Ping-Pong Team (Episode 8)

Ping-Pong Team legends

 

Ahli Kumpulan The Six Brothers berkumpul di tempat latihan mereka. Tidak terkecuali juga Mustaqim dan Khairul. Hanya seorang sahaja yang masih belum tiba. Sekolah mereka menyediakan bilik khas untuk sukan ping-pong. Terdapat dua meja ping-pong yang sedia ada terbuka dan beberapa yang  tidak di buka.

“Mana Abin?” Afiq, ketua kumpulan menanya sambil memandang yang lain. Ketika ini mereka duduk berkumpul sebelum memulakan latihan.

“Entahlah dia tu. Malas datang la tuh.” Balas Arif acuh tak acuh.

“Tidak mengapa. Dia akan tahu juga nanti. Kita mulakan dulu meeting kita hari iní.” Kata Mustaqim yang berdiri di hadapan mereka.

“Ohh, ada berita terbaru ke?” Kata Adam yang duduk di tengah-tengah sambil kakinya lunjur ke hadapan. Pernyataan Mustaqim seperti akan ada berita menarik yang akan di kongsi.

“Aku baru sahaja terima jadual perlawanan ping-pong peringkat daerah nanti.”

“Mengikut jadual di sini. Kita akan berlawan dengan sekolah Kampung Sungai Tapah di perlawanan pertama.” Sambung Mustaqim. Dia kemudian memandang ahli kumpulan The Six Brother. Ingin melihat riak wajah mereka.

Suasana sepi sebentar. Tiada bunyi. Masing-masing diam.

“Adakah mereka takut?” Bisik hati Khairul yang duduk bersama mereka. Kepalanya di toleh ke kiri dan ke kanan.

“Hahaha…” Salah seorang daripada mereka kemudian ketawa. Memecahkan kesunyian.

“Hahahahah…!” Kemudian yang lain juga ikut ketawa. Khairul bingung dengan tingkah laku mereka secara tiba-tiba. Takut pun boleh ketawa?

“Nampaknya nasib menyebelahi kita.” Salah satu suara kedengaran lantang.

“Aku akan balas balik apa yang diorang buat dekat kita hari itu.” Kata Aiman.

“Zaid aku punya.” Afiq bersuara. Wajahnya menunjukkan kegeraman. Dendamnya terhadap Zaid yang memukulnya teruk masih lekat di hati. Tidak pernah pudar.

Khairul menghela nafas lega. Mustaqim hanya tersenyum puas. Reaksi gembira dari mereka menunjukkan masih ada harapan untuk mengalahkan kumpulan Zaid. Dia memerlukan kekuatan The Six Brothers untuk menumbangkan kumpulan tersebut. Juga untuk membalas dendam apa yang mereka telah lakukan kepadanya dahulu.

***

“Meow…” Seekor kucing mengiau-ngiau kepada Abin. Lapar. Ingin meminta belas ihsan dari Abin yang sedang menikmati makanan di suatu restoran. Dia lambat ke latihan ping-pong hari ini kerana ingin makan tengahari di tempat kegemarannya dahulu.

Abin menoleh ke arah kucing tersebut. Seekor kucing betina yang sedang bunting. Abin mengetahuinya dengan melihat perutnya yang besar. Abin lantas mengopek sedikit dari ayam goreng miliknya lalu di berikan  kepada kucing betina tersebut.

“Nah.” Kupasan ayamnya di campak ke arah kucing tersebut. Kucing itu makan dengan lahapnya. Dalam masa beberapa saat sahaja ayam yang di beri sudah habis.

“Meow…” Kucing tersebut meminta lagi. Masih lapar.

“Aiyo kau ini. Aku pun lapar juga.” Kata Abin kepada kucing tersebut. Kucing tersebut hanya mengiau sekali lagi. Mungkin tidak memahami.

Zikri kebetulan berada di situ memerhati tingkah laku Abin dari jauh. Dia juga membeli makanan di situ. Ingin bungkus untuk di bawa balik ke rumah sebagai lauk tengahari. Hari ini tiada sesiapa yang memasak di rumah. Setelah membayar harga lauk yang di ambil Zikri lalu menuju ke arah tempat Abin berada.

“Nah.” Abin memberi sedikit cebisan dari ayamnya lagi kepada kucing tersebut. Kasihan melihatnya.

“Kau suka kucing.” Zikri menyapa Abin. Abin terperanjat. Terus menoleh ke arah pemilik suara.

“Kau seorang sahaja ke?” Tanya Zikri lagi apabila soalannya yang pertama tidak di jawab. Abin hanya berdiam. Dia ingin cepat beredar tetapi makanannya masih banyak.

“Aku pun suka kucing juga. ” Zikri berkongsi  minat. Abin memandang wajah Zikri. Hairan dengan perangai Zikri yang peramah dengannya padahal dia telah pun memukul teruk Zikri sebelum ini.

“Bagus lah kau ini. Berbuat baik terhadap binatang. Kita memang selalu kena buat baik dengan binatang.” Tambah Zikri. Kemudian dia menceritakan satu hadis.

Bagi Kucing Makan

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud, “Dalam masa seorang lelaki (pengembara) sedang berjalan di sebatang jalan terasa makin bertambah dahaganya lalu didapatinya sebuah perigi, dia pun turun ke dalamnya lalu minum kemudian naik semula. Tiba-tiba dilihatnya seekor anjing sedang termengah-mengah terjelir lidahnya sambil menjilat tanah basah kerana dahaga. (Melihatkan yang demikian) lelaki itu berkata: “Sesungguhnya anjing ini sedang menderita dahaga seperti yang telah aku rasakan.” Dia pun turun ke dalam perigi, lalu mengisi penuh sarung kakinya (yang diperbuat dari kulit kambing) dengan air, kemudian dia membawanya naik dengan menggunakan giginya hingga naik semula. Lalu diberinya minum anjing itu. Maka, Allah menerima amalnya yang baik itu, lalu mengampuni dosanya.” Sahabat Baginda bertanya, “Ya Rasulullah adakah kami akan mendapat pahala juga jika berbuat baik kepada haiwan itu?” Baginda menjawab, “Pada tiap-tiap (makhluk yang hidup) yang lembut basah (daging) hatinya ada pahala (bagi orang yang berbuat baik kepadanya).” (Hadis riwayat Muslim)

“Kau Zikri bukan? Kau tidak marah dengan aku ke?” Akhirnya Abin bersuara. Langsung tidak menghiraukan hadis yang baru di dengarinya.

“Marah? Kenapa pula?” Zikri menggaru kepala. Terlupa dengan peristiwa pergaduhan dengan mereka. Dia masih dalam keadaan berdiri.

“Aku pukul kau sebelum ini.” Abin jawab acuh tak acuh. Kemudian nasi di hadapannya di suap. Langsung tiada perasaan serba salah. Juga ingin melihat reaksi Zikri.

“Ohh… tidak mengapa. Aku dah maaf dan lupa dah pun.” Zikri menghulurkan senyuman sambil menggaru kepalanya lagi.

“Dan hendaklah mereka suka memaafkan dan mengampuni. Apakah kalian tidak suka Allah mengampuni kalian?” (Surah An-Nuur, Ayat 22)

“Lupa?” Abin menoleh ke arah Zikri dengan pandangan hairan. Kena pukul pun boleh lupa. Pelik.

“Eh, aku kena balik dulu hantar makanan.”  Zikri mengangkat tangan lantas bergegas  melangkah pergi meninggalkan Abin.

“Semoga kita dapat berlawan dengan baik di peringkat daerah nanti! Assalamualaikum!” Laung Zikri sambil berlari keanak-anakan. Abin hanya memandang sambil terpinga-pinga. Tiba-tiba sahaja melarikan diri. Perkenalan mereka berlalu dengan begitu pantas. Dia juga keliru dengan tingkah laku Zikri yang mesra seakan-akan sudah lama mengenalinya.

“Berlawan?” Soal hati Abin. Tidak memahami. Kemudian dia menghabiskan makanannya dan menuju semula ke sekolah untuk berlatih.

***

“Kau lambat Abin. Kami baru sahaja habis berbincang mengenai strategi perlawanan kita dengan sekolah Kampung Sungai Tapah.”  Kata Afiq apabila melihat Abin  di muka pintu. Memasuki bilik tersebut.

“Strategi perlawanan? Dengan mereka?” Balas Abin. Barulah dia faham akan kenyataan yang baru di katakan Zikri sebentar tadi.

“A’ah. Kita akan lawan dengan mereka di perlawanan pertama nanti.”  Kata Adam dengan nada gembira.

“Mengikut strategi yang telah di rancang. Kau akan bermain sebagai perseorangan ketiga. Lawan kau adalah Zikri.” Mustaqim bersuara.

“Zikri? Macam mana kau tahu?”

“Heh, jangan pandang rendah pada kebolehan aku. Kebarangkalian untuk dia bermain perseorangan ketiga adalah 100%.” Mustaqim berkata angkuh. Dia lalu menunjukkan paparan skrin laptopnya kepada Abin. Semua data-data mengenai ahli ping-pong kumpulan Zaid terpapar.

“Mengikut analisa yang telah di buat, Zaid akan bermain sebagai perseorangan pertama di ikuti Nazrin sebagai perseorangan kedua dan Zikri perseorangan ketiga. Manakala untuk berkumpulan pula, Syamil dan Hazman beregu pertama dan Azim dan Shah beregu kedua. Uzair sebagai simpanan.” Panjang Mustaqim menjelaskan.

Abin memandang skrin di laptop.

“Kenapa aku tidak berlawan di perseorangan pertama?” Soal Abin. Tidak berpuas hati.

“Aku tahu kau paling hebat antara kita. Tapi aku mahu balas dendam terhadap Zaid.” Afiq mencelah sekaligus merungkaikan persoalan Abin. Afiq dan Abin merupakan rakan sebaya sejak kecil. Walaupun Afiq adalah ketua kepada The Six Brothers, tetapi dia amat menghormati Abin.

“Lagi pun Zikri juga serupa dengan kau.” Khairul tiba-tiba bersuara apabila sekian lamanya hanya berdiam.

“Serupa dengan aku?”

“Dia genius.”

“Ohhh….” Abin mengangkat kening. Tertarik.

“Zikri…nampaknya aku dan kau di takdirkan menjadi musuh.” Monolog hati Abin. Bibirnya mengukir senyuman.

***

Uzair vs Zikri

Akhirnya tiba hari yang di nanti-nantikan. Kejohanan sukan ping-pong peringkat daerah.

Dewan Sekolah Menengah Manjoi riuh dengan kedatangan peserta mewakili sekolah masing-masing. Sekolah ini merupakan tuan rumah pada tahun ini. Tidak jauh dari Sekolah Menengah Kampung Sungai Tapah, juga tidak jauh dari Sekolah Kampung Tengku Hussein.

Pasukan Zaid tiba ke destinasi.

“Wah, ramainya orang.” Azim terpegun. Shah juga membuat reaksi yang sama. Dulu ketika mereka berdua  di sekolah rendah, permainan ping-pong hanya segelintir  sahaja yang bermain. Tidak popular.

“Menurut senarai pasukan yang ustaz dapat, sebanyak 16 pasukan yang bertanding. Bermaksud ada 16 sekolah yang hadir.” Ustaz Marhalim memandang kertas di tangannya.

Pertandingan kali ini di bahagi kepada empat kumpulan A,B,C dan D. Setiap kumpulan mempunyai 4 pasukan yang berlainan. Johan dan naib johan bagi setiap kumpulan akan layak untuk memasuki 8 pasukan terbaik dan bertanding untuk mendapat tempat johan peringkat daerah.

“Kita kumpulan mana?” Tanya Nazrin.

“ Kumpulan A. “ Balas Hazman.

“Maksudnya kumpulan The Six Brothers pun kumpulan A jugakan?” Tanya Uzair pula. Meminta kepastian.

“Betul. Sudah, cukup bertanyakan soalan. Kita perlu sahkan pendaftaran kita di kaunter dahulu.” Balas Ustaz Marhalim.

“Baik Ustaz!” Semua menyahut.

Mereka lalu menuju ke kaunter pendaftaran. Sepanjang perjalanan, semua orang memerhatikan mereka. Johan tahun lepas. Sudah pasti menjadi tarikan kepada semua pasukan bagi merebut semula tahta johan peringkat daerah dari mereka. Kedengaran bisikan-bisikan dari beberapa orang menceritakan tentang mereka.

“Zaid.” Salah seorang pemuda tiba-tiba menerpa dari belakang.

Zaid menoleh ke arah pemilik salam. Mereka berdua kemudian bersalaman dan bertanya khabar. Pemuda tersebut kemudian beredar.

“Siapa tu?” Tanya Uzair.

“Ketua pasukan sekolah Manjoi.” Balas Zaid.

“Dia juga boleh di katakan hebat. Menang setiap perlawanan. Tetapi tahun lepas di sebabkan ahli kumpulannya tidak menyerlah, mereka tersingkir di peringkat kumpulan.”  Kata Syamil. Menceritakan sejarah tahun lepas.

“Tapi tahun ini kumpulan mereka mungkin berbeza.” Tambah Hazman.

“Nampaknya dia juga musuh kita.” Sampuk Shah. Sedikit kerisauan muncul di hatinya.

“Buat masa sekarang, dia bukan musuh kita. Tetapi musuh kita adalah mereka.” Nazrin menunjuk ke arah satu tempat. Semua memandang ke arah yang di tunjuki. The Six Brothers.

***

Perlawanan peringkat daerah akan bermula sebentar sahaja lagi. Semua pasukan mengambil tempat masing-masing. Perlawanan pertama bagi kumpulan A di mulai dengan perlawanan antara pasukan Zaid iaitu Sekolah Kampung Sungai Tapah dan pasukan Mustaqim iaitu Sekolah Kampung Tengku Hussein.

Kedua-dua pasukan bersalaman.

“Saya harap kita dapat bermain dengan baik.”  Ustaz Marhalim mengukir senyuman. Mustaqim hanya berdiam. Mereka tidak mempunyai guru pengiring. Oleh itu Mustaqim menjadi penasihat untuk pasukannya.

Selepas bersalaman. Kedua-dua pasukan mengambil tempat masing-masing.

“Ingat pesan ustaz. Kita bermain bukan sahaja untuk menang tetapi juga beribadah kepada Allah. Jaga hubungan dengan Allah ketika bermain. Itu yang paling penting.” Ustaz Marhalim memberi kata-kata peringatan kepada semua ahli ping-pongnya.

“InsyaAllah Ustaz.” Semua mengangguk.

“Baiklah, Zaid kamu baca doa.” Arah Ustaz. Zaid lalu membaca doa dan di aminkan oleh pemain lain. Semua yang hadir di dewan melihat reaksi mereka. Jarang melihat suasana seperti itu. Kedengaran beberapa orang memuji mereka.

“Heh. Mereka doa macam mana sekali pun tidak mungkin menang.” Afiq menyumpah. Meluat melihat mereka seakan-akan menunjuk baik di khalayak ramai.

“Amin!” Semua pemain mengaminkan doa buat kali yang terakhir.

“Baiklah perlawanan pertama adalah beregu kedua. Kedua-dua pasukan sila mengambil tempat.” Pengadil perlawanan bersuara ke arah kedua-dua pasukan.

Seperti yang di rancang oleh Mustaqim. Beregu kedua adalah Shah dan Azim. Mereka berdua mengambil tempat. Manakala bagi pasukan Mustaqim pula di wakili oleh Adam dan Aiman.

“Semoga berjaya!” Sorak beberapa pemain. Perlawanan mereka mula menjadi tumpuan orang ramai.

“Heh budak kecil sahaja mereka ini.” Aiman memerli.

“Kemenangan 100%.” Kata Adam dengan yakinnya.

Shah dan Azim hanya berdiam. Terasa gementar apabila diri mereka di perhatikan oleh orang ramai. Tidak biasa.

“Servis bermula!” Suara pengadil bergema menandakan perlawanan di mulai dengan servis di mulakan oleh Aiman.

“Hiargh!” Aiman membaling bola ke atas dan memukulnya dengan laju. Bola menuju ke arah Shah. Shah lalu memukul ke arah meja pihak lawan semula.

Dum!

Bola hantaran Shah dengan serta merta di balas oleh Adam. Mudah. Azim tidak dapat membalas.

1 – 0.

Ustaz Marhalim memandang kedua-dua anak buahnya.

“Mereka gementar.” Fikir Ustaz tersebut.

**bersambung

 

 

 

Sila komen di sini

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s