Ping-Pong Team (Episode 7)

Ping-Pong 1

Episode 7 : Marah

Sesi latihan bagi pemain ping-pong tamat. Masing-masing pulang dengan riak wajah yang ceria. Begitu berbeza sekali dengan latihan sebelum-sebelum ini, di mana yang mereka dapat hanyalah kepenatan dan kepuasan. Tetapi hari ini, selepas sahaja penyampaian yang disampaikan oleh Ustaz Marhalim membuatkan mereka berasa tenang selepas bermain. Hasil dari latihan menambah satu lagi kebaikan pada mereka. Iaitu ketenangan hati.

“Sukan sebagai ibadah?”

“Betul. Apabila kita bersukan, bukan sahaja kita mahu mendapat kebaikan dari segi fizikal dan mental tetapi kita juga mahukan input dari segi rohani.”

“Rohani?”

“Tidak faham lah Ustaz. kalau nak buat ibadah kita bacalah al-Quran atau solat. Time bersukan kita bersukan je lah.”

“Haa, itu adalah fahaman yang salah.”

“Hakikatnya semua proses kehidupan kita adalah ibadah. Makan adalah ibadah. Belajar adalah ibadah. Tidur juga merupakan ibadah. Termasuk juga sukan.”

Semua yang mendengar terdiam. Tidak memahami. Sukan sebagai ibadah? Apakah yang dimaksudkan oleh Ustaz Marhalim. Ini adalah perkara baru bagi mereka.

“Baiklah. Ustaz mahu tanya. Apakah itu ibadah?”

“Ibadah ini ialah kita buat sesuatu itu kerana Allah.” Zikri menjawab.

“Betul.”

“Ustaz mahu tanya sikit, Kita solat kerana siapa?”

“Allah.” Mereka menjawab serentak.

“Kita baca al-Quran kerana siapa?”

“Allah.” Sekali lagi mereka menjawab serentak.

“Haa, makanya kita bersukan juga perlulah kerana Allah.”

Semua kembali membisu. Berfikir dengan apa yang diperkatakan Ustaz.

“Macam mana mahu jadikan sukan itu ibadah Ustaz?”

Ustaz Marhalim tersenyum mendengar soalan itu. Itu lah soalan yang di tunggu-tunggu. Menunjukkan yang mereka berminat untuk mengetahui.

“Salah satunya ialah dengan menutup aurat. Alhamdulillah, Ustaz tengok semua pakai seluar panjang.”

“Itu kira ibadah ke Ustaz?” Azim menanya. Ustaz Marhalim mengangguk-angguk sambil tersenyum.

“Dan kita juga kena sentiasa mengingati Allah.” tambah Ustaz Marhalim.

“Macam mana pula tu Ustaz? Time main kita kena fokus.” Uzair menanya.

“Senang sahaja. Ketika mahu mula bermain kita ingat Allah dengan membaca ‘Bismillahirrahmanirrahim’. Ketika sedang bermain kita ingat Allah dengan menyebut namaNya ketika bola masuk atau terkeluar. Dan ketika habis bermain juga kita ingat Allah dengan mengucapkan kalimah ‘Alhamdulillah‘ walaupun kita menang atau kalah.” Panjang Ustaz Marhalim menerangkan. Masing-masing mula nampak apa yang cuba Ustaz sampaikan.

Itulah antara isi-isi penyampaian Ustaz ketika mereka duduk bersama selepas solat zohor.

***

Main Badminton

Syamil, Hazman dan Zikri bergerak pulang terlebih dahulu memandangkan mereka ada kerja sekolah yang banyak dari kebiasaan. Masa yang ada tidak boleh digunakan hanya untuk latihan. Mereka perlu tawazun iaitu seimbang dari segi kokurikulum dan kurikulum. Kelihatan yang lain-lain duduk bersembang-sembang. Latihan telah pun tamat. Tetapi mereka masih duduk bersama untuk berbual-bual mesra.

“Rasa lain kan latihan hari ini?” Syamil memulakan bicara. Mereka sudah pun berada di luar sekolah. Kini mereka berjalan kaki untuk pulang ke rumah.

“A’ah. Aku rasa tenang je.” Hazman mengiakan. Memang latihan hari ini berbeza dengan latihan-latihan sebelum ini. Zikri juga mengangguk-angguk. Mereka telah mengamalkan apa yang di ucapkan oleh Ustaz Marhalim ketika di surau tadi iaitu dengan mengingati Allah di sepanjang permainan.

Mereka bertiga lalu meneruskan langkahan sambil bersembang hangat. Tiba-tiba langkahan mereka terhenti. Di hadapan mereka kini terdapat dua orang yang mereka sangat kenali. Mustaqim dan Khairul.

“Yo, lama tidak jumpa kawan.” Mustaqim mengangkat sebelah tangannya. Khairul juga berbuat demikian.

“Apa diorang buat di sini?” Zikri berbisik di telinga Syamil.

“Jadi mereka bertiga ini pemain ping-pong?” Satu suara tiba-tiba muncul dari belakang. Masing-masing serentak menoleh ke arah pemilik suara. Kelihatan enam orang lelaki yang lebih kurang sama umur dengan mereka.

The Six Brothers.

Continue reading

Advertisements

Keseorangan

Danbo 1

Dia berjalan menuruni tangga bersebelahan biliknya. Biliknya terletak di tingkat tiga. Agak tinggi juga tangga yang perlu dia turuni. Sesudah tiba di tapak yang terbawah sekali, dia lalu menyambung perjalanannya menuju ke Fakulti Sains Komputer dan Matematik.

Masa menunjukkan jam 8.00 pagi. Kelasnya bermula jam 8.30 pagi. Masih berbaki tiga puluh minit. Dia sengaja bertolak awal supaya tidak tergesa-gesa.

Kini dia sampai di tepi jalan. Dia perlu melintas untuk ke seberang yang lain.  Kelihatan banyaknya kereta dan motosikal yang lalu lalang. Pastinya mereka juga ingin menghadiri kuliah masing-masing.

Dia menoleh ke kanan. “Fuh, banyaknya kereta.” Dia mengeluh. Memang UiTM Shah Alam adalah satu universiti yang besar dan mempunyai banyak kenderaan di bawa oleh pelajar-pelajar.

Dia menoleh ke kiri pula. Kelihatan kereta dan motosikal masih tidak surut. Kadang-kadang bas Rapid KL yang disediakan khas untuk pelajar yang tiada kenderaan turut melintas di hadapan matanya. Dia sengaja tidak mahu menaiki bas kerana jarak kolej kediaman dan tempat fakultinya hanyalah berjarak sepuluh minit.

Akhirnya kenderaan kembali surut. Kelihatan dari kejauhan sebuah motosikal menunggang laju. Dia lalu memanjangkan dan melajukan langkahnya untuk melintas. Selamat sahaja sampai ke seberang jalan yang lain, dia lalu meneruskan perjalanannya.

***

Kini dia tiba di kolej kediaman siswi pula. Kelihatan beberapa pelajar siswi berjalan menuju arah bertentangan dengannya. Pastinya menuju ke fakulti yang berlainan. Dia melihat mereka sekali pintas. Berpakaian ketat tidak menutup aurat.

Dia beristifar lalu menundukkan kepalanya.

“Kenapalah dengan pakaian perempuan sekarang ini.” Dia mengeluh lagi. Perjalanannya menuju fakulti di teruskan. Masih berjalan merentasi kolej kediaman siswi yang berada di bersebelahan dengan tempat jalan yang dia lalui.

Kemudian dia terlihat dua pelajar siswi yang bertudung labuh. Sedap mata memandang. Tetapi kesedapan itu hanyalah tipu daya syaitan. Walaupun mereka menutup aurat dengan sempurna, dia tiada hak untuk melihatnya berkali-kali. Cukuplah terpandang sekali sahaja. Teringat dia pada surah  an-Nur ayat 30 dan 31 untuk menjaga pandangan.

“Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kemaluan mereka..

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluan mereka”

Dia melajukan langkahannya. Ingin cepat beredar dari kawasan kolej kediaman perempuan. Sesekali dia terperasan beberapa orang yang melihatnya. Mungkin pelik kerana jarang sekali lelaki berjalan kaki menuju ke fakulti. Tambahan seorang diri.

Ya, dia hanya seorang. Tiada peneman.

Continue reading

Liat Bangun Subuh

Bangun subuh

Cuaca terasa sejuk. Afiq memandang ke arah tingkap. Di lihat masih gelap. Matahari masih belum terbit. Dia lalu menyelak selimutnya dan mengubah posisi baringannya kepada duduk bersila di atas tilam. Jam handphonenya di ambil lalu dilihatnya masa yang tertera di skrin.

“6.30 pagi?” kata Afiq di dalam hati. matanya terasa berat. Ingin sahaja dia sambung tidurnya memandangkan subuh habis pukul 7.00 pagi. Tetapi dengan kekuatan yang dia ada entah dari mana dia lantas terus berdiri. Bilik air di luar biliknya menjadi destinasi. Ingin mengambil wuduk untuk menunaikan solat subuh.

“Hendak kejut mereka kah?” Afiq bermonolog di dalam hati. Dia masih dalam keadaan berdiri. Dia melihat ketiga-tiga rakan sebiliknya. Masih sedang di buai mimpi di katil masing-masing.

“Amir bangun.” Kawannya yang berada di tingkat atas katilnya di kejutkan. Tiada reaksi. Dia lalu pergi ke katil sebelah.

“Ridzuan bangun. Subuh.” Juga tiada respon.

“Bangun-bangun.” Kawannya seorang lagi juga dikejutnya. Juga tiada tindak balas. Lena di buai mimpi indah.

“Aku kejut lepas solat subuh lah.” Afiq lantas menuju ke bilik air.

Selesai sahaja dia menunaikan solat subuh. Afiq menekan salah satu suis. Lampu syiling menyala dan bilik menjadi terang. Dia lalu mengejut semula ketiga-tiga rakan sebiliknya. Jam menunjukkan 6.45 pagi. Masih berbaki 15 minit sebelum waktu subuh habis.

“Amir bangun!” kali ini suaranya sedikit tegas. Kelihatan amir membuka matanya. Melihat sahaja amir membuka mata, Afiq lantas menyuruhnya solat subuh. Amir mendengar. Kemudian dia membuat bunyi “emm.” sebagai reaksi tindak balas.

Afiq menuju ke arah katil bersebelahan pula. Ridzuan dan temannya lagi seorang di kejutnya. Kedua-duanya memberi respon yang sama seperti amir. Hanya berkata “emm.” dalam keadaan mamai.

Afiq mengeluh.

“Ya Allah, susahnya mahu kejut mereka ini.” Afiq tahu dia mempunyai tanggungjawab menyuruh orang solat sekiranya mereka belum bersolat. Dengan mengejut mereka, tanggungjawabnya telah terlaksana.

“6.55 aku kejut diorang semula lah.” Kemudian Afiq menuju ke meja belajarnya. Kitab al-quran di bukanya lalu di bacanya secara perlahan. Ketiga-tiga rakannya sudah di kejutkan. Tanggungjawabnya sudah selesai. Tiada apa yang perlu di risaukan. Tetapi round ketiga akan menyusul kemudian.

Selesai sahaja membaca. Afiq lantas mengejut mereka semula. Jam menunjukkan 6.55 pagi. Masih berbaki 5 minit sahaja lagi.

“Bangun-Bangun! Subuh!” Afiq lantas mengejut mereka bertiga. Afiq mengejutnya dengan menggoyang-goyangkan badan mereka. Tiada respon. Semua seperti tidur mati. Sama ada mereka betul-betul tidak mendengar ataupun sengaja. Afiq serba salah. Teringat dia pada satu hadis.

“Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah mengubahnya dengan lidahnya dan sekiranya dia tidak mampu juga hendaklah mengubahnya dengan hati dan itu adalah selemah-lemah iman.”

Liat bangun

Afiq mendapat ikhtiar terakhir. Dia lalu mengambil sedikit air dan merenjis ke muka ketiga-tiga rakan sebiliknya. Satu persatu muka temannya di renjis. Mata setiap seorang terbuka, kemudian masing-masing menarik selimut semula.  Liat sungguh!

Akhirnya tamatlah waktu subuh. Afiq hanya memandang mereka yang sedang tidur tanpa rasa bersalah.

Agaknya apakah pandangan Allah kepada mereka sekarang ini? Apakah yang akan berlaku sekiranya nyawa mereka di tarik dalam keadaan mereka tidak menunaikan solat subuh?

“Ya Allah, ampunkanlah dosa mereka.” Afiq hanya dapat mendoakan. Kemudian dia menuju semula ke meja belajarnya dan menyambung pembacaan al-Quran.

p/s : Situasi sebegini sering berlaku di kala ada orang yang mengejut kita subuh tetapi kita menyambung semula tidur kita. Liat sangat! Peringatan untuk penulis sendiri yang sering lalai dalam solat lima waktu. Moga diri ini dapat istiqamah dalam solat. Terima kasih pada sahabat-sahabat yang sering mengejut penulis untuk solat subuh.