Shinka My Love

Seekor kucing yang di bela sejak lahir lagi. Ibunya melahirkan beberapa ekor anak. Oleh kerana keluarga tidak mampu untuk menjaga bilangan kucing yang banyak, hanya seekor kucing sahaja yang di pilih untuk di jaga. Dan kucing terpilih itu adalah Shinka. Namanya di petik dari watak animasi ‘The Wild Striker.

Shinka, dari kecil sampai ke dewasa sudah banyak berjasa kepada keluarga. Sudah banyak menemani insan-insan bernama manusia. Suka dan duka di kongsi bersama.

Bermain ping-pong bersama, bermain kejar-kejar bersama, makan bersama, tidur bersama, dating bersama, berborak bersama, tangkap gambar bersama, pergi warung pak kade bersama dan macam-macam lagi.

Kenanganmu bersama kami terlampau banyak untuk di ceritakan di sini.

Semoga kenanganmu di hati kami tidak akan pudar.

Terima kasih Shinka.

Advertisements

Shinka di Quarantine!

Shinka

Tidak sabar untuk ku pulang ke rumah. Berbulan-bulan lamanya tidak menjejaki ke sana. Ketika ini ibuku memandu kereta waja nya. Aku hanya duduk di bahagian hadapan. Bersebelahan dengannya. Ibuku sememangnya tidak membenarkan aku membawa kereta sekiranya dia turut menaiki kerana takut. Mungkin sebab aku masih amatur dari segi membawa kereta.

Setibanya di rumah ku. Aku terus mencari kelibat seekor makhluk yang sangat aku cintai. Seekor makhluk yang sangat aku rindui. Lama sudah tidak berjumpa dengannya. Bukan kerana aku tidak merindui keluarga tetapi makluk itu juga salah satu dari keluargaku.

Ya. Makluk itu adalah seekor kucing yang berwarna kelabu dan berbelang-belang serta berbulu lebat. Di tambah pula ekornya yang panjang dan berbulu seperti tupai. Sekiranya dapat di peluk, seakan memeluk bayi. Menghangatkan.

Shinka. Nama kucing itu di beri.

“Mana Shinka?” Pertanyaan pertamaku ketika menjejaki rumah. Soalan dilontarkan kepada adikku. Beg yang berisi baju yang ku galas di letakkan di ruang tamu. Ketika ini aku baru pulang dari shah alam. Cuti semester dua bulan.

“Entahlah. Selalu malam-malam macam ni memang menghilang.” Adik ku menjawab malas. Tangan di salami.

“Meow…” Kedengaran satu suara memasuki rumahku.

“Shinka!” aku lantas memeluknya. Seperti tahu sahaja aku mahu pulang. Aku memeluknya erat. Sehingga kucing itu mengiau berkali-kali dek kerana sakit dipeluk.

Tiba-tiba aku terasa sesuatu yang berair dan lendir di tangan ku.

“Eh? Kenapa dengan Shinka punya kaki ni?” aku lihat terdapat luka di kakinya. Masih baru. Terdapat tiga luka. berbentuk bulat. Seperti tompokan.

“Entahlah, dah lama dah kena.” Adikku menjawab.

“Ish2. Ni mesti gaduh ni. Dah la ketua mafia dia ni!” Aku menduku kepala Shinka. Shinka hanya mengiau. Memang, kucingku sangat suka bergaduh. Badannya yang besar membuatkan dia seakan-akan ketua mafia di kampung ku.

Luka di kakinya tidak menjadi perhatianku. Bagi aku luka itu biasa. Esok-esok pasti akan sembuh. Itu tafsiranku.

Continue reading