Rahmat atau Musibah?

Rahmat atau Musibah?

“Jumpa esok.” salah seorang rakan sekelas menegur Saiful. Ketika itu kuliah pengajaran subjek matematik baru sahaja tamat.

“InsyaAllah.” Saiful senyum kepada rakannya. Kemudian dia berlalu pergi. Kolej tempat kediamannya menjadi destinasi. Dia ingin berehat sementara menunggu kuliah seterusnya pada pukul 2 petang. Bilik di kolej menjadi tempat rehatnya pada waktu tengahari memandangkan kolej dan fakultinya hanya berjarak sepuluh minit.

Ketika dia berjalan menuju ke kolejnya, tiba-tiba dia teringatkan sesuatu perkara.

“Astafirullahalazim, aku belum bayar yuran kolej dan Fakulti. Alang-alang dah teringat ni baik pergi bank dan keluarkan duit dulu.” monolog saiful. Dia kemudiannya berhenti di mesin ATM yang berdekatan dengan laluannya ke kolej.

“Emm, nak keluar berapa ya?” Saiful berfikir sejenak.

“Ah, keluar lima ratus teruslah. Buat belanja bulan ini juga.” Saiful lantas menekan button RM500 dan kemudian mesin ATM itu pun mengeluarkan sejumlah wang keping RM50 yang banyak.

Lantas dia mengambil kepingan wang tersebut. Dia ingin cepat memasukkan kepingan wang tersebut ke dalam poket. Bimbang akan menarik perhatian orang sekiranya memegang sejumlah wang yang banyak.

Belum sempat lagi dia memasukkan wang tersebut ke dalam poketnya, tiba-tiba muncul satu tangan menerpa ke arah wang yang dipegang olehnya. Tangan tersebut meragut wang itu. Saiful berasa sangat terkejut. Rupa-rupanya tanpa disedari seorang pemuda berdiri di belakangnya ketika dia mengeluarkan wang tersebut. Menunggu kesempatan untuk meragut wang tersebut.

Pemuda tersebut berlari laju ke arah temannya yang menunggang motosikal. Saiful mengejar tetapi tidak sempat. Pemuda dan temannya sudah laju pergi dengan menunggang motosikal. Wajah mereka juga tidak dapat dilihat. Sangat pantas!

Saiful tergamam.

“Ya Allah. Apakah yang sudah berlaku?” Saiful seakan tidak percaya. Jantungnya berdegup kencang.

Continue reading

Berdakwah dengan Kucing

Kucing Surau Ad-Raudah Seksyen 4

Hari ini nak cerita sikit tentang pengalaman dengan kucing. Tajuk ‘berdakwah dengan kucing’ sebenarnya adalah berkenaan dengan bgaimana saya mendekati seekor kucing ni. Sebenarnya saya peminat kucing cuma kucing je x minat saya. Heheh.

***

Baiklah, ceritanya begini. Di surau bersebelahan dengan rumah sewa saya terdapat dua ekor kucing hitam yang tinggal dan menjaga surau tersebut. Kalau pergi surau kat situ memang akan nampak la kelibat dua ekor ni. Satu jantan dan satu betina. Dua-dua hitam tetapi si betina ni ada warna putih kat bawah dia.

Si betina ini memang jinak. Kalau saya datang je surau tu dan buat bunyi cicak je confirm datang. Kadang-kadang berlari dengan laju ke arah saya. lapar kot. Tapi saya tak bagi la dia makan, Cuma belai je. Kadang2 tu tumbuk n pulas kepala dia berkali-kali. Best.

Si jantan ni sangat-sangatlah tak jinak. Bila saya datang dekat je confirm dia lari atau pun menjarakkan diri beberapa meter. Paling kurang pun jarak dia dengan saya mestilah dua meter. Takut dengan manusia kot. Ke takut dengan saya?

Jadi saya pun fikir. Kalau kucing betina ni boleh jinak dengan saya (semua orang dia jinak sebenarnya), si kucing jantan ini juga pasti boleh untuk saya jinakkan.

Jadi saya pun berazam lah. Untuk mengorat si kucing jantan ni.

Continue reading

Ping-Pong Team (Episode 4)

Three members

Episode 4 : Pemilihan Semula

Tiga hari berlalu setelah peristiwa perlawanan antara Zaid dan Nazrin. Pada mulanya murid-murid sekolah memang hangat membualkan berkenaan peristiwa tersebut tetapi akhirnya reda seperti biasa. Tiada lagi yang mengata berkenaan dengan peristiwa tersebut. Ini kerana sikap Zaid yang menunjukkan akhlak yang baik sekalligus membuatkan mereka menghormatinya.

“Dialah yang gaduh semalam.”

“Muka nampak alim tetapi masih pandai bergaduh.”

“Macam tidak percaya sahaja Zaid yang sentiasa bagi tazkirah itu bergaduh.”

Antara cacian dan umpatan yang dikeluarkan oleh orang ramai sebelum ini kepada Zaid. Mujur sahaja Zaid mempunyai sahabat-sahabatnya yang sentiasa memberi semangat kepadanya. Kalau tidak mungkin dia sudah tidak dapat menahan kesakitan menerima cacian dan umpatan dari orang ramai.

“Sabar Zaid. Berdoalah pada Allah.” Syamil menepuk-nepuk bahu Zaid. Ketika ini mereka baru pulang dari sekolah sehari selepas kejadian.

“Kau hanya perlu bersabar dan tunjukkan akhlak kepada mereka. InsyaAllah, lepas ini penatlah diorang mahu buka mulut pasal kau lagi.” Hazman menambah.

“Terima kasih. Kamu semualah sahabat aku dunia akhirat.” Zaid menundukkan kepala. Terharu kerana mempunyai sahabat seperti mereka.

“Maka bersabarlah kamu dengan sabar yang baik.” (Surah al-Ma’aarij, ayat 5)

Dan tuhanmu berfirman, “Berdoalah kepada-Ku, nescaya  akan Aku perkenankan doa permohonan kamu.” (Surah Ghafir, ayat 60)

Berkat kesabaran Zaid dan berkat kesungguhan Zaid yang menunjukkan akhlak yang baik dengan meminta maaf kepada semua orang dan dengan sentiasa menghulurkan senyuman apabila mendengar orang mengumpatnya membuatkan semua orang tidak lagi membincangkan hal tersebut malahan semua mula menghormatinya.

Dan dalam masa hanya tiga hari sahaja semua orang tidak lagi membincangkan hal tersebut.

***

“Sabtu dan ahad minggu hadapan akan diadakan pemilihan wakil sekolah untuk bermain di peringkat daerah. Hanya lapan pemain sahaja akan dipilih. Di harap semua dapat mendaftarkan diri dan turut serta bertanding.” Zaid sebagai ketua pasukan membuat pengumuman kepada ahli-ahli kelab ping-pong. Mereka baru sahaja habis berlatih dan kemudian duduk berkumpul bersama.

Salah seorang ahli kelab mengangkat tangannya. “Kapten, macam mana dengan pemain sekolah yang sebelum ini?” Semua memandangnya. Bertubuh kecil. Seorang pelajar baru yang berambut kerinting.

Continue reading

Jagalah Pandanganmu Walaupun di Alam Maya

Menjaga Pandangan

Menjadi lumrah bagi lelaki untuk tertarik kepada perempuan dan perempuan akan tertarik kepada lelaki. Fitrah perasaan yang Allah campakkan kepada hambanya yang bernama manusia.

Tetapi adakah fitrah perasaan suka atau tertarik yang Allah campakkan ke dalam hati kita baik lelaki mahupun perempuan ini di salurkandengan cara yang diredhai olehNYA?

Maaf, saya tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk berbicara mengenai bagaimana untuk menyalurkan perasaan suka kita kepada lawan sejenis dengan cara yang diredhai oleh Allah swt. Tetapi di sini saya ingin menyentuh satu perkara penting yang berlaku pada semua orang iaitu berkenaan dengan menjaga pandangan mata.

Pandangan mata lelaki terhadap wanita bukan mahram dan pandangan mata wanita terhadap lelaki bukan mahram.

***

Sekiranya bercakap mengenai menjaga pandangan mata, memang semua orang tahu terutamanya orang yang sudah ditarbiyah ini, lelaki apabila melihat wanita mestilah berpada-pada dan mempunyai urusan begitu juga sebaliknya. Dengan kata lain, MEMINIMUMKAN pandangan.

Ya. Menjaga pandangan ini perkara asas bagi semua orang. Semua orang sudah tahu berkenaan menjaga pandangan dan saya yakin semua orang sudah dapat menjaga padangan mereka dengan baik. InsyaAllah.

Tetapi bagaimana dengan pandangan di alam maya?

Apakah itu alam maya?

Saya tidak tahu definisi yang betul tetapi pada pendapat saya, alam maya yang dikategorikan pada zaman ini adalah alam yang berbentuk seperti televisyen, internet, movie-movie cerita dan sebagainya.

Baiklah, kita bincangkan satu per satu berkenaan contoh-contoh yang diberi di bawah.

***

Continue reading