Apabila Hidayah Di Tarik Semula

Hidayah

Hidayah

Satu demi satu musibah menimpa. Baru sahaja musibah menimpa Sharil kelmarin tetapi hari ini dia mendapat musibah yang lain pula. Dompetnya tercicir dan dia kehilangan RM50 serta beberapa kad penting seperti kad pengenalan dan ATM.

“Huh.” Sharil mengeluh. Mengenangkan semula musibah yang di timpanya. Ketika ini dia berada di bangunan pendaftaran untuk membuat semula kad pengenalan yang hilang.

Selesai sahaja urusan pembayaran, dia lalu pulang ke rumah.

“Aduh laparnya perut.” Sharil memulas-mulas perutnya. Sehari suntuk dia tidak menjamah apa-apa.

Sharil melihat wang yang ada padanya. Beberapa keping wang RM1 serta syiling di keluarkan dari poket. Semuanya berjumlah RM7.70. Dia tidak tahu sama ada mahu menggunakan wang lebihan tersebut untuk makan atau berjimat dengan berlapik perut. Minggu ini sahaja dia sudah mengeluarkan beratus-ratus dari wang simpanannya.

Digunakan untuk membaiki motosikalnya yang tiba-tiba rosak. Membaiki handphonenya yang juga tiba-tiba rosak. Membeli ubat kerana dia tiba-tiba sakit dan di uji pula dengan dompetnya yang tiba-tiba hilang.

Air mata Sharil mula bertakungkan air.

“Apa salah aku?” Monolog Sharil. Hatinya sebak.

Sharil mengenang semula musibah-musibah yang menimpanya. Terlalu berat baginya menghadapi semua itu.

“Aku rasa aku sudah melakukan suruhan-Nya sebaik mungkin.” Bisik hati Sharil lagi. Dia tidak meninggalkan solat wajib hatta sering menunaikan solat sunat. Dia juga sering bersedekah, menjaga pergaulan dan bercakap jujur.

Tetapi tetap dia mendapat musibah.

“Ah!” Hati Sharil mula terasa lain. Terasa ingin memberontak. Kenapa dia harus menerima ujian seperti ini! Sudahlah kekurangan harta! Di uji pula dengan kehilangan harta!

“Tidak adil hidup ini!” jiwanya memberontak.

Sharil melayan emosinya. Fikirannya terumbang-ambing. Lama Sharil berfikir. Kemudian pandangan matanya tiba-tiba berubah menjadi tajam. Amarah mula menyelubungi hatinya.

“Mungkin aku perlu melakukan kejahatan.” Idea itu terlintas di fikirannya.

Sharil tersenyum jahat.

“Ya, mungkin menjadi jahat lebih mudah dan untung. Jadi baik pun bukannya dapat apa pun.” Nekad Sharil.

***

“Dua ringgit.” Kata Tauke kedai runcit. Sharil mengeluarkan wang seringgit sebanyak dua keping dari poketnya. Hatinya berdegup kencang.

Selesai sahaja pembayaran. Sharil pulang ke rumah dalam keadaan tergesa-gesa.

“Huh. Selamat.” Pintu rumah di kuak. Kemudian Sharil terus menuju ke bilik. Barang-barang yang di belinya tadi di keluarkan dalam plastik. Tidak banyak. Hanya dua tiga barang.

Kemudia Sharil menyelak poketnya. Coklat bar Cabbery di ambil.

“Hehe. Rezeki. Coklat percuma. Dah lama idam nak makan coklat.” Sharil lalu memakan coklat tersebut tanpa ada rasa bersalah. Coklat tersebut adalah coklat hasil dia mencuri sebentar tadi di kedai runcit.

Selama ini dia selalu makan benda-benda murah sahaja. Untuk membeli coklat yang berharga dua ringgit juga tidak mampu. Dia perlu berjimat dan tidak boleh membazir.

Tetapi kali ini dia dapat merasai coklat tersebut tanpa mengeluarkan sesen pun.

Sedang Sharil menikmati coklat tersebut, tiba-tiba dia ternampak sebuah dompet berwarna  hitam di atas meja. Dompet tersebut adalah dompet milik teman rumahnya.

Sharil menghampiri meja tersebut. Kemudian dia mencari pemilik dompet tersebut berada. Kedengaran bunyi renjusan air di dalam bilik mandi. Pasti temannya. Tiada siapa lagi di rumah itu hari ini kecuali dia dan teman di dalam bilik mandi tersebut. Temannya yang lain masih tidak pulang.

Sharil mengambil dompet tersebut. Cuba untuk melihat apa yang ada di dalamnya.

“Wah, banyaknya duit.” Beberapa keping kertas berwarna merah, hijau dan biru tersusun rapi di dalam dompet tersebut.

Sharil berfikir sejenak. Adakah dia mahu mengambilnya ataupun tidak?

“Tak boleh ambil Sharil. Diakan kawan kamu.” Bisik hati Sharil.

“Ambil sahajalah. Alang-alang sudah mencuri hari ini. Teruskanlah.” Bisik hati Sharil lagi.

Sharil kembali berfikir.

“Ya Allah, aku tiada duit ni. Aku ambil sedikit dulu la. Nanti bayar balik.” Akhirnya Sharil mengambil beberapa keping wang dalam dompet tersebut. Disebabkan wang yang terlampau banyak, sudah pasti temannya tidak akan perasan.

Dompet tersebut diletakkan semula di atas meja pada kedudukan yang sama seperti sebelum ini. Seperti tidak pernah disentuh.

***

“Fuh…” Hembusan asap di hembus dari mulut. Berkepul-kepul asap rokok terkumpul.

“Begini rupanya rasa hisap rokok.” Kata Sharil. Hatinya terhibur. Sudah lama dia teringin menghisap rokok. Dia tahu rokok adalah haram. Tetapi dia sudah malas untuk mengambil kesah semua itu.

“Peduli apa aku haram tak haram.” Hati Sharil memberontak. Satu demi satu batang rokok dihisapnya.

** Bersambung…

Sila komen di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s