Ping-Pong Team (Episode 10)

ping-pong team

ping-pong team

Perlawanan di setiap kumpulan A, B, C dan D berlangsung secara serentak. Tetapi permainan di kumpulan A menjadi tumpuan para penonton.

Zikri vs Abin.

“Zikri, nampaknya kita memang di takdirkan untuk menjadi musuh.” Senyum Abin apabila melihat lawannya di hadapan yang hanya berdiam.

Zikri menatap bad ping-pong di tangannya. Bad yang di hadiahkan oleh Ustaz Marhalim ketika mereka membelinya di Ipoh Parade. Masih kelihatan baru. Kemudian dia memandang ke arah Abin.

“Aku harap kita dapat bermain dengan baik.” kata Zikri.

Abin hanya mengukirkan senyuman. Senyuman yang penuh dengan maksud tersirat.

Tenang. Kedua-dua pemain kelihatan tenang. Masing-masing tidak terganggu dengan persekitaran. Penonton pula yang berdebar-debar menanti perlawanan ini.

Perlawanan bermula. Servis dimulai Zikri.

“Ya Allah, bantulah aku dalam perlawanan ini. Jangan kau biarkan aku lupa kepadaMu walaupun sesaat.” Doa Zikri di dalam hati.

Servis dilakukan.  Abin membalas. Mudah. Masing-masing membalas. Tiada tekanan yang diberikan oleh kedua-dua belah pihak. Hanya memberi bola mudah.

“Baiklah.” Zikri mula mengorak langkah. Bola yang dibalas Abin memberi peluang kepadanya untuk memperolehi mata.

Bola menuju ke arah meja lawan secara lurus.

Shuishhh…

Sejurus sahaja bola tersebut mengenai meja lawan, bola tersebut tidak memantul. Bergolek-golek di meja Abin.

First Counter. Tsubame Gaishi.

[Zikri] First Counter Tsubame Gaishi

[Zikri] First Counter – Tsubame Gaishi

1-0. Mata pertama memihak kepada Zikri.

Pemain di bangku simpanan bersorak gembira. Para penonton juga membuat reaksi yang sama.

“Heh, mengenakan spin ke arah berlawanan putaran bola supaya bola memantul sedikit sahaja seakan-akan tidak memantul.” Bisik Abin. Mudah sahaja baginya untuk menganalisa teknik yang baru sahaja dilakukan Zikri.

“Boleh tahan juga.” Sambungnya.

Sekali lagi Zikri melakukan servis.

Bola  dibaling ke atas. Sedikit tinggi dari kebiasaan. Apabila bola hampir menyentuh meja. Zikri cepat-cepat memukul.

Shuishhh….

Bola servis tersebut bergolek-golek di meja Abin. Tidak menghasilkan pantulan. Sama seperti teknik Tsubame Gaishi tetapi dilakukan ketika servis.

Second counter. Serve Tsubame Gaishi.

[Zikri] Second Counter - Serve Tsubame Gaishi

[Zikri] Second Counter – Serve Tsubame Gaishi

2 – 0.

“Woohh!!!” Sorak para penonton.

“Nampaknya Zikri serius. Bukan senang untuk dia tunjukkan second counter di awal permainan.” Bisik hati Zaid.

Abin tersenyum. Hatinya terhibur.

“Menarik. Sangat-sangat menarik.” Kata Abin seorang diri.

***

Bola melambung tinggi menuju ke meja Zikri. Zikri lalu melengkokkan sedikit tangannya. Bad ping-pong di ratakan. Kemudian bola di smash dengan laju.

Fussshhh….

Bola smash tersebut melandas ke meja Abin dengan deras tanpa menghasilkan pantulan dan terus mengenai badan Abin. Abin tidak dapat membalas.

Para penonton bersorak.

“Third Counter, Smash Tsubame Gaishi.” Zikri baru sahaja melakukan teknik membunuhnya yang terakhir. Pantulan smash yang mendatar.

[Zikri] Third Counter - Smash Tsubame Gaishi

[Zikri] Third Counter – Smash Tsubame Gaishi

Mustaqim kerisauan. Satu per satu Zikri mendahului.  Perlawanan sudah berlangsung sekian lama tetapi Abin masih ketinggalan di belakang. Tidak berjaya mendahului Zikri.

“Nampaknya dia sudah mengeluarkan semua tekniknya.” Bisik hati Abin.

Serve Abin. Abin lalu membaling bola ke atas dengan tinggi. Belum sempat bola tersebut berada di paras yang cukup bawah, Abin menghayun tangannya sedikit serong. Seakan-akan melakukan serve untuk permainan tenis.

Bola serve tersebut dilakukan di posisi sebelah kiri dan menuju ke arah meja kanan Abin. Akan tetapi bola tersebut kemudian terus melencong ke arah meja kiri Zikri.

Zikri terkejut. Pantulan yang berlawanan dari kebiasaan. Tetapi Zikri pantas bertindak. Dia sudah bersiap sedia untuk membalas.

Tang!

Bola serve Abin kembali melencong ke arah kanan Zikri. Memantul ke arah berlawanan sekali lagi!

Zikri kaku.

Para penonton juga kaku.

“Zig Zag Serve.” Kata Abin perlahan.

[Abin] Zig-Zag Serve

[Abin] Zig-Zag Serve

Genius. Ini pertama kali Zikri melihat skill sebegitu. Bola memantul ke arah berlawanan sebanyak dua kali.

“Hebat! Skill apa tu sampai dua kali memantul ke arah kiri dan kanan?” Kata Uzair. Kagum.

“Nampaknya dia ini bukan calang-calang orang.” Syamil pula bersuara. Tidak sangka ada orang yang genius dalam ping-pong sama seperti adiknya.

Zikri mengukir senyuman. Timbul kekaguman dalam hatinya.

“MasyaAllah, skill yang hebat.” Puji Zikri.

Abin melihat riak Zikri. “Baru kau tahu siapa aku.” Katanya angkuh.

Mustaqim meleret senyuman. Resah di hatinya mula pudar.

“Heh, tiada yang perlu di hairankan. Abin boleh buat skill yang lebih hebat dari itu.” Bisik hati Afiq. Langsung tidak terperanjat seperti yang lain. Ahli-ahli The Six Brothers juga tidak menunjukkan riak wajah terkejut.

Ustaz Marhalim perasan dengan riak ahli The Six Brothers yang tenang seperti tiada apa yang berlaku.

“Nampaknya budak Abin ini masih belum menonjolkan kebolehan yang sebenar lagi. Ya Allah, Engkau mudahkanlah urusan Zikri.” Doa Ustaz.

***

Sekali lagi Abin melakukan serve. Bola di baling tinggi kemudian dipukul. Bola melencong ke arah berlawanan menuju ke arah Zikri.

Zikri bersiap sedia.

“Adakah bola akan memantul ke arah berlawanan semula?” Katanya.

Shussh… Bola meluru lurus, tidak memantul seperti tadi. Hanya memantul lurus. Zikri tidak gelabah. Dia sempat menghulurkan tangan untuk menyambut bola tersebut.

“Heh, tidak terperangkap. Bagus.” Monolog Abin. Bersiap sedia untuk mengambil bola.

“Baiklah, rasakan skill ini pula.” Abin lalu mengenjak kebelakang sedikit. Menanti bola menjunam ke bawah dari meja supaya Zikri tidak dapat melihat bola. Kemudian apabila bola sudah berada di bawah meja dan tidak terlihat oleh Zikri, dia lalu memukul dengan perlahan.

Bola menuju perlahan.

Tik… tik.. tik…

Bola mengenai net. Kedengaran bunyi pantulan berulang-ulang hasil dari pantulan bola ping-pong yang berkali-kali ke atas meja.

Net ball.

Antara bola yang hampir mustahil di balas oleh semua jenis pemain oleh kerana tidak sempat bersedia untuk membalas. Juga pantulan yang mengelirukan. Tetapi keberangkalian untuk mendapat net ball sangat rendah. Bak kata orang, hanya tuah dan nasib sahaja yang menentukannya.

Abin tersenyum lebar.

“Nampaknya bola net ball tersebut bukan secara tidak sengaja, tetapi sengaja di lakukan oleh dia. Hebat. Dia sudah sampai ke tahap boleh mengawal posisi bola jatuh dengan tepat tanpa kesilapan seinci pun.” Rumus Zikri.

“Aku lihat dia macam sengaja lakukan net ball tu lah.” Ngomel Hazman sambil memuncungkan mulut. Kedua-dua belah tangannya diletakkan di belakang kepala sambil duduk di bangku simpanan.

“Mana mungkin, tak sengaja tu. Nasib menyebelahi dia.” Syamil mencelah.

“Tetapi kalau betullah dia sengaja, maksudnya dia boleh kawal arah tuju bola dengan sempurna.” Nazrin juga turut serta dalam perbincangan. Berminat.

“Hebatlah kalau macam tu.” Azim kagum.

“Maksudnya dia main kotorlahkan? Sebab net ball adalah salah satu pungutan mata yang di perolehi dengan cara tidak adil.” Uzair pula mencelah. Hazman mengangguk-angguk bersetuju dengan kenyataan Uzair.

“Maksud kau tak adil tu macam mana?” Soal Shah pula.

Uzair menjungkit bahu. “Entahlah, cuma pendapat aku sahaja.” Katanya.

Ustaz Marhalim hanya tersenyum mendengar. Tidak mengganggu perbincangan mereka. Ukhwah antara mereka semua sudah mula bertumbuh. Tidak lagi kekok antara satu sama lain.

***

“Rasakan teknik aku yang ini pula.”

Bola menuju lurus dengan laju ke arah kiri. Mengikut dari posisi bola tersebut, bola pasti akan segera keluar dari gelanggang.

“Bola pasti terkeluar. Aku tidak perlu berbuat apa-apa.” Fikir Zikri.

Ting!

Bola mengenai tiang net dan masuk semula ke gelanggang. Mata diperolehi.

“Wooh!” Para penonton bersorak. Kagum dengan teknik yang tidak pernah di lihat.

Nightmare pole ball. Nama teknik tersebut di beri oleh Abin. Teknik yang menggunakan tiang net untuk mengubah arah bola pergi.

[Abin] Nightmare Pole Ball

[Abin] Nightmare Pole Ball

Ahli The Six Brothers tersenyum.

Zikri mengangkat tangan.

“Pengadil, adakah bola sebegini juga dikira mata? Tanya Zikri.

“Masuk, mata dikira kerana tiang net juga merupakan sebahagian dari gelanggang.” Balas pengadil tersebut. Zikri mengangguk faham. Abin hanya tersenyum sinis.

***

Bola melambung tinggi.

“Bola ini tinggi dan laju. Pasti terkeluar.” Bisik Zikri.

Bola yang diberi Abin berputar di atas dan akan keluar dari gelanggang. Tiba-tiba pusingan bola berubah dan menjunam jatuh dengan laju.

Tuk!

Bola mengenai hujung meja sedikit. Kedengaran bunyi melanggar meja hasil dari hentakan bola. Sekali lagi mata diperolehi Abin.

Moon Volley.  Nama tersebut diberi hasil dari arah tuju bola yang seakan-akan membentuk bulan sabit.

moon-volley

[Abin] Moon Voley

“Menipu!” Sumpah Hazman. Geram dengan cara permainan Abin.

“Dia tidak menipu. Tetapi genius.” Sangkah Nazrin.

Semua diam. Memang, mata yang diperolehi Abin adalah dibenarkan oleh undang-undang di dalam permainan ping-pong.

***

Perlawanan antara Zikri dan Abin diteruskan. Satu per satu mata di perolehi oleh Abin dengan tekniknya. Abin mendahului.

“Huh…” Keluh Zikri. Tiba-tiba dia terasa lemah. Tiada mata yang diperolehi sejak tadi. Bola yang dibalas Abin menyukarkannya melakukan teknik-tekniknya.

“Apa aku perlu buat sekarang ini?” Bisik hati Zikri. Hatinya mula lemah. Tidak bertenaga.

Sunyi. Kerusi di bangku simpanan pasukan Kampung Sungai Tapah sunyi. Masing-masing berdiam. Masing-masing tidak mengeluarkan suara. Melihat situasi Zikri yang satu per satu kehilangan mata membuatkan semua membisu.

“Ya Allah,  kuatkanlah Zikri.” Doa Hazman.

“Ya Allah, berilah kemenangan kepada kami.” Doa Azim.

“Ya Allah,  aku tahu aku banyak buat salah. Ampunilah dosaku dan Engkau berilah Zikri kekuatan.” Doa Nazrin pula.

Semua yang lain juga turut berdoa dengan suara perlahan. Mendoakan Zikri.

“Berdoalah kepada tuhanmu dengan rendah diri dan suara yang lembut. Sungguh, Dia tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” (Surah al-A’raf, ayat 55)

Dan tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepadaKu, niscaya akan aku perkenankan bagimu…” (Surah al-Ghafir (al-Mu’min), ayat 60)

*Di rumah Syamil dan Zikri.

“Ibu masak apa?” Tanya seorang budak perempuan kecil berumur lima tahun. Kucing berbulu belang di dukungnya.

“Meow, meow…” Kucing tersebut mengiau meminta di lepaskan. Mungkin sudah rimas.

“Ibu masak ayam goreng berempah ini. Izzati sukakan ayam goreng?” Anak kecil tersebut dipandang dengan penuh kasih sayang. Sebenarnya jarang ibunya berada di rumah dan memasak kerana sibuk dengan urusan kerja.

“Ayam goreng makanan kegemaran abang Syamil dan abang Zikri lah. Izzati suka telur goreng.” Katanya seakan-akan merajuk.  Kucing yang didukungnya di pegang lebih erat.

“Meow!”

“Izzati sayang, lepaskan kucing tu, kesian dia. Nanti ibu masakkan telur goreng juga ye.” Lembut suara ibu.

“Yay! Terima kasih ibu.” Teriak anak kecil tersebut keriangan. Kedua-dua belah tangan di angkat ke atas. Secara spontannya pegangan kucing tersebut terlepas. Kucing tersebut lalu berlari dengan laju ke ruang tamu.

“Ah, Shinka jangan lari!” Izzati terus mengejar anak kucing tersebut. Shinka adalah panggilan untuk kucing itu.

Si ibu tersenyum melihat gelagat anak kecilnya. Terasa segala penat hilang apabila melihat telatah anaknya.

“Oh ya, hari ini perlawanan ping-pong bagi Syamil dan Zikri berlangsung.” Tiba-tiba ibunya teringat.

“Ya Allah, Engkau mudahkanlah urusan anak-anakku. Moga mereka beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.” Doa ibu.

***

Tiba-tiba Zikri terasa kelainan. Terasa resah di hatinya hilang. Terasa kuat. Terasa bertenaga.

“Ya Allah, apakah perasaan ini?” Bad ping-pong digenggam erat. Terasa semangatnya pulih. Malah lebih bersemangat dari awal permainan. Dia tidak tahu mengapa, tetapi yang pasti Allah memulihkannya dan memberi kekuatan kepadanya.

“Aku tidak boleh menyerah kalah. Pasti ada cara untuk mengalahkan Abin.” Bisik Zikri.

“Wajah Zikri tiba-tiba berubah?” Abin perasan akan perubahan Zikri yang kembali pulih seperti sedia kala.

“Apa yang berlaku padanya?” Soal Abin di dalam hati. Hairan.

Abin lalu melakukan serve. Zikri menyambut dengan deras. Abin lalu membalas dengan teknik membunuhnya. Nightmare pole ball.

Bola mengenai tiang kanan dan menuju ke arah kiri meja.

Zikri lalu mengejar bola. Kemudian dia melompat dan merebahkan diri.  Dia sempat menyambut bola. Bola melambung tinggi dan berputar 360 darjah dengan laju. Zikri rebah.

Meja kosong. Tiada penjaga. Abin bersiap sedia untuk mengsmash bola yang melambung tinggi.

Apabila bola tersebut menyentuh meja Abin. Tiba-tiba…

Surfffhhh…

Bola melantun ke belakang dan kembali ke arah Zikri semula!

Zikri menyambut bola yang melantun semula itu dengan tangan kanan.

Mata Abin terbeliak. Seperti tidak percaya.

“Allahuakbar…” Ustaz Marhalim memuji Allah apabila melihat situasi tersebut.

“Fourth Counter, Nightmare Return Ball.” Zikri menamakan teknik barunya yang keempat.

[Zikri] Fourth Counter - Nightmare Return Ball

[Zikri] Fourth Counter – Nightmare Return Ball

Pemain di bangku simpanan bersorak keriangan.

Penonton juga bersorak riuh.

Perlawanan diteruskan dan Zikri beroleh kemenangan.

21 – 19.

Tepukan gemuruh kedengaran dari semua  penonton.

***

“Tahniah, aku tak sangka kau masih boleh bersemangat walaupun tengah kalah. Teknik kau yang terakhir itu sangat hebat.” Puji Abin. Mereka berdua bersalaman.

“Hehe, aku pun tak tahu tiba-tiba rasa kuat. Mungkin Allah campakkan rasa kuat itu dalam hati aku dan bantu aku.” Zikri menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Sedikit rasa malu atas pujian itu. Perangainya memang tidak sama sebelum, ketika dan selepas bermain.

“Dan mungkin ini berkat doa sahabat-sahabat aku.” Kata Zikri sambil memandang sahabat-sahabatnya di bangku simpanan.

“Owh, mungkin kau kena kenalkan aku kepada Allah dengan lebih dekat. Dan mungkin juga kau kena kenalkan aku kepada kawan-kawan kau.” Kata Abin, berminat. Kemudian dia berlalu pergi.

Zikri tersenyum.

“Alhamdulillah, semoga kau mendapat hidayahNya. Sesuai dengan nama sebenar kau, Muqarrabin yang bermaksud ‘Dekat dengan Allah’” Doa Zikri. Dia lalu pergi ke tempat temannya berada.

“Fourth Counter konon, ambil ni!” Syamil menduku kepala Zikri perlahan. Hazman juga berbuat demikian.

“Aduh, sakitlah.” Adu Zikri walaupun hakikatnya tidak sakit. Mereka semua ketawa. Kemenangan pertama yang diperolehi di sambut dengan riangnya.

*bersambung…

p/s: Cerita ini mungkin akan dipublish ke E-book atas nasihat kakakku dan barangkali tidak akan di update di sini lagi. Moga dapat siapkan secepat yang mungkin. Mohon doa kalian. (^_^)

[Antara skill-skill lain di dalam cerita ini.]

[Hazman] Dunk Smash

[Hazman] Dunk Smash

[Zaid] Twist Spin Serve

[Zaid] Twist Spin Serve

[Syamil] Snake Shoot

[Syamil] Snake Shoot

[Aiman] Twist Smash

[Aiman] Twist Smash

Sila komen di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s