Rupanya begini perasaan mereka yang…

Motosikal

Satu per satu kereta di potongi. Jalan raya yang sibuk dengan kenderaan membuatkan Irfan tidak boleh lalai walaupun sesaat. Kelajuan perlu seimbang dengan kenderaan-kenderaan yang lain. Tambahan pula dia menunggang motosikal. Tahap keselamatan bagi penunggang motosikal ketika berada di jalan raya tidak sebagus pemandu kereta.

Kelihatan kereta perodua Viva di hadapan. Bergerak perlahan. Irfan memandang cermin sisi kanan motosikalnya. Tiada kenderaan dibelakang. Irfan berniat untuk melepasi kereta Viva tersebut. Lantas Irfan memberi isyarat lampu kanan dan terus memecut laju memotong kereta Viva tersebut. Berjaya.

Motor kembali bergerak di lorong kiri semula.

Irfan melihat awan gelap di atas. Pastinya akan hujan sebentar lagi. Sekiranya hujan turun ketika dia masih menunggang, ini akan memberinya masalah kerana motosikal tidak mempunyai bumbung sebagai teduhan jika di bandingkan dengan kereta.

“Ya Allah, janganlah Kau bagi hujan turun.” Doa Irfan kepada pemilik yang menurunkan hujan.

Tik… Tik… Tik…

Satu per satu titisan air hujan mengenai pelindung muka helmet. Akhirnya hujan turun jua. Mulanya hanya rintik-rintik. Kemudian menjadi lebat.

Irfan berfikir sejenak. Adakah mahu meneruskan perjalanan ataupun tidak. Hujan yang lebat akan mengaburkan penglihatan penunggang dan pemandu kenderaan lain. Sekiranya perjalanan di teruskan, mungkin sahaja bahaya akan menimpa.

Irfan lantas membuat keputusan untuk berhenti di tempat teduhan. Kelihatan di hadapan terdapat jambatan. Irfan lalu menghentikan motosikalnya di bawah jambatan tersebut.

Gear motosikal di tukarkan kepada Neutral. Enjin di matikan. Helmet di buka keluar. Irfan memerhati sekeliling. Ramai penghuni sudah berada di bawah jambatan ini. Masing-masing adalah penunggang motosikal yang mengalami nasib sepertinya.

***

Laju. Kenderaan yang melintasi kawasan tempat mereka berteduh meluncur laju. Betul-betul di hadapan mata. Sedikit rasa gerun muncul di hati. Seakan-akan merasa yang kenderaan-kenderaan tersebut mahu merempuh kawasan teduhan mereka.

Hujan masih turun dengan lebatnya. Masih tiada tanda-tanda mahu surut. Irfan hanya duduk diam di atas kerusi motosikal.

Rupanya begini perasaan mereka yang terpaksa berteduh menunggu hujan berhenti.” Bisik hati Irfan.

Sebelum ini dia merupakan pemandu kereta. Seringkali apabila hujan turun, dia melihat ramai penunggang motosikal terpaksa berteduh. Ada yang berteduh di bawah jambatan, ada yang berteduh di tempat menunggu bas dan lain-lain.

Apabila dia melintasi mereka. Dia hanya melihat sahaja. Langsung tidak terdetik perasaan simpati kepada mereka.

Tetapi hari ini dia berpengalaman menurut serta kumpulan penunggang motosikal yang berteduh. Timbul rasa syukur di hatinya apabila dahulu dia mendapat nikmat memandu kereta ketika hujan dan timbul rasa syukur di hatinya kerana dapat merasai hati mereka yang terpaksa berteduh.

Hujan mula kembali surut. Cahaya matahari mula menampakkan sinaran. Tanda hujan akan berhenti. Irfan menghidupkan enjin motosikalnya. Mereka yang lain juga membuat perkara yang sama.

Dan apabila hujan berhenti. Mereka semua meluncur semula. Menuju destinasi masing-masing. Irfan membaca doa menaiki kenderaan. Dia juga turut serta meluncur laju menuju pulang ke rumah.

***

Irfan melintasi jalan bulatan di hadapan. Minyak motor di pulas. Sedang dia berada di bulatan. Tiba-tiba enijn motornya mengeluarkan bunyi pelik. Pemulas minyak di pulas tetapi tidak berfungsi. Semakin Irfan memulas, semakin kuat bunyi enjinnya.

Irfan panik. Dia kini berada betul-betul di tengah jalan yang penuh dengan kenderaan kiri dan kanan. Motornya bergerak semakin perlahan. Kelihatan kenderaan lain yang berada di belakangnya juga memerlahankan kenderaannya.

Irfan memberi signal kiri. Motornya yang bergerak perlahan membuatkan perjalanan kenderaan lain turut terbantut. Akan tetapi tiada satu bunyi hon dikenakan. Mungkin sahaja mereka memahami.

Motosikal Irfan lalu di hamparkan di tepi jalan. Irfan lantas turun untuk melihat apa yang berlaku.

“Ah? Rantai tercabut?”

Irfan lalu cuba untuk membetulkan rantai motosikalnya. Tidak pernah terjadi kerosakan seperti ini sebelum ini. Dia cuba untuk membetulkan rantai tersebut seperti ketika zaman kecilnya membetulkan rantai basikal.

Tidak berjaya. Rantai motosikal dan rantai basikal tidak sama langsung!

Irfan mengeluh. Dia tidak tahu untuk membaiki motosikalnya. Dia lalu menelefon temannya untuk datang menolongnya. Lokasi tempat dia berada di beritahu. Temannya menyuruhnya menunggu sebentar. Irfan berasa sedikit lega.

Dia lalu menunggu temannya. Sambil itu dia melihat kenderaan yang melintasinya. Tiada satu pun yang berhenti untuk menghulurkan bantuan. Malah menlintasinya dengan sangat laju.

Tempat motosikalnya berhenti sangat bahaya. Irfan lalu menolak motosikalnya ke tempat yang lebih selamat.

Sambil motornya di tolak sambil hati Irfan berasa geli hati. Geli hati kerana memikirkan sesuatu.

Rupanya begini perasaan mereka yang mengalami kerosakan motor di tengah jalan.

Rupanya begini perasaannya apabila tiada sesiapa pun yang menghulurkan bantuan. Hatta berhenti untuk bertanya juga tidak ada. Hanya memandang ketika melepasinya. Mungkin ada urusan lain yang perlu diselesaikan.

Hati Irfan tertawa. Akan tetapi timbul rasa insaf di dalam diri. Sebelum ini dia juga hanya tahu melihat sahaja apabila terlihat penunggang motosikal yang mengalami nasib sepertinya sekarang. Kadang-kadang langsung tiada rasa simpati kepada mereka.

“Astaghfirullah.” Irfan beristighfar.

Motosikal di tolak sedikit demi sedikit.

Pin! Pin! (Hon motosikal)

Tiba-tiba seorang penunggang motosikal menghentikan motornya di hadapan Irfan.

“Kenapa ni bang?!” Tanya dia sambil suaranya di tinggikan. Bunyi kenderaan lalu lalang sangat membingitkan telinga.

“Rantai cabut!” Jawab Irfan. Juga meninggikan suara. Cuba melawan bunyi kenderaan lain.

“Ni nak tolak sampai mana ni?!” Tanya orang itu lagi. Seorang abang yang berusia lingkungan 25 tahun.

“Nak tolak sampai depan tu je! Tunggu kawan.” Jawabku lagi.

Abang itu diam seketika. Memikirkan sesuatu.

“Jom abang tolong tolak. Kamu drive. Kita pergi bengkel motor kat depan tu.” Katanya.

Aku membeliakkan mata. Ya Allah, mulia sungguh hati abang ini. Sanggup menolongku walaupun tidak kenal.

Kemudian abang tersebut meletakkan kakinya di bahagian tempat letak kaki motor bahagian belakang Irfan. Apabila motornya bergerak, motor Irfan juga akan turut bergerak perlahan.

Sedikit demi sedikit motor Irfan mula bergerak ke hadapan. Signal ke kiri di pasang menunjukkan sebagai tanda kecemasan. Kelihatan kenderaan yang lain turut menolong memberi laluan.

Perjalanan sehingga ke bengkel di mudahkan tanpa ada apa-apa masalah.

Setibanya di bengkel. Irfan lalu menelefon temannya supaya tidak perlu datang. Mujur sahaja temannya belum bergerak.

“Terima kasih bang. Minta maaf susahkan.” Kata Irfan. Salaman di hulurkan.

“Tidak mengapa.” Kata abang tersebut. Salaman di sambut.

Kemudian motor berjaya di baiki. Abang tersebut pulang selepas mengucapkan salam. Ternyata masih ada lagi manusia yang berhati mulia yang menolong tanpa ada kepentingan untuk dirinya. Kebiasaan manusia zaman sekarang hanya menolong orang yang dikenali sahaja. Sekiranya orang tersebut tiada apa-apa hubungan atau kepentingan untuknya, tiada sebab untuk di tolong.

“Mungkin aku juga perlu menjadi seperti abang tersebut. Menolong orang yang dalam kesusahan tanpa mengira siapa orang tersebut.” Irfan bermuhasabah.

2 thoughts on “Rupanya begini perasaan mereka yang…

  1. Selalu orang yang telah mengalaminya sendiri mampu untuk membuat cerita yang agak real ini. Apapun, jika dapat ditolong, tolonglah mereka yang habis minyak contohnya. Dan dalam hati kita, jangan mengharapkan ia akan membalas balik, tetapi biarlah Allah membalasnya. Sebabnya balasan Allah lebih berganda-ganda.
    Saya pernah mengalami minyak kering, dan ada abang yang tolong tolak motor. Saya doakan khusus untuknya, semoga Allah kabulkan. Allah tidak pernah lokek untuk mereka yang baik aklaknya. Sungguh terhutang budi.

Sila komen di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s