Lagu Islamik vs bukan Islamik

Song

Jari jemari Akmar laju bermain di papan keyboard komputer miliknya. Ada banyak assignment yang perlu di siapkan dalam minggu ini. Dia tidak boleh membuang masa.

Hampir setengah jam dia menaip, tiba-tiba dia berasa bosan.

“Ah bosannya.” Keluh Akmar.

“Dengar lagu hits yang dulu-dulu pun best juga ni.” Detik hati Akmar.

Akmar lalu memanjangkan tangannya mengambil earphone yang berada di atas almari bersebelahan. Earphone jenama Sony Ericson itu di pasang di kedua-dua belah telinganya. Dia lalu membuka senarai lagu-lagu mp3 yang di gemari.

Lagu dari kumpulan Shiela on 7 mula berdendang di telinganya. Khusyuk. Penuh penghayatan. Tiada bunyi lain yang didengari selain bunyi nyanyian dan musik yang keluar dari earphone tersebut.

Lagu-lagu lama seperti kumpulan band indonesia Peterpan, Shiela On 7 dan lain-lain merupakan lagu kegemarannya dahulu. Tidak terkecuali juga lagu barat seperti lagu dari kumpulan Green DaySimple PlanMy Chemical Romance serta yang lain-lain juga menjadi kegemarannya.

Semuanya itu adalah lagu ketika dia di zaman jahiliah dahulu.

Tetapi entah hari ini terasa ingin mendengarnya sekali lagi.

Kepala Akmar terangguk-angguk sambil kakinya bergerak-gerak mengikuti irama lagu yang bermain di telinganya. Lagu dari Shiela on 7. Layan. Terasa best pula mendengar lagu-lagu sebegini.

Next Song.” Akmar lantas menukar lagu kepada lagu dari kumpulan Green Day pula, ‘Wake me up when September end’.

Satu per satu lagu-lagu bukan islamik didengarinya.

Bermula dengan lagu Shiela on 7…

Kemudian dari Green Day pula…

Seterusnya My Chemical Romance dan iainya bersambung kepada lagu-lagu dari kumpulan lain pula. Semuanya adalah lagu-lagu yang tiada unsur Islam.

Music

Lama Akmar mendengar.

Tiba-tiba dia terasa lain.

“Ah…” Hati Akmar mula menjadi tidak tenteram. Apakah perasaan ini?

“Tadi okay je. Kenapa tiba-tiba hati jadi tidak tenteram pula ini?” Tanya Akmar kepada dirinya sendiri. Terasa hatinya mula sakit. Tidak tahu kenapa iainya terjadi. Tetapi hatinya langsung tidak berasa tenteram.

Akmar menarik earphone keluar dari telinganya.

Dia menarik nafas dalam-dalam lalu di hembusnya perlahan.

“Astafirullahalazim…” Akmar berisghtifar.

“Adakah lagu yang aku dengari ini membuatkan hatiku menjadi mula tidak tenteram? Adakah lagu ini merosakkan hati aku?”

Akmar terdiam. Berfikir sejenak.

“Astafirullahalazim…” Akmar berisghtifar sekali lagi. Memohon ampun kepada Allah.

Akmar lalu membuka lagu-lagu islamik. Lagu dari Maher Zain, Raihan, Saujana, Sami Yusuf dan lagu-lagu lain yang di gemarinya dibuka.

Satu-satu lagu-lagu nasyid tersebut bermain di telinganya. Irama dan alunan yang menenangkan kedengaran.

Lagu Maher Zain, ‘Number One for Me’…

Lagu Sami Yusuf, ‘Asma Allah’…

Lagu Nur One, ‘Dengan KuasaMu’…

Lagu Hafiz Hamidun, ‘Bahagia DariMu’…

Lagu Saujana, ‘Keluarga Bahagia’ dan lain-lain di dengari.

“MasyaAllah, berbeza sungguh dengan lagu yang aku dengar sebelum ini.” Hati Akmar terasa tenang. Musik yang didengari menenangkan. Lirik yang didengari juga memuji kebesaran Allah, mempunyai unsur-unsur Islam. Sangat menyentuh hati dan menenangkan. Berbeza dengan lagu-lagu yang bukan islamik yang tiada unsur ketenangan.

Akmar lantas menyambung kerjanya. Hatinya berbunga. Benarlah dengan mengingati Allah, dengan mendengar kalimah Allah, hati akan menjadi tenang.

p/s : Tidak salah mendengar lagu yang tiada unsur islam asalkan tiada unsur agama lain. Tetapi mesti minimumkan dan jangan terlalu taksub. Peringatan untuk penulis juga. Rajin-rajinlah dengar lagu nasyid. Sekarang pun lagu nasyid semua best-best..  (^_^) Y

4 thoughts on “Lagu Islamik vs bukan Islamik

Sila komen di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s