Senarai Semua Entri

Saya letakkan senarai link-link di bawah bagi memudahkan pembaca mencari post-post yang sebelum ini. Semua link di bawah adalah post-post yang wujud di blog ini. Semoga bermanfaat.

Terbaru!

1. Walaupun hanya 10 sen

2. Rupanya begini perasaan mereka yang…

3. Rezeki dan Sedekah

Lain-lain

Ping-Pong Team (Episode 8)

Ping-Pong team

Episode 8 : Peringkat Daerah

 

Ahli Kumpulan The Six Brothers berkumpul di tempat latihan mereka. Tidak terkecuali juga Mustaqim dan Khairul. Hanya seorang sahaja yang masih belum tiba. Sekolah mereka menyediakan bilik khas untuk sukan ping-pong. Terdapat dua meja ping-pong yang sedia ada terbuka dan beberapa yang  tidak di buka.

“Mana Abin?” Afiq, ketua kumpulan menanya sambil memandang yang lain. Ketika ini mereka duduk berkumpul sebelum memulakan latihan.

“Entahlah dia tu. Malas datang la tuh.” Balas Arif acuh tak acuh.

“Tidak mengapa. Dia akan tahu juga nanti. Kita mulakan dulu meeting kita hari iní.” Kata Mustaqim yang berdiri di hadapan mereka.

“Ohh, ada berita terbaru ke?” Kata Adam yang duduk di tengah-tengah sambil kakinya lunjur ke hadapan. Pernyataan Mustaqim seperti akan ada berita menarik yang akan di kongsi.

“Aku baru sahaja terima jadual perlawanan ping-pong peringkat daerah nanti.”

“Mengikut jadual di sini. Kita akan berlawan dengan sekolah Kampung Sungai Tapah di perlawanan pertama.” Sambung Mustaqim. Dia kemudian memandang ahli kumpulan The Six Brother. Ingin melihat riak wajah mereka.

Suasana sepi sebentar. Tiada bunyi. Masing-masing diam.

“Adakah mereka takut?” Bisik hati Khairul yang duduk bersama mereka. Kepalanya di toleh ke kiri dan ke kanan.

“Hahaha…” Salah seorang daripada mereka kemudian ketawa. Memecahkan kesunyian.

“Hahahahah…!” Kemudian yang lain juga ikut ketawa. Khairul bingung dengan tingkah laku mereka secara tiba-tiba. Takut pun boleh ketawa?

“Nampaknya nasib menyebelahi kita.” Salah satu suara kedengaran lantang.

“Aku akan balas balik apa yang diorang buat dekat kita hari itu.” Kata Aiman.

“Zaid aku punya.” Afiq bersuara. Wajahnya menunjukkan kegeraman. Dendamnya terhadap Zaid yang memukulnya teruk masih lekat di hati. Tidak pernah pudar.

Khairul menghela nafas lega. Mustaqim hanya tersenyum puas. Reaksi gembira dari mereka menunjukkan masih ada harapan untuk mengalahkan kumpulan Zaid. Dia memerlukan kekuatan The Six Brothers untuk menumbangkan kumpulan tersebut. Juga untuk membalas dendam apa yang mereka telah lakukan kepadanya dahulu.

Continue reading

Ramadhan? Still have time…

Ramadhan al-Mubarak

“Huargh….” Tangannya menutup mulut.

“Mengantuknya…letihnya…laparnya…” Adu Zul. Hari ini adalah hari ketujuh di bulan Ramadhan. Sepanjang hari ini dia hanya tidur dan berbaring di atas tilam. Hanya apabila masuknya waktu solat sahaja baru dia bangun. Kemudian dia akan menyambung tidurnya semula sementara menunggu waktu berbuka.

Jam menunjukkan 5.30 petang. Dia baru sahaja menunaikan solat asar. Langsung tidak khusyuk. Kemudian dia baring semula. Ingin menyambung tidurnya. Malangnya matanya langsung tidak dapat dilelapkan. Dia sudah pun tidur selama 10 jam!

Zul lantas mengubah posisi baringannya kepada duduk bersila.

“Apalah hendak jadi dengan aku ni. Menghabiskan masa seperti ini.” Monolog Zul. Nafas di hela. Dia lalu menguap sekali lagi secara spontan. Manik-manik jernih keluar dari kelopak matanya sejurus sahaja dia menguap. Dia lalu menggosok-gosok matanya. Sedikit pedih.

Zul lantas bangkit dari tempat duduknya. Laptop di atas meja yang sentiasa di buka 24 jam di tatapi. Dia lalu membuka laman sosial Facebook. Satu per satu post-post dari temannya di baca. Kebanyakkan post di kongsi berkenaan ramadhan. Tiada yang menarik perhatiannya. Dia lalu menutupi laman Facebook semula.

Terasa kosong. Jiwanya seakan-akan mati. Walaupun di bulan ramadhan yang mulia, tetapi hatinya langsung tidak tergerak untuk melakukan amal kebaikan seperti kebiasaan orang lain lakukan di bulan ramadhan. Hatta, solat terawih di masjid juga tidak pernah di hadiri. Dia hanya menunainya di rumah sahaja. Jiwanya yang sudah lama tidak di isi oleh pengisian-pengisian ilmiah membuatkan dia langsung tidak berasa untuk melakukan amal kebaikan.

Continue reading