinya. Seperti biasa setelah tamat persekolahan mereka akan menunaikan solat zohor di surau sekolah dahulu dan selepas itu barulah berlatih bermain ping-pong di dewan badminton. Tetapi sebelum mereka turun berlatih, mereka di kehendaki menunggu sebentar di surau tersebut. Atas arahan Ustaz Marhalim.

“Zaid, kenapa kau minta Ustaz Marhalim jadi jurulatih? Kau kan sudah hebat.” Hazman menanya Zaid secara perlahan. Ketika ini mereka sedang menunggu Ustaz habis menunaikan solat sunat.

“Kerana aku juga perlukan pengisian seperti kamu semua.” Zaid membalas.

“Pengisian?” Hazman tidak memahami. Tetapi persoalannya hanya di biarkan di dalam hati.

“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.” Ustaz Marhalim melontarkan salam sambil tersenyum memandang mereka. Mereka semua menjawab salam.

“Ustaz ini rajin betullah bagi salam. Penuh pula itu. Tadi sebelum solat Zohor kan Ustaz sudah bagi salam pada kami semua.” Azim menanya. Pelik dengan Ustaz ini.

“Yela, lepas itu asyik senyum sahaja.” Shah menambah.

“Kamu hendak tahu kenapa?” Balas Ustaz tersebut. Kesemua mereka mengangguk. Inginkan jawapan.

“Kamu tahu tidak, apabila Ustaz memberi salam penuh kepada kamu, Ustaz telah mendoakan tiga kebaikan kepada kamu.” Ustaz Marhalim mengangkat tiga jari pada tangan kanannya. Dia lalu duduk bersila bersama kelapan-lapan ahli.

“Doa?”  Zikri menanya.

Shin Chan

“Pertama ialah ‘assalamualaikum’ yang bermaksud ‘salam sejahtera ke atas kamu’.”

“Kedua ‘warahmatullah’ yang bermaksud ‘dan semoga Allah merahmati kamu’.”

“Dan akhir sekali ‘wabarakatuh’ yang bermaksud ‘serta mendapat keberkatanNya.’” Panjang Ustaz Marhalim menjelaskan sambil menutup satu per satu jarinya.

Wajah-wajah mereka di tatapi.

“Keseluruhannya ‘Salam sejahtera ke atas kamu dan semoga Allah merahmatimu serta mendapat keberkatanNya’.”

“Dan apabila Ustaz senyum, Ustaz dapat pahala sedekah.” Ustaz Marhalim menambah.

“Ohh…” Semua  yang lain mengangguk faham.

“Dan apabila kamu menjawab salam, kamu juga mendoakan Ustaz.” sekali lagi Ustaz Marhalim menambah. Semua mengangguk.

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah saw seraya mengucapkan “Assalamualaikum”, Kemudian Nabi Muhammad saw bersabda : “itu 10 kebaikan”.  

Kemudian datang seorang lain lalu mengucapkan “Assalamualaikum warah matullah”,  Maka nabi Muhammad saw pun bersabda : “itu 20 kebaikan”.

Selepas itu seorang lain datang dan mengucapkan “Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh”, Maka Nabi Muhammad saw bersabda : ” itu 30 pahala kebaikan.” (Riwayat Abu Daud dan at-Tarmizi)

“Ustaz, kenapa kita tidak berlatih sekarang. Masa tidak akan menunggu kita.” Uzair bersuara.

“Haa, ini lah Ustaz hendak beritahu. Mulai sekarang, setiap kali selepas solat zohor, kamu semua kena duduk bersama-sama mendengar tazkirah pendek dari Ustaz.” ungkap Ustaz.

“Ala, tidak ada masa lah kita hendak berlatih.” Shah merungut.

“Jangan risau, cuma 10 minit sahaja.” Ustaz menyambung sekaligus menghilangkan kemuraman mereka.

“Tapi Ustaz, apa kena mengena bagi tazkirah dengan latihan ping-pong?” Nazrin menanya. Semua memandangnya. Jarang sekali Nazrin bersuara.

“Supaya dapat memberi pengisian kepada hati kamu semua.” Ustaz menjelaskan.

Kemudian dia lalu memberikan tazkirahnya dan mereka semua mendengar dengan khusyuk. Selama sepuluh minit itu mereka mendengar. Hati mereka mula terisi.

***

Broom, broom…kedengaran bunyi motosikal bergema di kawasan luar sekolah. Sebanyak enam buah motosikal. Penunggang-penunggang tersebut semuanya berpakaian sekolah.

“Jadi ini lah sekolah mereka?” Salah seorang dari penunggang bersuara. Kaki kirinya di turunkan sebagai pengukuh diri.

“A’ah. Sekolah Menengah Kampung Sungai Tapah.” Mustaqim yang membonceng di belakang penunggang tersebut mengiyakan.

“Baiklah kita tunggu sehingga mereka keluar.” Arah ketua tersebut. Untuk memasuki sekolah itu tidak di benarkan kerana terdapat penjaga keselamatan yang menjaga sekolah tersebut.

“Ketua, kita hendak buat apa dengan mereka?”

“Jangan risau. Kita hanya mahu beri salam perkenalan kepada mereka.” Ketua tersebut tersenyum lebar. Mukanya menunjukkan wajah yang menakutkan.

p/s : bersambung…

Sila komen di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s