Liat Bangun Subuh

Bangun subuh

Cuaca terasa sejuk. Afiq memandang ke arah tingkap. Di lihat masih gelap. Matahari masih belum terbit. Dia lalu menyelak selimutnya dan mengubah posisi baringannya kepada duduk bersila di atas tilam. Jam handphonenya di ambil lalu dilihatnya masa yang tertera di skrin.

“6.30 pagi?” kata Afiq di dalam hati. matanya terasa berat. Ingin sahaja dia sambung tidurnya memandangkan subuh habis pukul 7.00 pagi. Tetapi dengan kekuatan yang dia ada entah dari mana dia lantas terus berdiri. Bilik air di luar biliknya menjadi destinasi. Ingin mengambil wuduk untuk menunaikan solat subuh.

“Hendak kejut mereka kah?” Afiq bermonolog di dalam hati. Dia masih dalam keadaan berdiri. Dia melihat ketiga-tiga rakan sebiliknya. Masih sedang di buai mimpi di katil masing-masing.

“Amir bangun.” Kawannya yang berada di tingkat atas katilnya di kejutkan. Tiada reaksi. Dia lalu pergi ke katil sebelah.

“Ridzuan bangun. Subuh.” Juga tiada respon.

“Bangun-bangun.” Kawannya seorang lagi juga dikejutnya. Juga tiada tindak balas. Lena di buai mimpi indah.

“Aku kejut lepas solat subuh lah.” Afiq lantas menuju ke bilik air.

Selesai sahaja dia menunaikan solat subuh. Afiq menekan salah satu suis. Lampu syiling menyala dan bilik menjadi terang. Dia lalu mengejut semula ketiga-tiga rakan sebiliknya. Jam menunjukkan 6.45 pagi. Masih berbaki 15 minit sebelum waktu subuh habis.

“Amir bangun!” kali ini suaranya sedikit tegas. Kelihatan amir membuka matanya. Melihat sahaja amir membuka mata, Afiq lantas menyuruhnya solat subuh. Amir mendengar. Kemudian dia membuat bunyi “emm.” sebagai reaksi tindak balas.

Afiq menuju ke arah katil bersebelahan pula. Ridzuan dan temannya lagi seorang di kejutnya. Kedua-duanya memberi respon yang sama seperti amir. Hanya berkata “emm.” dalam keadaan mamai.

Afiq mengeluh.

“Ya Allah, susahnya mahu kejut mereka ini.” Afiq tahu dia mempunyai tanggungjawab menyuruh orang solat sekiranya mereka belum bersolat. Dengan mengejut mereka, tanggungjawabnya telah terlaksana.

“6.55 aku kejut diorang semula lah.” Kemudian Afiq menuju ke meja belajarnya. Kitab al-quran di bukanya lalu di bacanya secara perlahan. Ketiga-tiga rakannya sudah di kejutkan. Tanggungjawabnya sudah selesai. Tiada apa yang perlu di risaukan. Tetapi round ketiga akan menyusul kemudian.

Selesai sahaja membaca. Afiq lantas mengejut mereka semula. Jam menunjukkan 6.55 pagi. Masih berbaki 5 minit sahaja lagi.

“Bangun-Bangun! Subuh!” Afiq lantas mengejut mereka bertiga. Afiq mengejutnya dengan menggoyang-goyangkan badan mereka. Tiada respon. Semua seperti tidur mati. Sama ada mereka betul-betul tidak mendengar ataupun sengaja. Afiq serba salah. Teringat dia pada satu hadis.

“Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah mengubahnya dengan lidahnya dan sekiranya dia tidak mampu juga hendaklah mengubahnya dengan hati dan itu adalah selemah-lemah iman.”

Liat bangun

Afiq mendapat ikhtiar terakhir. Dia lalu mengambil sedikit air dan merenjis ke muka ketiga-tiga rakan sebiliknya. Satu persatu muka temannya di renjis. Mata setiap seorang terbuka, kemudian masing-masing menarik selimut semula.  Liat sungguh!

Akhirnya tamatlah waktu subuh. Afiq hanya memandang mereka yang sedang tidur tanpa rasa bersalah.

Agaknya apakah pandangan Allah kepada mereka sekarang ini? Apakah yang akan berlaku sekiranya nyawa mereka di tarik dalam keadaan mereka tidak menunaikan solat subuh?

“Ya Allah, ampunkanlah dosa mereka.” Afiq hanya dapat mendoakan. Kemudian dia menuju semula ke meja belajarnya dan menyambung pembacaan al-Quran.

p/s : Situasi sebegini sering berlaku di kala ada orang yang mengejut kita subuh tetapi kita menyambung semula tidur kita. Liat sangat! Peringatan untuk penulis sendiri yang sering lalai dalam solat lima waktu. Moga diri ini dapat istiqamah dalam solat. Terima kasih pada sahabat-sahabat yang sering mengejut penulis untuk solat subuh.

One thought on “Liat Bangun Subuh

Sila komen di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s