Ping-Pong Team (episode 9)

Miss him very much😦

Mata Mustaqim terbeliak. Tidak percaya dengan apa yang berlaku. Peluh di dahinya bercucuran jatuh. Nafasnya turun naik turun naik. Menahan keletihan yang tidak terhingga.

Mustaqim rebah di atas lantai. Melutut kerana  terlalu letih. Dia memandang ke arah lawannya. Kelihatan lawan di depannya tersenyum megah. Memandang hina kepadanya.

“Huh,huh, huh.” Termengah-mengah Mustaqim bernafas. Dia memerlukan oksigen yang banyak.

“21 – 0! Permainan di menangi oleh sekolah Kampung Sungai Tapah” Kedengaran suara pengadil mengira mata sekaligus menamatkan permainan mereka berdua. Semua penonton yang berada di stadium bersorak dengan riuhnya.

“Handsomenya dia!” Penyorak  wanita terjerit-jerit seakan histeria. Memuji kemenangan yang baru di raih oleh kapten sekolah Kampung Sungai Tapah tersebut. Kapten tersebut memang menjadi kegilaan ramai. Susuk tubuhnya yang tegap dan menawan, di tambah pula muka yang macho membuatkan semua wanita terpikat dengan pandangan kali pertama.

Dengan kemenangan ini, pasukan Kampung Sungai Tapah secara rasminya menjadi johan tahunan 2011 dan Pasukan Kampung Tengku Hussein mendapat naib johan.

“Tak guna!” Mustaqim berkata perlahan. Badannya kembali stabil semula setelah lama dia rebah.

“Tak guna! Tak guna! Tak guna!” Suara Mustaqim semakin kuat. Menyumpah lawan di hadapannya.

“Kau menipu! Tidak mungkin aku langsung tiada mata!” Jari telunjuknya menunjuk ke arah Kapten tersebut berada.

Kapten  tersebut berjalan melangkah ke arah tempat Mustaqim berada. Dia merapatkan kepalanya ke telinga Mustaqim sambil memegang bahu Mustaqim.

“Aku tidak menipu. Hakikatnya kau terlalu lemah dan tidak layak untuk bermain dengan aku.” Bisik kapten tersebut perlahan.

Kemudian dia mengosok-gosok rambut Mustaqim lalu berlalu pergi.

“Kau hanya layak tanam jagung di kampung sahaja! Hahaha!” Sambungnya sambil ketawa dengan kuat. Semua penonton turut ikut ketawa.

Mustaqim berdiri. Matanya menunjukkan kegeraman.

“Tak guna!” Mustaqim berlari ke arah kapten tersebut. Cuba untuk menumbuknya. Kapten tersebut memaling semula ke arah Mustaqim. Dia tersenyum. Kedua-dua belah tangannya di masukkan ke dalam poket seluar. Tenang melihat. Langsung tiada rasa gentar di hatinya.

Kelihatan beberapa orang yang berada di situ menerpa ke arah Mustaqim dan memaut badannya untuk menghentikan tindakannya. Mustaqim tidak dapat bergerak.

“Mustaqim! Jaga diri awak! Sekiranya awak buat hal lagi, kami dari belia sukan tidak teragak-agak untuk menyenarai hitamkan awak dan sekolah awak.” Tegas pengadil tersebut bersuara.

Mustaqim terdiam. Kemudian dia di lepaskan.

“Woi dah kalah buat cara kalahlah!” Kelihatan penonton menengking kuat.

“Betul tu, ada hati nak pukul boyfriend aku pula!” Penyorak perempuan pula bersuara.

Bertubi-tubi makian dan cacian dari penonton di stadium di lontarkan kepadanya. Riuh rendah.

Mustaqim memandang sekeliling. Kelihatan semua memandangnya. Pandangan yang tajam. Pandangan yang menyakitkan. Seakan-akan memandang hina kepadanya.

“Dia yang mulakan dahulu.” Bisik hati Mustaqim. Jiwanya sakit.

Dendam di hati mula timbul. Tidak adil. Kenapa hanya dia seorang sahaja yang di salahkan? Kenapa semua menghukumnya?

Mustaqim memandang ke arah pasukan lawannya berada.

Kelihatan mereka gembira menyambut kemenangan. Langsung tidak menghiraukan dia. Zaid, Syamil dan Hazman juga berada di situ.

“Aku akan balas dendam kepada mereka suatu hari nanti.” Nekad Mustaqim.

Kenangan pahit terimbas semula. Peristiwa tahun lepas bermain-main di fikiran Mustaqim.

“Hari ini semua dendamku akan tercapai.” Bisik hati Mustaqim sambil tersenyum jahat.

***

2

Shah memandang Azim.

“Kenapa kau tak balas bola tu?” Kata Shah.

“Minta maaf. Bola laju sangat.” Azim mengangkat tangan sambil tersenyum. Memohon maaf walaupun sebentar tadi bukanlah salah dia. Bola yang di pukul oleh Shah tersangat mudah untuk dibalas oleh pihak lawan sehingga hampir mustahil untuk menyambutnya. Tetapi Azim cuba untuk bersangka baik pada temannya.

Peraturan perlawanan beregu sedikit berbeza dengan perseorangan. Setiap pemain hanya dibenarkan memukul sekali sahaja dan akan bertukar giliran kepada rakan sepasukannya untuk membalas bola seterusnya dan bertukar kembali kepada rakannya untuk membalas. Proses ini akan berterusan sehingga mata pengiraan di buat. Dengan kata lain kedua-dua rakan sepasukan akan bertukar-tukar giliran membalas bola ke arah pihak lawan.

Aiman kembali melakukan servis. Setiap pemain di benarkan melakukan servis sebanyak dua kali. Bola meluru ke arah Azim. Azim membalas dengan tenang. Bola meluru ke arah selekoh kiri lawan. Aiman mengenjakkan kakinya ke belakang setapak untuk memberi ruang kepada Adam membalas.

Pap! Bola menuju ke arah Shah. Mudah untuk di balas.

“Baiklah aku akan balas ke arah tempat Aiman berada. Dia pasti terkejut kerana menyangka aku akan balas ke arah yang berlawanan.” Rancang Shah. Bersiap sedia untuk membalas.

“Heh, aku tau kau akan hantar ke arah aku. Aku hanya perlu bergerak sedikit supaya mengelirukan kau dan kembali semula ke posisi aku.” Bisik hati Aiman. Dia sudah pun melihat strategi Shah!

Hiargh! Seperti yang di rancang, bola menuju ke arah Aiman berada. Aiman tersenyum lebar. Shah terkejut. Rancangannya gagal!

Boom! Bola meluru dengan laju ke arah Azim. Azim dapat menyambutnya tetapi bola tersebut melambung keluar dari gelanggang meja oleh kerana tidak dapat mengawal momentum bola yang deras.

2-0.

“Azim, itukan bola kau? Kenapa tak sambut betul-betul?” Sekali lagi Shah bersuara. Sedikit kasar.

Azim terpinga-pinga. Bukan salah dia. Hakikatnya bola tersebut memang sukar untuk di sambut. Dia hairan dengan tingkah laku Shah yang berubah secara tiba-tiba.

“Maaf, bola laju sangat.” Sekali lagi dia meminta maaf. Cuba untuk bersabar.

Pemain untuk kedua-dua pasukan  yang berada di bangku simpanan melihat situasi tersebut dengan penuh kekhusyukan. Pasukan lawan tersenyum lebar manakala pasukan Zaid terpinga-pinga.

“Zaid, kenapa perangai Shah tiba-tiba berubah? Setahu aku hati dia lembut dan kebudak-budakkan. Lagipun bukankah Azim itu kawan baiknya sejak kecil? “ Tanya Hazman. Dia pelik melihat situasi mereka.

Zaid hanya berdiam. Dia juga membenarkan kata-kata Hazman. Hakikatnya bukan dia sahaja yang pelik, malah seluruh pemain ping-pong Kampung Sungai Tapah pelik melihat perangai Shah yang tidak sama seperti sebelum ini.

“Apa pendapat Ustaz?” Tanya Zaid sambil mengangkat mukanya memandang Ustaz Marhalim.

“Di sini ukhwah antara mereka berdua akan di uji. Ustaz lihat Shah tertekan dengan persekitaran. Mungkin kerana tidak biasa dengan keadaan orang ramai memerhatikannya. Manakala Azim pula cuba untuk bersangka baik terhadap Shah.”

“Apa-apa pun kita lihat dahulu apa yang akan berlaku. Doakan yang terbaik untuk mereka. Ini juga merupakan tarbiyah untuk mereka berdua.” Sambung Ustaz.

Semua diam. Tarbiyah untuk mereka? Apakah maksud Ustaz? Persoalan tersebut hanya bermain di fikiran masing-masing. Tidak di keluarkan.

***

Servis Shah. Dia memegang bola dan bad ping-pong. Semua penonton memerhatikannya. Terasa lain. Terasa ada mata-mata yang memandang remeh kepadanya. Bisikan-bisikan syaitan mula bermain di hatinya. Kaki dan tangan Shah menggeletar.

“Macam mana kalau aku kalah?”

“Mesti semua orang salahkan aku?”

“Mesti semua orang pandang rendah kepada aku?”

“Aku mesti menang. Malulah aku sekiranya kalah.”

Antara bisikan-bisikan yang bermain di fikiran Shah. Fikirannya terganggu. Dia berasa tidak selesa. Terasa ada aura lain yang datang menyusup ke dalam hatinya.

“Pemain berkenaan, sila lakukan servis secepat mungkin!” Pengadil menegur Shah yang lama berdiri tidak melakukan apa-apa.

Shah terkejut. Dia tanpa berlengah meluru melakukan servis.

Tik…

Bola keluar. Tidak mengenai meja lawan.

0-3.

“HaHaHaHaHaHa!” Pasukan lawan gelak dengan rancaknya. Geli hati. Tidak terkecuali juga mereka yang berada di bangku simpanan.

“Budak mentah memang akan sentiasa mentah.” Kedengaran suara sindiran daripada mereka.

“Bawa bertenang Shah. Jangan terburu-buru.” Azim memaut bahu Shah. Cuba untuk menenangkan dia. Shah hanya berdiam. Tangan Azim ditepis.

0-4,

5-0,

5-1,

14-2.

Satu-satu mata di perolehi pihak lawan hasil dari kelalaian Shah. Akan tetapi Shah tidak menyedarinya. Semua kesalahan diletakkan ke atas Azim.

“Azim, kenapa kau pukul bola ke arah sana? Senanglah pihak lawan mahu serang balas.”

Azim diam. Ini entah yang keberapa kali Shah menyalahkannya. Timbul rasa amarah di dalam hatinya.  Terasa ingin memberontak.

“Kenapa aku pula yang salah!” Teringin saja dia meluahkan kata-kata sebegitu. Tetapi dia hanya menyimpan kata itu di dalam hati. Cuba untuk bersabar.

Bukanlah ukuran kekuatan seseorang itu dengan menewaskan lawan, tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang dapat menahan hawa nafsunya ketika marah.

“Weh budak kecil.” Aiman tiba-tiba bersuara. Serius.

Shah memandang Aiman. Azim juga berbuat begitu.

“Nama kau Shah kan?” Aiman memandang Shah. Shah masih berdiam. Hairan dengan pihak musuh yang tiba-tiba menegurnya.

“Kau jangan nak salahkan kawan kau pula. Terang-terang semuanya kesalahan dari kau.” Aiman menunjuk jarinya ke arah muka Shah dari jauh. Serius.

Riak wajah Shah terkejut. Benarkah apa yang Aiman katakan? Selama ini semua adalah salah dia? Ataupun iainya hanya muslihat musuh semata-mata?

Shah kaku. Tidak berkata apa-apa. Dia memandang ke arah Azim. Azim juga berdiam.

“Sepanjang perlawanan ini, semuanya salah aku ke?” Fikir Shah. Fikirannya mula terganggu dengan kata-kata dari Aiman.

Perlawanan di teruskan semula. Pihak lawan masih mendahului mata. Satu per satu mata di perolehi. Dan Shah juga memerhati sebab-sebab mereka kehilangan mata.

Shah memerhati, memerhati dan terus memerhati.

Satu per satu sebab-sebab kegagalan ditemuinya.

Bola menuju ke arah Shah. Giliran Shah yang membalas.

Pang! Bola masuk tanpa ada reaksi dari Shah. Mata percuma. Pihak lawan sedikit terkejut. Sudah mengaku kalah ke budak ini?

“Shah?” Azim kehairanan.

“Astafirullahalazim…” Shah menutup mukanya. Beristighfar.

“Astafirullahalazim…” Sekali lagi dia mengulangi istighfar dan kalimah itu berulang-ulang sehingga dia puas.

“Azim aku minta maaf. Rupanya selama ini salah aku. Aku merancang strategi hanya untuk aku seorang sahaja. Aku terlupa tentang kau dan aku terlupa yang kita bermain beregu. Maafkan aku.”

Azim tersenyum. “Tidak mengapa.” Balasnya. Bahu Shah disentuh.

Riak wajah Shah berubah. Terasa pilu. Kawan di hadapannya langsung tidak menyimpan dendam. Kawannya langsung tidak memarahinya atau menyalahkannya.

“Terima kasih.”

Shah memandang ke hadapan semula. Riak wajaknya berubah semula. Serius. Kali ini dia serius. Dia perlu mengejar semula mata yang hilang. Bukan dengan kebolehannya sahaja, tetapi kini dengan kebolehan dia dan kawan baiknya. Dan sudah semestinya dengan bantuan Allah.

Azim melihat perubahan  riak wajah Shah. “Terima kasih ya Allah.” Katanya di dalam hati. Dia berasa lega Shah tersedar dan dia berasa lega kerana dia tidak meluahkan kemarahannya sebentar tadi.

Aiman dan Adam juga perasan akan perubahan Shah.

“Nampaknya budak ini dah mula sedar.” Bisik Aiman.

“Heh, kata-kata Aiman sebentar tadi membuatkan dia mula tersedar. Aku tidak tahu apa tujuan Aiman berbuat begitu tetapi iainya sudah terlambat. Jelas sekali kemenangan milik kami.” Bisik Adam pula.

***

3

Shah lalu memulakan kebolehannya mengkaji. Mengkaji kelemahan pihak lawan dan reaksi pihak lawan. Dan kali ini dia perlu menambah satu lagi formula kemenangan iaitu menggabungkan kekuatan dia dan kekuatan Azim dalam kajiannya.

Bola di balas dengan bola. Pusingan kali ini berbeza dengan sebelum ini. Masing-masing tidak mahu mengaku kalah. Berlakunya rally yang lama antara kedua pasukan.

“Menarik.” Salah seorang penonton kagum melihat pertunjukan mereka berempat. Tidak terkecuali juga penonton yang lain.

Setelah memerhati agak lama. Shah lalu memulakan langkah.

“Baiklah, aku akan membalas ke arah meja kiri dan 100% bola akan dibalas dengan mudah oleh Adam ke arah meja kanan. Bola mudah tersebut akan memberi peluang kepada Azim untuk melakukan pukulan deras. Aiman akan bersiap sedia menyambut tetapi di sebabkan bola yang deras, bola akan melantun semula dengan mudah. Aku akan memainkan peranan membalas bola tersebut di tempat yang sukar di balas oleh Adam. Dan dengan kebolehan Adam dia pasti akan dapat menyambutnya. Tetapi Adam mempunyai tabiat membalas bola ke arah meja kanan. Azim yang sudah bersiap sedia di posisi sebelah kanan akan mudah menyambut bola tersebut dan sekaligus akan memperolehi mata kemenangan. InsyaAllah. ” Rancang Shah.

Dia lalu memulakan Strateginya. Seperti yang di rancang bola di balas ke arah meja kiri lawan. Adam membalas semula dan di ikuti Azim. Pukulan deras di terima oleh Aiman. Aiman menyambutnya dan bola menuju semula ke arah Shah.

“Baiklah, bahagian sana kosong dan sukar untuk Adam membalas.”

“Cis!” Adam menyambutnya. Bola menuju ke arah kanan.

Azim yang sudah berada di posisi tersebut mengumpul tenaga sementara menunggu bola tiba.

“Hiargh!”

Dum! Bunyi dentuman yang kuat kedengaran hasil dari pukulan deras Azim. Kedengaran sorakan dan tepukan dari arah penonton menghangatkan suasana.

“Alhamdulillah, sempurna…” Bisik hati Shah. Dengan izin Allah, rancangannya berjalan dengan lancar. Kerjasamanya dengan Azim berhasil.

“Seorang mukmin dengan mukmin lainnya ibarat bangunan, sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain” (riwayat Bukhari dan Muslim)

Adam mengetap bibir. Aiman tersenyum sinis.

***

Perlawanan berjalan. Satu per satu Azim dan Shah mendapat mata kemenangan. Satu per satu juga mata mereka semakin hampir dengan mata pihak lawan.

“Adam, kita kena gunakan taktik itu.” Kata Aiman. Menyedari sahaja Azim dan Shah mula mengorak langkah. Mereka tidak hanya berdiam diri, perlu di balas.

Adam memandang Aiman. Adakah taktik yang di maksudkannya adalah taktik rahsia mereka? Kelihatan Aiman mengangguk sekali. Isyarat menyuruh menurut sahaja perintahnya.

“Menarik.” Adam lalu tersenyum. Servis di lakukan.

Dia lalu membaling bola ke atas dengan tinggi. Kemudian bola mula menurun. Setibanya bola berada di posisi yang terbaik, dia lalu memukulnya dengan menghasilkan spin.

Bola berputar ke kiri dengan laju menuju meja pihak lawan. Azim sedia membalas.

Tikkkk……..

“Eh?” Terkejut Azim apabila bola yang di balasnya melambung ke arah atas. Tinggi. Spin yang dihasilkan oleh Adam begitu luar biasa.

“Bola masih berada di kawasan permainan. Aiman pasti akan mengsmash bola yang melantun semula tersebut ke arah aku. Aku hanya perlu berada di posisi ini dan bersedia membalas.” Kata Shah.

“Heh, ambil ni!” Aiman menghayun tangannya.

Bola menuju ke arah Shah.

Apabila bola tersebut mencium meja, tiba-tiba ia berubah arah. Memantul ke arah Azim “ Shah dan Azim kaku. Bola tidak dapat di balas.

Bola spin serve dari Adam mewujudkan peluang untuk melakukan smash akibat pantulan dari pihak lawan yang melambung ke atas. Manakala Aiman menggunakan peluang smash tersebut dengan melakukan smash yang berbeza dari smash biasa.

Twist Smash. Nama smash tersebut di beri.

[Aiman] Twist Smash

[Aiman] Twist Smash

Gabungan  dua teknik yang sempurna.

Shah dan Azim terdiam. Memandang antara satu sama lain. Peluh di dahi mereka di lap. Nafas di tarik. Itulah ketentuan Ilahi. Mereka sudah berusaha. Mereka sudah merancang. Tetapi sebaik-baik perancang adalah Allah.

“21-18!” Perlawanan dimenangi oleh Aiman dan Adam. Para penonton bersorak. Riuh rendah.

***

“Bagus, kamu berdua memang hebat.” Mustaqim memuji kemenangan yang baru dikecapi oleh mereka berdua.

“Terlalu mudah.” Balas mereka. Bongkak. Air mineral yang diberi Mustaqim diteguk laju sehingga air di dalam botol tersebut kosong.  Kehausan mereka hilang.

“Maaf, semuanya salah aku. Sekiranya aku tidak mementingkan diri. Sudah pasti kita menang.” Shah menundukkan kepalanya. Memohon maaf kepada rakan-rakannya yang lain.

Semua tersenyum.

“Tidak mengapa, hakikatnya kamu belajar sesuatu. Itu lebih baik dari kamu menang tetapi tidak belajar apa-apa. Semua ini ketentuanNya.” Kata Ustaz Marhalim. Tersenyum. Bukan mudah untuk orang meminta maaf dan mengaku salah.

“Betul, jangan risau. InsyaAllah kami akan tuntut balik kekalahan kamu berdua.” Kata Uzair. Semangat.

“Terima kasih semua.” Terharu.

Zikri bangkit. Sejak perlawanan tadi dia asyik berdiam. Kini giliran dia pula bertanding. Melihat kekalahan temannya membuatkan dia berasa tercabar. Darah panasnya mendidih.

Abin yang berada di bahagian tempat duduk juga bangkit apabila melihat reaksi Zikri. Berjalan melangkah menuju ke meja perlawanan.

Perlawanan perseorangan ketiga akan dimulakan!

Zikri vs Abin.

Genius Prodigi vs Genius Prodigi.

p/s: maaf lama x update cerita ni. xde idea. =_=’

2 thoughts on “Ping-Pong Team (episode 9)

Sila komen di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s