Aku Kasihan…

Puss

Puss

Aku kasihan melihat orang yang berkata dengan perkataan yang buruk,

Kerana mereka tidak dapat merasai NIKMATNYA berkata dengan perkataan yang baik,

Aku kasihan melihat orang yang sering menipu,

Kerana mereka tidak dapat merasai NIKMATNYA jujur dan amanah.

Aku kasihan melihat orang yang sering menceritakan keburukan orang lain,

Kerana mereka tidak dapat merasai NIKMATNYA menceritakan kebaikan orang lain.

——-

Aku kasihan melihat orang yang angkuh,

Kerana mereka tidak dapat merasai NIKMATNYA merendah diri.

Aku kasihan melihat orang yang malas,

Kerana mereka tidak dapat merasai NIKMATNYA berusaha.

 ——-

Aku kasihan melihat orang yang tidak menjaga pandangan mata,

Kerana mereka tidak dapat merasai NIKMATNYA menjaga pandangan mata.

Aku kasihan melihat orang yang tidak menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan,

Kerana mereka tidak dapat merasai NIKMATNYA menjaga batas pergaulan.

Aku kasihan melihat orang yang tidak menutup aurat,

Kerana mereka tidak dapat merasai NIKMATNYA menutup aurat

 ——-

Aku kasihan melihat orang kaya yang bakhil

Kerana mereka tidak dapat merasai NIKMATNYA menjadi orang kaya yang pemurah.

Aku kasihan melihat orang yang sering bermasam muka,

Kerana mereka tidak dapat merasai NIKMATNYA bermanis muka.

Aku kasihan melihat orang yang suka marah,

Kerana mereka tidak dapat merasai NIKMATNYA bersabar

 ——-

Aku kasihan melihat orang yang tidak mengenali Allah,

Kerana mereka tidak dapat merasai NIKMATNYA berkenalan dengan Allah.

Aku kasihan melihat orang yang tidak mengenali Rasulullah,

Kerana mereka tidak dapat merasai NIKMATNYA mengenali Rasulullah.

Aku kasihan melihat orang bukan Islam,

Kerana mereka tidak dapat merasai NIKMATNYA Iman dan Islam.

Sila komen di sini