Cerpen – Niat

Niat

Niat

Pagi yang indah dengan sinaran matahari yang menyegarkan alam sekitar. Di tambah pula bunyi-bunyi burung berkecipan sambil bermain bersama teman-teman mereka menceriakan lagi suasana di pagi hari.

Hari ini merupakan hujung minggu. Zaid yang ketika ini baru sahaja bersarapan merehatkan badannya di atas buayan kembar dan di temani oleh komputer riba yang di beli hasil dari tabungan wang ketika di alam persekolahan dahulu.

“Ah apa yang aku nak buat cuti hari ini ye?” Monolog Zaid. Komputer ribanya sudahpun berada di dalam mode start.

“Lebih baik aku berdakwah di Facebook.” Sambung Zaid apabila mendapat idea. Hari ini dia berhajat untuk sekurang-kurangnya memiliki 5 orang likers bagi post yang akan di kongsi di wall Facebooknya sebentar lagi.

Zaid merupakan seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM). Mengambil jurusan elektronik. Di tambah pula dia merupakan aktivis dalam persatuan islamik di UiTM. Maka berdakwah adalah salah satu aktiviti yang seringkali dilakukan olehnya.

Page Facebook dibuka. Dia lalu mencari gambar yang menarik untuk dikongsikan kepada rakannya hari ini. Setelah gambar yang sesuai dijumpai, Zaid lalu menekan butang Share.

Beberapa minit kemudian kelihatan warna merah di ikon notifikasi muncul. Beberapa orang meng’like’ post yang dikongsi Zaid.

Lebih dari 5 orang. Misi Berjaya!

*****

Terasa bosan. Zaid lalu mencari telefon pintarnya. Applikasi Whatapps dibuka. Dia ingin mengajak rakan-rakannya di dalam group Whatapps untuk keluar melepak pula.

“Jom Lepak.” Ajak Zaid.

Beberapa orang rakan di dalam group membalas. Ada yang menyahut ajakan Zaid dan ada yang menolak.

Zaid lalu menutup komputer ribanya. Bersedia bergerak menemui teman-teman pula. Topi berwarna oren yang menjadi kebiasaan untuk dipakai ketika keluar berjalan diambil dan dipakai.

Di dalam perjalanan, Zaid ternampak satu objek yang menghalang lalu lintas. Semakin dekat semakin jelas objek tersebut.

“Kelapa? Ah, biarkan je la. Nanti pandai-pandai la orang lain buangkan.” Bisik hati Zaid.

Kemudian dia ternampak dua orang pemuda sedang bersembang di kawasan berdekatan. Tanpa berfikir panjang Zaid terus mengambil kelapa tersebut dan membuangnya di tong sampah yang terdapat di situ.

“Weh, lihat apa budak tu buat. Terbaiklah.” Kata salah seorang pemuda.

Temannya yang satu lagi memandang ke arah yang di tunjukkan. Teringat pula akan hadis yang mengatakan perbuatan menyingkirkan objek yang menghalang lalu lintas.

“Terbaik.” Kata temannya.

Zaid perasan yang mereka memuji tindakannya. Memang itu yang dia hasratkan.

*****

Zikri dan Hazman berjalan seiringan. Hanya mereka berdua sahaja yang menyahut ajakan Zaid.

Zikri seorang yang berbadan sederhana tinggi. Berpakaian T-Shirt berwarna kuning dan mengenakan topi berwarna hitam di kepala manakala Hazman pula seorang yang berbadan tinggi, berbaju putih dan mempunyai beg galas yang digalas menyiring ke hadapan. Juga mengenakan topi berwarna hitam.

Kedua-dua mereka merupakan teman Zaid sejak kecil lagi.

Dari Kejauhan ternampak kelibat Zikri dan Hazman di seberang jalan. Zaid cuba untuk melintas. Menoleh ke kiri dan kanan.

Tiada kereta. Lintas.

Mereka bertiga lalu bersalaman seperti kebiasaan apabila seseorang berjumpa dengan seseorang.

“Jom lepak sana.” Kata Hazman selesai sahaja bersalaman.

“Jom!” Zaid dan Zikri mengia tanpa membantah.

Dalam perjalanan mereka terlihat seorang lelaki sukarelawan sedang meminta sumbangan untuk tabung Palestin dan Syria.

Palestin dan Syria kini memerlukan bantuan dari banyak aspek seperti kewangan, perubatan dan lain-lain kerana di tindas oleh musuh-musuh Islam terutamanya Israel dan Zionis.

“Assalamualaikum bang, derma untuk rakyat palestin yang ditindas.” Sapa sukarelawan tersebut.

Zikri dan Hazman mengeluarkan dompet. Wang kertas didalamnya di capai. RM1 dimasukkan di dalam tabung.

Tidak terkecuali juga Zaid. Apabila melihat sahaja dua rakannya bersedekah, dia lalu membuka beg dompet dan mengambil sehelai wang kertas di dalam.

Wang kertas bernilai RM50 dikeluarkan. Zikri dan Hazman agak terperanjat. Termasuk juga sukarelawan tersebut. RM50 merupakan nilai yang banyak.

Duit tersebut dimasukkan ke dalam tabung. Sukarelawan tersebut bersalaman tanda terima kasih akan pemurahnya Zaid. Zaid tersengih. Hakikatnya dia ingin menunjukkan kepada mereka semua betapa pemurah dirinya jika hendak dibandingkan dengan yang lain.

Zikri dan Hazman sedikit tidak puas hati dengan sikap Zaid yang seakan cuba untuk menunjuk-nunjuk. Walaubagaimanapun mereka membiarkan sahaja dan berlalu pergi.

*****
Selesai sahaja mereka berjalan serta melepak, Zikri dan Hazman berlalu untuk pulang ke rumah masing-masing. Mereka bertiga bersalaman.

“Okay Zaid, jumpa lagi.” Kata Zikri.

“Aku pun nak balik rumah ni. Jumpa lagi InsyaAllah.” Hazman juga bersalaman dan berlalu pulang.

“Okay, nanti kita lepak lagi.” Kata Zaid.

Zaid juga berlalu pulang.

Tiba-tiba telefon pintarnya berbunyi. Satu mesej di terima. Zaid lalu membuka mesej tersebut. Seorang kawan rapatnya di universiti dahulu tiba-tiba menghantar satu gambar yang mengandungi kata-kata nasihat.

Zaid membaca.

“Semua amal tergantung pada niatnya, maka niatkanlah kebaikan di setiap amal anda.”

Tersentap.

Mesej yang diterima benar-benar berbicara dengannya.

Terlintas Zaid akan perlakuan-perlakuan yang dilakukannya hari ini.

Post status agama untuk mendapat likers.

Membuang objek yang menghalang jalan untuk diperhatikan oleh orang lain.

Menderma untuk menunjuk bahawa dia lebih pemurah.

Semua itu tergiang semula di kepala.

“Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah.” Zaid mengulang-ngulang kalimah agung itu. Tanda menyesal akan kesalahan meletakkan niat amal kebaikan sebelum ini.

Niat bukan kerana Allah.

“Ya Allah, ampunilah dosa hambamu ini.” Doa Zaid.

*sumber jalan cerita

Sila komen di sini