Budak Kecil juga Guruku

Guru Kecil

Tit-tit…Tit-tit…

New Message Receives…

Hafiz lantas membaca messages yang baru di terima olehnya.

“Hafiz, malam ini kita pergi masjid k, solat magrib dan isyak berjemaah.” Hafiz membaca mesej yang di hantar oleh jirannya, Nazrin.

“OK.” Hafiz lantas membalas mesej tersebut.

Nazrin merupakan sahabat dan jirannya sejak kecil lagi. Dia memang seorang yang suka mengajak orang lain ke masjid. Walaupun dia tidak mempunyai fikrah agama yang tinggi, tetapi hatinya gemar melakukan kebaikan. Hatinya bersih dari melakukan perkara yang sia-sia.

***

Allahuakbar,Allahuakbar.” Azan magrib berkumandang.

Mendengar sahaja azan berkumandang, Hafiz lantas memakai baju melayunya yang berwarna biru. Baju Melayu kegemaran. Kemudian, tanpa berlengah dia melangkah ke muka pintu hadapan rumah. Ingin terus ke masjid.

“Abang Hafiz hendak ke masjid ke?” Tiba-tiba adiknya Muqarrabin menegur. Ketika itu adiknya sedang membuat kerja sekolah di ruang tamu. Masih belajar di sekolah rendah.

“A’ah.” Hafiz menjawab sepatah. Malas mahu melayan adiknya.

“Nak ikut jugak. Tunggu sekejap!”  Muqarrabin terus berdiri dan berlari pantas menuju ke almari pakaiannya. Ingin menukar kepada baju melayu juga. Hafiz hanya memandang gerak geri adiknya. Pelik betul budak ini.

“Abang tunggu dekat luar k!”

“Okay!” Balas Muqarrabin.

Beberapa minit kemudian…

“Isyk, mana budak ini.” Monolog Hafiz. Lama dia menunggu tetapi kelibat adiknya tidak muncul. Padahal tadi hanya ingin menukar baju sahaja.

“Abin! Cepatlah!” Laung Hafiz dari luar. Panggilan ‘Abin’ merupakan nama singkatan untuk Muqarrabin.

“Kejap!”  Kedengaran suara adiknya menyahut dari dalam.

“Kejap apa laginya, imam dah start solat dah tu!” Hafiz mula geram. Kesabaran Hafiz hanya sebentar. Dia lantas menuju ke pintu dan membukanya untuk melihat apa yang terjadi. Entah apa yang lama sangat.

Sejurus sahaja pintu di kuak. Hafiz melihat adiknya sedang bertungkus lumus mengorek tabungnya.

“Laa…Buat apa korek tabung ni? Cepatlah!”

“Sekejap, Abin nak bagi sedekah dekat masjid ni.” Abin lalu menyambung aktiviti mengorek tabungnya. Kelihatan beberapa duit syiling jatuh ke lantai.

Pap! Hafiz tersentap  mendengar. Bagaikan di panah petir. Lidahnya terkelu.

Budak kecil di hadapannya ini begitu mulia sekali sehingga sanggup mengorek tabung untuk di sedekahkan. Ternyata tiada rasa bakhil yang tersemat di dalam jiwanya. Berbeza sekali dengan dirinya yang jarang bersedekah padahal dia mempunyai lebih banyak wang jika di bandingkan dengan adiknya yang masih kecil.

Hafiz beristifar. Insaf.

“Okay jom.” Muqarrabin lantas menuju ke luar dan memakai seliparnya.

“Baik betul adik abang ini.” Hafiz memuji adiknya. Cuba memberi dorongan walaupun di hatinya penuh dengan rasa insaf. Muqarrabin tersenyum mendengar pujian tersebut. Mereka berdua lalu berjalan bersama menuju ke masjid.

Setibanya mereke berdua di masjid, Muqarrabin lantas mengambil duit syiling yang baru di korek lalu memasukkannya ke dalam tabung masjid. Tidak banyak, hanya lima puluh sen. Tetapi, untuk bersedekah, kuantiti bukanlah yang di pandang oleh Allah.

“Orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah, kemudian tidak mengiringi apa yang dia infakkan itu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.” (Surah al-Baqarah, ayat 262)

Hafiz memandang adiknya yang seronok memasukkan duit syiling tersebut.

Ya Allah, bakhilnya aku. Langsung tidak pernah tergerak untuk bersedekah.” Bisik hati Hafiz.

***

Setelah selesai menunaikan solat isyak secara berjemaah, Hafiz,Nazrin dan Muqarrabin berlalu pulang bersama-sama.

“Nazrin, esok kalau kau mahu pergi ke masjid lagi beritahulah. Seronok pula solat di masjid ini.” Kata Hafiz.

“Okeh, no problem. Aku suka bila ada teman sekali ke masjid. Kebanyakkan orang masjid semua orang-orang tua. Anak-anak muda langsung tidak kelihatan.” Balas Nazrin. Hafiz mengangguk-angguk.

“Abang Hafiz.” Tiba-tiba adiknya Muqarrabin menyampuk.

“Ye?” Hafiz mengangkat kening sambil memandang adiknya.

“Sebelum ini tak pernah nampak abang pergi masjid pun. Abang Hafiz hanya pergi ke masjid bila abang Nazrin ajak ke?

Pap! Sekali lagi Hafiz tersentap mendengar. Betul juga. Sebelum ini dia jarang ke masjid. Hanya apabila Nazrin ajak sahaja baru dia tergerak untuk pergi.

“Err, ala Abin pun baru pergi sekali.” Hafiz menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Hahaha, adik kau pula yang di salahkan.” Nazrin ketawa mendengar jawapan Hafiz. Hafiz tersengih. Abin terpinga-pinga. Tidak memahami.

“Abin lepas ini rajin-rajinlah ke masjid ye.” Nazrin mengusap-usap kepala Abin.

“Boleh, tapi kena abang Hafiz pergi sekali la.” Balas Abin.

“Tengok tu, dia pun sama je ikut orang juga.” Hafiz menduku kepala Abin. Abin mengaduh walaupun tidak sakit. Mereka kemudian ketawa bersama. Terasa ada aura keceriaan apabila selesai beribadah kepadaNya secara bersama. Ternyata Allah mencampakkan rasa bahagia kepada hati sesesiapa sahaja yang beribadah kepadaNya.

Continue reading

Istikharah. Memilih Supervisor.

Istikharah. Pilih solusi yang terbaik.

“Baiklah, di sini saya sertakan senarai nama pensyarah yang boleh di pilih untuk di jadikan supervisor awak semua.” Kata pensyarah yang mengajar subjek final year project.

Aku melihat semua senarai yang terpapar di skrin projector.

“Ah! Tiada nama dia?” Bisik hatiku.

“Syafiq, awak sudah pilih supervisor?” Pensyarah itu tiba-tiba menanyaku. Aku lantas berdiri.

“Puan, saya mungkin pilih Sir Ahmad Aljunid.” Kata saya dengan nada teragak-agak. Pensyarah di depan saya terkejut apabila mendengar . Mana tidaknya, nama tersebut tiada dalam senarai!

“Kenapa awak mahu pilih dia?”

“Saya berminat untuk buat research tentang tajuk dia.”

“Tajuk apa?”

“Image Steganography.”

Semua pelajar di kelas memandangku. Mungkin tidak faham dengan maksud tajuk yang aku sebut. Bak kata pepatah inggeris. “It is a Jargon words.”

Steganography adalah salah satu hidden komunikasi  yang menyembunyi  kewujudan data di dalam  medium  (Cth: Image, Video) lain supaya data tersebut tidak boleh di lihat oleh mata manusia. Iaiya sama seperti Encryption tetapi sedikit berbeza dari segi tujuan. Encryption mengubah data kepada unreadable data supaya orang lain tidak memahami. Manakala Steganography menyembunyi data di dalam medium lain supaya orang lain tidak tahu dan tidak perasan bahawa ada data yang tersembunyi di dalamnya.

Image Steganography pula adalah dengan menyembunyikan data di dalam digital image.

Pensyarah di depanku mengangguk. Mungkin sedang berfikir.

“Baiklah, Tajuk awak itu bagus. Tetapi…” Kata-kata pensyarah itu terhenti.

“Saya takut dia tidak boleh bantu awak untuk apply teknik Artificial Intelligent di dalam projek awak.” Sambungnya lagi.

Aku tersentap mendengar kata pensyarahku. Betul juga. Fikiranku tiba-tiba menjadi buntu.

Artificial Intelligent adalah bidang yang aku ceburi. Di dalamnya terdapat banyak teknik seperti Neural Network, Fuzzy Logic, Genetic Algorithm, Knowledge Based System, Data Mining dan lain-lain. Final year project aku perlu memasukkan sekurang-kurangnya salah satu dari teknik tersebut. Sekiranya tidak, aku tidak boleh meneruskan kajianku dan proposalku akan di tolak.

Dan pensyarah yang aku cadangkan bukanlah di dalam bidang Artificial Intelligent. Pasti tidak dapat membantuku.

Continue reading