Ping-Pong Team (Episode 7)

Ping-Pong 1

Episode 7 : Marah

Sesi latihan bagi pemain ping-pong tamat. Masing-masing pulang dengan riak wajah yang ceria. Begitu berbeza sekali dengan latihan sebelum-sebelum ini, di mana yang mereka dapat hanyalah kepenatan dan kepuasan. Tetapi hari ini, selepas sahaja penyampaian yang disampaikan oleh Ustaz Marhalim membuatkan mereka berasa tenang selepas bermain. Hasil dari latihan menambah satu lagi kebaikan pada mereka. Iaitu ketenangan hati.

“Sukan sebagai ibadah?”

“Betul. Apabila kita bersukan, bukan sahaja kita mahu mendapat kebaikan dari segi fizikal dan mental tetapi kita juga mahukan input dari segi rohani.”

“Rohani?”

“Tidak faham lah Ustaz. kalau nak buat ibadah kita bacalah al-Quran atau solat. Time bersukan kita bersukan je lah.”

“Haa, itu adalah fahaman yang salah.”

“Hakikatnya semua proses kehidupan kita adalah ibadah. Makan adalah ibadah. Belajar adalah ibadah. Tidur juga merupakan ibadah. Termasuk juga sukan.”

Semua yang mendengar terdiam. Tidak memahami. Sukan sebagai ibadah? Apakah yang dimaksudkan oleh Ustaz Marhalim. Ini adalah perkara baru bagi mereka.

“Baiklah. Ustaz mahu tanya. Apakah itu ibadah?”

“Ibadah ini ialah kita buat sesuatu itu kerana Allah.” Zikri menjawab.

“Betul.”

“Ustaz mahu tanya sikit, Kita solat kerana siapa?”

“Allah.” Mereka menjawab serentak.

“Kita baca al-Quran kerana siapa?”

“Allah.” Sekali lagi mereka menjawab serentak.

“Haa, makanya kita bersukan juga perlulah kerana Allah.”

Semua kembali membisu. Berfikir dengan apa yang diperkatakan Ustaz.

“Macam mana mahu jadikan sukan itu ibadah Ustaz?”

Ustaz Marhalim tersenyum mendengar soalan itu. Itu lah soalan yang di tunggu-tunggu. Menunjukkan yang mereka berminat untuk mengetahui.

“Salah satunya ialah dengan menutup aurat. Alhamdulillah, Ustaz tengok semua pakai seluar panjang.”

“Itu kira ibadah ke Ustaz?” Azim menanya. Ustaz Marhalim mengangguk-angguk sambil tersenyum.

“Dan kita juga kena sentiasa mengingati Allah.” tambah Ustaz Marhalim.

“Macam mana pula tu Ustaz? Time main kita kena fokus.” Uzair menanya.

“Senang sahaja. Ketika mahu mula bermain kita ingat Allah dengan membaca ‘Bismillahirrahmanirrahim’. Ketika sedang bermain kita ingat Allah dengan menyebut namaNya ketika bola masuk atau terkeluar. Dan ketika habis bermain juga kita ingat Allah dengan mengucapkan kalimah ‘Alhamdulillah‘ walaupun kita menang atau kalah.” Panjang Ustaz Marhalim menerangkan. Masing-masing mula nampak apa yang cuba Ustaz sampaikan.

Itulah antara isi-isi penyampaian Ustaz ketika mereka duduk bersama selepas solat zohor.

***

Main Badminton

Syamil, Hazman dan Zikri bergerak pulang terlebih dahulu memandangkan mereka ada kerja sekolah yang banyak dari kebiasaan. Masa yang ada tidak boleh digunakan hanya untuk latihan. Mereka perlu tawazun iaitu seimbang dari segi kokurikulum dan kurikulum. Kelihatan yang lain-lain duduk bersembang-sembang. Latihan telah pun tamat. Tetapi mereka masih duduk bersama untuk berbual-bual mesra.

“Rasa lain kan latihan hari ini?” Syamil memulakan bicara. Mereka sudah pun berada di luar sekolah. Kini mereka berjalan kaki untuk pulang ke rumah.

“A’ah. Aku rasa tenang je.” Hazman mengiakan. Memang latihan hari ini berbeza dengan latihan-latihan sebelum ini. Zikri juga mengangguk-angguk. Mereka telah mengamalkan apa yang di ucapkan oleh Ustaz Marhalim ketika di surau tadi iaitu dengan mengingati Allah di sepanjang permainan.

Mereka bertiga lalu meneruskan langkahan sambil bersembang hangat. Tiba-tiba langkahan mereka terhenti. Di hadapan mereka kini terdapat dua orang yang mereka sangat kenali. Mustaqim dan Khairul.

“Yo, lama tidak jumpa kawan.” Mustaqim mengangkat sebelah tangannya. Khairul juga berbuat demikian.

“Apa diorang buat di sini?” Zikri berbisik di telinga Syamil.

“Jadi mereka bertiga ini pemain ping-pong?” Satu suara tiba-tiba muncul dari belakang. Masing-masing serentak menoleh ke arah pemilik suara. Kelihatan enam orang lelaki yang lebih kurang sama umur dengan mereka.

The Six Brothers.

***

“Uhuk-uhuk.” Hazman terbatuk-batuk sambil tangannya memegang perut menahan senak. Dia baru sahaja di tumbuk dengan kuat oleh ketua kumpulan ‘The Six Brothers’. Langsung tidak di sangka!

“Hazman kau okay ke?” Belum sempat lagi Syamil menamatkan soalan tersebut, satu tumbukan deras mengenai mukanya. Syamil jatuh tersembam.

“Kau tiada masa untuk risaukan orang lain.” Orang yang melakukan tumbukan tersebut adalah Arif.

“Abang Syamil!” Zikri berlari mendapatkan Syamil. Ketika ini satu tendangan singgah pada dadanya. Zikri terpelanting ke belakang.

Syamil, Hazman dan Zikri rebah ke bumi. Masing-masing tidak dapat membalas serangan dari kumpulan tersebut. Langsung tidak terlintas pada fikiran bahawa mereka akan di pukul.

“Hahaha…Lembik betul diorang ini.” Adam, juga salah seorang dari kumpulan tersebut menyepak-nyepak badan Zikri  yang telah pun rebah ke bumi.

Mustaqim dan Khairul hanya melihat dari tepi dengan riak wajah seronok. Rupanya berkenalan yang mereka maksudkan adalah ini.

Terus-menerus Syamil, Hazman dan Zikri di sepak secara beramai-ramai. Kedengaran suara-suara lemah dari mereka bertiga menahan kesakitan.

Pada ketika itu juga, Zaid dan Nazrin baru sahaja beredar keluar dari dewan ping-pong. Ketika sahaja mereka melepasi pagar pintu sekolah, mereka melihat kejadian memukul tersebut.

“Eh tengok tu. Ada orang gaduhlah.” Nazrin menunjuk ke arah tempat tersebut. Zaid memandang ke arah tempat itu. Sejurus kemudian mereka berdua berlari dengan laju ke arah tempat kejadian.

Apabila jarak mereka berdua semakin hampir, kedua-duanya menunjukkan riak wajah yang terkejut. Rupa-rupanya teman mereka di belasah!

“Hazman! Syamil! Zikri!”

Semua memandang ke arah Zaid dan Nazrin yang berlari laju ke arah mereka.

“Hoho..Penolong mereka sudah sampai.” Ketua ‘The Six Brothers’ menoleh ke arah Nazrin dan Zaid.

Kelihatan Adam dan Arif mara ke hadapan untuk melindungi ketua mereka.

“Tak guna!” Zaid melompat sambil menghulurkan tendangan terbang ke arah Adam. Tendangan Zaid mengenai dada Adam. Adam terpelanting ke belakang dan jatuh betul-betul di depan ketuanya.

Pada masa yang sama, Nazrin juga melakukan tumbukan deras tepat mengenai muka Arif. Arif juga jatuh menyembah tanah. Dua musuh tumbang pada masa yang sama. Kedengaran suara mengerang kesakitan dari mereka berdua.

Ketua kumpulan tersebut mengetap bibir apabila melihat dua anak buahnya tumbang di depan matanya.

“Siapa kamu semua hah?!”  Zaid cuba untuk bersabar walaupun hakikatnya dia sudah tidak dapat bersabar. Matanya sempat memandang ke arah Mustaqim dan Khairul. Pastinya angkara mereka berdua.

“Itu tidak penting.”

“Serang!” Ketua tersebut memberi arahan.

Lalu berlakulah pertempuran di antara Zaid, Nazrin dan juga kumpulan ‘The Six Brothers’.

***

Tezuka POT

Nazrin mengelak tumbukan yang datang ke arah mukanya. Hanya berjarak beberapa inci sahaja. Kemudian dengan pantas Nazrin melakukan tumbukan ke arah perut lawan tersebut. Lawannya jatuh melutut menahan kesakitan.

Belum sempat Nazrin mahu berehat, satu tendangan menerpa dari arah tepi. Nazrin bertindak pantas lalu memusingkan badannya dan menendang ke arah tubuh lawan sebelum sempat tendangan pihak lawan mengenainya. Lawan tersebut mengerang kesakitan.

Kemudian seorang lagi ahli kumpulan lawan menyerang Nazrin dari belakang. Nazrin memusing badan mengadap ke arah orang yang menyerangnya pula. Satu tumbukan menerpa. Nazrin tidak sempat mengelak tetapi sempat menahan tumbukan tersebut. Bertubi-tubi pihak lawan menyerang dengan tumbukan, Nazrin menahan. Sesekali dia mengelak tumbukan tersebut.

Apabila Nazrin melihat peluang untuk menyerang balas, dia lalu melakukan tumbukan dengan tangan kanan  ke arah muka pihak lawan.

Dum! Lawan tersebut terpelanting ke belakang. Tumbukan Nazrin sangat deras!

Tiga orang tumbang  di tangan Nazrin. Tiga orang tersebut adalah Aiman, Abin dan Amer. Dahulu Nazrin seorang kaki gaduh. Dia sudah biasa bergaduh memandangkan dahulu dia seorang yang sangat jahat. Lawan yang seramai tiga orang dalam masa yang sama tidak menjadi masalah baginya. Dia pernah berlawan dengan sepuluh orang sebelum ini. Tetapi kini dia menggunakan kelebihan itu untuk melindungi sahabat-sahabatnya. Sahabat yang sudah mengubah hidupnya.

Lima orang sudah tumbang. Kini yang tinggal hanyalah ketua kumpulan ‘The Six Brothers’ yang bertarung dengan Zaid.

“Nampaknya budak-budak aku semua sudah tumbang.” Ketua tersebut memandang ke arah anak-anak buahnya yang sudah di kalahkan. Kemudian dia memandang semula ke arah Zaid.

Zaid memandang ketua tersebut dengan mata yang tajam.

“Kau ketua pasukan ping-pong bukan?” Kata ketua tersebut.

“Siapa kau?” Soalan ketua tersebut tidak di jawab.

“Aku Afiq. Ketua kumpulan ‘The Six Brothers’.” Afiq memperkenalkan dirinya. Nama ‘The Six Brothers’ di ambil kerana semua nama ahli mereka bermula dengan huruf ‘A’.

“Kenapa kau pukul kawan aku?!” Zaid bertanya dengan nada yang tinggi.  Hakikatnya dia tidak boleh bersabar lagi.

“Supaya mereka mati di tangan aku. Hahaha!” Afiq ketawa dengan nada yang menakutkan.

Wajah Zaid merah pedam. Hatinya seakan di cucuk-cucuk. Melihat sahabat-sahabatnya cedera di belasah dan di tambah pula jawapan Afiq yang menyakitkan hati menambahkan lagi kemarahan Zaid.

“Kau juga akan mati di sini!” Afiq berlari menerpa ke arah Zaid. Bersedia untuk menyerang.

Dum! Belum sempat ketua tersebut menyerang Zaid, Zaid sudah pun melakukan tumbukan dengan kelajuan yang tidak terhingga ke arah muka ketua tersebut. Ketua tersebut langsung tidak sempat mengelak. Nazrin yang berdiri  di tepi terkejut melihat.

Afiq jatuh tersembam.

“Celaka Kau!”

Afiq cuba untuk bangkit semula. Tetapi belum sempat dia berbuat demikian, Zaid sudah pun melancarkan tendangan ke arah mukanya dalam keadaan dia masih duduk. Sekali lagi ketua kumpulan tersebut jatuh terpelanting ke belakang. Kelihatan darah keluar tersembur dari mulut Afiq.

Afiq jatuh tertiarap. Langsung tidak dapat menyerang balas. Zaid lalu melompat ke arah Afiq dan menekan dada Afiq dengan lututnya. Ketua tersebut tidak dapat bergerak.

‘Celaka Kau!” Zaid lalu menumbuk muka Afiq bertubi-tubi. Dirinya sudah di kuasai dengan amarah.

“Zaid?” Nazrin seakan tidak percaya melihat Zaid yang seakan-akan gila menyerang ketua tersebut.

Zaid menumbuk muka Afiq tanpa henti. Kemudian apabila Zaid melihat Afiq semakin lemah dan sudah tidak bermaya, dia lalu berhenti menumbuk. Kelihatan muka Afiq lebam dan darah keluar dari mulutnya.

Kemudian Zaid berdiri dan memandang ke arah dua lembaga. Mustaqim dan Khairul.

“Mustaqim!” Mata Zaid memandang tepat ke arah Mustaqim. Mukanya menunjukkan kemarahan yang membuak-buak.

Zaid berjalan menuju ke arah tempat Mustaqim berdiri. Dirinya dipenuhi amarah yang tinggi. Terasa di cucuk-cucuk. Emosinya terganggu. Dia akan membelasah Mustaqim pula sama seperti Afiq.  Tiada belas.

Nazrin memegang bahu Zaid.

“Sabar Zaid.” Dia yang melihat tingkah laku Zaid yang tiba-tiba berubah cuba meredakan kemarahan Zaid.

Zaid menepis tangan Nazrin. Tidak mengedahkan teguran Nazrin.

Mustaqim ketakutan. Khairul yang berada di sebelah juga menunjukkan riak wajah yang sama. Tidak di sangka pula Zaid seperti ini.

Satu persatu Zaid mengorak langkah menghampiri Mustaqim yang kelihatannya ketakutan. Sedang Zaid semakin hampir dengan Mustaqim, tiba-tiba satu tangan entah datang dari mana menghalangnya dari tepi.

Zaid memandang pemilik tangan tersebut dengan wajah kegeraman.

Ustaz Marhalim.

“Bawa bertenang Zaid. Jangan biarkan syaitan mempengaruhi kamu.”

Zaid tersedar dari amarahnya. wajahnya kembali kendur. Dia memandang wajah Ustaz marhalim di tepinya. Kemudian dia menoleh ke belakang pula. Memandang ke arah ketua kumpulan tersebut yang baru di belasahnya. Kemudian dia memandang ke arah lima orang lagi yang jatuh melutut menahan kesakitan.

Dia melihat kepada Syamil, Hazman, Zikri dan Nazrin yang kini memandangnya dengan wajah penuh kerisauan. Risau melihat dirinya.

Zaid jatuh melutut. Kedua belah tangannya sebagai pengukuh badan.

“Astafirullaazim.” Dia lalu beristifar berkali-kali. Cuba untuk menenangkan diri. Air matanya bercucuran jatuh.

Mustaqim dan Khairul menarik nafas lega. Sekiranya Ustaz Marhalim tidak muncul, pastinya mereka sudah teruk di belasah seperti Afiq.

“Kamu berdua pasukan ping-pong dari Sekolah Tengku Hussein bukan?” Ustaz Marhalim menanya mereka berdua. Zaid di biarkan supaya dapat bertenang.

Mustaqim dan Khairul hanya membisu.

“Adakah mereka berenam ini juga pemain ping-pong?” Tanya Ustaz Marhalim.

Mustaqim dan Khairul menganguk-angguk. Tidak berani berkata apa-apa.

“Sekiranya begitu, kita berlawan di gelanggang ping-pong sahaja dengan cara yang lebih adil.”

“Sekarang Ustaz mahu kamu bawa kawan-kawan kamu semua dan pergi dari sini!” Tegas kata-kata Ustaz. Timbul kegerunan di hati mereka berdua.

Mustaqim dan Khairul lalu bergegas menuju ke arah teman mereka. Mustaqim mengendong bahu Afiq yang lemah. Kemudian mereka semua berlalu pergi dengan menunggang motosikal. Semua yang lain hanya melihat.

Selepas mereka semua hilang dari pandangan. Ustaz Marhalim dan  Nazrin pergi ke arah tempat teman-temannya berada dengan membiarkan Zaid berseorangan menenangkan diri dahulu. Kelihatan Syamil, Zikri dan Hazman tersenyum menampakkan barisan gigi kepada mereka. Kecederaan mereka tidak teruk. Hanya mengalami luka kecil dan sedikit lebam di badan. Ternyata Allah menyayangi mereka.

***

Danbo

Seminggu berlalu selepas kejadian itu. Syamil, Hazman dan Zikri sudah pulih seperti sedia kala. Kini mereka juga turun berlatih. Kejadian pergaduhan tempoh hari tidak di ceritakan kepada sesiapa. Menjadi rahsia mereka. Hanya pemain sekolah ping-pong sahaja yang mengetahuinya

“Peringkat daerah akan berlangsung pada hujung minggu ini. Selama tempoh kamu berlatih, Ustaz lihat prestasi kamu semua sudah meningkat. Tahniah.” Semua pemain sekolah gembira mendengar. Ketika ini mereka baru sahaja habis berlatih dan duduk bersama membentuk satu bulatan di gelanggang badminton.

“Ustaz tengok kamu semua juga sudah rapat sama seperti adik-beradik.” Tambah Ustaz.

“Mana boleh adik-beradik Ustaz. Ayah saya nama lain, ayah Uzair nama lain.” Hazman cuba berjenaka.

“Ustaz cakap sama seperti adik beradik lah. Bukannya adik beradik kandung.” Nazrin membalas.

“Yela, lagipun apa salahnya. Kitakan seperti keluarga.” Shah menyokong.

“Betul, betul, betul.” Azim juga turut serta. Meniru gaya percakapan Upin dan Ipin.

“Apalah, aku cuma buat lawak je.” Hazman memcebik muka. Semua yang ada ketawa melihat. Ada-ada sahaja Hazman ini.

“Baiklah, Hari ini Ustaz mahu bercakap sedikit berkenaan dengan kumpulan ping-pong dari Sekolah Tengku Hussein.” Ustaz membuka bicara. Semua kembali senyap. Riak wajah mereka mula berubah. Nama sekolah tersebut sangat di ketahui mereka. Baru-baru ini merekalah yang menimbulkan kekecohan dan mengakibatkan beberapa orang cedera.

“Kamu semua masih marah pada mereka?” Tanya Ustaz.

“Mestilah Ustaz. Sebab diorang lah saya tidak boleh berlatih selama seminggu.” Syamil mengengam tangan membentuk penumbuk. Marah.

“Betul tu. Masih terasa lagi sakit di badan ni.” Zikri menambah. Hazman mengangguk-angguk mengiakan. Kelihatan yang lain-lain juga turut geram apabila mengingati peristiwa tersebut.

Zaid terkecuali. Dia sudah pun di nasihati oleh Ustaz sebelum ini.

Ustaz Marhalim menarik nafas perlahan kemudian menghembus keluar.

“Kamu semua pernah dengar tidak satu hadis ini.”

“Hadis apa Ustaz?” Shah menanya.

Ustaz Marhalim lalu membaca satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari.

Dari Abu Hurairah r.a, sesungguhnya ada seorang telah bertanya kepada Nabi SAW : “Ya Rasulullah, nasihatilah aku.” Rasulullah menjawab : “Janganlah kamu marah.”

 Kemudian orang itu menanya lagi. “Ya Rasulullah, nasihatilah aku.” Rasulullah menjawab : “Janganlah kamu marah.”

Berkali-kali orang itu minta di nasihati dan rasulullah tetap menjawab. “Janganlah kamu marah.”

Semua yang ada tunduk terdiam. Seakan terpukul dengan kata-kata Ustaz. Ya, memang tidak boleh di nafikan yang mereka sangat marah dengan apa yang telah di lakukan oleh kumpulan ‘The Six Brothers’ kepada mereka. Tetapi hadis tersebut seakan ingin mengajar mereka sesuatu. Mengajar mereka untuk  tidak marah dan memaafkan kesalahan orang lain.

“Ustaz harap janganlah kamu marah lagi. Lupakan sahaja. Maafkanlah mereka. Ingat, Allah sangat menyukai orang yang memberi kemaafan kepada orang lain.” Ustaz Marhalim menambah. Kelihatan yang lain masih diam membisu.

“Ustaz ada berita baik. Menurut jadual perlawanan yang baru Ustaz terima. Kamu semua akan berlawan dengan mereka di perlawanan pertama nanti.” Tiba-tiba Ustaz Marhalim mengubah topik.

“Betul ke Ustaz?” Azim meminta kepastian.

“InsyaAllah. Makanya kamu lupakanlah salah mereka dan kita berlawan dengan cara yang adil di gelanggang ping-pong.”

“Baiklah, kalau begitu kita akan selesaikan masalah kita dengan mereka di gelanggang.” Hazman bersuara. Semangat.

“Kita tidak akan kalah.” Uzair juga bersemangat.

Zikri mengenggam penumbuk. Syamil juga berbuat demikian. Semua yang ada kembali bersemangat.

“Jadi Ustaz mahu bertanya semula kepada kamu semua.” Ustaz Marhalim memandang kelapan-lapan pemain ping-pong. Semua yang ada kembali senyap dan memandang Ustaz.

“Adakah kamu semua masih marah kepada mereka?”

Semua tersenyum sambil mengeleng-gelengkan kepala.

“Kita akan berlawan dengan mereka dengan cara yang adil!” Zaid lalu menghulurkan tangannya ke hadapan. Kemudian Nazrin meletakkan tangannya di atas tangan Zaid. Syamil, Hazman, Zikri, Uzair dan Shah juga berbuat demikian. Azim adalah orang terakhir yang meletakkan tangan di atas tangan Shah.

“Kita pasti menang!” Semua bersorak kuat sambil mengangkat tangan ke atas. Ustaz Marhalim tersenyum melihat.

Perlawanan peringkat daerah akan bermula tidak lama lagi!

** bersambung…

2 thoughts on “Ping-Pong Team (Episode 7)

Sila komen di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s