Sampai bila perlu bertaubat?

Semua manusia pernah melakukan dosa kecuali nabi-nabi yang maksum. Manusia tidak pernah lari dari melakukan dosa.

Tetapi sebaik-baik pelaku dosa adalah mereka yang apabila melakukan dosa, segera bertaubat kepadaNya.

***

Ada satu perbualan antara seorang remaja lelaki A dengan seorang ustaz.

Lelaki A :   Uztaz, saya sering melakukan dosa yang sama. Lepas itu saya akan bertaubat. Kemudian saya akan melakukan dosa itu sekali lagi. Kemudian saya bertaubat dan proses ini sentiasa berulang-ulang.

Ustaz      :  Baguslah tu. Bertaubatlah apabila kita melakukan dosa.

Lelaki A : Tetapi ustaz, saya memang tidak mahu lakukan dosa ini. Tetapi tetap saya akan buat.

Ustaz      : Bertaubatlah lagi.

Lelaki A : Tetapi ustaz, sampai bila saya perlu bertaubat pada dosa yang sama?

Ustaz      : Sampai kamu dapat meninggalkan dosa tersebut.

kemudian Ustaz itu berkata lagi :

Sesungguhnya Allah tidak pernah jemu menerima taubat HambaNYA, tetapi HambaNYAlah yang sering jemu untuk bertaubat kepadaNYA.

Lelaki itu pun menangis lalu berdoa.

Lelaki A : Ya Allah, ampunilah dosaku. Berilah aku kekuatan untuk meninggalkan dosa ini.

Kuantiti VS Kualiti

Kualiti VS Kuantiti

Tit,tit…Tit,tit…

Message received…

Assalamualaikum. InsyaAllah, malam esok halaqah(Usrah) kita seperti biasa. Harap antum dapat hadirkan diri untuk mempertingkatkan iman (^^,). Moga dipermudahkan urusan beribadah kepadaNya.

Sender : Hafiz

“Adoi. Usrah lagi. Bukan ramai orang datang pun. “ Fadil yang baru sahaja membaca mesej yang diterima merungut seorang diri. Dia lantas menekan button delete untuk membuang mesej tersebut dari inbox handphonenya.

“Nak tak nak kena datang juga esok.” Fadil mengeluh.

Usrah ialah satu kumpulan manusia yang membincangkan sesuatu perkara yang bermanfaat untuk agama dan bangsa. Biasanya ahli usrah akan duduk bersebelahan antara satu sama lain membentuk bulatan.

Tujuan Usrah ialah menghubungkan diri dengan Allah, memberi bimbingan dalam ibadah bagi generasi muda dan sekaligus, merapatkan ukhwah  antara satu sama lain.

Biasanya usrah akan diketuai oleh ‘Naqib’ iaitu seseorang yang berperanan membimbing ahli-ahli usrah yang lain supaya menjadi insan yang berkualiti dalam segala aspek kehidupan.

***

*Keesokkan harinya…

“Assalamualaikum.” Fadil memberi salam apabila memasuki rumah ‘naqib’ nya.

“Waalaikumussalam. ” Hafiz dan Farhan menyahut salam . Mereka lalu bersalaman. Pipi bertemu pipi.

“Anta dari mana?” Hafiz bertanya. Dia mengukirkan senyuman selepas bersalaman.  Fadil memandang wajahnya. Wajah yang putih berseri. Begitu juga Farhan. Wajah mereka seperti tiada masalah.

“Dari rumah. Dua orang je ke yang datang?” tanya Fadil. Dia hanya melihat Hafiz dan Farhan sahaja yang hadir. Ahli usrah mereka yang sebenar ialah seramai 10 orang.

“Mungkin mereka lambat sikit. Kita tunggu sekejap.” Ungkap Hafiz.

“Okeh.”  Fadil membalas malas.

Kemudian mereka duduk di atas karpet merah di ruang tamu. Sambil menunggu sambil mereka bersembang-sembang. Fadil selesa bersembang dengan Hafiz dan Farhan. Sebab itulah dia tidak kesah menghadiri program usrah ini. Tetapi dia geram kerana sikitnya orang yang hadir.

Biasanya mereka akan memulakan program usrah pada jam 9.00 malam  dan memakan masa hanya satu jam sahaja. Kemudian setelah habis usrah, ibu Hafiz akan menjamu mereka dengan jamuan ringan seperti bihun, mee atau cucur udang.

“Kita mulakan dahulu sementara menunggu mereka.” Ungkap Hafiz. Mereka telah menunggu selama lima belas minit.

“Malas datanglah tu.” Fadil bercakap perlahan. Farhan yang duduk bersebelahan mendengar.

“Tidak baik cakap macam itu. Selemah-lemah unkwah ialah bersangka baik. Mungkin mereka ada masalah lain.” Farhan menegur.  Tangannya menepuk-nepuk bahu Fadil. Tegurannya penuh dengan kasih sayang. Fadil hanya menundukkan kepala. Hafiz tersenyum memandang.

“Baiklah. Kita buka majlis kita hari ini dengan ummul kitab al-Fatihah.” Hafiz membuka majlis. Masing-masing membaca surah al-Fatihah.

Mereka pun memulakan majllis mereka. Hafiz sebagai ‘naqib’ akan memberikan tazkirah. Farhan akan membaca al-Quran dan terjemahan dan Fadil akan menyampaikan sirah Rasulullah.

Setiap ahli usrah akan diberikan tugas masing-masing bagi menguatkan keyakinan untuk bercakap dan berdakwah kepada orang lain. Juga untuk menpertingkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai Islam yang sebenar.

“Kenapa perlu teruskan Usrah ni kalau 3 orang sahaja yang datang?” Fadil bermonolog di dalam hati.

***

Continue reading

Kesalahan ‘Noktah Bidayah’ (Titik Permulaan)

Noktah Bidayah

“Nampaknya sampai sini sahajalah hubungan kita.”

“Hah? Apa maksud awak?” Firdaus meminta kepastian. Kata yang diungkapkan oleh teman wanitanya sebentar tadi membuatkan dia terasa ada suatu perkara yang akan terjadi. Suatu perkara yang menakutkan dia.

“Maksud saya kita putus.” Fatin mengungkapkan maksud sebenarnya. Fatin seorang yang putih gebu. Sangat diminati ramai. Beruntunglah sesiapa yang memilikinya.

“Tapi kita…” Firdaus tidak dapat menyambung kata-katanya. Matanya sudah mula bertakungkan air. Dia memang seorang yang sensitif.

“Saya sudah bosan dengan awak. Lagipun saya sudah ada lelaki lain yang saya suka.” Tanpa ada rasa bersalah Fatin berterus terang.

Mengalirlah air mata Firdaus tatkala mendengar pengakuan Fatin. Sebak. Hubungan yang dibina dua tahun lamanya musnah begitu sahaja. Suka duka yang di kongsi bersama hanyalah penipuan. Cinta yang baginya adalah cinta sejati rupanya adalah dusta.

***

Seminggu berlalu selepas kejadian antara Firdaus dan Fatin. Firdaus masih tidak dapat melupakan Fatin. Hatinya masih sakit. Tidak dapat menerima kenyataan yang cinta Fatin kepadanya semua hanyalah dusta setelah apa yang mereka lalui. Baginya semuanya indah.

Firdaus mencapai handset nokianya. Lantas dia menaip beberapa perkataan. Ingin dia menghantar mesej kepada Fatin. Button send di tekannya.

Sending…

“Fatin… tolonglah balas” Firdaus mengharap mesejnya dibalas.

Lama dia menunggu tetap mesej tidak di balas. Kemudian dia pun membuat panggilan call. Beberapa call dibuatnya tetapi tidak diangkat.

Hatinya terasa lebih sakit. Dia yakin Fatin membaca mesejnya dan sengaja tidak mahu mengangkat panggilannya.

Dan sekali lagi air mata Firdaus mengalir apabila mengenang semula kisah mereka. Hatinya teramat sakit. Seperti tiada penawar untuk sakitnya. Dia sangat mencintai Fatin. Hanya Fatin yang dapat menyembuhkan kesakitan dihatinya.

Continue reading

Ping-Pong Team (Episode 2)

Ping-pong Team

Episode 2 : Lagenda

Matahari masih belum terbit. Suasana di subuh hari menyegarkan. Syamil yang lengkap berpakaian sekolah menyandarkan dirinya di kerusi panjang di luar rumah. Termenung seorang diri sambil menunggu adik dan jirannya untuk ke sekolah bersama-sama. Sekolah mereka hanyalah berjarak lima ratus meter. Sekiranya berjalan kaki cuma memakan masa sepuluh minit sahaja. Setiap hari persekolahan mereka akan pergi bersama-sama.

Jam masih menunjukkan jam 6.45 pagi. Masih awal untuk menunggu jiran-jirannya. Syamil sudah bersiap awal. Termenung seorang diri. Memikirkan sesuatu.

“Sudah solat subuh belum?” Zikri adiknya menyapa. Dia juga sudah lengkap berpakaian sekolah.

“Buat lawak. Tadi solat berjemaah tu apa.” Syamil acuh tak acuh.

“Haha. Saja je bergurau. Kenapa bad mood je ni?” Zikri melabuhkan badannya ke kerusi bersebelahan dengan Syamil. Syamil mengenjakkan sedikit posisi duduknya ke kanan untuk memberi ruang kepada adiknya.

“Emm. Entahlah. Cuma terfikirkan hal semalam.” Syamil meluahkan apa yang mengganggu fikirannya. Dia dan Zikri memang selalu berkongsi apa sahaja cerita.

“Ohh..”

“Ohh je?” Syamil tidak berpuas hati dengan jawapan adiknya.

“Emm..”

“Emm pulak?” Syamil geram.

“Haa… itulah jawapan untuk masalah abang.  Terlalu ikutkan emosi.” Zikri menjelaskan. Bijak dalam memberi analogi.

“Emosi?” Tidak faham apa yang diperkatakan oleh adiknya.

“A’ah. Semalam abang kalah disebabkan oleh perang psikologi yang dibuat oleh Man. Sekiranya abang dapat mengawal emosi marah abang. Sudah semestinya perang psikolgi yang dibuat oleh Man tidak berjaya dan perlawanan semalam akan seimbang atau mungkin berpihak kepada abang.” Panjang Zikri menjelaskan. Mengimbas kembali detik-detik kekalahan Syamil malam semalam.

Syamil berfikir sejenak. Betul juga apa yang diperkatakan oleh adiknya. Semalam tidak sampai satu minit pun Hazman sudah memungut dua mata dan sekaligus memenangi perlawanan sedangkan ketika itu perlawanan berpihak kepadanya kerana adanya bantuan angin.

“Astafirullahalazim. Kenapalah aku tidak terfikir ketika itu. Semalam memang rasa nak menang cepat je. Tut-tut tiba-tiba kalah.” Syamil menyesal kerana mudah marah apabila diserang oleh perang psikologi Man.

Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya ada seorang telah berkata kepada Nabi SAW : ” Nasihatilah kepadaku ! ” Dijawab oleh Nabi SAW : ” Janganlah kamu marah. ” Orang itu berulangkali meminta supaya dirinya dinasihati, maka tetap Rasulullah SAW mengatakan : ” Janganlah kamu marah.” 

Syamil kemudiannya menarik nafas panjang. Mengenang semula kesilapannya yang lalu. Kesilapannya yang mudah dipengaruhi oleh emosinya bukan sahaja ketika bermain ping-pong malahan ketika bersembang dengan rakan-rakannya di sekolah juga dia cepat beremosi.

“Betul juga apa yang kau katakan. Terima kasih kerana mengingatkan abang.”

“Terima kasih je. Belanjalah ais-krim pop.”

“Banyaklah kau punya ais-krim pop.” Syamil menduku kepala Zikri perlahan. Zikri mengaduh sakit walaupun hakikatnya tidak sakit. Mereka sama-sama ketawa.

***

Continue reading