Game for GAZA (Rock vs Soldier)

Rock vs Soldier (GAZA game)

Rock vs Soldier (game for GAZA)

Bismillahirrahmanirrahim…

Game ini berkisahkan membaling batu ke arah askar-askar jahat (Israel)

Menampilkan burung Ababil sebagai Special Move

Masih dalam development. Belum siap dan developer tak tahu hendak publish atau tak. Mengalami sedikit kesukaran (T_T). Berharap sangat dapat publish ke apple store. Semoga dipermudahkan segalanya. Mohon doa kalian!

Terima kasih kepada yang menolong (Ihsan dan Syamsuddin).

Semoga ada ibrah di dalam game ini.

Semoga Gaza sentiasa dilindungi Allah swt. Amin.

Advertisements

Ping-Pong Team (episode 9)

Miss him very much 😦

Mata Mustaqim terbeliak. Tidak percaya dengan apa yang berlaku. Peluh di dahinya bercucuran jatuh. Nafasnya turun naik turun naik. Menahan keletihan yang tidak terhingga.

Mustaqim rebah di atas lantai. Melutut kerana  terlalu letih. Dia memandang ke arah lawannya. Kelihatan lawan di depannya tersenyum megah. Memandang hina kepadanya.

“Huh,huh, huh.” Termengah-mengah Mustaqim bernafas. Dia memerlukan oksigen yang banyak.

“21 – 0! Permainan di menangi oleh sekolah Kampung Sungai Tapah” Kedengaran suara pengadil mengira mata sekaligus menamatkan permainan mereka berdua. Semua penonton yang berada di stadium bersorak dengan riuhnya.

“Handsomenya dia!” Penyorak  wanita terjerit-jerit seakan histeria. Memuji kemenangan yang baru di raih oleh kapten sekolah Kampung Sungai Tapah tersebut. Kapten tersebut memang menjadi kegilaan ramai. Susuk tubuhnya yang tegap dan menawan, di tambah pula muka yang macho membuatkan semua wanita terpikat dengan pandangan kali pertama.

Dengan kemenangan ini, pasukan Kampung Sungai Tapah secara rasminya menjadi johan tahunan 2011 dan Pasukan Kampung Tengku Hussein mendapat naib johan.

“Tak guna!” Mustaqim berkata perlahan. Badannya kembali stabil semula setelah lama dia rebah.

“Tak guna! Tak guna! Tak guna!” Suara Mustaqim semakin kuat. Menyumpah lawan di hadapannya.

“Kau menipu! Tidak mungkin aku langsung tiada mata!” Jari telunjuknya menunjuk ke arah Kapten tersebut berada.

Kapten  tersebut berjalan melangkah ke arah tempat Mustaqim berada. Dia merapatkan kepalanya ke telinga Mustaqim sambil memegang bahu Mustaqim.

“Aku tidak menipu. Hakikatnya kau terlalu lemah dan tidak layak untuk bermain dengan aku.” Bisik kapten tersebut perlahan.

Kemudian dia mengosok-gosok rambut Mustaqim lalu berlalu pergi.

“Kau hanya layak tanam jagung di kampung sahaja! Hahaha!” Sambungnya sambil ketawa dengan kuat. Semua penonton turut ikut ketawa.

Mustaqim berdiri. Matanya menunjukkan kegeraman.

“Tak guna!” Mustaqim berlari ke arah kapten tersebut. Cuba untuk menumbuknya. Kapten tersebut memaling semula ke arah Mustaqim. Dia tersenyum. Kedua-dua belah tangannya di masukkan ke dalam poket seluar. Tenang melihat. Langsung tiada rasa gentar di hatinya.

Kelihatan beberapa orang yang berada di situ menerpa ke arah Mustaqim dan memaut badannya untuk menghentikan tindakannya. Mustaqim tidak dapat bergerak.

“Mustaqim! Jaga diri awak! Sekiranya awak buat hal lagi, kami dari belia sukan tidak teragak-agak untuk menyenarai hitamkan awak dan sekolah awak.” Tegas pengadil tersebut bersuara.

Mustaqim terdiam. Kemudian dia di lepaskan.

“Woi dah kalah buat cara kalahlah!” Kelihatan penonton menengking kuat.

“Betul tu, ada hati nak pukul boyfriend aku pula!” Penyorak perempuan pula bersuara.

Bertubi-tubi makian dan cacian dari penonton di stadium di lontarkan kepadanya. Riuh rendah.

Mustaqim memandang sekeliling. Kelihatan semua memandangnya. Pandangan yang tajam. Pandangan yang menyakitkan. Seakan-akan memandang hina kepadanya.

“Dia yang mulakan dahulu.” Bisik hati Mustaqim. Jiwanya sakit.

Dendam di hati mula timbul. Tidak adil. Kenapa hanya dia seorang sahaja yang di salahkan? Kenapa semua menghukumnya?

Mustaqim memandang ke arah pasukan lawannya berada.

Kelihatan mereka gembira menyambut kemenangan. Langsung tidak menghiraukan dia. Zaid, Syamil dan Hazman juga berada di situ.

“Aku akan balas dendam kepada mereka suatu hari nanti.” Nekad Mustaqim.

Kenangan pahit terimbas semula. Peristiwa tahun lepas bermain-main di fikiran Mustaqim.

“Hari ini semua dendamku akan tercapai.” Bisik hati Mustaqim sambil tersenyum jahat.

Continue reading

With Pain, We Know How to be Kind to others

Friends

Dewan penuh dengan manusia-manusia yang sanad berkumpul dari seluruh pelusuk negeri. Ada yang datang dari Johor. Ada yang datang dari Melaka. Tidak terkecuali juga yang datang dari Borneo utara sabah dan sarawak. Masing-masing ingin mendengar dan menimba ilmu Allah di dalam program selama dua hari ini.

“Wau, ramainya. Hampir seribu orang ni” Bisik hati Irfan. Dia memandang sekeliling dewan. Masing-masing khusyuk mendengar ceramah yang di sampaikan oleh ahli panel di hadapan.

Irfan kembali memandang ke hadapan. Dia baru sahaja tiba di majlis tersebut pada lewat malam oleh kerana ada urusan di siang hari. Masih tidak berkesempatan menemui sahabat-sahabat yang di rindui.

“Baiklah, InsyaAllah, esok kuliah subuh akan di adakan di sini. Mohon semua peserta terus datang ke dewan ini selepas menunaikan solat subuh berjemaah.” Kata pengerusi majlis.

Majlis pada malam itu di akhiri dengan bacaan doa. Tepat jam 10 malam. Semua peserta mula berdiri dan beredar  untuk mengambil makan malam yang disediakan dibelakang dewan. Tidak terkecuali juga Irfan.

Irfan menoleh-noleh ke kanan dan ke kiri. Mencari sesiapa sahaja yang di kenali.

“Suhail!” Sahabat pertama yang ditemuinya. Suhail merupakan jiran serumahnya.

Suhail menoleh ke belakang. Secara spontannya dia mengukir senyuman manis sejurus melihat Irfan. Irfan juga berbuat begitu. Mereka berdua lalu bersalaman.

“Kau baru datang ke?”

“A’ah, aku ada urusan petang tadi.”

“Malam ini kau tidur mana? Tidur di bilik aku lah.” Ajak Suhail.

“Boleh juga.”

Mereka berdua rancak bersembang. Seakan-akan sudah bertahun lamanya tidak berjumpa.

Apabila di akhirat nanti, ada 7 orang yang akan mendapat naungan Allah. Salah satunya adalah dua manusia yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah juga keranaNya.

Bukan sahaja mereka berdua. Hatta ramai orang saling menemui sahabat-sahabat mereka yang di rindui. Suasana di tempat makan meriah dengan gelak tawa dari semua orang.

***

Sahabat Kucing

Setibanya Irfan dan Suhail di bilik.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam.” Farhan, juga penghuni bilik tersebut menjawab salam.

“Irfan.” Irfan menghulurkan tangan.

“Farhan” Mereka berdua bersalaman. Senyuman mesra terukir di kedua-dua belah pihak.Terjalin ukhwah antara mereka seakan-akan sudah lama berkenalan.

Bermulalah sesi taaruf (perkenalan) antara Irfan dan Farhan. Menanya soalan-soalan mudah seperti tinggal di mana, belajar di mana, adik-beradik berapa dan sebagainya. Setelah lama berborak, mereka semua pun berlalu tidur.

Continue reading