Ramadhan? Still have time…

Ramadhan al-Mubarak

“Huargh….” Tangannya menutup mulut.

“Mengantuknya…letihnya…laparnya…” Adu Zul. Hari ini adalah hari ketujuh di bulan Ramadhan. Sepanjang hari ini dia hanya tidur dan berbaring di atas tilam. Hanya apabila masuknya waktu solat sahaja baru dia bangun. Kemudian dia akan menyambung tidurnya semula sementara menunggu waktu berbuka.

Jam menunjukkan 5.30 petang. Dia baru sahaja menunaikan solat asar. Langsung tidak khusyuk. Kemudian dia baring semula. Ingin menyambung tidurnya. Malangnya matanya langsung tidak dapat dilelapkan. Dia sudah pun tidur selama 10 jam!

Zul lantas mengubah posisi baringannya kepada duduk bersila.

“Apalah hendak jadi dengan aku ni. Menghabiskan masa seperti ini.” Monolog Zul. Nafas di hela. Dia lalu menguap sekali lagi secara spontan. Manik-manik jernih keluar dari kelopak matanya sejurus sahaja dia menguap. Dia lalu menggosok-gosok matanya. Sedikit pedih.

Zul lantas bangkit dari tempat duduknya. Laptop di atas meja yang sentiasa di buka 24 jam di tatapi. Dia lalu membuka laman sosial Facebook. Satu per satu post-post dari temannya di baca. Kebanyakkan post di kongsi berkenaan ramadhan. Tiada yang menarik perhatiannya. Dia lalu menutupi laman Facebook semula.

Terasa kosong. Jiwanya seakan-akan mati. Walaupun di bulan ramadhan yang mulia, tetapi hatinya langsung tidak tergerak untuk melakukan amal kebaikan seperti kebiasaan orang lain lakukan di bulan ramadhan. Hatta, solat terawih di masjid juga tidak pernah di hadiri. Dia hanya menunainya di rumah sahaja. Jiwanya yang sudah lama tidak di isi oleh pengisian-pengisian ilmiah membuatkan dia langsung tidak berasa untuk melakukan amal kebaikan.

***

Keesokan harinya Zul melakukan aktiviti yang sama. Tidur berlebihan sementara menunggu waktu berbuka. Hari ini dia berbuka di rumah. Sama seperti hari-hari sebelumnya. Berbuka secara berseorangan. Langsung tiada teman. Entah kenapa di bulan ramadhan ini tiada siapa yang menemaninya berbuka, juga tiada siapa yang mengajaknya menunaikan solat terawih.

“Ah, peduli apa aku dengan teman.” Hati Zul memberontak. Dia sudah tidak mahu ambil kesah untuk mencari teman. Dia sudah berusaha tetapi langsung tidak membuahkan hasil. Dia lalu menjamah makanan berbukanya.

Selesai  sahaja dia menunaikan solat magrib, dia lalu membaringkan dirinya di atas tilam.“Argh…kenapa dengan aku ni.?” Fikiran Zul bercelaru. Hatinya tidak tenang. Dia tidak tahu kenapa. Tetapi hari ini jiwanya seakan-akan resah. Lama dia berbaring dan melayan jiwanya.

*Allahuakbar, Allahuakbar….

“Azan isyak?” Kedengaran azan isyak berkumandang dari arah masjid berdekatan.

“Solat di sini sahajalah. Apa yang aku dapat kalau pergi masjid pun. Sudahlah seorang diri” Fikir Zul. Dia masih dalam keadaan baring. Kedengaran azan masih berkumandang.

Jiwa Zul serba salah. Entah kenapa hatinya sangat sensitif hari ini. Azan yang berkumandang seakan-akan berkomunikasi dengannya. Seakan-akan ingin memberitahu sesuatu.

“Solat di masjid lah.” Jiwanya terpanggil. Zul lantas bangun dari baringannya. Dia lalu mengambil wuduk dan menuju ke arah masjid berdekatan. Berjalan seorang diri. Dia sudah biasa, dahulu juga dia sering berjalan seorang diri ke masjid. Tetapi amalan itu sudah berhenti beberapa minggu yang lalu. Kini dia kembali semula.

***

“Ramainya?” Zul terkejut apabila kakinya menjejakkan kaki ke dalam masjid. Kelihatan ruang solat di penuhi oleh semua lapisan masyarakat. Padat. Tidak di sangka pula masjid akan penuh seperti ini.

“Dulu tidak ramai pun.” Zul hairan. Kemudian baru lah dia tersedar yang adanya solat terawih selepas solat isyak.

“Solat terawih sunat sahaja.” Zul tidak memahami kenapa ramai yang datang menunaikan solat terawih sedangkan iainya hanya sunat. Bukanlah satu kewajipan seperti solat lima waktu.

Iqamah di alunkan oleh bilal. Semua makmum berdiri dan berebut untuk mendapatkan saf paling hadapan. Zul juga mengambil tempat saf yang kosong. Imam yang akan mengimami makmum adalah seorang pemuda berumur 20-an.

“Bismillahirrahmanirrahim…” Bacaan imam kedengaran mendayu-dayu mengalunkan bacaan al-fatihah dan surah ikhlas. Selesai sahaja surah kedua di baca. Imam tersebut melakukan rukuk. Semua makmum mengikuti pergerakan imam di hadapan mereka. Apabila imam rukuk mereka turut merukuk. Apabila imam sujud mereka juga turut sujud sehinggalah imam memberi salam.

Zul juga turut memberi salam. “Astafirullahalazim…” Zul beristifar beberapa kali. Solat isyak secara berjemaah kali ini terasa lain dari yang lain. Hati Zul terasa tenang. Terasa begitu khusyuk sekali ketika menunaikan solat secara berjemaah sebentar tadi. Berbeza dengan solat-solatnya sebelum ini yang hanya di buat di rumah seorang diri.

***

“Ya Allah, apakah perasaan ini.” Jiwa Zul tersentuh. Ketika ini dia menunaikan solat sunat terawih pula. Bacaan imam sangat merdu. Sangat menyentuh hati siapa-siapa pun yang mendengarnya.

“Ruginya aku tidak mengikuti solat terawih di masjid sebelum ini.” Zul menyesal. Hatinya mula tersedar. Kini baru dia tahu kenapa ramai yang hadir ke masjid untuk menunaikan solat terawih. Ketenangan. Keberkatan di bulan ramadhan memberi ketenangan kepada semua hamba-hamba yang tunduk kepadaNya.

Zul sebak. Seakan-akan ingin menangis. Jiwanya sangat dahagakan kebaikan. Jiwanya sangat rindu pada amal ibadah. Kelalaian yang di lakukan sebelum ini betul-betul sudah membuatkan jiwanya mati. Tetapi Allah itu maha penyayang. Berkat rahmat Allah, dia tergerak untuk pergi ke masjid dan berkesempatan merasa ketenangan di bulan keberkatan ini.

Selesai sahaja dia menunaikan kesemua solat terawih. Zul lalu pulang ke rumah. Hati nya berbunga-bunga. Indahnya melakukan kebaikan di bulan ramadhan. Terasa segala keresahan tadi hilang begitu sahaja. Terasa badannya kuat untuk melangkah. Terasa hatinya hidup semula.

“Ya Allah. Bimbinglah aku ke jalan Mu” Zul berdoa. Walaupun ramadhan sudah berlalu seminggu. Walaupun dia hanya berseorangan. Tetapi dia masih belum terlambat untuk  membuat amal kebaikan. Dia ada Allah.

“Aku tidak akan sia-siakan ramadhan kali ini.” Zul mengengam tangannya membentuk penumbuk. Dia lalu berjalan pulang ke rumahnya. Mulai hari ini dia bernekad untuk memanfaatkan bulan ramadhan yang semakin hari semakin meninggalkannya. Dia tidak mahu sia-siakan peluang ini yang belum tentu dapat dia miliki di tahun hadapan.

2 thoughts on “Ramadhan? Still have time…

  1. Saya meletakkan diri saya atas Zul, Ya Allah… kosongnya bila hidup jauh dari pengisian. But honestly, sometimes itulah diri kita. Macam Zul ni… Tapi, once bila hidayah datang, hati jadi lembut nak cari kebaikan.

Sila komen di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s