Rezeki dan Sedekah

infak

infak

 

“Jom pegi sarapan.” Faris kawan serumah Umam mengajak. Dia sudah pun bersiap berpakaian lengkap menutup aurat. Dompet berwarna coklat tua di tangannya di masukkan ke dalam poket seluar bahagian belakang.

“Boleh juga.” Jawab Umam.

Umam lantas bangkit dari tempat duduknya. Terus menuju ke dapur. Membasuh muka dan membasahkan sedikit rambutnya.

Lantas mereka berdua pun menuju ke Restoran Hakim yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam.  Menaiki motosikal jenama Yamaha milik Faris.

“Minum?” Kata pelayan restoran sejurus sahaja Umam dan Faris duduk di kerusi meja makan. Sungguh pantas sekali pelayan tersebut bekerja.

“Teh Tarik.”

“Sama.”

“Makan?” Tanya pelayan tersebut.

“Roti Canai.”

Kemudian pelayan tersebut berlalu pergi. Beberapa minit kemudian dua gelas berisi teh tarik tiba. Mereka berdua lalu menghirup sedikit sementara menunggu roti canai tiba.

Mereka lalu berborak-borak. Bercerita tentang zaman-zaman belajar dahulu. Di dalam kuliah, di dalam kolej dan bermacam lagi cerita zaman silam dikongsi.

Sedang mereka berborak, tiba-tiba Faris membuka topik baru.

“Umam, kau tak cari kerja ke?” Tanya Faris.

Umam terdiam. Soalan ini lagi. Entah sudah berapa ramai orang menanyanya tentang mencari kerja. Entah sudah berapa ramai orang menyuruhnya menghantar resume ke syarikat sekian-sekian.

Kadang-kadang Umam terfikir. Kalau hanya menyuruh dia mencari kerja. Menyuruh dia melakukan itu dan ini lebih baik tak payah. Cuba bagi kerja, kan itu lebih bagus daripada menyuruhnya mencari kerja sahaja?

Umam beremosi. Mungkin tertekan kerana terlalu lama menganggur.

“Emm, tengah cari la ni. Mungkin tak ada rezeki lagi.” Balas Umam acuh tak acuh. Teh tarik di hirup semula.

Faris memandang Umam. Mungkin sedang berfikir tentang percakapan seterusnya apabila melihat reaksinya yang berubah secara tiba-tiba selepas sahaja soalan sebentar tadi diluahkan.

“Kau tahu tak sebelum ini aku tak ramai customer untuk kerja part time aku ini?” Kata Faris.

Umam mengangkat kening. Hairan kenapa tiba-tiba sahaja dia berkata begitu?

“Ohh? Tetapi sekarang sudah ramaikan?”

“Alhamdulillah. Rezeki Allah bagi.”

“Tetapi rezeki itu Allah tidak bagi macam itu sahaja. Rezeki itu datangnya dari Allah. Kepada Allah jualah kita pohon.” Sambungnya lagi.

Umam hanya berdiam. Melihat sahaja Umam berdiam, Faris bersuara semula.

“Aku cerita sedikit pengalaman aku sebelum ini.”

“Suatu hari, aku tengah minum-minum macam ini. Tiba-tiba datang seorang mak cik jual keropok. Entah kenapa, ketika itu timbul rasa ingin menolong mak cik tersebut. Aku pun lalu membeli dua bungkus keropok dengan niat ingin bersedekah dan menolong mak cik itu.”

“Oh? Baguslah.”

“Kau tahu tak apa yang terjadi lepas itu?” Tanya Faris.

Umam menjungkit bahu. Mana mungkin dia tahu.

“Dalam minggu itu juga, aku dapat dua orang customer dan boleh di katakan dapat keuntungan yang lumayan.” Sambung Faris.

“Wah.. Baguslah tu. Dapat duit banyak.” Umam tersengih. Hairan kenapa dia bercerita tentang kesah dia menolong mak cik kepadanya.

“Kau faham tak apa yang aku cuba sampaikan?” Tanya Faris.

“Emm, kau cuba cerita tentang kau menolong mak cik itu lah.”

Faris hanya menggeleng kepala. Mungkin Umam sudah salah faham akan maksudnya.

“Sebenarnya, Salah satu kunci rezeki kita adalah dengan bersedekah.

“Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah maha luas, Maha mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)

Umam tersentap mendengar. Apa yang dikatakan oleh kawannya adalah benar. Apabila kita bersedekah, Allah akan tambahkan lagi rezeki kita insya Allah.

Umam menarik nafas panjang.

“Betul tu. Terima kasih ingatkan aku.” Kata Umam.

Kemudian mereka berdua menikmati sarapan roti canai dan berlalu pulang ke rumah.

Setibanya di rumah Umam menyepikan diri. Mula memikirkan tentang apa yang dikatakan oleh temannya tadi. Mungkin kerana dia terlampau bakhil membelanjakan hartanya untuk bersedekah selama ini membuatkan rezekinya susah untuk masuk.

“Astaghfirullahalazim. Ya Allah, ampunilah dosaku dan kau murahkanlah rezekiku.”

Dan Umam pun bermuhasabah.

Advertisements

YouTube Safe Mode!

YouTube Safe Mode

YouTube Safe Mode

“Kau tak nak buat duit dengan YouTube ke?” Kata Nik. Kawan serumah. Merupakan seorang yang genius computer.

“Buat duit?” Tanya Shah.

Nik lalu mengajar Shah cara-cara settings untuk buat duit dengan YouTube. Sedikit rumit tetapi tidak susah. Terima kasih kepada Nik, Shah faham serba sedikit tentang how to make money in YouTube.

Tetapi fokus artikel ini bukanlah tentang itu, artikel ini ingin bercerita tentang sesuatu yang sebelum ini tidak pernah terlintas di fikiran.

YouTube Safe Mode.

***

Pernah dengar perkataan mencegah lebih baik dari mengubat?

Maksudnya adalah kita perlu mencegah sesuatu itu (cth: Sakit) sebelum iainya berlaku. Sekiranya sesuatu itu sudah berlaku pada kita, barulah kita cepat-cepat mahu merawat. Sekiranya ‘sesuatu itu’ adalah sakit yang kritikal (cth: Cancer), iainya mungkin sudah terlambat untuk merawat. (Maaf kalau ayat tunggang-langgang. Huhu…)

YouTube Safe Mode adalah seperti itu. Mencegah video-video dalam YouTube yang tidak elok, sebelum kita melihatnya.

Terlampau banyak video-video yang tidak elok dalam YouTube. Walaubagaimanapun, tidak boleh dinafikan terlampau banyak video yang baik-baik.

Untuk boikot YouTube secara keseluruhan adalah tidak wajar. Oleh itu YouTube telahpun memperkenalkan salah satu features untuk menapis video-video yang tidak elok daripada diperlihatkan pada pengguna.

Salah satu tujuan YouTube memperkenalkan Save Mode adalah untuk menyekat kanak-kanak daripada melihat sesuatu yang tidak elok.

Manakala bagi kita pula, muslim yang terjaga. Semua yang tidak elok perlulah ditepis!

Hebat bukan? Boleh menapis video-video yang tidak elok sebelum kita melihat video itu.

Kepada ibu bapa, anda boleh setkan YouTube Safe Mode pada komputer anak-anak untuk memelihara pandangan dan pemikiran mereka. Tidak terkecuali juga kita yang dewasa ini.

youtube-safe-mode-

youtube-safe-mode-

Bagaimana mahu buat YouTube Safe Mode ini?

Di sini saya beri beberapa langkah-langkah untuk mengaktifkan YouTube Save Mode di komputer anda. Moga bermanfaat.

Continue reading