Rahmat atau Musibah?

Rahmat atau Musibah?

“Jumpa esok.” salah seorang rakan sekelas menegur Saiful. Ketika itu kuliah pengajaran subjek matematik baru sahaja tamat.

“InsyaAllah.” Saiful senyum kepada rakannya. Kemudian dia berlalu pergi. Kolej tempat kediamannya menjadi destinasi. Dia ingin berehat sementara menunggu kuliah seterusnya pada pukul 2 petang. Bilik di kolej menjadi tempat rehatnya pada waktu tengahari memandangkan kolej dan fakultinya hanya berjarak sepuluh minit.

Ketika dia berjalan menuju ke kolejnya, tiba-tiba dia teringatkan sesuatu perkara.

“Astafirullahalazim, aku belum bayar yuran kolej dan Fakulti. Alang-alang dah teringat ni baik pergi bank dan keluarkan duit dulu.” monolog saiful. Dia kemudiannya berhenti di mesin ATM yang berdekatan dengan laluannya ke kolej.

“Emm, nak keluar berapa ya?” Saiful berfikir sejenak.

“Ah, keluar lima ratus teruslah. Buat belanja bulan ini juga.” Saiful lantas menekan button RM500 dan kemudian mesin ATM itu pun mengeluarkan sejumlah wang keping RM50 yang banyak.

Lantas dia mengambil kepingan wang tersebut. Dia ingin cepat memasukkan kepingan wang tersebut ke dalam poket. Bimbang akan menarik perhatian orang sekiranya memegang sejumlah wang yang banyak.

Belum sempat lagi dia memasukkan wang tersebut ke dalam poketnya, tiba-tiba muncul satu tangan menerpa ke arah wang yang dipegang olehnya. Tangan tersebut meragut wang itu. Saiful berasa sangat terkejut. Rupa-rupanya tanpa disedari seorang pemuda berdiri di belakangnya ketika dia mengeluarkan wang tersebut. Menunggu kesempatan untuk meragut wang tersebut.

Pemuda tersebut berlari laju ke arah temannya yang menunggang motosikal. Saiful mengejar tetapi tidak sempat. Pemuda dan temannya sudah laju pergi dengan menunggang motosikal. Wajah mereka juga tidak dapat dilihat. Sangat pantas!

Saiful tergamam.

“Ya Allah. Apakah yang sudah berlaku?” Saiful seakan tidak percaya. Jantungnya berdegup kencang.

Continue reading

Advertisements