Usaha Tangga Kejayaan

 

“Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras ( untuk urusan yang lain. (Surah Asy-Syarh – ayat 7)

Ikramah, Ridwan dan Farhan memandang antara satu sama lain. Mereka tersenyum seolah-olah sudah tahu apa yang terlintas di dalam fikiran antara satu sama.

“InsyaAllah, aku pasti dapat lakukannya.” Ikramah,Ridwan dan Farhan berbicara di dalam hati sambil mengenggam tangan mereka membentuk penumbuk. Semangat baru datang semula!

***

Sebelum itu**

Hah? esok ada pop kuiz? Satu kelas terkejut mendengar apa yang baru sahaja diperkatakan oleh pensyarah yang mengajar subjek Statistik ketika itu, Prof. Dr. Aisyah bt Sulaiman.  ‘Pop Kuiz’ amat terkenal di UiTM sebagai salah satu sumber mudah untuk membantu para pelajar mendapat markah yang tinggi dalam kursus-kursus yang di ambil.

“Hish! tak patut betul la Prof. buat kita macam ni. Aku tak study apa-apa pun lagi.” rungut Farhan kepada temannya.

“Betul-betul, dah la Prof ajar tak faham. Pakai slide lepas tu baca je, aku pun boleh mengajar macam tu.” tambah Ridwan.

Ikramah mendengar perbualan mereka. Bagi dia mengumpat pensyarah adalah perkara yang tidak patut kerana ilmu yang diterima akan menjadi tidak berkat. Akan tetapi mereka yang mengumpat seperti tidak mengetahuinya. Mana tidaknya, di musim final exam pun ramai yang menyalahkan pensyarah dan merungut tak faham apa yang mereka belajar selama ini sedangkan itu bukanlah salah pensyarah tetapi salah pelajar yang tidak menuntut ilmu dengan betul dan hanya tahu main-main sahaja.

Continue reading

Macam mana nak lajukan lagi performance laptop dengan mengurangkan Visual Effect .


Baru-baru ni saya baru melajukan komputer saya dengan membuat sedikit pertukaran di performance komputer atas bantuan sahabat saya, Ehsan. Subhanallah, laju yang amat. Sedangkan laptop saya baru je lepas format tetapi masih boleh dilajukan. Ini kerana terlampau banyaknya visual effect yang bagi saya tak ada pun tak apa. Oh ya, saya pakai Windows 7,  OS 32-bits. Windows yang lain pun lebih kurang je caranya. Huhu.

Bagaimana mahu lajukan?

Ini antara step-step nya..

1.  Pergi ke START — COMPUTER (klik kanak) — Properties

2.  Selepas itu akan keluar satu interface berkenaan information komputer kita. Lihat                 sebelah kiri, klik  Advance system settings’.

3.  Akan keluar interface macam ni :

Klik button ‘Settings di bahagian Performance. Kita akan ubah performance        komputer kita supaya tak pakai banyak memory.

4.  Akan keluar interface Performance Options’. Klik bahagian Visual Effects’.                    Visual Effects la yang menyebabkan komputer kita sering lambat terutamanya                    untuk windows 7 yang popular dengan effect-effect. (Bagi yang suka lihat effect-                  effect ni boleh teruskan, tapi effect-effect ni la yang pakai banyak memori kita).

5.  Selepas itu  klik button ‘Custom’ dan klik button-button yang anda lihat di gambar                atas atau disenaraikan di bawah.

–  Enable Aero Peek.

–  Enable desktop composition.

–  Enable transparent glass.

–  Save taskbar thumbnail previews.

–  Show thumbails instead of icons.

–   Show translucent selection rectangle.

–   Smooth edges of screen fonts.

–    Use visual styles on windows and buttons.

6. Tekan button ‘apply’ and button ‘ok’.

Siap! komputer akan lebih laju dari sebelumnya. InsyaALLAH. Selamat mencuba. ^^

Membuat Blog

"Berkongsi Ilmu"

Bismillahirahmanirrahim. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih.

Di permulaan ini, saya tidak tahu untuk post apa. saya membuat blog ini pun di atas nasihat seorang sahabat yang tinggal bersama saya. Katanya membuat blog ini bagus. kita dapat post apa yang kita belajar di blog. Semoga ilmu yang kita dapat itu dapat dikongsi dan dimanfaatkan kepada orang ramai. Tambahan, insyaAllah kita tidak akan lupa apa yang kita belajar sebab dah di post di blog. (kalau lupa boleh rujuk blog (^ _ ^))

Berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
 “Apabila mati anak Adam, maka putuslah amalannya kecuali tiga iaitu, anak soleh yang mendoakan untuknya, ilmu yang dimanfaatkan dan sedekah amal jariah yang ditinggalkan.”

Kalau kita lihat hadis di atas, salah satunya ialah ilmu yang dimanfaatkan. insyaAllah, dengan mempost ilmu yang kita pelajari di blog, ilmu itu dapat dimanfaatkan.
Kepada sesiapa yang masih belum ada blog, cepat-cepat la buat. senang je.

Dan saya berharap saya buat blog ni bukan hangat-hangat tahi ayam. awal-awal je semangat, tapi lepas ni tinggalkan macam tu..huhu..
Semoga saya dapat istiqamah. InsyaAllah, Amin.