YouTube Safe Mode!

YouTube Safe Mode

YouTube Safe Mode

“Kau tak nak buat duit dengan YouTube ke?” Kata Nik. Kawan serumah. Merupakan seorang yang genius computer.

“Buat duit?” Tanya Shah.

Nik lalu mengajar Shah cara-cara settings untuk buat duit dengan YouTube. Sedikit rumit tetapi tidak susah. Terima kasih kepada Nik, Shah faham serba sedikit tentang how to make money in YouTube.

Tetapi fokus artikel ini bukanlah tentang itu, artikel ini ingin bercerita tentang sesuatu yang sebelum ini tidak pernah terlintas di fikiran.

YouTube Safe Mode.

***

Pernah dengar perkataan mencegah lebih baik dari mengubat?

Maksudnya adalah kita perlu mencegah sesuatu itu (cth: Sakit) sebelum iainya berlaku. Sekiranya sesuatu itu sudah berlaku pada kita, barulah kita cepat-cepat mahu merawat. Sekiranya ‘sesuatu itu’ adalah sakit yang kritikal (cth: Cancer), iainya mungkin sudah terlambat untuk merawat. (Maaf kalau ayat tunggang-langgang. Huhu…)

YouTube Safe Mode adalah seperti itu. Mencegah video-video dalam YouTube yang tidak elok, sebelum kita melihatnya.

Terlampau banyak video-video yang tidak elok dalam YouTube. Walaubagaimanapun, tidak boleh dinafikan terlampau banyak video yang baik-baik.

Untuk boikot YouTube secara keseluruhan adalah tidak wajar. Oleh itu YouTube telahpun memperkenalkan salah satu features untuk menapis video-video yang tidak elok daripada diperlihatkan pada pengguna.

Salah satu tujuan YouTube memperkenalkan Save Mode adalah untuk menyekat kanak-kanak daripada melihat sesuatu yang tidak elok.

Manakala bagi kita pula, muslim yang terjaga. Semua yang tidak elok perlulah ditepis!

Hebat bukan? Boleh menapis video-video yang tidak elok sebelum kita melihat video itu.

Kepada ibu bapa, anda boleh setkan YouTube Safe Mode pada komputer anak-anak untuk memelihara pandangan dan pemikiran mereka. Tidak terkecuali juga kita yang dewasa ini.

youtube-safe-mode-

youtube-safe-mode-

Bagaimana mahu buat YouTube Safe Mode ini?

Di sini saya beri beberapa langkah-langkah untuk mengaktifkan YouTube Save Mode di komputer anda. Moga bermanfaat.

***

Tutorial bagaimana hendak tukarkan kepada Save Mode di dalam YouTube

Step 1 : Sign In YouTube Account

Open YouTube page. Sekiranya anda mempunyai account YouTube, anda boleh Sign In dahulu seperti yang ditunjukkan di rajah bawah.

(Save Mode lebih berkesan dengan adanya account YouTube. Kepada yang tiada account YouTube, anda boleh sign up dan buat account anda.)

Sekiranya tiada account YouTube (Tidak digalakkan), teruskan kepada step 2 di bawah.

Step 1

Klik button Sign In

Step 1

Sign In account YouTube anda

Step 1

Step 1

Step 2 : Tukar setting di button Safety

Di page YouTube, scroll down sehingga bawah. Anda akan lihat beberapa link dan button (bentuk petak).

Klik pada button ‘Safety’ seperti yang di tunjukkan di rajah bawah.

Button Safety: Off

Button ‘Safety’ secara asalnya akan set kepada Off mode untuk semua browser.

5

Setting Safe Mode

Tukarkan radio Button (berbentuk bulat) dari Off kepada On.

Selepas itu akan keluar mesej ‘Lock safety mode on the browser’. Klik pada button itu juga seperti yang di tunjukkan di rajah bawah.

Selepas itu klik button ‘Save’.

6

Klik On dan Lock

Akan keluar mesej seperti ini.

7

Susccessful

Anda juga boleh lihat Button ‘Safety: Off’ sebelum ini bertukar kepada ‘Safety: On’

8

Safety: On

Tahniah anda sudah berjaya tukarkan YouTube di browser anda kepada Safe Mode!

Senang bukan?

***

Cuba anda Sign Out YouTube Account anda. Kemudian cuba tekan button ‘Safety: On’. Anda akan mendapat mesej seperti ini.

9

Lock

Dengan kata lain. Hanya Account User yang menukar Safe Mode kepada ‘On Mode’ sebelum ini sahaja yang boleh menukar semula kepada ‘Off Mode’.

Ini dikira bagus. Orang lain tidak boleh tukar settings tanpa kebenaran kita!

***

Apa kesannya tukar YouTube kepada Safe Mode?

Gambar di bawah adalah antara contoh-contoh kebaikan Safe Mode ini.

Apabila pengguna cuba menaip perkataan ‘raped’, tiada result ya ng keluar. Semuanya di tapis oleh YouTube.

10

Sample block 1

Sama seperti perkataan di rajah bawah ini.

11

Sample block 2

Sangat berguna bukan?

Tiada video-video yang tidak elok yang boleh di lihat oleh kita sama ada sengaja atau tidak sengaja. (Saya rasa, iklan-iklan atau video recommended yang tidak elok juga tidak akan keluar.)

Alamak, kalau nak tengok video lain yang baik-baik macam mana?

Jangan risau. Itu tidak ditapis. (^_^)Y

12

Sample video available

Ada orang akan kata.

“Ala, kalau kita tukar kepada Safe Mode ni, Tak boleh la nak tengok video-video tu.”

Erk? Anda mahu tengok video-video yang tidak elok kah? Astafirullahalazim. Kita sebagai mukmin jangan pernah terlintas pun!

“Ala, tak payah la susah-susah tukar setting kepada Safe Mode. Bukannya kita tengok video-video yang tidak elok pun.”

Saya sudah kata sebelum ini. Mencegah lebih baik dari merawat. Jadi ambillah langkah berjaga-jaga dengan lakukan Safe Mode di YouTube anda. InsyaAllah, iainya sangat berbaloi.

Safe Mode boleh di Off kan semula. Oleh itu saya galakkan kita suruh orang lain Sign In YouTube mereka di komputer kita dan On kan Safe Mode menggunakan account mereka. Dan kita tidak akan boleh Turn Off Save Mode melainkan dengan menggunakan account YouTube orang tersebut. (Mgkin ada cara lain, ikut kreativiti masing2)

Selamat menukar YouTube anda kepada SAFE MODE!

Sumber

11 thoughts on “YouTube Safe Mode!

  1. Diaorg ni pandai… Guna nama lain utk video lucah.. Cthnya “kerang”.. Ank sy yg umur 6 tahun nk tgk rupa kerang… Sekali… Kluar video seks…

    • boleh cuba cara ini :-
      1. buka youtube di phone
      2. Di bahagian atas sebelah kanan ada satu button. Klik button tu.
      3. kemudian klik ‘Setting’
      4. Kemudian klik ‘Search’
      5. Kemudian klik ‘SafeSearch filtering’
      6. dan akhir sekali klik ‘Strict’

      harap ianya membantu.🙂

  2. salam, nak tanya saya ada upload ceramah2 ke dalam channel masjid.. tetapi apabila selesai upload, ia kategori save mode.. maksud sy perlu off kan dulu sebelum tonton.. masalahnya kenapa boleh jadi begitu dan bagaimana cara mengatasinya.. jika sy save mode off karang susah jgk. kan skrg ni blh tgk dlm fb terus kalau attach link.. bila klik dia tulis unavailable in safety mode.. masa sy setting tak da plak letak private dan age restriction. mohon bantuan

    • wslm..kalau ia keluar notis ‘unavailable in safety mode’ bermaksud mgkin video yg diupload ada setting age restriction. cuba edit setting video tersebut. di ‘advance setting’ ada checkbox age restriction. unclick checkbox tersebut.

  3. Salam tuan.bagaimana pula kita mahu block atau buang video kita yang telah dirakamkan oleh orang lain dengan tujuan ingin mengaibkan kita didalam youtube.dan satu lagi video tersebut akan dia hantar kepada semua kawan2 kita didalam facebook.mohon pencerahan dan bagaimana cara mengatasinya

Sila komen di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s