MENCARI CINTA

Cinta

Cinta

Dia merenung ke arah atas. Langit yang terbentang luas di tatapi. Cahaya bintang yang berkelipan mengindahkan lagi panorama pada malam itu. Tidak dilupakan bulan separa yang megah bercahaya. Angin sejuk malam sesekali singgah. Menghangatkan lagi suasana.

Dia tidak bergenjak dari tempat baringannya. Ingin Dia menghayati suasana dingin malam. Ketika ini Dia berada di atas bukit. Dia ingin melupakan segala masalah yang tersimpan dalam kepala. Segala masalah yang merunsingkannya.

“Huh…” Keluhan di hembuskan.

Sekali lagi Dia menatap langit. Langit ciptaan yang Maha Esa. Sesekali sinaran cahaya bulan hilang di tutupi awan bergerak. Kemudian beberapa seketika cahaya tersebut kembali megah apabila awan tersebut tidak lagi ditutupi.

Tujuan Dia datang ke bukit itu kerana ingin menenangkan fikiran. Melupakan semua benda. Tetapi nampaknya ia bukanlah perkara yang mudah. Masalah yang dihadapinya masih menghantui diri.

“Saya harap awak cari sahaja orang lain. Saya tidak sesuai untuk awak.”

Kata-kata penolakan dari seorang wanita yang sangat dicintainya kembali tergiang-giang di fikiran. Dia tersenyum kelat apabila mengingati semula nasib yang menimpanya.

Hairan. Hairan kenapa begitu susah untuk Dia mencari wanita yang Dia cintai yang juga turut mencintai Dia. Selama hidupnya di dunia ini. Dia hanya berpengalaman mencintai wanita sebelah pihak sahaja.

Apabila Dia mencintai satu wanita, wanita tersebut tidak mencintai Dia dan begitulah sebaliknya apabila ada wanita yang mencintai Dia, Dia tidak mencintai wanita tersebut pula.

“Heh, kelakar betul kehidupan ini.” Monolog Dia seorang diri.

Teringat pula ada mereka yang berkata lebih baik memilih bercinta selepas nikah daripada bercinta sebelum nikah. Katanya bercinta selepas nikah itu lebih indah.

Dia tidak pula berpendapat sebegitu. Baginya tidak salah bercinta sebelum nikah asalkan bercinta mengikut syarak. Walaubagaimanapun Dia menghormati sesiapa yang berbeza pendapat dengannya.

Ada pula yang mengatakan bahawa kita kena mencintai Allah dan Rasul dahulu sebelum kita mencintai manusia lain.

Mungkin inilah yang menyebabkan Dia sering gagal dalam percintaan. Mungkin Dia tidak mencintai Allah dan Rasul dengan sebenar-benar cinta sehingga meletakkan cinta wanita lain lebih tinggi.

“Cinta Allah? Cinta Rasul?”

Bagaimana? Bagaimana mahu mencintai Allah dan Rasul? Bagaimana mahu tahu kita meletakkan cinta kita kepada Allah dan Rasul melebihi cinta kita kepada mereka yang lain?

Fikiran Dia penuh dengan persoalan. Sebenarnya Dia tahu jawapan kepada soalan tersebut. Cuma mungkin sahaja Dia tidak dapat menghayati dan memahami secara menyeluruh.

Dia lalu mengubah posisi baringannya kepada duduk. Kedua-dua belah tangannya disandarkan di atas lutut kiri dan kanan. Dia mendongak ke atas semula. Menatap langit.

“Kalau aku mencintai Allah dan Rasul? Adakah cinta aku akan berbalas?”

** Bersambung…

Sila komen di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s