Apabila Hidayah di Tarik Semula – Part 3

Hidayah

Hidayah

“Sharil, aku tengok sejak kebelakangan ini perangai kau dah berubah la.” Azim, teman serumah Sharil menyapa.

Sharil diam seketika. Tidak mengeluarkan suara. Teringat pula dia pernah mengambil wang dompet temannya sebelum ini. Azimlah pemillik wang tersebut.

“Maksud kau berubah macam mana?” Sharil memohon jawapan walaupun sudah tahu dia sudah tidak seperti dahulu.

“Emm, minta maaf aku tegur macam ni. Tetapi aku perasan kau dah tak solat dah. Sebelum ini kau lah yang sering solat di awal waktu. Sebenarnya apa yang dah terjadi dekat engkau ye?” Panjang Azim berkata.

“Ala, standard la tu. Iman kadang-kadang ada turun, ada naik.” Jawab Sharil acuh tak acuh.

Azim sedikit tersentak dengan jawapan dari temannya. Memang benar temannya telah berubah. Tidak seperti dahulu.

Azim tidak mahu meneruskan perbicaraan. Cukuplah hanya menegur tentang solat. Hakikatnya dia melihat perbuatan buruk Sharil yang lain juga sebelum ini. Tetapi mungkin belum tiba masanya untuk menegur.

“Sharil.” Azim menyebut nama temannya sambil bergerak keluar dari bilik.

Sharil menoleh ke arah Azim. Bersedia mendengar cakapan Azim seterusnya.

“Sesungguhnya kamu tidak keseorangan. Allah sentiasa bersamamu. Banyakkan berhubung denganNya.” Kata Azim. Kemudian dia berlalu pergi.

Sharil hanya berdiam. Tidak berkata apa-apa. Dia kembali menatap laptopnya.

“Allah bersama aku?”

“Mengarut!” Jiwa Sharil kacau.

Terasa ada sesuatu yang membuatkan jiwanya marah. Marah akan nasibnya. Marah akan takdir hidupnya yang serba kekurangan.

Hatta apabila dia mula berpaling pada Allah. Tetap dia terasa kehidupannya tidak seperti yang dia harapkan. Tetap tidak bahagia.

“Ah!!!” Kepala Sharil runsing.

***

Nasi goreng bungkus berserta teh ais di buka untuk di makan. Makanan di beli di restoran bawah berdekatan rumahnya. Hari ini dia malas untuk makan di luar. Hanya bungkus.

Nasi goreng tersebut di buka. Kemudian Sharil mengambil sudu dan menyuap ke dalam mulutnya. Sedap, tetapi tiada nikmat. Dia langsung tiada selera walaupun perutnya lapar.

“Mungkin kerana duit yang aku dapat ini tidak berkat.” Fikir Sharil.

Dia lalu menghirup teh ais pula. Minuman kegemarannya. Rasanya sama. Sedap tetapi tiada kenikmatan. Tiada kebahagiaan.

Hati Sharil tiba-tiba terasa sebak.

“Allah bersamamu.” Pesanan temannya tergiang-giang semula.

“Allah bersama aku?”

“Tetapi kenapa hidup aku begini?”

“Kalau Allah bersama aku, mesti Allah sentiasa tolong aku. Mesti aku tidak akan susah sebegini.”

Bertubi-tubi soalan muncul di fikiran Sharil. Hakikatnya dia sudah keliru dengan kehidupannya. Keliru dengan hakikat kebahagiaan yang sebenar.

Apakah kebahagiaan yang sebenarnya? Kenapa kita hidup di dunia ini? Apa tujuan kita di ciptakan?

Kenapa buat baik juga dapat musibah?

Kenapa ramai orang jahat hidup mewah?

Kenapa kehidupannya tidak seperti yang dia harapkan?

Dan soalan Sharil di tinggalkan tanpa jawapan.

**bersambung

Sila komen di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s