Apabila Hidayah di Tarik Semula – Part 2

Hidayah

Hidayah

Seminggu berlalu. Seminggu itu jugalah Sharil memberontak. Tidak lagi melakukan perkara-perkara kebaikan. Tidak lagi bersedekah. Tidak lagi melakukan amalan sunat.

Hati Sharil masih terasa sakit. Terasa tidak tenang dan sentiasa resah gelisah.

Sharil memandang jam di dinding. Pukul 7.00 malam. Sebentar lagi Waktu Magrib akan tiba.

“Adoi, lapar pula perut ni.” Ngomel Sharil. Kemudian tanpa berfikir panjang dia terus mencapai kunci motosikal di atas meja dan keluar.

Kedai makan menjadi destinasi.

“Char Kuey Teow satu.” Kata Sharil kepada pelayan kedai tersebut setelah dia mengambil tempat di meja makan.

*Allahuakbar, Allahuakbar…

Laungan azan Magrib kedengaran dari Masjid berdekatan. Sharil hanya berdiam. Tidak mengendahkan ajakan solat tersebut. Baginya perut yang lapar lebih penting.

“Solat nanti je la.”

Akhirnya Char Kuey Teow sampai berserta air minuman yang dipesan. Sharil lalu menjamah makanan tersebut sehingga terlupa untuk membaca Bismillah.

Selesai sahaja makanan di habiskan dan bayaran dibuat, Sharil lalu kembali pulang ke rumah.

“Adoi kenyang pula. Mengantuk pun ada. Solat kejap lagi la.” Terus Sharil melabuhkan dirinya di atas katil.

Tidak sampai lima minit. Matanya terlelap.

Akhirnya solat Magrib ditinggalkan.

***

“Huarghh… Pukul berapa sekarang ni?” Tangan kanan Sharil menutup mulut yang terbuka luas. Air mata sedikit keluar kesan dari nguapan tersebut.

Jam dinding dilihat.

“11.00 malam?”.

Sharil lantas bangkit. Terasa badannya letih. Bukan kerana penat bekerja tetapi kerana tidur yang lama.

“Alamak, tertinggal solat Magrib la pula. Tak apalah. Qado sekali dengan solat Isyak kejap lagi la.” Sharil lantas bangkit dari katilnya. Laptop yang berada di atas meja di tujui.

“Tengok facebook dulu.”

Laman sosial Facebook dibuka. Sharil lalu memasukkan alamat E-mail serta kata laluan yang sedia ada untuk membuka facebook miliknya.

Terpapar berbagai-bagai status dari kawan-kawan facebook. Satu per satu dibacanya.

Ada yang berkongsi status tentang perkara-perkara remeh seperti “Baru lepas makan.”, “Hari ini mahu buat apa ye?”.

“Apalah. Itupun mahu post kan FB.” Bisik hati Sharil. Terasa meluat membaca status begitu. Dia lalu membaca post-post yang lain.

Kemudian dia ternampak salah seorang rakannya meng-upload gambar makanan yang baru dimakan di restoran mewah.

“Bestlah. Kaya, boleh makan mewah-mewah. Tak macam aku. Jangan harap la dapat makan makanan macam tu.” Bisik hati Sharil lagi.

“Entah apa-apa la diorang ni. Post perkara yang tidak bermanfaat langsung. Post la benda-benda Islamik.” Protes Sharil. Dia lalu menaip beberapa perkataan di ruangan status.

“Marilah kita melakukan amar makruf dan nahi mungkar. Sesungguhnya Allah suka kepada manusia yang menolong agama-Nya.”

Button post di tekan.

Loading…

Post Successfull…

Tidak sampai seminit. Beberapa notification berwarna merah muncul. Sharil lalu menekan button notification tersebut. Kelihatan beberapa orang meng “like” statusnya.

Hati Sharil terhibur.

“Seronok juga…”

Dan Sharil terus melayani Facebooknya sehingga lewat pagi.

Akhirnya dia tertidur dan terlupa untuk melakukan solat Isyak dan mengQado solat Magrib.

Hati Sharil sudah semakin kering. Hatinya tidak lagi sensitif dengan perkara-perkara buruk. Dakwahnya tidak Ikhlas. Hanya keseronokan semata-mata. Hanya ingin orang lain memandangnya baik sedangkan hakikatnya dia tidak sebegitu. Dirinya sudah lalai dan alpa.

Dan sekarang hubungannya dengan Allah sudah jauh. Tidak seperti dulu.

*Bersambung…

Sila komen di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s