Permainan Menulis ABC, Suku Kata dan Perkataan

Sesuai untuk kanak-kanak prasekolah dan pemulihan. Juga menggunakan audio Bahasa Melayu.

Download android di  https://play.google.com/store/apps/details?id=com.syumulstudio.belajarmenulisabc

Lebih 300++ latihan untuk kanak-kanak belajar dan bermain.

Apa yang ada di dalam permainan ini?

1. Menulis huruf kecil a-z dan huruf besar A-Z
2. Menulis Suku Kata Terbuka
3. Menulis Suku Kata Tertutup
4. Menulis Perkataan kvkv, kvk dan kvkvk (k = konsonan, v = vokal)
5. Suara dari anak kecil yang comel untuk setiap huruf dan perkataan
6. Musik yang menenangkan dan sesuai untuk kanak-kanak
7. Gameplay dan design yang menarik
8. Permainan mini “Siapa Saya?”
9. Permainan mini “Tolong Ikan Kumpul Huruf”
10. Permainan Mini “Ingat Saya”
11. Permainan Mini “Siapa Nama Saya?”

Terima kasih semua yang support development permainan ini. 🙂 Teruskan support kami di Syumul Studio.

Jom like page kami di Facebook Syumul Studio.

Advertisements

Doa

Kuliah magrib yang disampaikan oleh ustaz jemputan tersebut diakhiri oleh bacaan doa. Bacaan doa tersebut dibaca dalam bahasa arab. Hampir semua yang hadir mengangkat kedua belah tangan mereka untuk turut mengaminkan doa dari ustaz tersebut.

Tetapi tidak bagi Aziz. Dia tidak mengangkat tangan. Hanya duduk diam memerhatikan mereka-mereka yang mengangkat tangan sambil menunggu untuk menunaikan solat isyak.

Ada yang mengaminkan setiap kali doa berhenti sebentar. Ada yang hanya mengangkat tangan dan ada yang baru sahaja masuk ke dalam masjid dan berjalan sambil mengangkat tangan.

Aziz sedikit tertawa melihat gelagat beberapa orang yang seakan-akan hanya mengangkat tangan tanpa ada rasa apapun. Siap boleh pandang ke kiri dan kanan serta melihat telefon pintar di tangan. Berkemungkinan besar mereka tidak faham apa yang didoakan oleh ustaz tersebut.

Bagi Aziz, doa adalah permohonan, dan sudah semestinya kita perlu tahu apa yang didoakan. Memandangkan ustaz tersebut berdoa di dalam bahasa arab, maka tiada satupun yang difahami olehnya kecuali doa-doa yang sudah dihafalnya ketika sekolah dahulu seperti doa kepada ibu bapa.

Dalam masa yang sama, Aziz hairan dengan ustaz tersebut, jemaah yang hadir di dalam masjid tersebut tergolong dari golongan kanak-kanak, pemuda serta orang tua. Dan dia amat yakin majoriti yang hadir tidak memahami doa di dalam bahasa arab. Jadi dia tertanya-tanya, adakah doa ustaz tersebut hanya sekadar upacara doa ataupun permohonan yang betul-betul ikhlas?

Ah biarlah. Aku bersyukur kerana aku berdoa dalam keadaan aku faham apa yang aku minta. Monolog Aziz.

“Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

p/s : Berdoalah dalam keadaan kita yakin doa kita akan diterima. Kepada pembaca, mohon doakan penulis supaya sentiasa istiqamah dalam Islam dan redha akan ujian yang diberi.

rujukan yang baik untuk dibaca berkenaan doa: http://drmaza.com/home/?p=1109

Cerpen – Niat

Niat

Niat

Pagi yang indah dengan sinaran matahari yang menyegarkan alam sekitar. Di tambah pula bunyi-bunyi burung berkecipan sambil bermain bersama teman-teman mereka menceriakan lagi suasana di pagi hari.

Hari ini merupakan hujung minggu. Zaid yang ketika ini baru sahaja bersarapan merehatkan badannya di atas buayan kembar dan di temani oleh komputer riba yang di beli hasil dari tabungan wang ketika di alam persekolahan dahulu.

“Ah apa yang aku nak buat cuti hari ini ye?” Monolog Zaid. Komputer ribanya sudahpun berada di dalam mode start.

“Lebih baik aku berdakwah di Facebook.” Sambung Zaid apabila mendapat idea. Hari ini dia berhajat untuk sekurang-kurangnya memiliki 5 orang likers bagi post yang akan di kongsi di wall Facebooknya sebentar lagi.

Zaid merupakan seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM). Mengambil jurusan elektronik. Di tambah pula dia merupakan aktivis dalam persatuan islamik di UiTM. Maka berdakwah adalah salah satu aktiviti yang seringkali dilakukan olehnya.

Page Facebook dibuka. Dia lalu mencari gambar yang menarik untuk dikongsikan kepada rakannya hari ini. Setelah gambar yang sesuai dijumpai, Zaid lalu menekan butang Share.

Beberapa minit kemudian kelihatan warna merah di ikon notifikasi muncul. Beberapa orang meng’like’ post yang dikongsi Zaid.

Lebih dari 5 orang. Misi Berjaya!
Continue reading