Istikharah. Memilih Supervisor.

Istikharah. Pilih solusi yang terbaik.

“Baiklah, di sini saya sertakan senarai nama pensyarah yang boleh di pilih untuk di jadikan supervisor awak semua.” Kata pensyarah yang mengajar subjek final year project.

Aku melihat semua senarai yang terpapar di skrin projector.

“Ah! Tiada nama dia?” Bisik hatiku.

“Syafiq, awak sudah pilih supervisor?” Pensyarah itu tiba-tiba menanyaku. Aku lantas berdiri.

“Puan, saya mungkin pilih Sir Ahmad Aljunid.” Kata saya dengan nada teragak-agak. Pensyarah di depan saya terkejut apabila mendengar . Mana tidaknya, nama tersebut tiada dalam senarai!

“Kenapa awak mahu pilih dia?”

“Saya berminat untuk buat research tentang tajuk dia.”

“Tajuk apa?”

“Image Steganography.”

Semua pelajar di kelas memandangku. Mungkin tidak faham dengan maksud tajuk yang aku sebut. Bak kata pepatah inggeris. “It is a Jargon words.”

Steganography adalah salah satu hidden komunikasi  yang menyembunyi  kewujudan data di dalam  medium  (Cth: Image, Video) lain supaya data tersebut tidak boleh di lihat oleh mata manusia. Iaiya sama seperti Encryption tetapi sedikit berbeza dari segi tujuan. Encryption mengubah data kepada unreadable data supaya orang lain tidak memahami. Manakala Steganography menyembunyi data di dalam medium lain supaya orang lain tidak tahu dan tidak perasan bahawa ada data yang tersembunyi di dalamnya.

Image Steganography pula adalah dengan menyembunyikan data di dalam digital image.

Pensyarah di depanku mengangguk. Mungkin sedang berfikir.

“Baiklah, Tajuk awak itu bagus. Tetapi…” Kata-kata pensyarah itu terhenti.

“Saya takut dia tidak boleh bantu awak untuk apply teknik Artificial Intelligent di dalam projek awak.” Sambungnya lagi.

Aku tersentap mendengar kata pensyarahku. Betul juga. Fikiranku tiba-tiba menjadi buntu.

Artificial Intelligent adalah bidang yang aku ceburi. Di dalamnya terdapat banyak teknik seperti Neural Network, Fuzzy Logic, Genetic Algorithm, Knowledge Based System, Data Mining dan lain-lain. Final year project aku perlu memasukkan sekurang-kurangnya salah satu dari teknik tersebut. Sekiranya tidak, aku tidak boleh meneruskan kajianku dan proposalku akan di tolak.

Dan pensyarah yang aku cadangkan bukanlah di dalam bidang Artificial Intelligent. Pasti tidak dapat membantuku.

***

“Minta maaf, saya tidak boleh bantu awak berkenaan macam mana nak apply teknik Artificial Intelligent. Itu bukan bidang saya. Awak kena cari dan belajar sendiri.” Kata Sir Ahmad Aljunid apabila aku berjumpa dengannya untuk mendapatkan kepastian.

Jangkaanku tepat. Beliau memang tidak boleh membantuku. Tetapi aku tidak boleh salahkannya. Itu di luar bidangnya.

Fikiranku menjadi buntu. Hatiku memberontak. Aku betul-betul berminat dengan tajuk research ini!

“Ya Allah, tolonglah aku.” Doaku di dalam hati.

Pada awalnya, aku ingin memilih Encik Razif Shamsuddin. Salah satu pensyarahku yang expert di dalam bidang Artificial Intelligent dan pernah mengajarku. Juga merupakan satu-satunya pensyarah lelaki yang di kenali. Kebanyakkan pensyarah bidangku merupakan pensyarah perempuan. Tetapi oleh kerana khabar angin mengatakan ramai pelajar ingin menjadikan beliau sebagai supervisor mereka, aku mencari yang lain dahulu. Dan ketika aku berjumpa dengan sir Ahmad Aljunid, aku tertarik dengan tajuk research yang di keluarkan.

Tetapi di sebabkan hal ini berlaku, plan terpaksa di ubah.

“Mungkin aku boleh cuba tanya dia sama ada masih ada kekosongan lagi atau tidak.” Bisik hatiku. Berharap.

***

Steganography : Hiding data inside data.

“Korang pun nak jumpa encik Razif ke?” Tanya aku kepada kawan sekelasku, Shahir dan Adly.

“A’ah, Kitorang nak minta dia jadi supervisor kitorang.”

“Bagus juga. Boleh pergi sama-sama.”

“Jom.” Lantas kami bertiga berjalan menuju ke bilik encik razif. Terletak di tingkat dua, bangunan pensyarah fakulti sains komputer dan matematik.

“Tidak di sangka pula rupanya masih ramai yang belum mencari supervisor.” Hatiku tertawa.

Kami pun tiba di bilik beliau. Kebetulan ketika itu encik Razif ada di bilik.

“Hah, kamu semua mahu apa?” Kata dia spontan sejurus sahaja pintu biliknya di buka. Dia memang seorang pensyarah yang sporting.

“Err, kami nak sir jadi supervisor kami.” Kata Shahir. Aku dan Adly mengangguk-angguk mengiakan.

“Owh. Boleh-boleh. Kamu semua orang pertama yang minta.”

Hah? Terkejut aku mendengarnya. Ingatkan dah penuh dah. Rupanya khabar angin itu hanyalah khabar angin semata-mata. Alhamdulillah. Tak perlu susah-susah cari supervisor lain dah.

“Kamu semua dah ada tajuk dah?” Katanya lagi.

“Saya nak buat Image Steganography.” Kata aku.

“Owh. Bagus tajuk kamu itu.”

“Sir tahu tak Steganography itu apa?” Tanya aku, ingin melihat jawapannya.

“Saya tidak tahu sangat. Awak kena kaji sendirilah. “ Balasnya.

Pap! Tiba-tiba hatiku resah. Bibirku kaku. Akalku buntu.

“Macam mana ini. Pensyarah di depan ku ini tidak tahu mengenai Steganography. Macam mana dia mahu tolong aku? Mampukah aku untuk kaji sendiri? Aku pun tidak faham sangat Steganography ini apa.” Bisik hatiku penuh dengan persoalan.

Lama aku berdiam dan berfikir.

“Sir, kalau saya tangguhkan untuk sir jadi supervisor dulu boleh tak. Nanti saya confirmkan balik.” Berani sungguh aku berkata begitu. Seakan-akan dia pula yang memerlukan aku.

“Tak apa. Saya tidak kesah.” Responnya. Langsung tidak mengambil hati dengan apa yang baru sahaja di sebut oleh ku. Hatiku serba salah.

Lantas kami bertiga pulang dari biliknya. Hanya aku yang tiba-tiba berubah fikiran.

***

Buntu! Fikiran aku sangat bercelaru!

Mahu pilih supervisor yang expert dalam bidang Steganography tetapi  tidak dalam Artificial Intelligent

atau…

Mahu pilih supervisor yang expert dalam Artificial Intelligent tetapi tidak dalam Steganography.

Malam itu aku hanya duduk berfikir di depan laptopku. Keputusan yang tepat perlu di lakukan. Sekiranya salah, aku mungkin menghadapi kesukaran dalam perjalananku membuat final year project selama setahun. Puas aku berfikir, tetapi masih tidak tahu untuk memilih.

Buzz!

Tiba-tiba salah satu kenalan Yahoo Messenger ku muncul di skrin laptop. Kakakku.

Kakak: Salam…

Aku: Wassalam…

Kakak: Sihat?

Aku: tak sihat…

Aku: tengah pening kepala…

Kakak: Laa..kenapanya?

Aku lantas menceritakan tentang situasi aku untuk memilih supervisor kepada kakakku.

Kakak: Syafiq dah senaraikan baik buruknya berkenaan kedua-dua pensyarah tersebut?

Aku: Belum lagi. Dua-dua baik, cuma diorg  expert lain2.

 Kakak: Owh. Kalau macam itu istikharah lah.

Aku: Hah? Istikharah? Syafiq bukan nak kahwin la.

Kakak: Istikharah tidak semestinya dilakukan apabila kita hendak kahwin. Syafiq tahu apa maksud istikharah?

Aku: Nak pilih pasangan mana yang bagus untuk kita kahwin laa…

Kakak: Bukan itu sahaja. Apa maksud istikharah? Istikharah  adalah memohon dan meminta petunjuk yang terbaik dari Allah swt. ..

Kakak: Biasanya istikharah di lakukan di dalam situasi untuk memilih sesuatu yang tidak pasti sama ada iainya baik untuk kita atau tidak. Contohnya seperti situasi Syafiq sekarang ini. Istikharah lah, mohon petunjuk dari Allah yang mana satu pensyarah yang baik untuk Syafiq jadikan supervisor.

Aku diam membisu. Tidak di sangka pula istikharah boleh di lakukan untuk situasi seperti ini.

Aku: InsyaAllah, Syafiq solat istikharah nanti. Terima kasih.

Kakak: Sama2. Moga Allah mudahkan.

Solat istikharah.

Malam itu aku menunaikan  solat istikharah. Akhirnya kepada Allah jua tempat aku memohon di berikan petunjuk bagi masalahku. Aku perlukan ubat untuk hati yang penuh dengan keresahan. Penuh dengan keraguan. Hanya Allah sahaja yang dapat mengubatinya.

Dalam sujudku yang terakhir, aku berdoa dengan doa yang di ajarkan nabi.

“Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya”. (Riwayat Imam Bukhari dan Tarmizi)

***

Hatiku menjadi tenang. Entah kenapa fikiran ku yang sebelum ini penuh dengan keraguan. Penuh dengan keresahan hilang begitu sahaja. Seolah-olah Allah menjawab doaku. Alhamdulillah.

Aku membuat keputusan memilih Encik Razif Shamsuddin sebagai supervisorku. Dan meminta izin kepada Sir Ahmad Aljunid untuk meneruskan tajuk Image Steganography walaupun bukan di bawah pemantauannya. Alhamdulillah dia izinkan dan memberi kesudian untuk membantu aku sekiranya aku mempunyai masalah. Moga Allah berkatinya atas kebaikannya.

Sepanjang dua semester aku di bawah supervise encik Razif Shamsuddin, semuanya berjalan lancar. Sekiranya aku ada masalah, dia akan serta merta menolongku. Sekiranya aku mahu berjumpa dengannya, dia sentiasa luangkan masa. Tiada masalah komunikasi, malah boleh sembang kosong lagi.

Dan rupanya-rupanya dia bukan sahaja hebat dalam bidang Artificial Intelligent, tetapi mempunyai banyak ilmu pengetahuan yang aku sendiri tidak sangka. Idea dan cara menyembunyikan data di dalam image juga di cadangkan oleh beliau. Cis! Sebelum ini kata tak tahu sangat. Rupanya expert juga.

Coding aku juga dapat di siapkan awal sebulan  hasil dari pertolongannya. Ternyata Allah mudahkan dan Alhamdulillah, aku mendapat keputusan yang baik. Terima kasih kepada beliau. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik beliau. Semoga sentiasa diberkati dan di rahmati Allah swt, atas kebaikannya.

Amin.

p/s: Jalan cerita di ubah dan di pendekkan sedikit. Hakikatnya dua-dua pensyarah adalah expert. Terima kasih kepada semua yang telah membantu penulis dalam menyiapkan final year project terutamanya encik Razif Shamsuddin, Dr Marina Yusoff, pensyarah yang mengajar dan rakan sekelas. Semoga Allah merahmati kalian.

9 thoughts on “Istikharah. Memilih Supervisor.

  1. Ada banyak jargon yang saya pertama kali dengar masa baca banyak entri ni. Ilmu baru, alhamdulillah…
    Tindakan kamu membuat istikarah adalah tindakan tepat. walaupun hal-hal yg seremeh manapun tapi kalau saat tu sy buntu antara dua, memang terus istikarah,tanya pendapat Allah. Thanks sharing.🙂

Sila komen di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s