Seminggu cuti tanpa progres

No Progress

Seminggu cuti pertengahan semester akan ku hadapi.

Aku bertekad untuk menyiapkan program final year project,

Aku bertekad untuk mendalami ilmu agama,

Aku bertekad untuk meningkatkan kefahaman agama,

Aku bertekad untuk membetulkan akhlak,

Aku bertekad untuk meningkatkan iman,

Itulah perancanganku.

Tetapi…

Setelah cuti seminggu berakhir.

Aku tidak dapat menyiapkan program final year project,

Aku langsung tidak mendalami ilmu agama,

Aku langsung tiada peningkatan dalam kefahaman agama,

Akhlakku semakin teruk,

Imanku semakin jatuh,

Aku tetap sama seperti dahulu,

Malah lebih teruk,

Ternyata aku hanya manusia yang lemah.

Ya Allah,

Bantulah aku dalam urusan dunia dan akhirat.

Berilah aku ketenangan di dunia dan akhirat,

Jangan kau serahkan urusan ku kepada ku,

Kerana aku tidak dapat menghadapinya tanpa bantuan Mu,

Ya Allah,

Berikanlah aku kekuatan,

Berikanlah aku petunjuk,

Berikanlah aku kefahaman,

Jauhkanlah aku dari perkara mungkar,

Dekatkanlah aku kepada perkara makruf.

Amin ya Rabb.

Infak (Membelanjakan harta di jalan Allah)

Infak

tit-tit…tit-tit.

New message receive.

“Assalamualaikum. Marilah sama-sama kita hadir ke program Konsert Amal Gaza yang akan di langsungkan pada Isnin ini. Kumpulan nasyid  UNIC dan kumpulan XPDC juga akan turut hadir. Selain itu, Persatuan Mahasiswa Hadhari akan melakukan kutipan infak untuk membantu penduduk di Gaza. InsyaAllah, Sebarkan.”

Mus’ab yang ketika itu berada di dalam bas tersenyum membaca mesej tersebut. Sahabatnya yang menghantar mesej ini memang seorang yang aktif berdakwah. Langsung tidak mengenal erti penat. Timbul rasa malu pada dirinya apabila melihat sahabatnya sedang berjuang di jalan Allah sedangkan dia hanya duduk tidak melakukan apa-apa.

“Aku juga ingin berdakwah.” Monolog Mus’ab.  Dia memang tidak boleh hadiri ke program tersebut memandangkan pada hari itu dia sibuk.

Kedengaran loceng bas berbunyi. Bas yang dinaikinya lalu berhenti di salah satu tempat perhentian. Mus’ab melihat beberapa orang penumpang turun dari tangga di bahagian tengah bas.Bas bergerak semula. Mus’ab  mengalihkan pandangannya kepada telefon bimbitnya semula. Mesej tersebut di bacanya lagi.Tiba-tiba dia terperasan salah satu perkataan di mesej tersebut.

“Infak?” Mus’ab berkata di dalam hati. Infak bermaksud membelanjakan harta di jalan Allah. Mus’ab sudah lupa bilakah kali terakhir dia menginfakkan hartanya. Memang, membelanjakan harta di jalan Allah adalah perkara yang sukar tetapi bukanlah mustahil.

Mus’ab teringat akan nasihat seorang sahabatnya Saiful.

“Kita ini duit sentiasa banyak sahaja. Terutama sekali awal-awal semester ini. Dapat duit biasiswa, ptptn dan lain-lain. Tetapi kalau hendak infakkan sedikit memang susah. Sedangkan sekiranya kita infakkan harta kita, insyaAllah akan lebih di murahkan rezeki.” Kata Saiful.

“Kadang-kadang, bila kita kedekut sangat untuk berinfak, Allah tarik balik rezeki kita dengan motor rosak la, laptop rosak la dan macam-macam lagi yang tidak terlintas di fikiran kita. Tapi janganlah kita fikir bila tengok motor orang lain rosak bermaksud diorang itu tidak infakkan harta. Haha.“ Sambungnya lagi dengan nada berjenaka. Mus’ab terasa terkena dengan nasihat tersebut walaupun dia tahu nasihat itu bukan dituju kepadanya, hanyalah untuk mengingatkan diri sendiri.

“Mungkin aku boleh infakkan sedikit sekadar yang mampu.”  Mus’ab lantas membalas semula mesej tersebut dengan menyatakan yang dia akan memberi sedikit infak tetapi tidak dapat menghadiri program tersebut. Kemudian dia memasukkan semula telefon bimbitnya ke dalam poket seluarnya. Dia lalu memandang ke arah luar cermin tingkap bas. Ketika ini dia ingin pulang ke rumah setelah kelas tamat sebentar tadi.

Tiba-tiba dia terfikirkan satu idea.

“Mungkin aku boleh minta pada kawan-kawan kelas dan rumah supaya turut menginfakkan harta. Ini juga merupakan salah satu jalan dakwah.” Entah dari mana idea itu datang. Tetapi yang pasti Allah telah memakbulkan doanya sebentar tadi dengan memberi salah satu cara untuk berdakwah.

Bas lalu berhenti di perhentian yang Mus’ab mahukan. Mus’ab lantas meneruskan perjalanan ke rumahnya dengan berjalan kaki. Hanya berjarak sepuluh minit sahaja. Ketika di dalam perjalanan tersebut, dia asyik memikirkan bagaimana mahu memberitahu kawan-kawannya untuk menginfakkan sedikit harta mereka.

Continue reading

Shinka My Love

Seekor kucing yang di bela sejak lahir lagi. Ibunya melahirkan beberapa ekor anak. Oleh kerana keluarga tidak mampu untuk menjaga bilangan kucing yang banyak, hanya seekor kucing sahaja yang di pilih untuk di jaga. Dan kucing terpilih itu adalah Shinka. Namanya di petik dari watak animasi ‘The Wild Striker.

Shinka, dari kecil sampai ke dewasa sudah banyak berjasa kepada keluarga. Sudah banyak menemani insan-insan bernama manusia. Suka dan duka di kongsi bersama.

Bermain ping-pong bersama, bermain kejar-kejar bersama, makan bersama, tidur bersama, dating bersama, berborak bersama, tangkap gambar bersama, pergi warung pak kade bersama dan macam-macam lagi.

Kenanganmu bersama kami terlampau banyak untuk di ceritakan di sini.

Semoga kenanganmu di hati kami tidak akan pudar.

Terima kasih Shinka.