Praktikal Game

game over

Hari yang dinantikan tiba jua. Aku akan di dedahkan dengan dunia luar. Dunia yang lain dari dunia universiti. Dunia praktikal dan bukan lagi dunia teori. Aku akan melangsungkan latihan praktikal di semester akhir di syarikat Secretlab Media selama tiga bulan. Syarikat ini mempunyai beberapa branch kecil iaitu bahagian graphic, KayuApi.com  dan bahagian programming, Secret Innovation.

Dan aku diletakkan di bahagian Secret Innovation.

Apa yang paling istimewa di syarikat ini adalah semua pekerja di syarikat ini beragama Islam termasuk bos kecuali seorang sahaja yang beragama Buddha. Ternyata Islam bukanlah umat yang lemah!

Aku sudah praktikal di sini selama sebulan lebih. Sepanjang praktikal, banyak pengalaman yang di timba.

Pada mulanya aku di suruh membuat website. Di sebabkan aku tiada basic cara untuk menghasilkan website, aku di beri tempoh seminggu untuk belajar. Dengan bantuan dua orang staff di sini, Muhammad Nur’ihsan dan Syamsuddin, aku mula belajar satu per satu cara membuat website.

***

*seminggu selepas itu…

“Ah, susahnya!” Keluh hati aku. Seminggu sudah berlalu. Fikiran aku runsing. Aku langsung tidak mahir. Banyak yang aku tidak faham. Walaupun dua orang rakanku telah menolongku sedaya upaya, tetapi tetap aku tidak faham.

Aku hanya ada kefahaman asas mengenai JAVA programming language. Salah satu bahasa programming yang wujud di dalam banyak-banyak bahasa komputer. Akan tetapi, untuk menghasilkan website, ilmu asas yang perlu tahu adalah kefahaman asas mengenai HTML, PHP, JavaScript dan MySQL. Empat bahasa komputer sekaligus!

“Ya Allah, tolong aku.” Seminggu aku belajar. Seminggu aku membaca artikel. Seminggu aku menonton video tutorial mengenai cara menghasilkan website. Tetapi tetap juga aku tidak faham. Aku mengalami kekeliruan perbezaan bahasa JAVA dan empat bahasa yang lain.

Dan seminggu itu juga aku tiada manfaat kepada syarikat ini. Aku mula berputus asa.

Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.” (HR. Thabrani dan Daruquthni)

“Anta kena buang mind set JAVA tu buat sementara dulu.” Nasihat sahabatku ihsan, juga merupakan staff di sini. Perkataan ‘anta’ adalah panggilan kepada ‘kamu’.

*dua minggu selepas itu…

“Apa aku buat ini? langsung tiada improvement.” Aku menghela nafas panjang. Dua minggu ini aku masih lagi tiada manfaat kepada syarikat ini. Langsung tidak menyentuh project-project yang ada.

Terasa asing. Terasa diri tidak di perlukan. Terasa diri ini useless.

Hati aku mula menjadi lemah. Bagi aku ini merupakan ujian. Malah hati aku menjadi lebih lemah apabila ujianku bertambah dengan mendapat suatu berita yang mengejutkan dari seseorang.

“Ujian yang ini pun belum selesai, aku sudah dapat ujian lain?” Keluh hati aku.

game on

*minggu ketiga

Hari berlalu seperti biasa. aku masih tiada manfaat kepada syarikat ini. Tiba-tiba seseorang memanggilku,

“Syamil, awak tinggalkan dulu tentang website. Kami ada project baru yang awak perlu handle.” Kata supervisor aku, encik Aizil.

“Project apa bos?” tanya aku.

“Kami nak buat game untuk iphone dan ipad bagi cerita animasi KIMI and The Heart Island. Game simple-simple je. Untuk budak-budak.” Kata encik Aizil.

Aku terdiam. KIMI and The Heart Island merupakan cerita animasi 3D seperti Upin-Ipin yang baru sahaja selesai di hasilkan oleh mereka di bahagian KayuApi.com. InsyaAllah akan di publish dalam masa yang terdekat ini.

“Awak study coding macam mana nak develop game ini. Minggu depan awak bentang.” Sambungnya lagi.

Aku tersenyum lebar. Bagaikan pucuk di cita, ulam mendatang. Memang membuat game adalah salah satu impian aku. Walaupun aku tiada ilmu dalam menghasilkan game. Tetapi ilmu kefahaman  JAVA aku boleh di praktikkan di game ini.

Dan aku teringin membuat game-game islamic seperti moral value dan lain-lain yang dapat memberi contoh islam kepada anak-anak kecil. InsyaAllah, sekiranya berkemampuan.

Ternyata Allah memberi berita gembira kepadaku.

“Baik bos!” Balas aku.

***

Hari berlalu. Kini aku terasa diri aku di perlukan. Bermanfaat untuk syarikat ini. Aku mula menghasilkan game-game yang simple. Hanya prototype dahulu dan akan finalize dan di publish ke Apple Store pada awal bulan November 2012, insyaAllah.

Terima kasih kepada sahabatku Nur’ihsan yang terlampau banyak menolong aku memudahkan segala kerja. Mengajar aku menggunakan tools graphic dan memberi idea-idea yang mantap.  Hanya Allah yang dapat membalas jasanya.

Terima kasih juga kepada staff-staff yang lain yang banyak memberi tunjuk ajar. Semoga Allah memberkati kalian.

2 thoughts on “Praktikal Game

  1. Alhamdulillah dan tahniah.

    Teguklah ilmu dan pengalaman banyak2, moga nanti ada manfaat untuk media ummah, dapat perkenalkan media2 yg lebih mendekatkan manusia kepada Allah.

Sila komen di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s