With Pain, We Know How to be Kind to others

Friends

Dewan penuh dengan manusia-manusia yang sanad berkumpul dari seluruh pelusuk negeri. Ada yang datang dari Johor. Ada yang datang dari Melaka. Tidak terkecuali juga yang datang dari Borneo utara sabah dan sarawak. Masing-masing ingin mendengar dan menimba ilmu Allah di dalam program selama dua hari ini.

“Wau, ramainya. Hampir seribu orang ni” Bisik hati Irfan. Dia memandang sekeliling dewan. Masing-masing khusyuk mendengar ceramah yang di sampaikan oleh ahli panel di hadapan.

Irfan kembali memandang ke hadapan. Dia baru sahaja tiba di majlis tersebut pada lewat malam oleh kerana ada urusan di siang hari. Masih tidak berkesempatan menemui sahabat-sahabat yang di rindui.

“Baiklah, InsyaAllah, esok kuliah subuh akan di adakan di sini. Mohon semua peserta terus datang ke dewan ini selepas menunaikan solat subuh berjemaah.” Kata pengerusi majlis.

Majlis pada malam itu di akhiri dengan bacaan doa. Tepat jam 10 malam. Semua peserta mula berdiri dan beredar  untuk mengambil makan malam yang disediakan dibelakang dewan. Tidak terkecuali juga Irfan.

Irfan menoleh-noleh ke kanan dan ke kiri. Mencari sesiapa sahaja yang di kenali.

“Suhail!” Sahabat pertama yang ditemuinya. Suhail merupakan jiran serumahnya.

Suhail menoleh ke belakang. Secara spontannya dia mengukir senyuman manis sejurus melihat Irfan. Irfan juga berbuat begitu. Mereka berdua lalu bersalaman.

“Kau baru datang ke?”

“A’ah, aku ada urusan petang tadi.”

“Malam ini kau tidur mana? Tidur di bilik aku lah.” Ajak Suhail.

“Boleh juga.”

Mereka berdua rancak bersembang. Seakan-akan sudah bertahun lamanya tidak berjumpa.

Apabila di akhirat nanti, ada 7 orang yang akan mendapat naungan Allah. Salah satunya adalah dua manusia yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah juga keranaNya.

Bukan sahaja mereka berdua. Hatta ramai orang saling menemui sahabat-sahabat mereka yang di rindui. Suasana di tempat makan meriah dengan gelak tawa dari semua orang.

***

Sahabat Kucing

Setibanya Irfan dan Suhail di bilik.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam.” Farhan, juga penghuni bilik tersebut menjawab salam.

“Irfan.” Irfan menghulurkan tangan.

“Farhan” Mereka berdua bersalaman. Senyuman mesra terukir di kedua-dua belah pihak.Terjalin ukhwah antara mereka seakan-akan sudah lama berkenalan.

Bermulalah sesi taaruf (perkenalan) antara Irfan dan Farhan. Menanya soalan-soalan mudah seperti tinggal di mana, belajar di mana, adik-beradik berapa dan sebagainya. Setelah lama berborak, mereka semua pun berlalu tidur.

***

Tahajud

4.30 am

“Bangun-bangun. Solat Tahajud.”  Irfan mengejut Suhail dan Farhan. Mereka sudah pun berjanji untuk mengejut antara satu sama lain sekiranya bangun dari tidur.

“Irfan, aku letihlah. Seharian aku tidak tidur.” Balas Suhail dalam keadaan mamai.

“Tidak mengapa, sekurang-kurangnya kau doalah sikit. Masa-masa begini, InsyaAllah doa makbul.” Balas Irfan. Suhail lalu mengangkat tangan berdoa. Kemudian menyambung tidurnya semula. Mungkin kerana keletihan yang amat.

“Kita Solat di masjid lah. Alang-alang boleh terus subuh dan berangkat ke dewan.” Farhan bersuara. Senang sahaja mengejutnya.

“Nice idea!” Irfan mengangkat kedua-dua belah tangannya ke arah Farhan sambil membuat gaya menembak. Mereka kemudian tersenyum. Pagi-pagi buta pun mahu berbuat lawak.

“Suhail, kami pergi dulu!” Mereka berlalu pergi. Suhail hanya membuat suara ’emm’ mengiakan.

***

Selepas solat subuh.

Farhan hilang dari pandangan. Mungkin kerana ramai peserta yang solat berjemaah di masjid membuatkan mereka terpisah.

“Ah, tidak mengapalah. Dia pasti bersama sahabatnya yang lain.” Monolog Irfan. Kemudian dia berlalu pergi ke dewan. Sepanjang perjalanan, dia sempat berjumpa dengan sahabatnya yang berlainan.

“Irfan!” Tiba-tiba satu suara menyapanya dari belakang.

“Eh? Farhan? Kau tidak bersama dengan sahabat yang lain?”

Farhan tersenyum. Tidak menjawab pertanyaan Irfan. Mereka kemudian berjalan bersama.

Setibanya mereka di dewan. Mereka berdua mengambil tempat duduk. Suhail hilang entah ke mana.

“Kau dulu sekolah mana? Sekolah agama ke?”

Farhan tersenyum. “Sekolah biasa-biasa sahaja.”

Irfan mengangkat keningnya.

“Sebenarnya aku datang sini sebab di ajak oleh pak cik. Aku tidak kenal sesiapa pun di sini.  Sekarang ini aku cuma kenal kau dan Suhail sahaja. Aku nak tegur orang lain aku tak pandai.” Luah Farhan dengan nada sedikit sesak. Seakan jiwanya kesunyian.

Danbo

Irfan mendengar dengan setia.

“Dia sama seperti aku?” Monolog hati Irfan.

Irfan terdiam. Dahulu dia juga seperti ini. Tiada peneman. Tiada rakan untuk bersembang. Hanya seorang diri. Malah bertahun lamanya dia seorang diri walaupun di kelilingi sahabat lain. Sakit. Perasaan seorang diri itu sangat menyakitkan. Tetapi masa berlalu hari demi hari dan dia sudah mengenali beberapa orang sahabat yang baik dengannya. Membuatkan jiwanya tidak berasa sunyi seperti dahulu.

Dan manusia di hadapannya kini sama seperti dirinya yang dahulu.

Irfan menundukkan kepalanya memandang ke bawah. “Sebenarnya aku pun dulu sekolah biasa-biasa juga. Langsung tiada fikrah agama.” Kata Irfan.

Giliran Farhan pula mengangkat keningnya.

Irfan kembali mengangkat kepalanya memandang ke arah Farhan.

“InsyaAllah, kau ada aku dan Suhail sebagai kawan baru kau.”

“Walaupun Suhail entah hilang ke mana.” Irfan memuncungkan mulutnya. Membuat mimik muka tidak puas hati. Cuba berjenaka. Kemudian dia tersenyum menampakkan barisan gigi. Farhan juga tersenyum melihat telatah tersebut. Mereka kemudian ketawa.

“Dan yang paling penting, engkau ada Allah. Allah adalah sebaik-baik teman.” Bahu Farhan di sentuh. Senyuman Farhan bertambah manis. Terasa ada aura kasih sayang yang menyusup ke dalam hatinya.

“InsyaAllah.” Balas Farhan.

Sepanjang kuliah subuh di jalankan, terdapat banyak ragam dari setiap peserta. Ada yang tersangguk-sangguk kerana mengantuk. Ada yang segar sepenuhnya. Ada yang sentiasa menguap setiap satu minit dan ada juga yang terus tidur di buai mimpi. Cerita yang di sampaikan adalah berkenaan dengan kisah siapakah manusia yang paling baik?

Manusia yang paling baik adalah manusia yang bermanfaat kepada orang lain.

Diriwayatkan dari Jabir berkata,”Rasulullah saw bersabda,’Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia lain.” (HR. Thabrani dan Daruquthni)

***

Danbo 2

Selepas sahaja kuliah Subuh, kakak Irfan menelefonnya. Ingin berjumpa.

“Kau tidak pergi mana-manakan? Aku mahu jumpa kakak aku sekejap.”

“Tak pun. Aku duduk sini sahaja sementara menunggu program seterusnya.” Balas Farhan.

Irfan lalu berjalan meninggalkan Farhan bagi menemui kakaknya. Kelihatan kakaknya sudah menunggu di suatu tempat bersama dengan rakannya. Mungkin kerana tidak mahu menimbulkan fitnah kepada orang ramai sekiranya hanya dia dan kakaknya sahaja yang bersembang.

Lama mereka berdua bersembang. Hampir setengah jam. Kemudian kedengaran suara mikrofon dari dalam dewan menyuruh semua peserta kembali ke tempat masing-masing.

Setelah mengucapkan salam. Irfan lantas bergegas kembali. Ingin duduk bersebelahan dengan Farhan semula. Setibanya dia di dalam dewan langkahnya terhenti.

“Eh?”

“Mana Farhan?” Bisik hati Irfan. Farhan sudah tiada di tempat duduknya!

Irfan memandang sekeliling. Kelibat Farhan langsung tiada. Para peserta mula berpusu-pusu masuk ke dewan untuk mengambil tempat duduk.

“Irfan!” Satu suara menyapa dari belakang.

“Farhan?” Irfan pantas menoleh sambil mengukir senyuman. Tetapi rupanya pemilik suara itu adalah Suhail. Wajah Irfan kembali kendur. Senyumannya kembali pudar.

“Wah-wah, macam tak happy je jumpa aku.” Kata Suhail.

“Bukanlah, aku ingatkan Farhan. Tiba-tiba dia hilang pula.”

“Cuba call nombor dia.”

“Itulah masalahnya lagi. Aku tiada nombor dia.” Keluh Irfan. Dia menyesal kerana tidak teringat untuk mengambil nombor telefon Farhan.

Majlis bermula. Irfan dan Suhail lalu mengambil tempat duduk. Sepanjang majlis, sempat Irfan menoleh ke kiri dan ke kanan. Berharap akan terlihat kelibat Farhan. Sesekali dia menoleh ke belakang. Tetap juga tidak kelihatan.

“Ya Allah, ampunilah dosa aku. Kau kuatkanlah hati dia.” Doa Irfan memohon ampun.

Teringat pula dia yang dahulu. Situasinya hampir sama seperti ini. Ketika itu dia seorang diri. Tiada teman. Dan apabila ada mata-mata yang kasihan dan simpati melihat dia seorang diri, mereka datang menghampirinya dan bertegur sapa. Tetapi hanyalah sebentar. Kemudian mereka akan meninggalkannya semula. Kembali seorang diri.

That kind of feeling is really PAIN! Hampir sahaja membuat jiwanya mati. Mujur sahaja ada beberapa orang yang menguatkannya.

Tetapi sekarang dia pula yang melakukan seperti itu. Meninggalkan Farhan seorang diri tatkala dia memerlukannya sebagai teman.

“Astafirullahalazim.” Irfan beristighfar.

Sepanjang majlis itu dia langsung tidak dapat fokus. Hatinya risau akan Farhan.

***

friends 2

1.00 pm.

Akhirnya tibalah acara kemuncak majlis. Di akhiri dengan ucapan terima kasih oleh pengerusi majlis.

“InsyaAllah, kita berjumpa lagi di tahun hadapan. Para peserta di minta mengambil makanan sebelum pulang ke rumah.” Kata pengerusi majlis.

Semua peserta berlalu pulang. Ada yang terus pulang ke rumah. Ada yang berborak-borak dengan sahabat lain. Ada yang masih di dalam dewan tidak berbuat apa-apa.

“Suhail, aku nak cari Farhan dahulu.”

“Okay, minta maaf aku tidak boleh tolong sekali. Aku kena balik segera sebab tumpang kereta orang. Nanti kau kirim salam kat dia.”

Mereka berdua bersalaman, ukhwah antara mereka berdua sudah bertahun lamanya. Suhail lalu berlalu pulang sambil melemparkan senyuman. Irfan juga berbuat begitu. Apabila Suhail hilang dari pandangan, Irfan mula bergerak.

Irfan melihat para peserta di dalam dewan. Tiada kelibat Farhan. Kemudian dia bergegas berlalu keluar. Di bahagian makanan juga tiada kelibat Farhan. Irfan mula risau. Dia perlu mendapatkan nombor telefon Farhan supaya ukhwah antara mereka tidak putus!

Teringat pula yang Farhan pernah berkata yang dia datang bersama dengan pak ciknya.

“Adakah dia sudah pulang ke rumah?”

“Ya Allah, kau bagilah aku bertemu dengannya.” Irfan berdoa sambil berlari ke perlahan.

Dia menuju ke kawasan parking kereta. Tiada.

Kemudian dia menuju ke kawasan masjid. Juga tiada.

Dari suatu tempat ke suatu tempat Irfan mencari. Peluh di badan dan dahinya mula keluar. Cuaca di tengahari memang sangat panas. Kelihatan Irfan termengah-mengah kerana mula berasa letih.

Akhirnya Irfan berhenti. Dia mula berputus asa.

“Mungkin dia sudah pulang.” Keluh hati Irfan. Dia lalu berjalan lemah ke arah bahagian makanan semula. Usaha pencariannya tidak berhasil.

“Ah?” Tiba-tiba dari kejauhan dia ternampak susuk tubuh yang sama seperti Farhan. Sedang seorang diri menikmati makanan di bawah pondok.

“Mungkin itu dia!” Irfan lalu kembali berlari ke perlahan.

Sedikit demi sedikit dia menghampiri pondok tersebut. Semakin jelas kelihatan pemilik tubuh tersebut.

Akhirnya dia tiba di pondok tersebut. Nafasnya turun naik turun naik. Cuba mendapatkan oksigen. Pemilik tubuh di situ mengangkat keningnya apabila melihat Irfan tiba ke arahnya. Mungkin pelik.

“Farhan, kenapa kau tinggalkan aku?” Irfan memulakan bicara. Ada sedikit nada geram yang dikeluarkan.

Farhan tersenyum menampakkan barisan gigi. Senyuman yang menawan. Entah adakah senyuman itu ikhlas ataupun mempunyai makna tersirat. Secara spontan riak wajah Irfan bertukar. Terasa hiba. Manusia di hadapannya sungguh kaya dengan senyuman!

“Minta maaf, tadi aku keluar pergi tandas. Lepas tu aku tengok dah ramai orang dah dalam dewan. Aku pula tiada nombor kau.” Kelihatan Farhan berdiri sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Irfan menghampiri Farhan. Terus memdakap Farhan.

“Maafkan aku kerana tinggalkan kau tadi.” Kata Irfan. Jiwa Farhan menjadi sebak. Matanya mula berkaca. Terasa ingin menangis.

Mereka berdua lalu bertukar nombor telefon. Kemudian setelah bersalaman, mereka berlalu pulang. Farhan pulang bersama pak ciknya manakala Irfan pulang bersama rakannya.

” Ah? terlupa nak sampaikan salam Suhail.” Irfan lantas bergegas mengeluarkan handphonenya. Mesej di taip.

“Lupa nak cakap, Suhail kirim salam. Nanti sekiranya free, kita jumpa lagi dan borak-borak lagi k. Moga ukhwah antara kita berkekalan.🙂 ” Button send di tekan.

tit… tit…

“Waalaikumsalam. InsyaAllah. Terima kasih kawan. :-)”  

Dan berakhirlah perjumpaan mereka pada hari itu. Ukhwah yang baru bermula. Ukhwah kerana Allah. Ukhwah kerana saling memahami. Ukhwah semata-mata untuk mendapat redha Allah.

“With Pain, We know how to be kind to others.” Petikan ayat daripada watak Jiraiya Sensei di dalam animasi Naruto. Mempunyai makna tersirat yang sungguh bermakna. Dengan merasai kesakitan, kita tau bagaimana untuk berbuat baik kepada orang lain.

Pain and Jiraiya

6 thoughts on “With Pain, We Know How to be Kind to others

  1. Sahabat yg terbaik adalah yg mendoakan sahabatnya selepas usai solatnya. ^^ Hebat pengisian ini. Mas’uliah utk berukhwah & berkasih syg dgn shbt baru terletak kpd semua org yg menyusuri jalan Dakwah &Tarbiyyah.

Sila komen di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s