Keseorangan

Danbo 1

Dia berjalan menuruni tangga bersebelahan biliknya. Biliknya terletak di tingkat tiga. Agak tinggi juga tangga yang perlu dia turuni. Sesudah tiba di tapak yang terbawah sekali, dia lalu menyambung perjalanannya menuju ke Fakulti Sains Komputer dan Matematik.

Masa menunjukkan jam 8.00 pagi. Kelasnya bermula jam 8.30 pagi. Masih berbaki tiga puluh minit. Dia sengaja bertolak awal supaya tidak tergesa-gesa.

Kini dia sampai di tepi jalan. Dia perlu melintas untuk ke seberang yang lain.  Kelihatan banyaknya kereta dan motosikal yang lalu lalang. Pastinya mereka juga ingin menghadiri kuliah masing-masing.

Dia menoleh ke kanan. “Fuh, banyaknya kereta.” Dia mengeluh. Memang UiTM Shah Alam adalah satu universiti yang besar dan mempunyai banyak kenderaan di bawa oleh pelajar-pelajar.

Dia menoleh ke kiri pula. Kelihatan kereta dan motosikal masih tidak surut. Kadang-kadang bas Rapid KL yang disediakan khas untuk pelajar yang tiada kenderaan turut melintas di hadapan matanya. Dia sengaja tidak mahu menaiki bas kerana jarak kolej kediaman dan tempat fakultinya hanyalah berjarak sepuluh minit.

Akhirnya kenderaan kembali surut. Kelihatan dari kejauhan sebuah motosikal menunggang laju. Dia lalu memanjangkan dan melajukan langkahnya untuk melintas. Selamat sahaja sampai ke seberang jalan yang lain, dia lalu meneruskan perjalanannya.

***

Kini dia tiba di kolej kediaman siswi pula. Kelihatan beberapa pelajar siswi berjalan menuju arah bertentangan dengannya. Pastinya menuju ke fakulti yang berlainan. Dia melihat mereka sekali pintas. Berpakaian ketat tidak menutup aurat.

Dia beristifar lalu menundukkan kepalanya.

“Kenapalah dengan pakaian perempuan sekarang ini.” Dia mengeluh lagi. Perjalanannya menuju fakulti di teruskan. Masih berjalan merentasi kolej kediaman siswi yang berada di bersebelahan dengan tempat jalan yang dia lalui.

Kemudian dia terlihat dua pelajar siswi yang bertudung labuh. Sedap mata memandang. Tetapi kesedapan itu hanyalah tipu daya syaitan. Walaupun mereka menutup aurat dengan sempurna, dia tiada hak untuk melihatnya berkali-kali. Cukuplah terpandang sekali sahaja. Teringat dia pada surah  an-Nur ayat 30 dan 31 untuk menjaga pandangan.

“Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kemaluan mereka..

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluan mereka”

Dia melajukan langkahannya. Ingin cepat beredar dari kawasan kolej kediaman perempuan. Sesekali dia terperasan beberapa orang yang melihatnya. Mungkin pelik kerana jarang sekali lelaki berjalan kaki menuju ke fakulti. Tambahan seorang diri.

Ya, dia hanya seorang. Tiada peneman.

***

Danbo 2

Akhirnya dia tiba di bangunan kolam mandi dan tadika. Jalan bersebelahan di lalui olehnya. Kawasan ini sunyi. Tidak sesibuk seperti di kolej siswi yang dia lalui sebentar tadi. Dia lalu meneruskan perjalanannya. Terasa sunyi.

“Kenapalah aku hanya seorang.” Sekali lagi dia mengeluh. Terasa sebak. Sebelum ini juga dia berjalan berseorangan dari kolej ke fakulti. Tiada peneman. Pada mulanya dia tidak mengambil kesah. Tetapi hati manusia tidaklah sekuat mana. Dia perlukan juga seseorang sebagai peneman.

Kini dia tiba pada salah satu tangga yang agak tinggi. Kepalanya di angkat menoleh ke arah atas bukit. Dia perlu menaiki tangga yang terletak di atas bukit ini. Setinggi seratus meter. Di atas bukit itu terdapat satu bangunan dan bangunan itu lah fakultinya. Kelihatan beberapa orang menaiki tangga itu bersama dengan temannya. Dia lalu turut membuntuti mereka dari belakang. Pelajar yang berada di hadapannya bersembang hangat.

Setibanya di atas dia lalu meneruskan langkahannya menuju ke fakulti.

***

Kini dia berada di perkarangan utama fakulti. Kelihatan ramai pelajar lelaki dan perempuan yang bersembang-sembang bersama dengan rakan mereka. Dia tidak pula melihat rakan-rakannya. Mungkin kerana dia tidak mempunyai ramai kawan.

Ya, kawan-kawan yang dia ada boleh di bilang dengan jari.

Dia mengeluarkan sehelai kertas dari poketnya. Jadual kelas menunjukkan yang bilik kuliah 15 adalah tempat yang harus dia masuki. Lantas langkahannya diteruskan.

***

“Assalamualaikum.” Dia memberi salam secara perlahan sejurus sahaja dia memasuki kelas tersebut. Kelihatan bilik itu sudah dipenuhi ramai pelajar. Semua memandangnya. Asing. Dirinya sangat asing bagi mereka. Ini kerana dia berlainan dengan mereka. Dia mengambil jurusan komputer dan mereka adalah jurusan matematik. Tetapi subjek yang diambil adalah sama.

Dahulu dia mengambil diploma dalam bidang Akauntan. Selepas graduate dia menukar bidang. Dia memilih jurusan komputer memandangkan bidang ini diminatinya. Tetapi disebabkan perbezaan bidang tersebut, dia terpaksa bermula dari awal. Bermula dari semester satu semula jika dibanding dengan pelajar lepasan diploma yang terus bermula di semester tiga.

Sepanjang kelas itu, dia hanya berdiam. Pemilik yang duduk bersebelahan dengannya langsung tidak mengeluarkan suara. Dia juga tidak berani menegur. Dia bukanlah seorang yang peramah.

Dia menumpukan perhatian ke arah pensyarah di hadapan yang sedang mengajar dengan bersungguh-sungguh. Kelihatan ada yang menganguk faham. Ada juga yang terpinga-pinga.

Tamat sahaja kelas matematik, semua yang berada di situ beredar keluar. Kelihatan mereka berborak mesra. Dia juga berjalan keluar dari bilik tersebut. Tiada siapa yang dikenalinya untuk di ajak berborak. Selepas ini dia harus ke kuliah yang berlainan pula.

Dia lalu melangkah pergi ke kuliah seterusnya di bilik kuliah 23. Berada di bangunan yang berlainan. Berjalan berseorangan juga. Ketika dia berjalan menuju ke bangunan sebelah, tiba-tiba seseorang menegurnya. Orang itu adalah kenalannya di Universiti sewaktu diploma dahulu. Mereka bersembang bertanya khabar.

Sekitar lima minit mereka bersembang. Kemudian kawannya mengatakan yang dia harus ke kuliah sekarang. Mereka bersalaman lalu pergi ke kuliah masing-masing.

Kini dia keseorangan kembali.

***

Tiada teman. Dari kolej ke fakulti dia perlu jalan berseorangan. Masuk ke kuliah, dia juga berseorangan. Menuju dari kuliah ke kuliah yang lain juga dia turut berseorangan.

Kini dia ingin pulang semula ke kolej kediamannya. Kesemua kuliahnya hari ini sudah tamat. Dia lalu berjalan pulang secara berseorangan juga. Jalan yang sama perlu dilaluinya. Dia melihat awan di langit. Gelap. Pastinya akan hujan sebentar lagi. Dia lalu melajukan langkahannya.

Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Dia tidak dapat meneruskan langkahan. Sekiranya dia meredah hujan tersebut, pastinya bajunya akan basah dan buku yang di bawa olehnya juga akan mengalami nasib yang sama. Dia lalu berlari mencari tempat untuk berteduh.

Dia melihat di hadapannya terdapat bangunan kolam mandi. Dia lalu menghentikan lariannya di situ untuk di jadikan tempat berteduh. Dia perlu menunggu sehingga hujan berhenti. Mukanya yang basah di lapnya. Kemudian dia bersandar di luar dinding bangunan tersebut.

Danbo 3

Sementara dia menunggu hujan berhenti, dia asyik memikirkan nasibnya.

“Mengapa dia harus lalui semua ini?”

“Mengapa dia berseorangan?”

“Mengapa tiada seseorang yang boleh dipercayainya?”

Terasa sebak. Sepanjang dia berada di Shah Alam ini dia langsung tidak mempunyai teman. Teman yang rapat. Teman yang boleh dipercayai. Dia melihat air hujan yang turun dengan lebatnya seakan-akan turut menangisi akan nasibnya. Matanya mula bertakungkan air. Terasa hatinya sudah mati oleh kerana terlalu lamanya berseorangan.

Tiba-tiba handphonenya berbunyi. Kelihatan satu mesej masuk ke dalam inboxnya. Mesej itu di hantar oleh kawan baiknya ketika diploma dahulu. Dia lantas membuka dan membaca mesej tersebut.

“Jangan bersedih. Sesungguhnya Allah bersamamu.”

Terasa sebak ketika membacanya. Kawan baiknya seakan mengetahui sahaja perasaan yang di alaminya ketika ini. Mesej itu di baca berkali-kali. Kesedihannya terubat. Senyumannya kembali lekang. Air mata yang bertakung di sekanya.

Ya. Memang dia tidak mempunyai teman. Memang dia berasa keseorangan. Tetapi dia ada Allah. Allah sentiasa bersama dengannya walau di mana sahaja dia berada. Allah adalah sebaik-baik peneman. Hampir sahaja dia terlupa akan itu.

Dia beristifar. Lalu berdoa.

“Ya Allah, kau kuatkanlah hatiku untuk terus bersabar sehingga aku menemui teman.”

Akhirnya Hujan pun berhenti. Dia lalu meneruskan langkahannya. Hatinya kembali tenang.

“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan tenang.” (Surah ar-Raad, ayat 28)

4 thoughts on “Keseorangan

  1. Menitis air mata akak membaca cerpen ni. T_T

    Pernah merasai saat diri memerlukan seseorang, tetapi ketika itu tidak jumpa sesiapa pun yang dapat diluahkan segala rasa hati.. Ketika itu sedarlah, bahawa Allah sahaja yang sanggup mendengar segala luahan hati. Yang selamanya tidak akan bosan mendengar rintihan kita sehinggalah kita sendiri yang bosan untuk mengadu.

    Kadang2 kita sendiri yg perlu make effort, untuk mencari kawan tu. Kita tidak mampu selamanya mengharap manusia lain menghiburkan hati kita dan mendampingi kita. Kitalah yang perlu menjadi pendamping buat manusia yg lain..Memberi instead daripada menerima.

    Allah dengar setiap luahan hati kita…. moga Allah temukan Syamil dengan kawan2 yang baik. Kawan2 yang dpt membimbing dan membantu syamil. InshaAllah.

  2. sy setuju dengan kak ngah tu….kita yang perlu mendampingi…teringat lagi dulu masa sem 1….pengalaman, duduk bilik berdua. tengah sem, akak tu keluar sbb dpt SPA.. duduklah sorang2 smpai hujung sem….tak rasa sangat kesunyian tu sebab ke pusat islam…di sana ada mereka yang dekat dgn kita…..alhamdulillah….

    start sem 2, masa awal2 sem, sama…duduk bilik sorang2 jugak sbb kwn jenis yg suka tido blik kwn..Allah..mcm2…tp akhirnya, suatu hari Allah pertemukan dgn seorang sahabat.sejak tu lah berterusan shinggalah akhir di poli….alhamdulillah..sejak tu, bilik jarang sunyi…riuh…

    p/s : Allah bagi ujian mula2….lama2 t akan diberi pulak kebhagiaan….yg kita sendiri tak sangka….. ^_^

Sila komen di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s