Doa

Kuliah magrib yang disampaikan oleh ustaz jemputan tersebut diakhiri oleh bacaan doa. Bacaan doa tersebut dibaca dalam bahasa arab. Hampir semua yang hadir mengangkat kedua belah tangan mereka untuk turut mengaminkan doa dari ustaz tersebut.

Tetapi tidak bagi Aziz. Dia tidak mengangkat tangan. Hanya duduk diam memerhatikan mereka-mereka yang mengangkat tangan sambil menunggu untuk menunaikan solat isyak.

Ada yang mengaminkan setiap kali doa berhenti sebentar. Ada yang hanya mengangkat tangan dan ada yang baru sahaja masuk ke dalam masjid dan berjalan sambil mengangkat tangan.

Aziz sedikit tertawa melihat gelagat beberapa orang yang seakan-akan hanya mengangkat tangan tanpa ada rasa apapun. Siap boleh pandang ke kiri dan kanan serta melihat telefon pintar di tangan. Berkemungkinan besar mereka tidak faham apa yang didoakan oleh ustaz tersebut.

Bagi Aziz, doa adalah permohonan, dan sudah semestinya kita perlu tahu apa yang didoakan. Memandangkan ustaz tersebut berdoa di dalam bahasa arab, maka tiada satupun yang difahami olehnya kecuali doa-doa yang sudah dihafalnya ketika sekolah dahulu seperti doa kepada ibu bapa.

Dalam masa yang sama, Aziz hairan dengan ustaz tersebut, jemaah yang hadir di dalam masjid tersebut tergolong dari golongan kanak-kanak, pemuda serta orang tua. Dan dia amat yakin majoriti yang hadir tidak memahami doa di dalam bahasa arab. Jadi dia tertanya-tanya, adakah doa ustaz tersebut hanya sekadar upacara doa ataupun permohonan yang betul-betul ikhlas?

Ah biarlah. Aku bersyukur kerana aku berdoa dalam keadaan aku faham apa yang aku minta. Monolog Aziz.

“Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

p/s : Berdoalah dalam keadaan kita yakin doa kita akan diterima. Kepada pembaca, mohon doakan penulis supaya sentiasa istiqamah dalam Islam dan redha akan ujian yang diberi.

rujukan yang baik untuk dibaca berkenaan doa: http://drmaza.com/home/?p=1109

Sila komen di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s