Budak Kecil juga Guruku

Guru Kecil

Tit-tit…Tit-tit…

New Message Receives…

Hafiz lantas membaca messages yang baru di terima olehnya.

“Hafiz, malam ini kita pergi masjid k, solat magrib dan isyak berjemaah.” Hafiz membaca mesej yang di hantar oleh jirannya, Nazrin.

“OK.” Hafiz lantas membalas mesej tersebut.

Nazrin merupakan sahabat dan jirannya sejak kecil lagi. Dia memang seorang yang suka mengajak orang lain ke masjid. Walaupun dia tidak mempunyai fikrah agama yang tinggi, tetapi hatinya gemar melakukan kebaikan. Hatinya bersih dari melakukan perkara yang sia-sia.

***

Allahuakbar,Allahuakbar.” Azan magrib berkumandang.

Mendengar sahaja azan berkumandang, Hafiz lantas memakai baju melayunya yang berwarna biru. Baju Melayu kegemaran. Kemudian, tanpa berlengah dia melangkah ke muka pintu hadapan rumah. Ingin terus ke masjid.

“Abang Hafiz hendak ke masjid ke?” Tiba-tiba adiknya Muqarrabin menegur. Ketika itu adiknya sedang membuat kerja sekolah di ruang tamu. Masih belajar di sekolah rendah.

“A’ah.” Hafiz menjawab sepatah. Malas mahu melayan adiknya.

“Nak ikut jugak. Tunggu sekejap!”  Muqarrabin terus berdiri dan berlari pantas menuju ke almari pakaiannya. Ingin menukar kepada baju melayu juga. Hafiz hanya memandang gerak geri adiknya. Pelik betul budak ini.

“Abang tunggu dekat luar k!”

“Okay!” Balas Muqarrabin.

Beberapa minit kemudian…

“Isyk, mana budak ini.” Monolog Hafiz. Lama dia menunggu tetapi kelibat adiknya tidak muncul. Padahal tadi hanya ingin menukar baju sahaja.

“Abin! Cepatlah!” Laung Hafiz dari luar. Panggilan ‘Abin’ merupakan nama singkatan untuk Muqarrabin.

“Kejap!”  Kedengaran suara adiknya menyahut dari dalam.

“Kejap apa laginya, imam dah start solat dah tu!” Hafiz mula geram. Kesabaran Hafiz hanya sebentar. Dia lantas menuju ke pintu dan membukanya untuk melihat apa yang terjadi. Entah apa yang lama sangat.

Sejurus sahaja pintu di kuak. Hafiz melihat adiknya sedang bertungkus lumus mengorek tabungnya.

“Laa…Buat apa korek tabung ni? Cepatlah!”

“Sekejap, Abin nak bagi sedekah dekat masjid ni.” Abin lalu menyambung aktiviti mengorek tabungnya. Kelihatan beberapa duit syiling jatuh ke lantai.

Pap! Hafiz tersentap  mendengar. Bagaikan di panah petir. Lidahnya terkelu.

Budak kecil di hadapannya ini begitu mulia sekali sehingga sanggup mengorek tabung untuk di sedekahkan. Ternyata tiada rasa bakhil yang tersemat di dalam jiwanya. Berbeza sekali dengan dirinya yang jarang bersedekah padahal dia mempunyai lebih banyak wang jika di bandingkan dengan adiknya yang masih kecil.

Hafiz beristifar. Insaf.

“Okay jom.” Muqarrabin lantas menuju ke luar dan memakai seliparnya.

“Baik betul adik abang ini.” Hafiz memuji adiknya. Cuba memberi dorongan walaupun di hatinya penuh dengan rasa insaf. Muqarrabin tersenyum mendengar pujian tersebut. Mereka berdua lalu berjalan bersama menuju ke masjid.

Setibanya mereke berdua di masjid, Muqarrabin lantas mengambil duit syiling yang baru di korek lalu memasukkannya ke dalam tabung masjid. Tidak banyak, hanya lima puluh sen. Tetapi, untuk bersedekah, kuantiti bukanlah yang di pandang oleh Allah.

“Orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah, kemudian tidak mengiringi apa yang dia infakkan itu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.” (Surah al-Baqarah, ayat 262)

Hafiz memandang adiknya yang seronok memasukkan duit syiling tersebut.

Ya Allah, bakhilnya aku. Langsung tidak pernah tergerak untuk bersedekah.” Bisik hati Hafiz.

***

Setelah selesai menunaikan solat isyak secara berjemaah, Hafiz,Nazrin dan Muqarrabin berlalu pulang bersama-sama.

“Nazrin, esok kalau kau mahu pergi ke masjid lagi beritahulah. Seronok pula solat di masjid ini.” Kata Hafiz.

“Okeh, no problem. Aku suka bila ada teman sekali ke masjid. Kebanyakkan orang masjid semua orang-orang tua. Anak-anak muda langsung tidak kelihatan.” Balas Nazrin. Hafiz mengangguk-angguk.

“Abang Hafiz.” Tiba-tiba adiknya Muqarrabin menyampuk.

“Ye?” Hafiz mengangkat kening sambil memandang adiknya.

“Sebelum ini tak pernah nampak abang pergi masjid pun. Abang Hafiz hanya pergi ke masjid bila abang Nazrin ajak ke?

Pap! Sekali lagi Hafiz tersentap mendengar. Betul juga. Sebelum ini dia jarang ke masjid. Hanya apabila Nazrin ajak sahaja baru dia tergerak untuk pergi.

“Err, ala Abin pun baru pergi sekali.” Hafiz menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Hahaha, adik kau pula yang di salahkan.” Nazrin ketawa mendengar jawapan Hafiz. Hafiz tersengih. Abin terpinga-pinga. Tidak memahami.

“Abin lepas ini rajin-rajinlah ke masjid ye.” Nazrin mengusap-usap kepala Abin.

“Boleh, tapi kena abang Hafiz pergi sekali la.” Balas Abin.

“Tengok tu, dia pun sama je ikut orang juga.” Hafiz menduku kepala Abin. Abin mengaduh walaupun tidak sakit. Mereka kemudian ketawa bersama. Terasa ada aura keceriaan apabila selesai beribadah kepadaNya secara bersama. Ternyata Allah mencampakkan rasa bahagia kepada hati sesesiapa sahaja yang beribadah kepadaNya.

***

Sedekah

*Keesokan harinya…

“Erk, Alhamdulillah.” Hafiz sendawa kekenyangan. Hari ini dia makan tengahari di luar. Dia merupakan pelajar tingkatan empat. Setiap hari setelah sekolah tamat dia akan singgah ke restoran untuk menjamu selera. Di rumah tiada sesiapa yang memasak.

“RM3.50” Pemuda yang menjaga kaunter menyebut harga makanan yang di makan oleh Hafiz. Hafiz lantas menghulurkan RM4.00 kepada penjaga kaunter tersebut.

“Baki 50 sen. Terima kasih.” Penjaga kaunter menghulurkan wang baki. Hafiz mengambilnya.

Tiba-tiba mata Hafiz terpandang tabung dana untuk penubuhan sekolah agama di atas meja kaunter tersebut. Memang hampir setiap restoran yang di kunjunginya mempunyai tabung dana.

“Ah mahu sedekah ke tidak?” Fikir Hafiz.

“Nanti-nanti sahajalah. Aku tiada RM1.” Bisik hati Hafiz. Di tangannya hanya ada 50 sen sahaja. Dia malu untuk bersedekahkan wang sedikit itu. Kebiasaan orang akan memasukkan wang kertas RM1.

Tiba-tiba dia teringatkan amalan adiknya yang bersedekah di masjid walaupun hanya sedikit. Hati Hafiz tergerak. Tanpa berfikir panjang dia memasukkan wang syiling 50 sen tersebut ke dalam tabung dana. Kemudian dia berlalu pergi.

“Tidak di sangka amalan adikku sebelum ini membuatkan aku tergerak untuk bersedekah.” Bisik hati Hafiz. Dia berasa sangat bahagia apabila dapat bersedekah walaupun sedikit. Sebelum ini begitu payah untuk dia bersedekah.

Hari demi hari berlalu. Setiap kali dia mempunyai wang sedikit ataupun banyak ketika membeli barang sama ada di kedai runcit, restoran ataupun masjid,  dia akan menyalurkan wang tersebut ke dalam tabung untuk di sedekahkan. Tingkah laku adiknya menjadikan dia tergerak untuk istiqamah dalam melakukan amalan sedekah.

Dengan izin Allah, entah kenapa duit perbelanjaan harinya berkurang dan rezekinya bertambah. Makanan yang sering kali di makan olehnya di bayar dengan murah. Duitnya juga tidak di habiskan membeli barang yang sia-sia. Bulan ini sahaja dia dapat berjimat sebanyak RM50.

Teringat pula akan pesan kawannya Nazrin yang tidak pernah di endahkan dahulu.

“Kita selalu kedekut untuk bersedekah walaupun sedikit. Padahal apabila kita bersedekah, rezeki kita akan lebih banyak. Itu janji Allah.”

“Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah maha luas, Maha mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)

Hafiz juga sudah rajin pergi ke masjid. Pertanyaan adiknya sebelum ini membuatkan hatinya  tergerak untuk ke masjid walaupun tidak di ajak oleh Nazrin. Ternyata adiknya Muqarrabin telah mengubah tingkah lakunya. Daripada malas ke masjid kepada rajin ke masjid dan daripada kedekut bersedekah kepada murah hati bersedekah.

“Ternyata adikku merupakan guru yang mengajar aku untuk melakukan semua ini.” Bisik hati Hafiz. Walaupun adiknya seorang budak kecil, tetapi sekiranya ada perkara baik yang di ajar dan di tunjuk oleh adiknya yang boleh di contohi, maka adiknya merupakan guru kepada Dia.

Guru tidak mengenal usia. Budak kecil juga boleh menjadi guru kepada orang yang lebih tua.

One thought on “Budak Kecil juga Guruku

Sila komen di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s