Nasihat Seorang Mak Cik

Nasihat

Cawan teh tarik dihirup. Masih panas. Menghirup teh yang masih panas sangat mengasyikkan. Ibarat semua masalah hilang. Patutlah ramai orang yang banyak masalah suka lepak di kedai kopi. Untuk menenangkan fikiran bersama teh tarik kegemaran.

Cawan tersebut lalu ku letakkan semula di atas meja. Masih berbaki tiga per empat. Wanita setengah abad yang berada di depanku hanya tersenyum melihat. Aku juga membalas senyuman. Tidak kekok. Wanita itu seorang ibu yang peramah. Masih kelihatan muda tetapi aku memanggilnya mak cik.

“Untuk berjaya, kita kena berusaha. Tidak boleh segan-segan.” Mak cik tersebut bersuara.

“Apa yang kita mahu, selagi iainya tidak bercanggah dengan syarak. Kita mesti berusaha. Jangan asyik cakap tidak pandailah. Tidak retilah. Malaslah. Susahlah. Seganlah dan macam-macam lagi. Itu semua alasan.” Katanya sedikit tegas.

Aku mengangguk-angguk membenarkan.

“Mak cik beri analogi ya.” Mak cik tersebut menyambung kata apabila aku tidak bersuara.

“Bayangkan kalau kita mahu minum milo.” Aku sedikit tertawa. Milo dijadikan analogi. Pertama kali mendengar. Tetapi telingaku dipasang kemas. Cuba untuk mendengar ayat seterusnya daripada seorang yang berpengalaman.

“Kita mahukan milo, tetapi adakah kita akan beri alasan tidak reti? Adakah kita akan kata kita malas? Adakah kita akan kata susah? Atau kita rasa segan buat milo?”

“Kalau kita beri alasan semua itu. Maksudnya tak dapatlah kita minum milo. Ibarat menunggu bulan jatuh ke riba.” Sambungnya.

“Emm, betul juga.” Fikir aku. Untuk minum milo mestilah berusaha buat milo.

“Ada orang kata buat milo senang je.” Mak cik itu bersuara lagi. Memang petah berkata-kata.

“Benar. Memang senang. Tetapi perlukan tindakan. Bertindak untuk menghasilkan milo. Bukan hanya menunggu milo datang terus kepada kita!”

Aku menarik nafas. Tersentap. Seakan-akan nasihat tersebut terkena batang hidung.

Kelihatan seekor kucing datang ke meja. Mengiau-ngiau. Mungkin lapar. Tetapi tiada apa yang boleh di beri. Hanya senyuman sahaja yang dapat kami berikan. Kucing tersebut lalu berlalu pergi apabila usahanya meminta makanan tidak berjaya.

“Apa yang penting adalah kita perlu bertindak. Tidak hanya menunggu.” Katanya.

Nasihat mak cik tersebut sama seperti dalam ayat al-Quran.

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu yang mengubahnya sendiri.

Perbincangan menjadi lebih rancak. Banyak perkongsian diberi. Pengalaman hidup di kongsi. Angin malam bertiup sepui-sepui bahasa. Menyegarkan.

“Kamu fahamkan apa yang mak cik maksudkan?” Soal mak cik tersebut.

“Ya mak cik. InsyaAllah, saya akan tingkatkan diri. Cari kerjaya dan tingkatkan ilmu.” Jawab aku. Aku ketika ini adalah seorang yang tidak berguna. Tiada kerjaya dan tiada manfaat di dunia.

Tetapi nasihat yang diberikan oleh mak cik ini menyedarkan aku. Ya. Aku perlu berusaha dan bertindak. Tidak hanya menunggu. Tidak hanya merungut dan beri alasan tidak mampu.

Wanita setengah abad tersebut tersenyum. Memang pemurah dengan senyuman. Kemudian masing-masing menghirup air panas milik diri.

“Keluarga pun jangan lupa.” Mak cik tersebut bersuara semula.

“Kita bukan sahaja perlu perbaiki diri kita. Kita perlu jaga hubungan dengan keluarga dan masyarakat. Perbaiki urusan keluarga dan masyarakat. Bergaul dengan mereka dan ajak mereka ke arah kebaikan. Ke arah yang Allah redha.” Sambungnya.

Hendaklah kamu berpesan-pesan ke arah kebenaran dan berpesan-pesan ke arah kesabaran

“Ya mak cik. InsyaAllah.” Jawabku. Itulah aku. Hanya tahu berkata sedikit. Tidak pandai bercakap banyak.

Melihat sahaja aku tidak bercakap banyak, mak cik tersebut berkata lagi.

“Nanti bila kamu dah bekerja. Suasana akan lain. Akan ada berbagai jenis manusia. Di situ kamu akan di uji. Mungkin di uji dengan perempuan.”

“Di uji dengan perempuan?” Soal aku. Kali ini aku memberanikan diri untuk bertanya.

“Ye, nanti akan ada ramai perempuan yang meminati kamu. Mungkin ada yang cuba untuk dekat-dekat. Ajak keluar berdua dan macam-macam lagi.” Jawab mak cik tersebut. Cuba berseloroh.

Aku geli hati. Kelakar. Akan ada peminat? Macam tidak percaya sahaja. Aku juga tidak pasti dengan kenyataan itu memandangkan aku belum ceburi dunia luar. Tetapi nasihat itu akan cuba untuk aku ingati. Semua nasihat-nasihat berguna tidak boleh di ketepikan.

“Saya rasa saya mahu kerja dalam pejabat sahajalah mak cik. Tak ada perempuan sangat.” Kata aku acuh tak acuh.

“Sama sahaja. Perempuan ada di mana-mana.” Kata wanita tersebut.

Aku mengeluh. Aku sudah bosan dengan perempuan. Bukan bosan kerana mereka perempuan. Tetapi bosan kerana susah untuk menjaga batas pergaulan. Susah untuk menjaga batas pandangan.

“Yang penting kita jaga hubungan dengan Allah. Biar Allah pelihara kita. Insya Allah. Sekiranya kita jaga hubungan dengan Allah. Allah akan jaga hubungan kita dengan manusia.” Akhirnya Allahlah tempat kita bergantung.

Aku mengangguk-angguk sambil tersenyum. Membenarkan. Mak cik itu juga tersenyum.

Selesai sahaja perbincangan tersebut. Aku dan mak cik pun beredar pulang ke rumah. Masing-masing mempunyai urusan yang perlu diselesaikan.

Aku kagum dengan wanita setengah abad tersebut. Walaupun kehidupannya sukar, tetapi dia cekal dan tabah menghadapi liku-liku kehidupan. Pengalaman dan pengajaran dikongsi untuk kebaikan generasi muda.

Moga Allah mudahkan segala urusannya dan membalas jasanya.

Akan aku ingat nasihat yang diberi. Nasihat dari seorang mak cik.

One thought on “Nasihat Seorang Mak Cik

Sila komen di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s