Episode 3 : Jatuh
“Cis.” Nazrin mengetap bibir. Tidak disangka pula Zaid membalas dengan bola spin sekaligus memberi satu mata kepadanya.
Servis dibuat. Sekali lagi Zaid akan memulakan servisnya. Bola meluru seperti pukulan biasa dan apabila menyentuh papan meja terus melantun ke arah yang berlawanan. Servis yang sama.
“Ceh, aku tidak akan tertipu pada skill yang sama.” Kali ini Nazrin dapat membalasnya dengan baik. Dia tidak mungkin masuk pada lubang yang sama dua kali. Bola dibalas dengan baik menuju ke sebelah kanan Zaid.
“Nampaknya kau hebat juga.” Zaid seakan menyindir. Menyerang psikologi pihak lawan. Bola kemudian dibalas. Kali ini bola yang dibalas biasa-biasa sahaja. Zaid tidak mahu terburu-buru. Dia masih belum mengetahui kekuatan pihak lawan yang sebenar. Mata yang diperolehi sebentar tadi aadalah kerana kelalaian pihak lawan. Pada servis yang kedua menunjukkan yang Nazrin seorang yang hebat kerana dapat membalas semula servis tersebut dengan mudah.
“Bola mudah?” Nazrin berbicara dalam hati. Dia lalu membengkokkan tangannya sedikit dan memukul terus bola tersebut dengan laju. Bola menuju ke meja kiri Zaid. Zaid bersedia.
Zoom… bola mengubah arah! Menghasilkan curve yang tajam dan mendarat ke sebelah kanan Zaid pula. Skill ini sama seperti skill syamil yang dinamakan “snake shoot”. Semua yang hadir tergamam. Tidak terkecuali juga Zaid. Nazrin tersengih.
1 – 1.
“Skill aku?” syamil terkedu. Matanya membesar. Seakan tidak percaya. Teknik “snake shoot” yang berjaya di buat hanya dengan bantuan angin dapat dilakukan oleh Nazrin tanpa bantuan angin.
“Syamil. Itu bukan skill kau ke? Macam mana dia boleh buat. Kau ajar dia ke?” Hazman menepuk bahu Syamil.
“Buat lawak. Tidak mungkin aku ajar dia. Aku sendiri pun tidak percaya. Nampaknya dia ini bukan calang-calang orang.”
“Hahaha. Macam mana? Itu baru sedikit.” Nazrin gelak bangga.
“Berlagak betul lah dia ini. Zaid kalahkan dia cepat. Geram aku.” Zikri menyampah melihat sikap Nazrin. Zaid hanya berdiam.